Anak Muda Kampung Nak Senang |
E Kasih atau E Pilih Kasih di Labu N.Sembilan Posted: 20 Nov 2010 10:43 PM PST Dari Blog Buletin Labu Labu Hilir . Jika Ibu seorang professional terkenal layak menerima bantuan warga emas RM 300 sebulan drp JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JKM, masakan Nenek Esah Ibrahim, 87 tahun ini tidak layak menerimanya. Nenek tua ini yang berkerusi roda bukan sahaja dinafikan bantuan tersebut, bahkan anak perempuannya, Noriah Karim, 58 thn yang merupakan ibu tunggal juga terkonteng-konteng menjaga ibunya ini. Lihat sahaja gambaran diatas, bukan sahaja terlantar dikerusi roda, bahkan ditepi katilnya penuh dengan ubatan dan kelengkapan diri. Ya, mungkin rumah yang ditumpangnya besar hasil titik peluh wang simpanan semasa bekerja buruh estet dulu, tapi yang nyata.... itu dulu...puluhan tahun telah berlalu... Kuk kita ambil contoh pakcik2 di Kg LBJ misalnya, memang dulu tu kaya....hingga digelar jutawan.. Tapi sekarang .... mungkin kita sendiri sedia maklum tentang apa yang terjadi pada sebahagian daripada mereka.... Ada yang kata, nenek ni tak layak sebab rumahnya besar! Abeh tu, rumah warga emas yang dapat RM300 tu tak sama besar ke...?Tak kan batu, tembok, dinding atau kayu tingkap dan pintu tu boleh bertukar menjadi makanan untuk hidup seharian...untuk beli beras atau telor gred C yang harganya 33 sen sebiji ?.Itu belum lagi ubatan yang bukanlah sedikit harganya. Menurut Nenek Esah yang di pihak buletinlabu temui, dia berserah sahaja kepada Allah. Ketika ditemui, nenek ini masih memakai telekung kerana baru sahaja selesai mengerjakan Solat Asar. ... Walaupun nampak tenang, dikejauhan sudut matanya seakan tersimpan satu kesedihan , derita kesukaran yang ditempuhi disaat-saat menitinya waktu. Mudahan, dengan slogan baru RAKYAT DIDAHULUKAN, terbuka hati pihak berkaitan untuk menghulurkan bantuan... Kalau kita katakan ada Adun tidur, dia marah. Kalau kita laporkan dalam blog ni dikatakan Blog Goblob, jgn percaya ...... tuan-tuan pikir dan lihatlah sendiri. Bagi nenek Esah bersabarlah..... mudahan berkat doa nenek lepas asar tadi....ada pihak2 tertentu menjengok esok2nya. Sumber dan gambar nenek Esah dari http://buletinlabu.blogspot.com/2010/11/e-kasih-atau-e-pilih-kasih.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan