Ahad, 14 November 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kes PKFZ Ditunda Sehingga Bicara Liong Sik Selesai

Posted: 14 Nov 2010 11:10 PM PST


SHAH ALAM 15 NOV : Perbicaraan ke atas bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang akan ditunda sehingga kes yang membabitkan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik selesai dibicarakan.

Kedua-dua pihak pendakwaan dan juga pembelaan berhujah perbicaraan kes pecah amanah (CBT) ke atas OC Phang jika diteruskan akan menjadis prejudis terhadap kes Ling.

Timbalan pendakwa raya, Dzulkifli Ahmad dan peguambela Francis Ng juga bersetuju bahawa adalah wajar bagi menunda kes Phang kerana kesalahan yang didakwa dilakukannya berlaku sebelum dakwaan salah laku Ling di petik dari Malaysiakini.

Sehubungan itu, hakim Mahkamah sesyen, Asmadi Hussain mengambil keputusan untuk menunda perbicaraan bagi memberi laluan kepada kes Ling berakhir, tetapi tidak mengambil kira proses rayuan. Beliau yang membenarkan permohonan penangguhan oleh pihak pembelaan akan mendengar kes itu tanpa menunggu proses rayuan Liong Sik selesai.

Phang, yang nama penuhnya Phang Oi Choo @ Phang Ai Tu, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ling, 67, pula pada 29 Julai lalu, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

Mengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.

Sumber: TVSNEWS

Pemilihan Keadilan 2010 : Azmin Dahului Majoriti Lebih 10,000 Undi

Posted: 14 Nov 2010 11:08 PM PST


KUALA LUMPUR 15 NOV : Azmin Ali medahului dengan majoriti lebih 10,000 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 154 cabang

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin mendapat keseluruhan 13,016 undi manakala pencabar tunggalnya kini Mustaffa Kamil Ayub pula kekal jauh di belakang dengan 2,772 undi.

Pemilihan semalam dilihat mempengaruhi peluang setiap calon bertanding kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai paling ramai anggota PKR di Malaysia.

Sebagai contoh, di empat cabang sahaja - Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kota Raja - jumlah anggotanya dianggarkan sebanyak lebih 23,000 orang.

Berikut keputusan pemilihan PKR mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Petaling Jaya Utara Azmin (52), Mustaffa (24)

Kluang Azmin (37), Mustaffa (6)

Tanjong Azmin (57), Mustaffa (8)

Batu Pahat Azmin (27), Mustaffa (7)

Simpang Renggam Azmin (31), Mustaffa (6)

Sri Gading Azmin (7), Mustaffa (9)

Bandar Tun Razak Azmin (138), Mustaffa (19)

Bukit Bintang Azmin (58), Mustaffa (5)

Jelutong Azmin (90), Mustaffa (2)

Lembah Pantai Azmin (155), Mustaffa (55)

Seputeh Azmin (24), Mustaffa (7)

Kota Raja Azmin (582), Mustaffa (38)

Subang Azmin (357), Mustaffa (33)

Kapar Azmin (216), Mustaffa (60)


Sumber: TVSNEWS

Halang Media Sidang DUN Kedah,Kenapa Perak Tidak Jadi Isu ?

Posted: 14 Nov 2010 11:07 PM PST


IPOH 15 NOV : Tindakan kerajaan Kedah tidak membenarkan beberapa media Umno membuat liputan perjalanan Sidang Bajet 2011 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bermula semalam terus menerima sokongan.

Sambil menyokong, Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim turut mempersoal kenapa isu itu diperbesarkan, sedangkan kerajaan BN Perak turut melakukan perkara sama kepada media alternatif dipetik Harakah Daily Online.

"Kenapa heboh media pro BN tidak boleh masuk sidang DUN Kedah sedangkan di Perak media dan blogger pro PR sudah lama dihalang masuk dewan," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membandingkan tindakan BN Perak di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang turut menghalang media pro Pakatan Rakyat membuat liputan beberapa sidang DUN sebelum ini.

"Sesekali selayaknya kita boleh cakap padan muka...," katanya sinis.

Beliau mengulas beberapa organisasi media, dilarang memasuki DUN Kedah bagi membuat liputan sesi belanjawannya yang bermula pagi ini.

Menurut Muhamad Helmi Mohamad Khalid, setiausaha akhbar kepada menteri besar, larangan itu dibuat ekoran laporan negatif media terhadap banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.

Hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernama dibenarkan membuat liputan untuk perbahasan belanjawan selama tiga hari itu.

"Hak media hanya bebas kepada media pengampu BN dan merekalah penghianat kepada rakyat," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Zaid Terus Mencari “Kapal” Untuk Jadi Juragan

Posted: 14 Nov 2010 10:56 PM PST

ZAIDCuma tinggal satu persoalan pokok sekarang – mana satu parti yang akan bakal diambil alih dan diterajui oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Sumber mengatakan usaha sudah mula digerakkan untuk membolehkan Zaid dan beberapa konconya mengambil alih sebuah parti untuk melancarkan kempen politik beliau seterusnya.

Adalah difahamkan dua daripada tiga parti yang mungkin diambil alih adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Tidak ada sesiapa yang terkejut dengan laporan akhbar The Star yang memetik Zaid sebagai berkata bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat.

Tidak ramai juga akan gusar dengan tindakan itu, baik di dalam parti mahupun di dalam Pakatan Rakyat. Malah, mungkin ramai akan berasa lega.

Pagi tadi, seorang sumber yang rapat dengan kem Zaid berkata bekas ketua bahagian umno itu belum membuat keputusan muktamad dan akan memperjelaskan kedudukannya menerusi blog beliau.

Ramalan bahawa Zaid akan menubuhkan parti mengikut acuan politiknya sendiri semakin nyata apabila beliau enggan meneruskan saingan untuk menjadi timbalan presiden PKR.

Beliau mendakwa pemilihan parti tidak dijalankan secara telus malah berlaku penyelewengan.

Dari saat itu, Zaid memperhebatkan serangan terhadap Anwar – "Anwar adalah punca kepada segala masalah, Anwar memihak kepada Azmin, Anwar dan Azmin harus berundur" adalah intipati serangan yang dilontarkan oleh Zaid.

Zaid mahu menyakinkan semua orang bahawa beliau diserang oleh pimpinan parti hanya kerana menegur proses pemilihan PKR yang pertama kali menggunakan sistem satu ahli satu undi.

"Saya dah muak terhadap serangan-serangan peribadi ini," kata beliau kepada akhbar The Star.

Hakikat ialah Zaid cuba menenggelamkan bahawa beliau dan penasihat-penasihat kanannya telah mula menghentam Anwar secara peribadi dan secara terbuka jauh sebelum proses pemilihan bermula.

Di cabang-cabang tertentu, khususnya di Sabah dan Sarawak, Anwar menjadi mangsa penyebaran pelbagai fitnah, jauh sebelum pemilihan PKR bermula. Umum tahu siapa membiayai Portal Free Malaysia Today dan hubung kaitnya dengan Zaid.

Serangan-serangan oleh Zaid dan konco-konconya terhadap Anwar, dengan menggunakan Azmin sebagai alasan, diperhebatkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Malah, Zaid turut cuba untuk mengheret PAS dalam agendanya, dengan mencadangkan beberapa pemimpin parti Islam itu berpotensi untuk mengambil alih teraju pakatan daripada Anwar. Cubaan itu gagal kerana pemimpin PAS dapat menghidu agenda politik yang dibawa oleh Zaid.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Zaid tidak seharusnya mengaitkan parti lain dalam soal pemilihan PKR.

"Tidak perlu sabitkan PAS, sabitkan DAP dan tidak perlu juga menjadikan suasana lebih keruh. Tidak perlu nak heretkan dan babitkan yang lain," tegas beliau.

Dalam tempoh singkat kurang dua tahun dalam PKR, Zaid dilantik sebagai ahli Biro Politik parti, calon pilihanraya kecil Hulu Selangor dan juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan selain menjadi penyelaras untuk Pakatan Rakyat.

Zaid akan mendakwa beliau tidak melobi untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, namun kebenaran adalah sebaliknya.

Kepercayaan yang diberikan oleh parti kepada Zaid cukup tinggi, malah ramai pemimpin PKR lain yang jauh lebih lama dalam parti tidak diberikan amanah serupa itu.

Adakah semua amanah itu diberikan oleh pucuk pimpinan semata-mata untuk mencantas Zaid kemudian hari?. Tidak masuk akal.

Masalah "duri dalam daging" berlaku kerana Zaid di lihat enggan berpegang kepada keperluan untuk menjadi "team player." atau bertindak secara berpasukan, berlainan dengan tokoh-tokoh lain seperti bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah bukti nyata bagaimana Zaid mencuba untuk mengendalikan kempennya sendiri dan secara berasingan daripada apa yang dirancang oleh kerajaan negeri dan ibu pejabat parti. Beliau tewas.

Zaid tidak memperlihatkan kesediaan untuk menerima kritikan tetapi sendiri lantang mengkritik. Beliau tidak senang menerima idea dan teguran orang lain tetapi mahu pendirian beliau didokong secara bulat.

Justeru Zaid memulau mesyuarat-mesyuarat Biro Politik parti – "Membazirkan masa sahaja" Zaid memberitahu pemberita. Beliau merasakan lebih berbaloi untuk menetapkan agendanya sendiri dalam parti.

Sikap sedemikian lambat laun tentunya akan membawa padah dan pengumuman Zaid untuk keluar parti hanyalah natijah peri lakunya sendiri.

Sayugia diingatkan, Zaid bukan seorang sahaja yang mengkritik pemilhan parti, calon dan pemimpin kanan lain turut berbuat demikian namun mereka tidak pula menyerang Anwar dan bertindak keluar parti.

Mustaffa Kamil Ayub, Badrul Hisham Shahrin, N Gobalakrishnan dan lain-lain hanya menuntut supaya pimpinan parti menangani aduan-aduan mengenai pemilihan secara lebih tegas demi kekuatan parti.

Mereka terus mendokong perjuangan PKR. Mereka tidak menyimpan cita-cita menjadi untuk nakhoda dalam sebuah kapal yang sudah pun mempunyai nakoda teruji.

Mereka lebih rela berusaha untuk membaiki proses pemilihan demi menyuburkan lagi demokrasi dalam PKR supaya parti it uterus bergerak atas landasan yng dituntut oleh rakyat.

Dengan meninggalkan PKR, Zaid kini mempunyai ruang luas untuk membina kapalnya sendiri dan sekali gus menjadi juragannya.


Sumber: Suara Keadilan

KEADILAN Seru Pemimpin Dunia Terus Tekan Junta Tentera Myanmar

Posted: 14 Nov 2010 10:55 PM PST

pkr1PETALING JAYA 15 Nov - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengalu-alukan langkah junta tentera Myanmar membebaskan pejuang demokrasi, Daw Aung San Suu Kyi sambil menyifatkannya sebagai langkah pertama ke arah kebebasan demokrasi sebenar di negara itu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail senada dengan pemimpin dunia dan aktivis demokrasi diseluruh dunia menyanbut pembebasan Suu Syi dengan harapan langkah itu tidak dikaitkan dengan mana-mana syarat serta membenarkan beliau terus bergerak dan aktif dalam perjuangan menegakkan demokrasi di Myanmar tanpa sebarang halangan.

Dr Wan Azizah menganggap pembebeasan Suu Syi sebagai saat yang paling menggembirakan dan menyifatkan anak bekas pejuang kemerdekaan Myanmar itu sebagai pejuang pembebasan sejati yang akan terus menghidupkan obor kebebasan.

"Pembebasan pemimpin pro-demokrasi itu dan pemenang hadiah Nobel semestinya menyusul kepada pembebasan tanpa syarat lebih 2,100 tahanan politik di Myanmar.Ini setelah kita melihat kemenangan besar junta tentera dalam pilihan raya yang direncanakan agar pihak tentera terus mencengkam rakyat negara itu ," kata Anwar.

KEADILAN menyeru pemimpin dunia agar teruds mengenakan tekanan ke atas junta tentera Myanmar agar perjuangan demokrasi di negara itu terus dipertahankan.


Sumber: Suara Keadilan

SPR Lembab, Sistem Pendaftaran Pengundi Secara Otomatik Mesti Disegerakan

Posted: 14 Nov 2010 10:54 PM PST

sprKUALA LUMPUR 15 Nov - Keberkesanan kos pendaftaran pengundi baru yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi program 'outreach' dipertikaikan kerana badan tersebut membelanjakan RM13.81 untuk setiap pengundi baru berbanding RM1 sahaja yang dibayar untuk setiap pengundi yang didaftarkan oleh Penolong Pendaftar daripada parti politik.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata berdasarkan kepada jumlaj seramai 4.3 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan yang masih belum berdaftar sebagai pengundi, ini bermakna pihak SPR terpaksa memperuntukkan dana awam sebanyak RM59.5 juta.

Malah sebanyak RM2.23 juta telah dibelanjakan untuk mendaftar seramai 161,148 pengundi abaru pada tahun 2009.

Menurut statistik yang dibekalkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, setakat ini terdapat 11,381,193 pengundi berdaftar dan 4,304,620 pengundi berkelayakan yang belum mendaftar dengan SPR.

"Jumlah yang bekum mendaftar adalah mencemaskan. Ramai pemimpin BN membayangkan pilihan raya umum akan diadakan pada awal tahun depan dan sekiranya ini berlaku 27.4 peratus rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas akan dinafikan hak mengundi serta menentukan kerajaan pilihan mereka.

"SPR telah berkali-kali berjanji mendaftarkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang berkelayakan sebelum PRU-13. Untuk itu peruntukan sebanyak RM726,000 telah diberikan di dalam Bajet 2009 dan RM500,000 lagi dalam bajet tambahan 2009. Sebanyak5,635 program 'outreach' telah dijalankan diseluruh negara dengan 161,148 pengundi baru diperolehi.

"Menurut laporan tahunan SPR 2009 hanya seramai 279,490 pengundi baru didaftarkan sepanjang tahun lalu. Dengan jumlan lebih 4.3 juta pengundi yang masih belum didaftarkan, jumlah 2009 dianggap amat sedikit sekitar 6.5 peratus sahaja. Bagi saya SPR tekah gagal memenuhi syarat KPI (Indeks Prestasi Utama) mereka," kata Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Nie Ching berkata ketidakefisyenan SPR memerlukan supaya sistem pendaftaran pengundi secara otomatik dilaksanakan segara di mana sistm yang sama telah beroperasi Jerman, Finland, Denmark, Norway dan Taiwan.

Kata beliau tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh diadakan di Malaysia apabila pihak Jabatan Pendaftaran Negara memiliki semua butiran rakyat seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan alamat.

Beliau berkata alasan yang diberikan oleh Nazri ketika menolak perlaksanaan pendaftaran pengundi secara otomatik bahawa kerajaan tidak boleh memaksa rakyat tidak boleh diterima akal kerana sistem tersebut tidak boleh disamakan dengan undang-undang wajib mengundi disesetengah negara seperti Australia, Chile, Fiji dan Brazil.

"Apa yang penting setiap rakyat Malaysia diberikan hak menentukan masa depan mereka dan tidak dinafikan semata-mata kerana proses dan peraturan birokratik," tegas Nie Ching lagi.


Sumber: Suara Keadilan

53 Tahun Rompak Hasil Negara, Kini Umno-BN Minta Tolong Bank Dunia

Posted: 14 Nov 2010 10:52 PM PST

worldbank

KUALA LUMPUR 15 Nov - Setelah Umno-Barisan Nasional gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia mencatatkan hutang paling tinggi dalam sejarah, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa melutut kepada Bank Dunia untuk membantu mengurangkan defisit tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Ketika ditemuramah agensi berita Bloomberg Jumaat lal, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan meminta bantuan daripada bank yang berpangkalan di Washington itu bagi menilai perbelanjaan kerajaan dari semua sudut termasuk cara-cara pemberian kontrak besar bagi mengelakkan perbaziran disebabkan tidak efisyen.

Malaysia katanya turut berharap kajian tersebut akan meningkatkan kredibiliti kerajaan.

"Kita mahu pihak ketiga sebagai penimbang tara," kata Ahmad Husni.

"Laporan audit tahunan berhubung perbelanjaan agensi kerajaan menunjukkan "beberapa penemuan negatif dan kami berharap dengan penglibatan Bank Dunia, pada masa akan datang kita harap dapat melihat pencapaian yang lebih baik," katanya.

Jurang fiskal yang bermula sejak krisis kewangan Asia lebih daripada sedekad lalu akan membantu meningkatkan kemungkinan mengangkat kedudukan kredit Malaysia, yang ketika ini di bawah China dan Taiwan.

Keyakinan tinggi pelabur terhadap sistem kewangan negara di Asia Tenggara diharap dapat membantu usaha Najib untuk menarik pelaburan dan meremajakan ekonomi negara yang mungkin dikalahkan oleh jirannya, Singapura tahun ini.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekad terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990an, ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan projek lebuhraya dan membina menara berkembar tertinggi di dunia.

Menurut pelan lima tahun yang dibentangkan Najib Jun lalu, beliau bercadang untuk mengecilkan jurang tersebut melalui pemotongan subsidi, memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatani serta mengurangkan kos operasi yang akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2015.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan kesan daripada rancangan itu akan menyebabkan KDNK merudum daripada 5.6 peratus tahun ini kepada 5.4 peratus, tahun depan.

Namun, Najib sehingga kini masih belum memperincikan rancangan pengurangan subsidi atau memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ketika pembentangan Bajet 2011, 15 Oktober lalu.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Capital Economics yang berpengkalan di Singapura, Wisnu Varathan berkata para pengkritik mengatakan Malaysia terlalu memandang ringan berhubung isu langkah mengurangkan kos operasi.

"Malaysia mahu menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan bajet defisit akan ditangani segera dan sebab itulah mereka mencari bantuan dari suatu organisasi antarabangsa."

Ahmad Husni turut memberitahu kerajaan sedang bekerjasama dengan perunding bagi mendapatkan semula pendapatan berjumlah RM5 bilion yang menurutnya gagal dipungut.

Namun, beliau tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan akan mendapatkan dana tambahan yang diperlukan itu.

Sumber: Suara Keadilan

Sebelum Pilihan Raya Umno-BN Tunjuk Semangat Muhibbah, Lepas Menang Tukar Jadi Rasis

Posted: 14 Nov 2010 10:50 PM PST

lks2KUALA LUMPUR 15 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membidas sikap hipokrit pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan bersifat inklusif dalam semangat 1Malaysia semata-mata untuk memenangi pilihan raya tetapi berubah kepada semangat perkauman dan rasis setelah mencapai kejayaan di peti undi.

Kata beliau ini jelas dilihat dua hari sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, kedua-duanya pada 4 November lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Cinba bahawa tanpa sokongan kaum Cina, matlamat Visi 2020 mungkin tidak tercapai.

"Namun kurang seminggu daripada kemenangan Umno-BN di Galas dan Batu Sapi kita melihat pelbagai kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan terhadap kaum Cina dan India.

"Pada 9 November Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghina kaum Cina dan India apabila beliau berkata kurangnya bilangan anggota tentera dari kalangan kedua-dua kaum tersebut adalah disebabkan kurangnya semangat patriotisme," tegas Kit
Siang dalam kenyataannya.

Keesokan harinya pula akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan sebuah artikel yang menganggap rusuhan kaum 13 Mei sebagai hari yang mulia dan ia sepatutnya di sambut oleh rakyat Malaysia.

Kit Siang kesal soalan tambahan beliau kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung tindakan akhbar tersebut mengagungkan peristiwa paling hitam dalam sejarah Malaysia tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Oleh kerana Utusan Malaysia adalah lidah Umno, artikel tersebut seharusnya dipandang serius kerana ia memberi tamparan kepada dasar 1Malaysia Najib.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh mengharapkan konsep dan dasar 1Malaysia mempunyai keredibiliti sekiranya terdapat banyak percanggahan yang bersifat Jekyll-Hyde?" soal beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Sebelum Pilihan Raya Umno-BN Tunjuk Semangat Muhibbah, Lepas Menang Tukar Jadi Rasis

Posted: 14 Nov 2010 10:50 PM PST

lks2KUALA LUMPUR 15 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang membidas sikap hipokrit pemimpin Umno-Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan bersifat inklusif dalam semangat 1Malaysia semata-mata untuk memenangi pilihan raya tetapi berubah kepada semangat perkauman dan rasis setelah mencapai kejayaan di peti undi.

Kata beliau ini jelas dilihat dua hari sebelum hari mengundi bagi pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, kedua-duanya pada 4 November lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan pada Forum Ekonomi Antarabangsa Cinba bahawa tanpa sokongan kaum Cina, matlamat Visi 2020 mungkin tidak tercapai.

"Namun kurang seminggu daripada kemenangan Umno-BN di Galas dan Batu Sapi kita melihat pelbagai kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan terhadap kaum Cina dan India.

"Pada 9 November Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghina kaum Cina dan India apabila beliau berkata kurangnya bilangan anggota tentera dari kalangan kedua-dua kaum tersebut adalah disebabkan kurangnya semangat patriotisme," tegas Kit
Siang dalam kenyataannya.

Keesokan harinya pula akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan sebuah artikel yang menganggap rusuhan kaum 13 Mei sebagai hari yang mulia dan ia sepatutnya di sambut oleh rakyat Malaysia.

Kit Siang kesal soalan tambahan beliau kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berhubung tindakan akhbar tersebut mengagungkan peristiwa paling hitam dalam sejarah Malaysia tidak dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Oleh kerana Utusan Malaysia adalah lidah Umno, artikel tersebut seharusnya dipandang serius kerana ia memberi tamparan kepada dasar 1Malaysia Najib.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh mengharapkan konsep dan dasar 1Malaysia mempunyai keredibiliti sekiranya terdapat banyak percanggahan yang bersifat Jekyll-Hyde?" soal beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: