Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- MB nafi dakwaan Noh Omar Yayasan Selangor belanja RM800,000
- Australia Diminta Nyatakan Pendirian Demokrasi Pimpinan Najib Razak
- Rakyat Tolak ETP
MB nafi dakwaan Noh Omar Yayasan Selangor belanja RM800,000 Posted: 14 Nov 2010 11:29 PM PST SHAH ALAM, 15 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk menganjurkan majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-40 agensi negeri itu yang sepatutnya diadakan hari ini. Menteri Besar Selangor menegaskan kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini. Majlis itu yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000. Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mendakwa lebih RM800,000 telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis tersebut. "Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000," kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. "Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000)," kata beliau. Semalam, Khalid berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu. Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai. "Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab. "Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," katanya. Sultan Selangor membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan itu Jumaat lalu. Kelmarin, Noh mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000. Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain. Sumber: Selangorkini |
Australia Diminta Nyatakan Pendirian Demokrasi Pimpinan Najib Razak Posted: 14 Nov 2010 11:14 PM PST SYDNEY 15 NOV : Australia diminta menyatakan pendirian tegas berhubung hak demokrasi terhadap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Canberra menyatakan sokongan terhadap pembebasan pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, Sabtu lalu. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemuramah akhbar The Sydney Morning Herald berkata Australia telah menyatakan sokongan kuat terhadap sistem demokrasi di Burma, tetapi tidak menyatakan pendirian yang sama kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia. Beliau yang memuji langkah Canberra yang menyokong pembebasan Au San Suu Kyi mendesak negara itu turut memberikan sokongan yang sama terhadap sistem demokrasi di mana-mana negara seluruh dunia. "Australia harus lebih jelas dalam sokongannya untuk demokrasi," katanya dalam sebuah wawancara dengan Herald. "Jika anda menyatakan sokongan kuat terhadap demokrasi di Burma, kenapa tidak kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia." Kekejaman itu katanya termasuk "banyak kes pembunuhan yang tidak terjawab", ujarnya termasuk kematian salah seorang aktivis aktivis parti Pakatan Rakyat yang mati akibat terjatuh dari tingkat 14, pejabat Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia, tahun lalu. Anwar Ibrahim kini dalan siri lawatan ke Australia bertemu pimpinan negara itu dan mengadakan sesi dialog dengan para pelajar di sana. Sumber: TVSNEWS |
Posted: 14 Nov 2010 11:11 PM PST KUALA LUMPUR 15 NOV : Rakyat di negara ini masih sangsi rancangan Program Transformasi Ekonomi yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh portal web Utusan Malaysia, lebih 46.7 peratus daripada 1,538 peserta mengundi 'tidak' kepada soalan samada mereka yakin ETP akan mencapai matlamatnya. Daripada jumlah tersebut, 33.6 peratus lagi menjawab 'Ya' manakala 19.6 peratus pula menjawab 'Saya tidak tahu apa itu ETP'. Jelas sekali, kaji selidik yang dijalankan oleh akhbar media arus perdana berkenaan jauh berbeza dengan dakwan ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) Idris Jala sebelum ini bahawa rancangan terbabit mendapat sokongan padu rakyat di negara ini. September lalu, Idris Jala mendakwa 86 peratus daripada 1,060 peserta responden kaji selidik yang dijalankan memberi sokongan kepada program ETP selepas melawat sesi hari terbuka program berkenaan. Rancangan ETP, yang bernilai RM444 bilion dibawah pentadbiran Najib merangkumi pelaksanaan 131 projek untuk menjana perubahan menjadikan ekonomi negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita melalui ETP didakwa dijangka akan mengalami perkembanngan dua kali ganda dari RM23,700 kepada RM48,000 menjelang 2020 dengan 3.3 juta peluang perkerjaan diwujudkan. Keseluruhan besar kos dana projek berkenaan juga akan dibiayai oleh swasta manakala 32 peratus lagi akan dibiayai oleh syarikat milik negara (GLC) dan kira-kira lapan peratus lagi oleh kerajaan pusat sendiri. Projek tersebut merangkumi 12 sektor ekonomi utama negara iaitu, minyak, gas dan kuasa, minyak kelapa sawit, perkhidmatan kewangan, sektor elektrikal dan elektronik, peruncitan dan pemborongan, infrastruktur komunikasi, pertanian dan sektor Lembah Kelang-Kuala Lumpur. Bagaimanapun, rancangan berkenaan juga mendapat pandangan negatif dari para analisis ekonomi yang tidak yakin dengan rancangan ETP malah ada juga yang berpendapat ia adalah prospektus pelaburan yang dibesar-besarkan. Kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat juga berasa tidak yakin dengan keberkesanan projek berkenaan sambil menegaskan bahawa kerajaan pusat cuba mengenepikan kerajaan negeri dengan tidak terlebih dahulu mendapatkan maklum balas dari mereka. Sumber: TVSNEWS |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan