Anwar Ibrahim |
- Tidak Patriotik: Muhyiddin Perlu Nasihati Diri Sendiri
- PR Kekal Komited Pertahan Perlembagaan
- Anwar Is Still Our Best Hope
- Sokongan Penuh Saya Kepada Anwar – Mustaffa Kamil
Tidak Patriotik: Muhyiddin Perlu Nasihati Diri Sendiri Posted: 12 Nov 2010 09:24 AM PST Dari Tv Selangor Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin perlu menasihati diri sendiri dahulu sebelum menasihati orang lain, kata Datuk Seri Chua Jui Meng. Chua yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan nasihat Muhyiddin itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melabel orang bukan Melayu sebagai tidak patriotik kerana enggan menyertai Angkatan Tentera Malaysia. “Seorang yang ekstrem nak menasihat seorang yang ekstrem yang lain, nasihatkan diri dululah. Orang bukan Melayu bukan bolasepak, bila-bila awak nak tendang kita,awak tendang. Dia (Muhyiddin) tak tentu arah kadang-kadang baik dengan orang bukan Melayu dan pada masa yang sama dia ekstrem, tidak konsisten,” katanya ketika dihubungi TV Selangor. Ketika membuat seruan itu, Muhyiddin Yassin berkata penjelasan itu penting bagi membetulkan keadaan. “Saya tidak membaca atau tidak berada di Parlimen (waktu itu) tetapi daripada kenyataan yang terkeluar dan reaksi daripada beberapa pihak, mungkin Datuk Zahid perlu membuat penjelasan yang sebenarnya dan apa pendirian perkara itu.
“Bagi kita, kita tidak melihat keadaan sebegitu, kalaupun tidak ada penyertaan, saya fikir kita tidak seharusnya mempertikai kesetiaan mana-mana pihak yang menjadi rakyat (negara ini) sama ada Melayu, India, Cina…mungkin ada sebab-sebab yang lain,” kata Muhyiddin. Bagi bekas Menteri Kesihatan itu, Umno keterlaluan dalam pemahaman terhadap kaum dan agama. “Ramai masyarakat bukan Melayu sudah naik marah, mereka tidak puas hati dengan orang yang jadi menteri dalam jemaah menteri tetapi pendapatnya bercanggah dengan rukun-rukun negara dan sumbangan orang Tionghua, orang India terhadap negara ini,” katanya lagi. Tambahnya, dalam perlembagaan negara jelas menyatakan semua orang adalah samarata di mata undang-undang. “Bila nak buang undi, nak undi daripada kita, buat baik dengan kita, kita bukan bolasepak,” jelasnya. Zahid dalam jawapannya di Dewan Rakyat bagi membalas kritikan terhadap dirinya berkata faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam angkatan tentera dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah. Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan beliau tidak sensitif dan mempertikai kesetiaan dan integiriti kaum bukan Melayu kerana beliau tidak pernah menyatakan begitu mahupun berniat atau bermaksud berbuat demikian. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
PR Kekal Komited Pertahan Perlembagaan Posted: 12 Nov 2010 12:32 AM PST Dari TV Selangor Pemimpin berjiwa rakyat seharusnya mempunyai maruah dan harga diri, ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya pemimpin juga bukan menggadaikannya begitu sahaja apabila ditawarkan imbuhan oleh pihak tertentu. Beliau berucap di dalam satu perjumpaan bersama rakyat di Restoran 88, Simpang Renggam semalam, Anwar berkata dakwaan Umno bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah, perlembagaan akan dipinda adalah tidak berasas sama sekali. “Mereka berkata, Kita tidak akan benarkan orang-orang tertentu, Anwar Ibrahimlah siapa lagi (berjenaka), nak rebut Putrajaya, pinda Perlembagaan. Siapa yang kata nak pinda Perlembagaan? “Saudara tahu tak, Perlembagaan dalam PR dipertahankan! Siapa sain? Tuan Guru Ustaz Awang Hadi sain,” tegas beliau kepada kira-kira seribu hadirin yang membanjiri pekarangan restoran tersebut. Kata beliau, tidak logik sama sekali jika mengatakan Ustaz Awang Hadi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan agama dan bangsa semata-mata untuk kepentingan diri. “Lim it Siang, bertarung berpuluh-puluh tahun, saya kat UM dah tahu dah siapa dia. Kita gaduh dengan dia, kita tak setuju dengan dia dalam beberapa perkara, kita bagi dia tengok. Satu, dia boleh pertahan, dia berani dia takkan gadai, itu prinsip dia. Kalau dia boleh dikompromi, boleh dibeli dah lama dah!” kata beliau lagi. Anwar seterusnya menjelaskan bahawa beliau bersama Ustaz Awang Hadi serta Lim Kit siang telahpun menandatangani perjanjian bahawa perlembagaan akan terus dipertahankan, bersama-sama dengan bahasa Melayu, agama Islam dan hak keistimewaan raja-raja. “Cuma kita kena faham, kita kena pertahankan bahasa Melayu, bahasa rasmi dan saya tidak akan bertolak ansur. Sekiranya kita mengambil alih Putrajaya, saya beri jaminan kedudukann bahasa Melayu lebih tinggi dimartabatkan penguasaan akan jauh lebiih baik daripada apa yang dijalankan oleh Umno sekarang ini. Saya janji!,” tegas beliau lagi. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 11 Nov 2010 10:51 PM PST By N.Surendran Who wants to be free? Who wants to be rid of the lies, deceit and oppression of the Alliance/National Front government? Well, certainly not those who dance to the tune of the posturer and pretender Zaid Ibrahim, former Umno man and ex-leader of the reactionary Muslim Lawyers Association. At a time when a small and beleagured opposition and civil society stood valiantly against despotic government, the Muslim Lawyers Association was busy doing hatchet work for the tyrant Mahathir Mohamad. Zaid even made the toxic suggestion that the Law Minister should be appointed president of the Bar Council. Such is the outstanding pedigree of this newly minted champion of reform and good government. The light dawned for him only after the 2008 election, when he suddenly developed an aversion for the much weakened National Front, which was still reeling from the election blow. Now he has embarked on an ambitious enterprise to prematurely end Mr.Anwar Ibrahim’s long and astonishing political career; a career with which our country’s destiny is inextricably tied up. I do not come to praise Mr. Anwar Ibrahim. I only say that after over 50 years of near hopelessness, the 2008 election success of Mr. Anwar’s opposition coalition let in the first real hope that we would become a nation of free peoples. If ever man matched the moment brilliantly, it was Anwar in the run-up to the 2008 general election. He was masterly and inspiring, and he changed the country. Years earlier with his cry for reformasi, he helped create the conditions which would eventually lead to the March 8 tsunami. His battle for reform from prison (and for his personal freedom) transformed civil society and energised the political opposition. Dissent against the State became widespread and dissenters bolder than ever before. And crucially, his battle cry caught the imagination of the young. Suffering but defiant, he emerged from 6 years of incarceration with the increased stature that he would need to mould the nation anew. Now a dangerous and irresponsible game seems afoot to undermine Anwar and retard our country’s great journey to Freedom. It is an outrageous alliance of fiendish plotters and petty intriguers who are responsible for this enormous disservice to all Malaysians. They madly exaggerate every trifle and speak sanctimoniously about nothing in an endless series of media conferences. If we are to become a mature democracy and dismantle the lawless apparatus of the National Front government, we must take this journey with Anwar and Pakatan Rakyat. Political freedom will bring with it a fairer, and with time richer, and more efficient country. The wastage of cronyism, corruption and lack of competetiveness will be ended. I do not say that all this is a certainty, but that Anwar and Pakatan Rakyat are the last best hope. As for the small-minded cavillers abusing Anwar and compromising PKR and Pakatan, I predict they will amount to nothing. (The Writer is a human rights lawyer) This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Sokongan Penuh Saya Kepada Anwar – Mustaffa Kamil Posted: 11 Nov 2010 08:48 PM PST Dari Harakah Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub menegaskan sokongan penuh beliau kepada Datuk Seri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak pernah berubah. Sehubungan itu, beliau membantah dan menafikan laporan akhbar Berita Harian semalam yang menyiarkan caption tertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Mohamed Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam". “Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Dato' Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur,” kata Mustaffa Kamil calon timbalan presiden PKR dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurutnya, memorandum itu adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula Pemilihan Kepimpinan KEADILAN 2010 dan kandungannya diketahui oleh Dato' Seri Anwar dan Dato' Seri Dr Wan Azizah. “Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid Ibrahim dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid Ibrahim tanpa kehadiran saya,” katanya. Bagi Mustaffa, sokongan penuh beliau kepada Anwar tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan sedia diakui oleh kebanyakan ahli-ahli parti berdasarkan rekod beliau yang sentiasa konsisten mempertahankan Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun beliau terlibat dalam perjuangan reformasi. “Saya percaya bahawa PKR, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya amat memerlukan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembaharuan yang mampu membawa perubahan besar kepada negara,” katanya. Menurutnya, memorandum yang dihantar dua hari yang lalu adalah berdasarkan rintihan suara akar umbi yang terbabit dengan proses pemilihan parti 2010 dan memfokuskan kepada masalah dan kepincangan di sekitar perjalanan Pemilihan Kepimpinan 2010 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). “Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah telah menyambut baik dan akan mempertimbangkan kandungan memorandum tersebut berdasarkan jaminan yang saya terima dalam pertemuan saya dengan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari yang sama,” katanya. Sehubungan itu, beliau memberi amaran agar jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyelewengkan fakta dan menabur fitnah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti Anwar, beliau sendiri dan pemimpin-pemimpin parti yang lain. “Saya dengan ini menuntut supaya Berita Harian memohon maaf secara terbuka dan membuat pembetulan atas laporan tersebut dalam tempoh 24 jam. Sekiranya pihak berkenaan gagal berbuat demikian, saya terpaksa mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran,” katanya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan