Isnin, 29 November 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kejohanan Futsal 25 Dis 2010 di Nilai, N.Sembilan

Posted: 29 Nov 2010 01:42 AM PST

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA 2010
Sabtu 25 Disember 2010
8.30 pagi - 2.30 ptg
Di Gelanggang Futsal Nilai, N.Sembilan

Yuran penyertaan RM80

Tarikh tutup penyertaan 20 Dis 2010

Maklumat lanjut hubungi :
Khalid 013-2657932
Zul 016-2097990
Husain 019-3329691

Dapatkan Borang Penyertaan, Syarat Pertandingan dan Senarai Hadiah Kejohanan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/11/kejohanan-futsal-25-dis-2010-di-nilai.html

Pelbagai Projek Gajah Putih di Johor

Posted: 28 Nov 2010 07:31 PM PST

Laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mendedahkan beberapa projek Gajah Putih di Johor. Namun apakan daya tiada siapa ambil peduli. Negeri kawasan selamat UMNO lah katakan. Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

BERITA HARIAN 29 NOVEMBER 2010

Johor: Bangunan niaga terbiar

PONTIAN: Penduduk yang tinggal berhampiran pekan Benut, dekat sini, meminta pihak berkuasa segera menyelesaikan masalah sebuah bangunan didakwa milik Majlis Daerah Pontian (MDP) yang terbiar hampir lima tahun lalu.

Sejak tempoh itu juga, bangunan berkenaan hanya menjadi tontonan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk setempat selain pengunjung dari dalam dan luar daerah.

Difahamkan bangunan dua tingkat yang menempatkan 20 gerai yang dilengkapi kemudahan asas itu dibina untuk kemudahan penduduk setempat menjalankan perniagaan. Namun, pembinaan ruang niaga menelan kos ratusan ribu ringgit inisiatif MDP demi meningkatkan ekonomi penduduk tampak tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemiliknya.

Berikutan itu, kawasan ruang niaga dicemari najis dari pelbagai haiwan dan sampah sarap terbiar, manakala ada takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes selain menjadi tempat persinggahan burung walet.

Ketua Umno Cawangan Kampung Nelayan Benut, Azman Jaafar, 50, berkata sejak adanya bangunan untuk ruang niaga yang diselia MDP itu, hanya empat daripada 20 gerai beroperasi hingga ke hari ini.

"Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana semua gerai sudah ada pemiliknya berdasarkan nama di setiap pintu gerai," katanya.

Beliau berkata, kegagalan sebilangan peniaga menjalankan perniagaan menyebabkan ruang kawasan terbiar menjadi kotor kerana sampah sarap dan najis haiwan.

Katanya, kedudukan bangunan berkenaan yang strategik kerana bergabung dengan bangunan hentian bas, kereta sewa dan berdekatan pasar ikan dan sayur-sayuran selain tempat pendaratan ikan nelayan menambah lagi keindahan di sekitarnya.

"Jika boleh, ruang niaga yang terbiar itu diberikan kepada pemohon baru yang ingin membuka perniagaan.

"Saya sangat berterima kasih kepada MDP kerana menyediakan sebuah bangunan indah dan mempunyai kemudahan asas serta selesa, tetapi malangnya pemiliknya hanya mampu memaparkan namanya saja di atas pintu hadapan gerai tanpa menjalankan perniagaan," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDP, Mohamad Karim, ketika dihubungi berkata, permohonan untuk peniaga baru sebagai usaha menggantikan peniaga gagal melaksanakan perniagaan sebelum ini sudah pun beberapa kali dilaksanakan, tetapi malangnya tidak mendapat sambutan.

Beliau berkata, pelbagai usaha dijalankan, antaranya mengecat semula bangunan dan membaikpulih kerosakan bagi menceriakan semula kawasan itu.

"Mulai sekarang kami bersedia menerima permohonan untuk bakal peniaga baru, walau bagaimanapun keputusan akan diberi kepada mereka yang berjaya mengikut kelayakan dan syarat yang ditentukan.

"Sewa bulanan bukannya mahal, hanya di bawah RM50 saja, apa yang penting jalankan perniagaan dengan penuh minat dan kesungguhan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Bangunanniagaterbiar/Article

Tiada ulasan: