MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- GALAS...ANAK RANTAU PULANGLAHHHH...
- BUKTI PIALA MALAYSIA BUKAN UMNO PUNYA
- Galas: 12 Orang Dengar Ceramah Umno-APCO? Kah Kah Kah...
- GALAS : MARI LIHAT SIRI PEMBOHONGAN UMNgOk
- TAK SALAH MENIRU...YANG SALAHNYA TAK TAHU MALU...
- PRK Galas : Puteri Reformasi Dan Pemimpin PR Terus Dekati Rakyat
- Tuan Guru Nik Aziz Islamkan 3 Orang Asal
- BRAVO AZMIN, CHEGU BARD !!
GALAS...ANAK RANTAU PULANGLAHHHH... Posted: 02 Nov 2010 08:08 AM PDT Perang Galas menanti letupan akhir.. berbagai spekulasi terus bertiup. Siapa menang siapa kalah sangat memberi kesan kepada masa depan parti masing masing. Ia satu permulaan dan penanda aras untuk PRU 13. Galas ialah kubu kuat umNO sejak beberapa musim. Parlimennya milik umNO selamanya sejak diwakili Tengku Razaleigh yang kini dipilih mengepalai jentera umNO. Umum mengakui pengaruh Tg Razaleigh sebagai anak raja dan MP yang lama sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada umNO. umNO Kelantan nampaknya sangat memahami bahawa kemenangan umNO lebih mudah jika Tg Razaleigh adalah jeneralnya sekalipun umNO pusat mencurigai peranan anak raja itu. Namun Galas juga telah mula berwarna hijau sejak 2008 lalu. ADUN yang mewakili PAS telah menunjukkan teladan dan meninggalkan nama yang harum untuk generasi selepasnya memikul galas . Namun hakikat yang tak boleh ditolak ialah Galas kawasan pedalaman yang jauh dari sumber maklumat semasa . Ini tentunya memberi kelebihan kepada umNO dan kerajaan yang memiliki seluruh jentera penerangan pusat... sampai hadiah bank Agro yang tak de kene mengena dengan galas pun diserahkan di Galas. Harapan PAS ialah terhadap anak rantau. Mereka berpendidikan. Mereka berpengaruh. Mereka punyai kelebihan dan kebijaksanaan membuat penilaian... namun apakah mereka melihat Galas dan PRK ini sesuatu yang penting??? TG Nik Aziz telah mengarahkan agar anak rantau Galas kembali untuk mengundi sekalipun dengan merangkak... Demikianlah pentingnya undi anak rantau. Mungkin bagi sebahagian orang menganggap prk ini tidak merubah apa apa, namun harus diingat bahawa ia adalah lonjakan kekuatan dan motivasi dan persediaan merintis jalan ke Putrajaya.Kelantan mungkin tidak akan mengalami apa apa perubahan ...namun jalan ke Putrajaya mungkin saja bermula di Galas... kalau tidak umNO tidak akan bermatian mencurah segalanya di Galas...malah sanggup menggadaikan dan menjilat kembali ludah mereka di kaki Tg Razaleigh demi kemenangan Galas.. Kebetulan bagi penduduk di luar Kelantan khususnya Kuala Lumpur, jumaaat adalah cuti Depavali. Cuti umum yang bersambung dengan hujung minggu. Mereka cuma perlu sehari untuk manafaat seminggu di Kampung halaman... ini peluang yang jarang datang. SPR boleh sahaja memilih jumaat cuti umum untuk pilihanraya, tetapi mereka tidak lakukannya atas sebab yang hanya mereka yang tahu... Kalau warga kota boleh mengambil cuti untuk rumah terbuka, melancong, atau bersantai di rumah, tentu sahaja mereka bersedia untuk mendengar arahan seorang Tuan Guru, Menteri besar dan seorang pemimpin yang disayangi untuk pulang mengundi. Tak perlu Tuan Guru mengarahkan mereka ambil MC atau sebarang jalan untuk cuti... demi masa depan malaysia dan harapan rakyat seluruhnya.... mereka mesti pulang.. Jangan jadikan kenaikan harga minyak 5 sen penghalang...malah jadikan ia satu isyarat protes buat umNO BN yang tak pernah pedulikan nasib rakyat... umNO mesti digulingkan!!! Pengundi di Galas adalah orang yang paling sesuai menyambut kenaikan harga minyak dan hub maksiat dengan undi protes.... buat seluruh pengundi GALAS di perantauan.. PULANGLAHHHHH UNDI ANDA DITAGIH OLEH PAS!!! UNDI ANDA MENGAJAR KESOMBONGAN umNO ... ANAK RANTAU ...PULANGLAH..... Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/ |
BUKTI PIALA MALAYSIA BUKAN UMNO PUNYA Posted: 02 Nov 2010 05:02 AM PDT Ni bukti jelas lagi nyata bahawa Piala Malaysia bukan milik UMNO Kelantan tetapi milik 'sume' rakyat Kelantan... nanti pasti ada puak-puak UMNgOk yang jahil akan berkata... "tengok tue orang Pas conteng muka... mesti tak sembahyang"... jawapan kepada puak jahil nie..."KAWE MUSAFFIR... KAWE BOLEH BUAT SOLAT JAMAK TAKHIR".... Credit gambar kepada Kelab Penyokong Kelantan Apa pun steady la Tok Guru kerana turut support Kelantan malam tue... Sumber: http://dppwm.blogspot.com/ |
Galas: 12 Orang Dengar Ceramah Umno-APCO? Kah Kah Kah... Posted: 02 Nov 2010 04:55 AM PDT Umno terdesak ganggu ceramah PAS Gara-gara ingin mengganggu-gugat program Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda, ceramah mini anjuran Umno yang diadakan di hadapan program terbabit di Sungai Terah dihalang SPR malam tadi. Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang. Kira-kira 10 minit tayangan filem Ketika Cina Bertasbih ditayangkan, ceramah mini Umno pun bermula dengan menggunakan pembesar suara yang lebih lantang berbanding program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu. |
GALAS : MARI LIHAT SIRI PEMBOHONGAN UMNgOk Posted: 02 Nov 2010 03:44 AM PDT Hebat sungguh UMNgOk / BN menipu penduduk Gua Musang khususnya masyarakat Orang Asli di sana dengan segala bentuk dakyah penipuan... Sumber: http://dppwm.blogspot.com/ |
TAK SALAH MENIRU...YANG SALAHNYA TAK TAHU MALU... Posted: 02 Nov 2010 03:40 AM PDT Dr Zamry menyatakan bahawa Perak akan melaksanakan sistem dinar emas . Pendekatan itu dilihat sesuatu yang bercanggah dengan pendirian pusat yang menentang Kelantan apabila dinar emas dilancarkan... Apapun tahniah le untuk Zamry kerana secara baiknya menurut jejak Kelantan...tapi yang heran nya dia kata bukan ikut Kelantan malah Perak dikatakan lebih dahulu dari segi perbincangan... betul ke??? Bile Zamry ni jadi Mneteri besar??? jangankan selepas pilihanraya 2008... selepas dirampas pada 2009...itupun dengan ehsa dan rampasan... Ditanya sama ada penyediaannya akan mengikut model yang diperkenalkan di Kelantan pada 12 Ogos lepas, Zambry berkata negeri itu akan menggunakan pendekatan yang berlainan. "Sebenarnya kita yang memulakan dahulu dari segi perbincangan dan juga proses, tetapi Kelantan telah memperkenalkannya terlebih dahulu, tetapi apa jua kerja baik tak apalah, mungkin kita akan gunakan pendekatan-pendekatan yang lain," katanya. sumber Nak tergelak aku membacanya...tak sedar diri betul la mamat sorang ni... macam ni punye Menteri besar pun nak disokong lagi ke???tak habis habis menipu...tak tau malu plak tu... apapun... kalau ikut yang baik tu tak salah...tak payah malu... memang dah banyak pun kerajaan ikut apa yang PAS khususnya di Kelantan buat...PAS tak mintak royalti pun...yang baik tu ikut le... cuma jangan malu nak mengaku... Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/ |
PRK Galas : Puteri Reformasi Dan Pemimpin PR Terus Dekati Rakyat Posted: 02 Nov 2010 03:21 AM PDT Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turun padang hari ini bertemu rakyat di Pekan Baru Galas untuk memastikan sokongan berterusan kepada calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed. Menurut Puteri Reformasi itu, komitmen daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah berbelah-bahagi kepada rakan seperjuangan menuntut perubahan justeru membantu menyatakan sokongan kepada kepimpinan Nik Aziz. "Ini penting kerana di peringkat negeri Kelantan kita perlu memastikan konsisten perubahan itu dengan pengukuhan kepimpinan Nik Aziz. Jadi saya fikir setakat ini sokongan yang diberikan amat memberansangkan dan kalau pergi, kita pergi bersama. Ada wakil dari kaum Cina, India dan Melayu memudahkan hubungan dan pertuturan dengan penduduk setempat," jelas beliau kepada krew TV Selangor. Turut bersama Izzah, Adun DAP Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ketua Keadilan Padang Terap, Senator Zamri Yusuf yang sama mendekati rakyat di kawassan ini. Izzah turut memuji inisiatif PAS menawarkan RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi setelah mendapat nasihat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) namun sebaliknya berlaku di kalangan parti Umno-BN. Kata beliau lagi, kemenangan majoriti besar adalah kuasa mutlak menentukan kejayaan PAS di Gua Musang justeru tidak perlu gusar dengan taktik serangan tipu helah pemimpin-pemimpin Umno-BN. "Sekarang ini kita berhadapan dengan masalah pengundi luar yang mungkin tidak dapat pulang jadi kadar peratusan yang pulang itu amat penting memastikan PAS menang. "Saya sangat optimis dan pada masa yang sama kita perlu pastikan majoriti untuk PAS itu besar supaya kalau ada tipu helah sekalipun dapat dikurangkan, Insyallah," ujar Izzah. Respon masyarakat di sekitar Galas rata-rata bersenang hati dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bertemu penduduk tatkala pilihanraya kecil 4 November ini. Menurut Bahagian Penerangan PAS Galas, ceramah perdana yang akan berlangsung di padang bola Pekan Baru jam 9 malam ini akan menyaksikan gabungan pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Hadri yaziz Sumber: http://tvsnews.net/v1/ |
Tuan Guru Nik Aziz Islamkan 3 Orang Asal Posted: 02 Nov 2010 03:12 AM PDT LOJING,2 Nov - "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam. Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai. Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu. Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau. Calon PAS yang merupakan seorang doktor, sempat memberi penerangan ringkas mengenai bahaya penyakit stroke dan darah tinggi. Sumber: http://milosuam.blogspot.com/ |
Posted: 02 Nov 2010 12:05 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BRAVO Azmin !! Hari ketiga menyaksikan Azmin mendahului Zaid Ibrahim di dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Aku tidak peduli apa yang KJ Ketua Pemuda Umno sebut, kurangnya ahli PKR hadir mengundi sebagai bukti PKR akan runtuh. Sebabnya, aku dah jemu dengar cerita PKR akan runtuh semenjak mula-mula parti ini bertapak. Apa yang aku tengok dan terbukti semua lihat, yang mahu runtuh dan karam adalah Umno. Berbalik kepada pemilihan jawatan kedua tertinggi dalam PKR sekarang. Calon popular, Azmin pada ketika ini masih mendahului saingan terdekatnya Zaid. Kedua-duanya telah berkempen dengan berbagai cara, cuma yang boleh dipuji kedua-duanya tidak menggunakan kuasa `RM' (bukan Rosmah Mansor, tau!!). Ikut cerita, memang la ada kedua-duanya gunakan duit kununnya membeli undi. Kalau tanya penyokong Zaid, tentu Azmin yang gunakan duit. Begitulah sebaliknya jika ditanya pada penyokong Azmin. Apa yang pasti, tiada seorang pun berani bawa bukti ke pihak bertanggungjawab di dalam PKR untuk siasat dakwaan mereka. Justeru itu, kita anggap kedua-duanya bebas dari palitik wang yang sering menjadi amalan Umno itu. Kedua-dua tokoh tersebut memang hebat pada pandangan ahli-ahli PKR di akar umbi. Sdr Mustafa Kamil Ayub juga tokoh yang hebat malah dilihat lebih hebat dari Zaid Ibrahim kerana beliau bergelumang susah dan senang bersama parti. Beliau wujud ketika era reformasi lagi bukan ketika parti ini sudah menjadi kuat seperti sekarang. Tetapi, sedikit kekurangan yang ada pada Sdr Mustafa Kamil adalah kerana beliau gagal di Cabangnya sendiri. Tetapi itu bukan syarat untuk dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR, apatah lagi beliau dilihat tidak banyak kontroversi sepanjang kempen berjalan. Azmin Ali pula memang tokoh yang diharapkan boleh menggugat Umno di masa akan datang seandainya DS Anwar terkurung di dalam penjara. PKR memerlukan tokoh seperti Azmin yang boleh menaikkan semangat, berani dan teruji di dalam menghadapi gelombang reformasi alaf baru nanti. Tentu sekali Umno tidak mahu melihat Azmin berada di kerusi nombor dua, apatah lagi di sayap AMK pula Chegu Bard hampir pasti menjadi Penerajunya. Kedua-dua tokoh ini berkeupayaan membangkitkan semangat rakyat untuk terus menghumban Umno/Bn dari tampuk kekuasaan mereka sekarang. Sehubungan itu, tidak hairanlah media-media kepunyaan Umno dan kerajaan sekarang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej Azmin. Bagi mereka Azmin adalah bayang-bayang kepada DS Anwar. Kita tidak melihat Azmin bertanding di bawah pengaruh DS Anwar, tetapi jika mereka menyebut Azmin adalah bayang-bayang DS Anwar, kita mungkin boleh menerimanya. Apa pun keputusan pemilihan nanti, setiap penyokong wajib menghormatinya. Jangan dicari kelemahan sebesar hama tetapi tidak melihat kebaikan sebesar gajah. PKR bukan parti para Malaikat, begitu juga pemimpinnya. Pemilihan yang julung kalinya berasaskan `satu kepala, satu undi' yang diperkenalkan oleh parti ini sudah tentunya mempunyai beberapa kelemahan. Menjadi kewajipan pihak berkenaan di dalam parti untuk memperbaikinya agar di masa akan datang, segala masalah yang timbul akan dapat dikurangkan. Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan