Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- JPP akan putuskan tindakan Zaid
- JPP Tidak Memihak: Zaid Menang Di 38 Cabang Berbanding Azmin 37
- Dr Asri: Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI
- Zaid.......
JPP akan putuskan tindakan Zaid Posted: 09 Nov 2010 05:16 AM PST PETALING JAYA: Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan berbincang dan membuat keputusan sama ada untuk menerima penarikan diri calon timbalan presiden oleh Datuk Zaid Ibrahim menerusi laman blognya. Ini kerana katanya, Zaid masih belum menghantar sebarang notis rasmi kepada pihak JPP mahupun sekretariat pemilihan. "Kami belum terima hitam putih daripada Zaid. JPP akan berbincang dan membuat keputusan sama ada untuk menerima apa yang dimaklumkan dalam blognya sebagai keputusan rasmi penarikan beliau. "Kami akan membuat keputusan secepat mungkin sebelum minggu depan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Zaid, Saifuddin berkata perkara itu akan dibuat sehingga ada aduan. "Kami akan ambil tindakan sekiranya wujud aduan terhadap beliau," katanya. Menyusul lagi selepas ini………. |
JPP Tidak Memihak: Zaid Menang Di 38 Cabang Berbanding Azmin 37 Posted: 09 Nov 2010 05:13 AM PST PETALING JAYA, 9 NOV: Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menempelak tuduhan Datuk Zaid Ibrahim, kononnya ibupejabat parti memihak kepada Azmin Ali dalam pemilihan itu dan tidak melayan sebarang cadangan beliau bersabit pemilihan itu. Menurut Saifuddin hakikat adalah Zaid menang di 38 cabang PKR manakala Azmin di 37. Azmin bagaimana mendahului dari segi majoriti undi kerana keahlian yang lebih besar di cabang-cabang yang dimenangi oleh beliau. Saifuddin turut menegaskan bahawa rungutan beliau kononnya cadangannya untuk memperkasakan proses pemilihan ditolak adalah tidak berasas. "Surat dari calon Zaid pada JPP dan sekretariat bertarikh 5 OKT ada tujuh cadangan. Pertama calon dibenarkan lantik 'polling agen' di setiap cabang. Cadangan dia kita terima pakai. Kedua kertas undi patut letak no siri. Cadangan ini diterima. "Peti undi mesti lutsinar. Kita tak buat sebab tak cukup duit. Senarai ahli berdaftar sahaja diguna pakai, yang ini kita buat. Ruang buang undi mesti diasing, kita buat. Masa perlu tetap dan ketujuh ahli yang bayar yuran parti mesti diberi peluang mengundi. "Diakhir surat ini, Zaid kata harap cadangan dia diluluskan cepat supaya dia boleh buat keputusan samada mahu menerima pencalonan atau tidak. Hakikatnya, pada masa itu Zaid telah menerima pencalonan," terang Saifuddin. Saifuddin kesal atas tindakan Zaid melontarkan tuduhan yang bertujuan mencemari kredibiliti ibupejabat PKR dan jawatankuasa pemilihan pusat. Keputusan ahli PKR pada pemilihan adalah bebas daripada campur tangan mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi sebagaimana yang didakwa oleh Zaid. "Zaid menang 38 cabang, azmin 37 cabang. Ini fakta. Bila Azmin mendahului alasannya mudah kerana mobilisasi Azmin yang baik. Itu diluar kuasa JPP dan sekretariat. "Kalau kamu jaga baik mobilisasi kamu, maka baiklah politik kamu. 38 cabang 'solid' sokong Zaid. Kalaulah benar berlaku aktiviti memenangkan, mustahil Zaid mendahului 38 cabang," katanya. Saifuddin berkata jentera calon-calon yang tidak dapat menjalankan tugas masing-masing tidak harus menunding jari kepada ibu pejabat parti. "Atas pemintaan Zaid sendiri ada 'poling agen' dan 'counting agen' dibenar bertugas. Kegagalan calon lantik 'poling agen' untuk pantau pemilihan, jangan tuding JPP dan sekretariat, salahkan jentera kamu sendiri," katanya. |
Dr Asri: Surat Terbuka Untuk Yang Berhormat DSAI Posted: 09 Nov 2010 05:13 AM PST SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan 'digunakan' itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara; 1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang. 2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang 'pemikir politik' yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian 'tidak mesra kerajaan' dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu 'pengunduran DSAI', saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai 'instinct' tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar. 3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak 'garang'. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan. 4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka. 5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh. 6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya. 7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat. 8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata 'andaian saya salah!'. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya. 9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya. Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam. Mohd Asri Zainul Abidin 9 Nov 2010, 3.30 p.m |
Posted: 09 Nov 2010 05:05 AM PST Bila Zahid kata " it was time for a change in the party's top leadership if the party wanted to remain relevant" jawapan dia bagi mudah ja. Dia tak jawab panjang. Dia cuma kata: "I am not going to entertain it, this is his personal view for a long time... it is a strange coincidence that it is coming out at this time, if you follow the writing in Utusan (Malaysia)," "There is a pattern so it's ok-lah," "I don't know. It is a strange coincidence." -FMT Cukup dengan 3 ayat tu, dia tak perlu buat pertuduhan pun tapi semua orang faham apa maksud dia Pandangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali berundur merupakan pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti secara keseluruhannya. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen petang tadi berkata jika perkara itu dibuat secara konsensus maka ia boleh dipertimbangkan. "Ini kali pertama, saya mendengar pandangan beliau dan saya tidak perlu layan desakan tersebut," ujar beliau. Zaid calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat menarik diri pagi tadi dalam satu sidang akhbar mendesak Anwar dan Azmin supaya meninggalkan parti itu untuk menyelamatkan keadaan. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan