Haniza Talha - Landscaping New Politics |
- Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan
- Tingkatkan pendapatan, kurangkan kadar kemiskinan
- BN leaders help themselves to free laptops in 1Malaysia program
- ADUN BN tuduh PAS sesat
Skim Pinjaman Mikro Kredit di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan Posted: 11 Nov 2010 01:11 AM PST Oleh NAEEM RAFFI SHAH ALAM, 11 Nov – Kerajaan negeri mewujudkan Skim Pinjaman Mikro Kredit Selangor di bawah Yayasan Dar Qard Al Hasan Selangor, untuk skim pembiayaan modal bagi tujuan memulakan perniagaan. Antara penerima Skim Pinjaman Skim Mikro Kredit bersama Menteri Besar dan Exco Negeri Selangor baru-baru ini Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari memberitahu, dalam usaha menarik penglibatan golongan muda menceburi bidang keusahawanan, kerajaan negeri turut menganjurkan program-program kursus asas keusahawanan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Pusat Pengajian Tinggi (IPT). Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undang Negeri, (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, berhubung skim-skim anjuran kerajaan negeri yang bertujuan mengalakkan dan memperkasakan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan. "Kerajaan negeri juga tidak memfokuskan faktor umur dalam pembangunan usahawan," katanya. Tambahnya lagi, fokus utama Kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah membantu usahawan yang telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya dua tahun dan berdaya saing. SUMBER: SELANGORKINI |
Tingkatkan pendapatan, kurangkan kadar kemiskinan Posted: 11 Nov 2010 01:07 AM PST Oleh Hafizan Taib SHAH ALAM, 11 Nov – Meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan dan pembangunan modal insan melalui pendidikan adalah antara strategi dirangka kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar kemiskinan bandar ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat. Selain itu kerajaan negeri menerusi program jangka panjangnya menyediakan kemudahan infrastruktur asas dan meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Jumlah kemiskinan bandar dilaporkan mulai awal tahun ini sehingga Oktober lalu, adalah sebanyak 46,317 keluarga berdasarkan Pelan Garis Kemiskinan (PGK) baru yang diguna pakai selepas 4 Mac 2008, iaitu RM1,500. Sebelum ini PGK digunakan adalah sebanyak RM731 dengan catatan 9,904 keluarga bagi seluruh negeri Selangor. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjawab soalan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, menjelaskan, antara faktor yang menjadi penyebab kepada kemiskinan itu adalah penghijrahan, kematian ketua keluarga, keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan serta sikap dan mentaliti individu. Menurutnya, kerajaan negeri merangka beberapa strategi bagi menangani masalah ini supaya taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan, seterusnya mengatasi masalah kemiskinan di luar bandar. Melalui strategi meningkatkan pendapatan melalui program keusahawanan, kerajaan negeri telah mewujudkan beberapa program seperti pinjaman mikro kredit, program bantuan peralatan, 'blueprint', kursus-kursus keusahawanan dan program peningkatan kemahiran. "Program tersebut dilaksanakan dengan objektif untuk membantu golongan miskin dan berpendaptan rendah berdikari dan meningkatkan pendapatan melalui pelbagai aktiviti keusahawanan," katanya sewaktu Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini. Melalui pendidikan, kerajaan negeri memberi fokus kepada pembangunan modal insan bagi anak-anak golongan miskin yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran. Katanya, Program Teknikal dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Antarabangsa INPENS, berjaya menempatkan anak-anak golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk meneruskan pelajaran di dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal di peringkat sijil. Kerajaan negeri juga menaik taraf kemudahan di Kolej Antarabangsa INPENS dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembinaan asrama yang akan dapat menempatkan seramai 500 orang pelajar. Beliau berkata, pertambahan pengambilan pelajar mampu melahirkan ramai tenaga mahir dan dapat membantu anak-anak keluarga miskin dan berpendapatan rendah meneriman pendidikan teknikal dan vakasional. Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada keluarga miskin menerusi Program Rumah Kerajaan Prihatin dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan sasaran berkenaan. Tambahnya, program tersebut akan diteruskan bagi memastikan keluarga terbabit mendapat kemudahan asas yang diperlukan seperti rumah, di samping menerima akses kepada bekalan elektrik dan air bersih. Bagi meningkatkan kualiti kesihatan keluarga miskin, program bantuan kesihatan diwujudkan dengan tiga jenis bantuan kesihatan diberi iaitu rawatan katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil. Program bantuan kesihatan ini dapat mengurangkan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pembiayaan bagi menampung kos rawatan yang semakin meningkat. Kerajaan Negeri membiayai kos rawatan bagi katarak mata sebanyak RM1,200 (one-off), rawatan dialisis buah pinggang sebanyak RM2,000 seorang (one-off) dan pembedahan kecil tidak melebihi RM5,000 bagi seorang pesakit. SUMBER: SELANGORKINI |
BN leaders help themselves to free laptops in 1Malaysia program Posted: 10 Nov 2010 11:19 PM PST November 10, 2010 – A Selangor state assembly backbencher has accused BN grassroots leaders of abusing the 1Malaysia Computer programme by eating into the quota set aside for secondary school students and the needy. Sekinchan assemblyperson Ng Suee Lim said he has received numerous complaints of favouritism and cronyism in the approval of the free laptops under the programme, launched earlier this year under the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). Waving a list of names of people who have allegedly received the free laptops, Ng claimed that many on the list include division leaders and of the various BN component parties including Umno, MCA and Gerakan. “All these names do not fulfil the set criteria,” he said when debating the Selangor state budget 2011. Ng pointed out that free laptop recipients under the programme need to fulfill four criteria which include household income must be under RM3,000, the family does not have a computer, the family must have children in Forms One to Five, and each family is entitled to only one laptop. “After going through the list, it turns out that the main condition is that as far as possible it must go to Umno, MCA, Gerakan and BN members. “I am shocked with the way in which such contributions are distributed, which does not reflect transparency, instead using the programme solely to fulfil the agenda and political interests of Umno and BN,” he said. Dubious approval of land Ng also accused the previous BN-led state administration of abusing its position in the approval of four acres of land in Taman Sri Muda in Kota Kemuning for the Umno Kota Raja division. He said the Klang district land committee, which was chaired by the Klang district officer at the time and made up of 10 BN state assemblypersons, had decided on May 25, 2006 to give four acres in the area to the Shah Alam city council and another three acres to the Umno Kota Raja division. But after the state government consultative council met on Jan 31, 2007, it was decided that the Umno Kota Raja division would instead get four acres at a nominal land premium of RM1,000, while the Shah Alam city council would only get three acres, Ng claimed. “Why is it that Umno Kota Raja was given land and given special treatment with a nominal premium of RM1,000? This case clearly exposes to us how state land was shamelessly given to political parties, especially Umno,” he said. - Malaysiakini |
Posted: 10 Nov 2010 07:51 PM PST SHAH ALAM, 11 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie kesal dengan sikap tidak profesional sesetenggah Adun Barisan Nasional (BN) sehingga menimbulkan situasi ketegangan dan menghina dewan. Menurut Shuhaimi, inilah sikap mentaliti kebanyakkan ahli dewan yang diwakili BN berbahas dan berucap secara tidak rasional sehingga menimbulkan ketegangan dalam dewan. "Seharusnya kita ahli dewan kita harus memikirkan perkataan dalam hujah yang sesuai untuk digunapakai sebab dalam dewan sesuatu yang diucapkan haruslah berlandaskan fakta, mengeluarkan fakta atau hentam keromo dan mengeluarkan kenyataan berniat jahat yang membawa maksud tersembunyi," katanya dipetik dari TVS bagi mengulas tindakkan Adun Batang Kali yang mengeluarkan kenyataan kesat menuduh Parti Islam Malaysia (PAS) adalah sebuah parti sesat, semalam. Selain mengeluarkan kenyataan kesat, beliau enggan menarik balik kenyataan sebaliknya bertindak keluar dewan. "Apa yang kita lihat tadi adalah sikap pengecut Adun-Adun daripada pembangkang itu bukan sahaja tuduhan yang tidak berasas tetapi satu tuduhan berat," katanya. Tambahnya lagi, sebagai pemimpin yang berlatar belakangkan Islam seharusnya mempamerkan peribadi mulia bukannya menimbulkan ketegangan dan melabel sesebuah parti sesat apatah lagi parti yang dituduhnya itu adalah sebuah parti yang berpaksikan Islam. "Jadi saya minta beliau memohon maaf esok dalam dewan kerana perkataan yang dikeluarkan itu dengan menuduh PAS sebuah parti sesat adalah satu kenyataan yang amat dikesali kerana kalau kita ada perbezaan hanya dari segi politik bukan daripada perbezaan beragama," katanya. |
You are subscribed to email updates from Haniza Talha - Landscaping New Politics To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan