Isnin, 1 November 2010

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Gempar !!! Balak dicuri di Hutan Simpan Pulau Pangkor...

Posted: 01 Nov 2010 06:11 AM PDT

Yang menghairankan, terdapat papan tanda "hutan simpan" dalam jarak 70 meter daripada lokasi penebangan balak ini.

DUN Pangkor dimenangi oleh Zambry Kadir. Malah, Zambry Kadir sendiri adalah anak Pangkor. Mustahil Zambry Kadir tak tahu.

Atau mungkin Zambry Kadir sememangnya tahu tetapi buat buat tak tahu. Anda fikirkan...

Sibuk tuduh DAP/PAS/PKR @ Pakatan curi balak di Perak...alih alih DUN sendiri pun tak larat nak jaga.....hamlau
Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

Ceramah Pakatan Rakyat 01 November 2010

Posted: 01 Nov 2010 05:41 AM PDT

Seperti malam-malam sebelumnya, Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di beberapa tempat bersempena dengan pilihanraya kecil DUN Galas.

Antara penceramah yang akan menyampaikan penerangan mereka adalah Exco Kerajaan Kelantan, Husam Musa, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dan ADUN Teja, Perak, Chang Lih Kang.







Selepas 38 tahun, Soberi Shafii keluar Umno

Posted: 01 Nov 2010 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.

(Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi)

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/

KEMENANGAN MERAH TERCAPAI, KINI TENTUKAN HIJAU PULA - PENGUNDI DI PERANTAUAN, PERBETULKAN NIAT UNTUK JIHAD

Posted: 31 Oct 2010 11:21 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


PERGI baju merah, balik dengan warna hijau. Itulah ibarat yang boleh dikatakan kepada kemenangan pasukan bola sepak Kelantan. Setelah Stadium Nasional Bukit Jalil disinari `bulan purnama' malam semalam, semangat itu dibawa ke bumi Kelantan. Kini, Galas menanti kemenangan `warna hijau' pula.

Sebelum perlawanan bermula, ada fanatik politik menyebut perlawanan di antara Kelantan bertemu Negeri Sembilan ibarat pertemuan PAS - Umno. Namun, jangan lupa di bahagian penyokong Negeri Sembilan juga dapat kita saksikan kibaran `bulan purnama', mungkin ini suatu syarat bahawa Negeri Sembilan bakal mengikuti jejak Kelantan pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Justeru itu, kepada semua pengundi yang berada di perantauan kembalilah ke Galas untuk menentukan kemenangan kedua setelah kemenangan pertama dicapai malam semalam. Bak kata Mursyidul Am PAS, baliklah ke Kelantan hatta dengan merangkak sekalipun. Jika dengan niat yang betul untuk mempertahankan kerajaan negeri yang berlandaskan Islam, setiap langkah mu pasti merupakan suatu ibadat dan diberi pahala di sisi Allah, InsyaAllah. Andainya, di dalam perjalanan itu nanti anda ditimpa kemalangan hatta mati di dalam perjalanan untuk mengundi parti yang memperjuangkan Islam, nescaya kematian anda amat berbaloi dan mendapat kerahmatan Allah.

Tetapi, sekiranya anda pulang hanya mahu menyokong parti sekular yang terang-terang menentang Islam, terang-terang pemimpinnya ingin mewujudkan `Hub Hiburan' yang hebat, terang-terang redha dengan judi dan arak, terang-terang menghalalkan kezaliman Akta ISA, maka siapakah yang berani memberi jaminan kebaikan sekiranya anda mati menuju ke jalan itu? Lebih baik anda tidak pulang daripada melakukan perbuatan menyokong puak yang sekular dan zalim seperti itu.

Nawaitu mesti betul. Bukan balik untuk mendapatkan bayaran tambang yang mungkin ada disediakan. Siapa boleh nafikan jika seseorang itu mengundi atau menyokong parti yang ingin laksanakan Islam itu tidak diberi pahala? Dan, siapa boleh bantah bahawa menyokong parti yang terang, jelas dan nyata menolak hukum Islam itu berdosa? Jika berpahala, maka Allah janjikan kesejahteraan dunia dan Akhirat. Jika berdosa tanpa sempat ia akan bertaubat, ke manakah arahnya nanti?

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

JANGAN TAKUT UGUTAN UMNO JIKA PANGKAH PAS.....PANGKAH JER PAS !!!

Posted: 31 Oct 2010 11:18 PM PDT

GUA MUSANG, 1 Nov - Rakyat diminta tidak termakan dengan taktik lama Umno semasa proses mencalit kertas undi pada 4 November ini.

YB Zaki Ibrahim menegaskan perkara itu di hadapan kira-kira 50 orang pengundi di Dun Galas di Tapak Pasar Lama Gua Musang.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, pengundi tetap tidak berganjak untuk mendengar sambil berteduh di bawah bumbung warung berhampiran.

Tegas beliau lagi, dalam keadaan negara demokrasi sebegini, rakyat berhak membuat pilihan dan tidak perlu takut dengan ugutan jentera-jentera Umno yang menggertak mereka dengan pelbagai helah.

"Rakyat jangan tertipu dengan kata-kata bahawa jika memilih PAS, anak-anak mereka bakal tidak mendapat pekerjaan, segala kemudahan ditarik balik, tidak mendapat wang serta pelbagai ugutan lagi."

"Putera, Puteri Umno menakutkan masyarakat dengan mengatakan mereka boleh melihat undi rakyat melalui skrin televisyen."

Perkara ini telah menceroboh keamanan pengundi sehingga mereka takut untuk memangkah PAS, jika mereka mahu. Sekiranya mereka memangkah PAS, mereka takut menghadapi kesukaran-kesurakan di hari-hari seterusnya.

Menurut beliau, ini kerja jahat, menipu orang-orang kampung.

Rakyat juga diingatkan supaya keluar mengundi awal supaya tidak menghadapi masalah terutamanya berhadapan dengan pengundi hantu. Sebelum ini, ada beberapa kes di pilihanraya lepas yang mana apabila mahu mencalit undi, nama dan nombor kad pengenalan mereka sudah digunakan oleh orang lain. Ini adalah kerja-kerja hantu.

Menurut beliau lagi, satu lagi taktik Umno telah dikenalpasti menipu pengundi. Mereka meminta rakyat menyerahkan kad pengenalan dan memberikan hadiah televisyen, mencuri kad pengenalan dan membuat kad pengenalan palsu.

"Rakyat bebas mengundi parti mana yang mereka mahu. Negara kita negara demokrasi. Tidak perlu takut mempertahankannya. Umno pun jangan takut sangat dengan PAS sampaikan perlu menipu rakyat. Kalau ada kes-kes sebegini, segera lapor pada polis. Sekarang kita berlawan secara baik. Jangan takut sangat kepada PAS sampai membuat taktik-taktik khianat."

Beliau turut meminta Umno meyemak janji-janji yang mereka taburkan kepada rakyat di kempen-kempen pilihanraya mereka. "Di Manek Urai, mereka berjanji untuk membina jambatan menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai baru. Sehingga kini tapak tanah pun belum ditetapkan lagi, malah rundingan dengan kerajaan negeri pun belum mereka buat. Pengundi-pengundi di peti undi Manek Urai lama banyak yang kena tipu."

"Begitu juga yang berlaku di Pengkalan Pasir. Umno janji nak membina longkang besar dan bermacam-macam lagi untuk rakyat di sana. Sudah lima tahun rakyat Pasir Mas menunggu. Namun tidak ada langsung usaha untuk mengotakan janji-janji tersebut."

"Inilah Umno. Kini datang menabur janji pula di Galas."

Beliau turut mengingatkan hadirin tentang kerajaan Islam PAS Kelantan yang sifar rasuah selama dua dekad pemerintahannya. "Kita meletakkan Allah di hadapan. Kita takut dengan hanya rasuah seringgit dua lalu kita mendapat imbalan dua tiga tahun dibakar api neraka."

Tegas beliau di majlis yang turut dihadiri YB Chan Ming Kai (ADUN SImpang Pulai), YB Abdullah Mohd Nawi (Adun Wakaf Bharu), YB Azman Shapawi (Dungun) dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

YB Abdullah Md Nawi yang berucap di majlis yang sama turut mengingatkan pengundi bahawa kerajaan PAS yang telah memerintah selama 20 tahun dengan segala tekanan telah berjaya menyempurnakan keadilan kepada seluruh rakyat tanpa mengira batas kaum dan agama. Sehingga kini masyarakat Cina berbondong-bondong menyertai PAS kerana mereka merasa selamat di dalamnya.

Beliau turut mengembalikan memori terhadap arwah bekas ADUN Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima, "Beliau sanggup memberikan dirinya untuk kepentingan rakyat. Sehingga di saat-saat akhir beliau di mana beliau sedang tenat pun, apabila diberitakan seorang rakyat sedang sakit, beliau sempat berkata 'kita kena pergi melawat segera.'"

"Sekarang ini PAS menghantar Dr Zul kepada rakyat. Dr Zul sanggup menyambung segala kerja-kerja yang ditinggalkan oleh arwah sebelum ini. Kalau rakyat memberi kuasa tersebut kepada Umno, kerja-kerja ini akan tertunggak dan menyusahkan rakyat kerana kerja-kerja di Gua Musang banyak melibatkan hubungan dengan kerajaan negeri seperti projek-projek tanah. Untuk memudahkan urusan mengendalikannya, seharusnya ADUN yang bakal dilantik adalah daripada pihak kerajaan negeri," tekan beliau.

Sumber: http://intanhijau.blogspot.com/

Galas: Pengundi Terharu Keiklasan Dr Zulkifli Mohamad !!!

Posted: 31 Oct 2010 10:42 PM PDT

Dr Zul mesra dekati pengundi

Masa berbaki yang tinggal lagi empat hari bagi menjalankan kempen dipergunakan sepenuhnya calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed bagi mendekati penduduk Galas dalam misi mempertahankan Galas di tangan PAS sempena Pilihan Raya Kecil Dun Galas pada 4 November nanti.

Beliau bersama-sama Adun Jelawat, Cikgu Abdul Aziz Kadir dan Adun Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria melawat kawasan Kampung Sungai Terah bagi mendekati pengundi khususnya warga emas serta mereka yang sedang menderita akibat penyakit serius.

Kempen dimulakan dengan mengunjungi bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Gua Musang, Hasmah Mohamed, 73, yang sedang berehat di rumahnya.


Beliau disapa mesra Zulkifli yang cukup ramah memulakan tutur bicara memandangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain apatah lagi Hasmah begitu aktif bersama Muslimat PAS kawasan untuk tempoh 16 tahun.

Setelah itu, rombongan meneruskan perjalanan ke rumah jiran beliau iaitu Ismail Mahmud, 73, yang sedang duduk bersantai di tangga rumahnya bersama cucu-cucunya sambil menyambut kedatangan rombongan Zulkifli dengan senyuman.


Beliau memulakan celoteh mengenai aktiviti Umno-BN yang merayu pengundi di sekitar kawasan tersebut dengan menaburkan pelbagai bentuk janji manis berbentuk pembangunan serta bantuan.

Namun beliau menepis segala bentuk janji dan pemberian tersebut bersifat sementara dan sering tidak ditunaikan berdasarkan pengalaman dalam beberapa pilihan raya kecil terdahulu.


"Kesemua mereka datang hendak menaburkan projek pembangunan, sehingga lupa bahawa rakyat juga merupakan golongan yang boleh berfikir dan bijak.

"Malah mereka ingin menyusahkan rakyat dengan pembinaan bangunan 100 tingkat dengan wang negara," tegasnya.

Pada kesempatan itu juga Dr Zul membuat pemeriksaan kesihatan Ismail yang mengalami masalah tekanan darah tinggi selain sakit pada bahagian lutut.

Rombongan yang turut disertai Team Medical PAS ini turut membawa kelengkapan perubatan serta peralatan bagi memudahkan proses memeriksa serta merawat mereka yang memerlukan.

Ketika mengunjungi pasangan Aishah Ngah, 63, dan Abdul Rahman Musa, 69, jiran beliau, Yunus Ismail, 80, dimaklumkan sedang terbaring selepas diserang asma.

Beliau yang terkena serangan stroke sejak 15 hingga 20 tahun lalu hanya terbaring kepenatan.

Walau bagaimanapun, pasukan perubatan segera memberikan bantuan rawatan serta ubat-ubatan bagi mengurangkan masalah tersebut.

Abdul Rahman yang juga merupakan tok siak masjid Mukim RPT Sungai Terah turut mengambil peluang berkongsi pelbagai masalah dengan Zulkifli serta dua Adun tersebut.

Setelah itu Zulkifli singgah di sebuah warung bagi menikmati air batu campur beserta goreng pisang bersama penduduk setempat yang berada di warung berkenaan.


Personaliti dan sifat mudah mesra beliau membuatkan penduduk berasa senang untuk berkongsi masalah khususnya bekalan air yang tidak menentu di kawasan tersebut.

Zulkifli yang telah sedia dikenali sebahagian penduduk pula mengambil peluang untuk beramah mesra dan mendekati mereka dengan menggunakan kelebihan yang ada sebagai seorang doktor perubatan.

Selepas berehat seketika, rombongan meneruskan aktiviti kempen di sekitar kampung Batu Papan serta menyertai program 'cakno keluarga' anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan kesihatan.

Sebaik mendapat maklumat mengenai penangkapan adik perempuan Teoh Beng Hock, beliau bergegas ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Gua Musang bagi memantau kes tersebut.

Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/

ORANG BANGANG PUN TAHUUUUU...

Posted: 31 Oct 2010 10:35 PM PDT

Kalau tanya orang paling bangang dalam dunia pun tahu apa mereka buat dan siapa yang mereka sokong! NGO yang menamakan diri mereka satu Malaysia dilihat berkeliaran dan memberi sumbangan dalam kawasan Galas. Yang lawaknya mereka kata mereka tidak berkempen dan kebetulan berada di Galas>>> Masuk akai ka???

Apapun inilah bentuk baru rasuah umNo yang dihalalkan oleh SPR... NGO lah kata kan...

Tak pernah dengaq pun NGO ni... tiba tiba dia kata dalam kempen seluruh Malaysia...kebetulan di Galas... ha..ha..haa... lawan tahap gaban ni... baca la sendiri. .


Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.

Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.


Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.

Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.

Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/

Tiada ulasan: