Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya
- Salah data, Azmin sebenarnya yang dahului Zaid
- Tabung Budi: Sekadar Menutup kepincangan Urus Tadbir SYABAS
- Pemilihan PKR: Masih awal ramal siapa menang
- Pihak Bantah Pertemuan Dengan Clinton Tidak Faham Demokrasi
- Umno-BN Tingkatkan Undi Pos Di Pulau Pinang
- Selamatkan Malaysia, Baru Sabah Boleh Diselamatkan
Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya Posted: 01 Nov 2010 01:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri. "Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya. Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield. Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini. Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor. Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu. Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari. "Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi. "Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin. Sumber: Harakah Daily |
Salah data, Azmin sebenarnya yang dahului Zaid Posted: 01 Nov 2010 01:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov: Mengaku tersalah memasukkan data dalam laman web rasmi PKR, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, keputusan rasmi pertandingan jawatan timbalan presiden PKR sehingga kini di dahului oleh Azmin Ali apabila mendapat 3,051.. Saifuddin memberitahu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini bahawa Datuk Zaid Ibrahim pula mendapat 2,529 undi manakala Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi. Sebelum ini, lamanweb PKR menyiarkan keputusan yang menunjukkan Zaid masih mendahului perebutan jawatan nombor dua dalam PKR. Ekoran kesilapan tersebut, laman itu ditutup sekejap dan kini dibuka kembali. Difahamkan kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke lamanweb berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya. Sebelum ini, laman sesawang PKR itu memaklumkan, Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim mendapat 3,683 undi manakala Naib Presiden Azmin Ali mendapat 3051 undi dan Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi. Sumber: Harakah Daily |
Tabung Budi: Sekadar Menutup kepincangan Urus Tadbir SYABAS Posted: 01 Nov 2010 01:40 AM PDT SHAH ALAM, 1 Nov – Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin, menggesa SYABAS berhenti daripada menggunakan skim 'Tabung Budi' yang dilancarkannya selain menganggap skim tersebut sebagai topeng menutup segala kepincangan urus tadbirnya syarikat itu selama ini. "Sekiranya SYABAS benar-benar ingin menolong rakyat, kembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Jangan 'menderma' ratusan ringgit namun pada masa yang sama mencuri ratusan juta wang rakyat," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan. Pada masa yang sama kita sentiasa mengalu-alukan sektor swasta yang prihatin dan ingin turut serta membantu rakyat; secara terbuka dan ikhlas, sekali gus melaksanakan tanggung jawab sosial mereka. Ia adalah unsur penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat madani terutama di negeri terkaya seperti Selangor, katanya. Faekah mempertikaikan perlaksanaan skim 'Tabung Budi' tersebut yang dilihat tidak masuk akal. "Tabung Budi melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor dan diserahkan semula kepada SYABAS. "Modus operandinya tidak masuk akal kerana kerajaan negeri membayar SYABAS dengan harga penuh, iaitu RM 11 juta sebulan. SYABAS tidak layak untuk mengutip subsidi 20 meter padu tersebut dari mana-mana individu. Jika ia dilakukan, SYABAS akan dibayar dua kali untuk 20 meter padu air yang sama," ujarnya. Tegas Faekah lagi, lebih memeranjatkan, sebahagian dari kutipan dana yang kononnya untuk membantu rakyat miskin turut datang dari potongan gaji para pekerja SYABAS sebanyak RM 11.40 sebulan. Persoalannya, apakah potongan gaji sebanyak RM 11.40 adalah sama untuk semua pekerja SYABAS; baik pekerja kolar putih mahupun kolar biru? Adakah juruteknik SYABAS yang berpendapatan RM 2,000 sebulan akan menerima pemotongan gaji sama jumlahnya dengan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail yang dibayar RM 425,000 sebulan atau RM 5.1 juta setahun? Sebelum ini pengumuman pelancaran program Syabas ini juga menimbulkan tanda tanya. Mengapa iadiilhamkan ketika intergriti SYABAS begitu tercalar. Laporan audit SYABAS menunjukkan bahawa lebih daripada 72 peratus kontrak yang diberikan oleh syarikat itu, dengan nilai sebanyak RM600 juta, telah dianugerahkan secara langsung tanpa tender terbuka dan dilaksana tanpa ketelusan. Malahan terdapat juga perbezaan sebanyak RM325 juta apabila akaun awam SYABAS dibandingkan dengan rekod-rekod kontrak yang dianugerahkan.Faekah juga menegaskan ada yang tidak kena dengan rekod SYABAS. Rekod juga menunjukkan betapa pengurusan SYABAS dijalankan dengan boros contohnya RM 51.2 juta digunakan semata-mata untuk mengubah-suai pejabat sedangkan Jabatan Kawalselia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan sebanyak RM23.2 juta. Menurut Faekah lagi, audit juga mendedahkan bahawa pada Jun 2005, SYABAS melanggar syarat konsensi dengan menganugerahkan kontrak untuk membeli paip kepada sebuah syarikat Indonesia yang bernilai RM375 juta sedangkan syarat jelas memperuntukkan hendaklah menggunakan paip buatan tempatan. Bukti mendapati bahawa Syarikat Indonesia tersebut adalah kepunyaan Tan Sri Rozali sendiri. "Pada saya, ia jelas merupakan gimik dan sekadar latihan perhubungan awam demi memulihkan imej hodoh SYABAS ketika ini. Tidak keterlaluan untuk mengatakan, ia sekadar topeng. Ketidakikhlasan SYABAS juga menyerlah apabila dalam pada Encik Abdul Halim meminta supaya isu ini tidak dipolitikkan, tiba-tiba terpacul pula Ahli Parlimen dari Hulu Selangor, P Kamalanathan pada pelancaran 'Tabung Budi' tersebut. Lebih menghairankan, SYABAS langsung tidak meminta pandangan kerajaan negeri mahupun berbincang mengenainya," katanya. Faekah menegaskan bahawa SYABAS tidak ada hak dan tidak layak untuk mengutip derma dari mana-mana individu pengguna air yang telah mendapat subsidi dari pada kerajaan negeri. Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan tersebut mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada SYABAS. Sumber: Selangorkini |
Pemilihan PKR: Masih awal ramal siapa menang Posted: 01 Nov 2010 01:38 AM PDT SHAH ALAM – Masih terlalu awal untuk membuat penilaian berhubung isu pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandangkan ia masih di peringkat awal. Ketua Penerangan PKR Negeri, Datin Paduka Tan Yee Kew berkata, pada ketika ini, isu siapa yang sedang mendahului tidak begitu penting kerana masih banyak negeri yang belum membuat pemilihan. "Saya harapkan semua akan keluar mengundi ini adalah satu persaingan sihat dan perkara yang baik untuk parti, jadi setiap orang melihat bagaimana kita menjalankannya "Ini kali pertama kita adakan pilihan secara langsung, jadi semua ahli berhak untuk mengundi tapi saya semua ahli akan keluar mengundi supaya mereka dapat mempraktikkan hak demokrasi mereka sebagai seorang ahli parti," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang Kota Raja, Shuhaimi Shafiei berkata, dalam proses demokrasi yang tidak dikawal oleh sesiapa rekod kerja menjadi ukuran siapa yang akan dipilih ahli sebagai pemimpin mereka. Katanya, beliau yakin akan berlaku perubahan pada kedudukan mereka untuk minggu seterusnya. "Pemimpin yang akan dipangkah ialah seseorang yang sudah diuji dan teruji daya kepimpinannya, sudah dinilai dari segi perkhidmatannya, setia kepada parti selain mempunyai disiplin kepada parti. "Pemimpin tersebut haruslah memahami lapangan politik, digeruni lawan dan dihormati ahli parti serta mempunyai misi parti yang jelas. Dan tidak boleh mengharapkan kepada populariti semata-mata," katanya. Ketua Wanita PKR Negeri, Haniza Mohamed Talha turut menyokong kenyataan Shuhaimi malah berpendapat pemimpin masih boleh berkempen. "Pemilihan ini berlangsung dalam tempoh beberapa minggu, kita kena faham pengundi paling ramai adalah Selangor. Jadi, terlalu awal hendak buat penilaian kerana pemilihan belum menyeluruh dan pengundi paling ramai adalah di Selangor tetapi Selangor akan buat pemilihan pada 13 dan 14 November ini," katanya. Ketua Angkatan Muda Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, sehingga hari ini semua pihak tidak boleh meletakkan siapa yang bakal menang kerana masih di minggu pertama "Ini baru tiga hari mula mengundi, kita ada tiga empat pusingan lagi malah Selangor, Sabah, Sarawak pun masih belum buat undian. "Semua calon masih lagi berpeluang kerana ada beberapa pusingan dan jumlah pengundi masih boleh ditingkatkan lagi," katanya. Sumber: Selangorkini |
Pihak Bantah Pertemuan Dengan Clinton Tidak Faham Demokrasi Posted: 01 Nov 2010 01:37 AM PDT SANDAKAN 1 Nov - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami prose demokrasi yang sebenar. Sumber: Suara Keadilan |
Umno-BN Tingkatkan Undi Pos Di Pulau Pinang Posted: 01 Nov 2010 01:35 AM PDT TASEK GELUGOR 1 Nov - PAS Pulau Pinang meragui pertambahan undi pos luar biasa sepertimana yang terdapat dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 3 bagi 2010 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Setiausaha PAS Negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata sebagai bukti terdapat 630 nama isteri-isteri anggota tentera dalam daftar DPT yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos di Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar bagi Parlimen Tasek Gelugor. Sebahagian besar dari mereka ini adalah pengundi baru dan pengundi yang berdaftar. Oleh kerana itu bagi mereka yang telah berdaftar telah dipindahkan ke undi pos dengan alasan hilang kelayakan pengundi awam. "Apa yang dilakukan oleh SPR ini adalah bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih), Pindaan 2002 dalam Seksyen 2 (b) yang mana menyebut isteri seseorang anggota tentera diberi pilihan samada mahu mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos), walaupun mereka layak mendaftar sebagai pengundi tidak hadir, mereka ini masih lagi layak sebagai pengundi awam. "Selain dari itu kita juga mendapati isteri-isteri anggota tentera ini tidak dimaklumkan tentang pertukaran status daftar pemilih (dari Pengundi Awam kepada Pengundi Pos).Borang 1 juga dengan jelas menyatakan SPR perlu memaklumkan kepada pengundi tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan isteri-isteri anggota tentera ini tidak pernah memohon untuk menjadi Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos). "Oleh kerana itu siapakah yang mengisi borang 1 bagi pihak mereka ini. Justeru itu kita pinta SPR supaya segera membuat kata Mohd Fadzil dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PKR Cabang Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara petang semalam. Sebagai bukti beliau menunjukkan senarai nama isteri-isteri anggota tentera yang sebelum ini adalah pengundi berdaftar tetapi telah didaftarkan sebagai pengundi baru dan pengundi pos. Ada juga yang tidak mengisi borang tukar alamat oleh pengundi tetapi nama mereka ditukar tanpa pengetahuan. Mohd Fadzil yang juga merupakan Timbalan Pengarah, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Pulau Pinang turut mempertikaikan tindakan SPR yang mendaftarkan para pengundi pos ini sebagai pengundi baru sedangkan mereka sudah didaftarkan sebelum ini. Menurut beliau lagi peraturan yang dikeluarkan oleh SPR turut menyatakan seorang yang telah mendaftar tidak dibenarkan mendaftar sebagai pengundi baru. "Adalah tidak mustahil pertambahan yang dilakukan secara luar biasa dan tidak menurut peraturan ini melibatkan semua isteri-isteri anggota tentera seluruh negara. Kemungkinan besar ini juga merupakan salah satu agenda pihak tertentu yang mempunyai kuasa untuk menggunakan undi pos ini sebagai 'fixed deposit' atau simpanan tetap mereka menjelang pilihan raya umum yang akan datang," tegasnya lagi. Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1958 ada menyebut bahawa tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih dari satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya. Malah Peraturan 14A, Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981 juga menyatakan daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pemngurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi. Menjelangnya PRK Parlimen Batu Sapi yang menyaksikan seramai 1615 pengundi pos dan DUN Galas yang mempunyai 127 pengundi sudah pasti ia memberi impak terhadap keputusan yang akan diterima oleh parti-parti yang bertanding. Kelaziman yang berlaku apabila keputusan undi pos tidak dimaklumkan awal walaupun pengundian berjalan terlebih dahulu telah menimbulkan keraguan kepada masyarakat. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pada 8 Julai yang lalu turut mengalu-alukan cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mahu menghapuskan kaedah undi pos dalam pilihan raya. DPPWP bersetuju dengan pandangan Abd Aziz bahawa undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan yang boleh mengakibatkan lebih banyak undi rosak, termasuk terlalu teknikal serta menyulitkan. Namun begitu persoalan yang timbul apakah dalam suasana aman dalam negara ini perlunya undi pos dikekalkan kerana petugas-petugas keselamatan boleh keluar mengundi tanpa apa-apa halangan dan kesukaran. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah JPN PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Setiausaha JPN, Mohd Jamil Abdul Rahman dan Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohamed Nasir Mohamad. Sumber: Suara Keadilan |
Selamatkan Malaysia, Baru Sabah Boleh Diselamatkan Posted: 01 Nov 2010 01:34 AM PDT SANDAKAN 1 Nov - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Pilihan Raya Kecil Batu Sapi adalah ujian penting bagi Pakatan Rakyat dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada kebobrokan Umno dan Barisan Nasional.
Sumber: Suara Keadilan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan