Anwar Ibrahim |
Calon Baru Dan Muda Untuk PRU-13: Anwar Posted: 11 Nov 2010 06:24 AM PST Dari TV Selangor Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meletakkan muka baru dan muda sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13. Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi. Anwar berkata ini adalah selaras dengan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya. Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.
Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 November lepas. Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti. Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan. |
Tanah P.Pinang: Tindakan Umno Mahu Tutup Kesalahan Disanggah Posted: 10 Nov 2010 10:43 PM PST Dari Harakah Tindakan Farid Saad (Adun BN- Pulau Betong) mengajak rakyat terutamanya orang Melayu ‘tutup buku’ kesalahan Umno masa lampau yang menyebabkan penghakisan tanah orang Melayu di Pulau Pinang, disanggah. Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid sependapat membidas cadangan itu walaupun Farid memberi alasan masalah itu akan diperbetul generasi baru Umno. Kedua-dua mereka membuat bidasan sewaktu menjadi panel dalam ‘Forum Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Penyelesaianya’ di sini semalam. Bagi mereka istilah ‘tutup buku’ tidak wajar digunakan sebaliknya kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno sewaktu berkuasa di Pulau Pinang harus diperjelaskan dengan teliti agar generasi muda hari ini mengenal pasti parti mana yang merosakan bangsanya sendiri.
“Sekarang bukan masanya buat kajian bahkan kena menyedari kenapa boleh berlaku begitu walhal kepimpinan Umno berkuasa, menjadi Timbalan Ketua Menteri serta memegang Exco Tanah tetapi tidak mampu melakukan sesuatu kerana terlalu takut atau mungkin tidak bijak dalam urus tadbir tanah. “Mana boleh lepas tangan atau tutup buku dalam hal ini kerana ia membabitkan maruah bangsa dan agama. Rakyat kena peka untuk mengajar kepimpinan yang bersalah dan menggangkat parti yang mampu mengambil alihan tugasan Umno, ” kata Mujahid. Menurut mereka, memang tidak dinafikan model pembangunan yang tidak seimbang menjadi salah satu penyebab kenapa tanah Melayu terjual Orang Melayu lebih gemar kepada wang ringgit yang ditawarkan ekoran mainan orang tengah yang terdiri daripada kepimpinan politik melayu yang kadang-kadang bercakap soal isu penghakisan tetapi dalam masa yang sama mereka merupakan pengkhianat. “Paling malang ada juga kepimpinan Umno yang jadi pengkhianat bertindak sebagai orang tengah membeli tanah penduduk melayu untuk menyenangkan pembangunan akan datang, ” terang Azmi. Manakala seorang lagi ahli panel, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Yusuf Latiff pula mendedahkan sikap pentingkan diri kepimpinan Umno sehingga gagal mempertahankan tanah orang Melayu. Katanya, ramai pemegang amanah tidak jujur dan senang dibeli serta bertindak mengucar kacirkan keadaan sehingga sanggup pula membuka ruang untuk kaum lain bertapak terutamanya Koperasi. Beliau mengambil contoh Koperasi Tunas Muda yang dulunya begitu aktif menjaga kepentingan tanah orang Melayu tetapi kini memberi peluang Katanya, kewujudan Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Koperasi Nusantara dan banyak lagi koperasi yang diterajui Umno, gagal kerana sikap tidak Walaupun pernah menerajui Koperasi tersebut di awal penubuhanya, beliau kurang senang terhadap operasi sekarang yang lebih mementingkan keuntungan bukan pembelaan terhadap penghakisan tanah orang Melayu. “Sewaktu peringkat awal kita buat dengan niat yang betul tetapi apakan daya akibat tiada kejujuran dan amanah membuatkan semuanya berkecai, ” Bukan sahaja ahli panel, malah peserta yang menyertai program tersebut juga turut kecewa dan membantah cadangan ‘tutup buku’ itu sekaligus |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan