Khamis, 18 November 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mana helikopter Nuri semasa banjir Kedah, betul ke bersedia?

Posted: 18 Nov 2010 01:28 AM PST


Betul ke Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi banjir besar, bencana alam dan sebagainya? Betul-betul bersedia? Kalau betul, nak guna helikopter apa untuh misi mencari dan menyelamat, menghantar bantuan, memindahkan orang ramai? Perasan atau tidak, semasa banjir besar di Kedah dan Perlis baru-baru ini , tiada laporan helikopter Nuri digunakan dalam misi membantu mangsa banjir.

Yang ada ialah helikopter MI-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Rasanya helikopter MI-17 ni ada beberapa buah sahaja. Mungkin benarlah apa yang dilaporkan sebelum ini helikopter Nuri hanya ada 5 buah yang selamat untuk digunakan.

Nak beli Eurocopter entah bila, lepas tu mahal sangat, dapat beli 12 buah saja. Sedangkan kalau beli MI-17 boleh beli 60 buah.

Helikopter polis, helikopter APMM, helikopter VIP warna putih tu bukannya sesuai untuk misi menghantar bantuan dan pengangkutan sekiranya Malaysia dilanda bencana besar.

Entahlah, betul ke Malaysia dah bersedia hadapi banjir ?

Macamana media, TV3, Utusan, Harakah, Suara Keadilan, Roket, TV1 terlepas pandang isu helikopter ini ?

Hanya 5 helikopter Nuri selamat untuk terbang lapor akhbar Malay Mail pada 15 Jan 2010, kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2010/01/parah-hanya-5-helikopter-nuri-boleh.html

RM 1.6 Billion boleh beli 60 buah helikopter MI-17 berbanding dengan hanya 12 buah helikopter Eurocopter EC725, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/rm-16-billion-boleh-beli-60-helikopter.html

Tun Dr Mahathir tidak berapa setuju dengan pembelian Eurocopter untuk menggantikan Nuri , MI-17 lebih banyak kelebihan, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/07/dr-mahathir-perli-pembelian-helikopter.html

Detik News pada 26 Jan 2010 melaporkan Malaysia sedang memesan 30 helikopter dari Indonesia , kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2010/01/malaysia-beli-30-helikopter-dari.html

10 tahun derita bau najis ayam

Posted: 17 Nov 2010 07:16 PM PST

Sinar Harian 18 Nov 2010

JASIN – Ketibaan Aidiladha tahun ini pastinya membawa maksud yang sama buat penduduk sekitar Kampung Kesang Pajak/ Pondok Kempas dan Kampung Selandar sejak 10 tahun ini.

Ini kerana, seiring dengan maksud 'korban', mereka juga terpaksa mengorbankan ketenangan dan kedamaian dinikmati sejak beberapa ladang ternakan ayam dibuka di kawasan berkenaan.

Sinar Harian dimaklumkan, terdapat sembilan ladang ternakan ayam telur diusahakan di kawasan sekitar.

Bilal wanita Masjid Al-Iffah Selandar, Zalila Sharif, 62, berkata, kedudukan salah sebuah ladang ternakan ayam yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya, hanya mengundang: kesengsaraan kepadanya sekeluarga.

Menurutnya, mereka sekeluarga ibarat tinggal di dalam penjara akibat sering terkurung di dalam rumah, malah pintu dan cermin tingkap juga terpaksa ditutup.

"Kedudukan rumah bersebelahan dengan jalan ke kilang ayam terbabit menyebabkan lebih daripada lima lori pelbagai jenis menggunakan jalan ini setiap hari.

"Justeru, bagi mengelakkan rumah daripada berhabuk, saya terpaksa menutup cermin sejak lebih 10 tahun lalu sehinggakan cermin yang ditutup tidak boleh dibuka semula akibat berkarat," katanya.

Zalila berkata, selain masalah habuk, bau daripada lori yang membawa najis ayam juga menimbulkan rasa kurang selesa terutama ketika mereka menikmati makan tengah hari.

"Setiap hari, bermula jam 5.30 pagi hingga 7 malam, pelbagai jenis lori untuk membawa makanan ayam, najis dan telur ayam melalui jalan ini," katanya.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selandar, Kudin Awing, 73, berkata, walaupun kedudukan Kampung Selandar dua kilometer dari lokasi ternakan ayam itu tetapi kesannya turut dirasai penduduk berhampiran.

Menurutnya, masalah bau tidak dapat dielakkan dan timbul tanpa mengira masa serta keadaan.

"Memang malu jika tetamu datang ke rumah dan bertanyakan mengenai bau kurang menyenangkan ini.

"Masalah ini tidak pernah selesai sejak lebih 10 tahun lalu," katanya.

Pengerusi Lembaga Masjid Al-Iffah Selandar, Aripin Ali, 72, berkata, penduduk juga terpaksa berdepan dengan kehadiran lalat yang banyak.

"Saya bimbang lalat ini akan menjejaskan kesihatan penduduk. Walaupun pelbagai usaha dilakukan tetapi lalat ini tetap menghantui kehidupan kami," katanya.

Abu Bakar Koming, 64, pula berkata, dia terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk membeli ubat bagi mengatasi masalah lalat ketika majlis perkahwinan, dua tahun lalu.

"Memang tidak selesa dan masalah masalah ini pernah mendapat perhatian pihak berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta wakil Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Daerah dan Tanah serta JKKK dengan mengadakan lawatan ke tapak kilang ayam, lima tahun lalu.

"Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Lebih 1,000 keluarga yang menetap di kawasan ini sedih dengan keadaan ini dan berharap pihak berkenaan dapat mengatasi masalah dihadapi kerana pelbagai aduan telah dibuat," katanya.

Pengerusi JKKK Selandar, Abu Dolah Hitam pula berkata, masalah itu sering diutarakan dalam mesyuarat JKKK tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8418499.asp

Rumah mesra rakyat pula tak siap siap di N.Sembilan

Posted: 17 Nov 2010 05:36 PM PST


Sebelum ni kisah masjid tak siap-siap di Negeri Sembilan. Sekarang ni pula rumah mesra rakyat pula tak siap-siap di Negeri Sembilan. Apakan daya, umpama anjing menyalak bukit sajalah. Jempol adalah antara kawasan paling selamat UMNO di cakerawala ini, tambahan banyak Felda di sini.

(DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010)

Laman Blog khusus projek-projek perumahan terbengkalai di N.Sembilan di http://terbengkalai.blogspot.com/

Peratusan Projek Yang Masih Terbengkalai N.Sembilan adalah kedua tertinggi di Malaysia, faktanya di http://amkns.blogspot.com/2008/11/nsembilan-ketiga-terbanyak-perumahan.html

Kisah masjid tak siap-siap di Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-di-nsembilan-tak-siap-yang-sedia.html

Pembeli kecewa rumah mesra rakyat tidak siap
Utusan Malaysia 18 Nov 2010

Nor Azlan Ismail dan isterinya, Azlina Abd. Rahman meninjau rumah mesra rakyat mereka yang tidak siap di Desa Permai, Jempol, semalam.

--------------------------------------

JEMPOL 17 Nov. - Seorang pembeli rumah hari ini kecewa dengan sebuah syarikat kontraktor yang gagal menyiapkan rumah mesra rakyat di Desa Permai sejak dua tahun lalu.

Nor Azlan Ismail, 37, berkata, rumah yang sepatutnya dimilikinya Ogos tahun lalu kini hanya tinggal harapan sehinggakan dia sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian.

''Pada awalnya saya dikhabarkan rumah ini dijangka siap pada awal bulan Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, projek itu terhenti separuh jalan, kelibat kontraktor hilang entah ke mana.

''Masalah ini telah saya ajukan kepada Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin. Saya difahamkan terdapat perubahan pada kontraktor. Selepas itu ramai kontraktor datang melihat rumah. Namun masih tiada kontraktor yang meneruskan projek.

''Sementara menunggu tindakan susulan oleh pihak berkenaan, saya terpaksa menyewa sementara di taman ini dengan sewa RM150 sebulan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nor Azlan berkata, lebih mengecewakan dia dimaklumkan tidak berhak ke atas tanah tersebut kerana geran kini disimpan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Sementara itu, Lilah ketika mengulas perkara berkenaan memberitahu, pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada SPNB bagi mengetahui status terkini pembinaan rumah berkenaan.

''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh daripada SPNB, kontraktor pertama dikatakan mengalami masalah sehingga projek berkenaan terpaksa dihentikan.

''Daripada aspek pembinaan pula, rumah yang dibuat oleh kontraktor itu tidak menepati syarat yang ditetapkan termasuk longkangnya kecil, tingkap rendah serta masalah di bahagian bumbung," katanya.

Justeru, Lilah berharap pihak SPNB dapat menyelesaikan masalah pembinaan rumah itu secepat mungkin kerana ia telah lama dibincangkan tanpa penyelesaian menyebabkan pemilik menghadapi masalah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Peniaga Melayu Melaka rugi, banyak hutang, KENAPA?

Posted: 17 Nov 2010 05:33 PM PST


Macamana boleh jadi sebagai begini. Melaka Maju, tetapi peniaga Melayunya tak banyak untung, rusi, bayar sewa pun tak mampu, di tengah bandar Melaka pula tu. Patutlah Laporan Ketua Audit Negara dedahkan Bangunan Majlis Agama Islam TERJUAL ke BC Lim Enterprise dan beberapa kelemahan Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran.

Apakah nasib Melayu di Melaka Menang Sorak, Kampung Tergadai?

Apa kisah, kawasan paling selamat UMNO.

Kisah terjualnya bangunan MAIM di http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html


http://amkns.blogspot.com/2010/10/laporan-ketua-audit-negara-pakatan.html

MBMB: Tunggakan sewa RM180,000
Utusan Malaysia 18 Nov 2010


Para peniaga membersihkan premis perniagaan mereka yang dilanda banjir selepas hujan lebat di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka baru-baru ini.
----------------------------------------------

MELAKA 17 Nov. - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merekodkan tunggakan sewa bernilai lebih RM180,000 melibatkan sebahagian daripada 71 peniaga kraf tangan di pusat beli-belah Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini.

Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar, Datuk Yusof Jantan berkata, ada juga di antara peniaga mempunyai tunggakan sewa sehingga lebih setahun dengan nilai mencecah RM10,000.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini, pihaknya tidak mengenakan tindakan serius yang memaksa peniaga terbabit berpindah walaupun MBMB berhak berbuat demikian.

"Sebaliknya, kita masih bertolak ansur dengan peniaga-peniaga ini dengan meminta mereka menjelaskan tunggakan sewa secara ansuran.

"Oleh itu, kami berharap para peniaga dapat sentiasa bersabar dan bertolak ansur dengan MBMB apabila menghadapi kesusahan seperti kejadian banjir pada Ogos lalu," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas sikap segelintir peniaga berkenaan yang sehingga kini menuding jari dan menyalahkan pihak berkaitan apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi ekoran kejadian itu.

Dalam kejadian 1 Julai lalu, kira-kira 130 peniaga di Bazar Kraftangan dan Warisan di pusat beli-belah itu dikejutkan dengan banjir sedalam 0.2 meter ketika ingin memulakan perniagaan.

Akibatnya, mereka terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila makanan, pakaian dan barangan kraftangan rosak.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos lalu, 71 peniaga terbabit mendapat wang pendahuluan tuntutan insurans sebanyak RM300 setiap seorang daripada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan, Lianbang Ventures Sdn. Bhd.

Namun, pada 2 Julai lalu, satu laporan dibuat di Balai Polis Melaka Tengah oleh persatuan peniaga itu berhubung tuntutan ganti rugi yang tidak setimpal dijanjikan oleh pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut.

Mengulas lanjut, Yusof meminta semua 71 peniaga terbabit membeli insurans sendiri sebagai persediaan menghadapi bencana alam pada masa akan datang.

"Saya difahamkan, daripada 71 peniaga itu hanya dua atau tiga peniaga melindungi premis mereka dengan insurans dan mendapat ganti rugi sebanyak RM5,000 daripada syarikat insurans akibat banjir itu.

"Jika mereka boleh beli insurans, mengapa tidak peniaga lain kerana ia adalah untuk kebaikan mereka sendiri," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Jambatan runtuh di Pahang, kawasan selamat UMNO

Posted: 17 Nov 2010 04:53 PM PST


Utusan Malaysia . KUALA LIPIS 17 Nov. 2010 - Ibadah korban di tujuh kampung di Cheka Satu, dekat sini terjejas apabila jambatan kayu di Sungai Jelai runtuh dihanyutkan arus deras kelmarin. Lima penempatan yang terputus hubungan itu ialah Kampung Gemuncur, Kampung Baru, Kampung Tanjung Jelai, Kampung Batu Bor, Kampung Batu Tunggal, Kampung Talus dan Kampung Batu Balak.

Difahamkan, penduduk terbabit menggunakan jambatan yang diperbuat daripada kayu balak itu sejak 20 tahun lalu untuk berulang alik menjalankan urusan harian.

Ismayatim berharap kerajaan dapat membina segera jambatan konkrit agar penduduk lebih selesa menyeberang Sungai Jelai dan tidak menghadapi kesukaran ketika musim banjir.

''Pada tahun ini sahaja, dua kali jambatan itu runtuh dihanyutkan banjir sehingga menimbulkan kesukaran kepada penduduk dan pelajar ke sekolah di Mela dan Kerambit.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm

(DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010)

Patutlah Laporan Ketua Audit Negara 2009 dedahkan banyak kelemahan di Pahang. Apakan daya, rakyat Pahang majoriti bukannya baca Laporan Ketua Audit Negara ni, TV3 , TV1 dan Utusan pun apa kisah. Kelemahan kerajaan dalam Laporan Audit di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

Harakah, Suara Keadilan dan Roket pun tak banyak siar masalah rakyat Pahang, macam dah tahu je, Pahang ni kawasan paling selamat UMNO di muka bumi ini.

Bacalah sendiri di bawah ini keluhan rakyat Pahang yang sering dipinggirkan sebab ini kawasan paling selamat UMNO di Malaysia.

Rakyat Pahang Gadai Nyawa Jambatan Gantung Usang
http://amkns.blogspot.com/2010/06/rakyat-pahang-gadai-nyawa-jambatan.html

Dah 50 tahun penduduk Kuantan tiada air paip
http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html

30 tahun penduduk Pahang minum air lumpur
http://amkns.blogspot.com/2010/06/30-tahun-penduduk-pahang-minum-air.html

Masalah pojek terbengkalai di Pahang
http://amkns.blogspot.com/2010/06/masalah-pojek-terbengkalai-di-pahang.html

Bekalan air kritikal di Pulau Tioman
http://amkns.blogspot.com/2010/06/bekalan-air-kritikal-di-pulau-tioman.html

4 tahun janji rumah kos rendah di Pulau Tioman tak siap-siap
http://amkns.blogspot.com/2010/06/4-tahun-janji-rumah-kos-rendah-di.html

Rakyat Pahang rayu bekalan air bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/rakyat-pahang-rayu-bekalan-air-bersih.html

Kilang Simen di Pahang akan musnahkan Alam Sekitar
http://amkns.blogspot.com/2010/06/kilang-simen-di-pahang-akan-musnahkan.html

Penduduk Pahang derita bau busuk air najis
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-pahang-derita-bau-busuk-air.html

Pemandu van jenazah Pahang rayu rumah PPRT
http://amkns.blogspot.com/2010/06/pemandu-van-jenazah-pahang-rayu-rumah.html

Longkang di Pahang semakin besar akibat hakisan membimbangkan
http://amkns.blogspot.com/2010/06/longkang-di-pahang-semakin-besar-akibat.html

Sejak Bila TNB bertindak macam samseng ?
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sejak-bila-tnb-bertindak-macam-samseng.html

Dua budak kenit kini kesempitan hidup
http://amkns.blogspot.com/2010/06/dua-budak-kenit-kini-kesempitan-hidup.html

Rakyat Malaysia paling banyak berhutang di Asia, kos hidup naik

Posted: 17 Nov 2010 04:53 PM PST

Kuasa beli rakyat turun mendadak atau kos sara hidup naik?
Utusan Malaysia 18 Nov 2010

BARU-BARU ini, saya berkesempatan melawat seorang rakan yang bertugas di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang terletak di Kuala Lumpur. Setiap kali lawatan dibuat, kelihatan ramai orang yang keluar masuk di ibu pejabat AKPK tersebut.

Mereka adalah golongan yang meminta nasihat daripada kaunselor-kaunselor bertauliah AKPK mengenai cara-cara untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu diri mereka. Peranan yang dimainkan oleh AKPK cukup besar. Saban tahun, beribu-ribu orang yang memohon nasihat kewangan daripada AKPK.

Sebagai agensi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), bolehlah dikatakan AKPK telah banyak membantu menyelesaikan masalah kewangan rakyat Malaysia. Perkhidmatan yang diberikan pula adalah percuma.

Masalah kewangan tidak mengenal sempadan negara. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja hatta negara sekalipun. Masalah kewangan jugalah yang merupakan antara punca utama penceraian.

Ini bermakna masalah kewangan perlu ditangani bermula dari rumah lagi. Tetapi malangnya, angka-angka terbaru menunjukkan sebaliknya seperti hutang isi rumah rakyat Malaysia pada tahun 2009 berada pada tahap yang tertinggi di Asia.

Menurut laporan tahunan 2009 BNM, hutang isi rumah rakyat Malaysia berada pada paras 76.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Adakah ini bermakna rakyat Malaysia suka berhutang berbanding rakyat negara Asia yang lain?

Berhutang kini cukup mudah kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan cara moden untuk berhutang seperti penggunaan kad kredit seolah-olah ia menunjukkan kemewahan dan gaya hidup seseorang.

Mungkinkah ada faktor lain yang menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berhutang seperti kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini sehingga menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia turun mendadak?

Secara jujurnya apa yang kebanyakan kita rasai, kos sara hidup pada masa kini mengalami peningkatan berbanding pada masa yang lalu. Kadang kala kenaikan kos sara hidup ini tidak boleh diterima oleh akal kerana pendapatan rakyat Malaysia masih berada pada tahap yang sama tetapi kos sara hidup meningkat begitu ketara.

Secara logiknya jika ringgit semakin kukuh kuasa beli rakyat Malaysia akan semakin meningkat. Seterusnya akan memperkukuhkan ekonomi isi rumah rakyat Malaysia. Malangnya, perkara ini tidak terjadi. Di manakah silapnya?

Adakah ini bermakna, lebih baik ringgit berada pada tahap yang rendah agar eksport negara akan dapat ditingkatkan seterusnya memperhebatkan lagi perdagangan negara kita?

Inilah strategi yang digunakan oleh kuasa-kuasa besar di dunia seperti Amerika Syarikat (AS) dan China agar mata wang mereka berada pada tahap yang rendah. Perang mata wang di antara mereka menyebabkan China dipersalahkan sedangkan AS juga berminat supaya mata wang mereka berada pada tahap yang rendah.

Tetapi sekali lagi persoalannya, perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Ketika kerajaan berusaha untuk mempertingkatkan pendapatan rakyat Malaysia melalui Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), adalah wajar ia seiring dengan peningkatan kuasa beli yang tinggi. Fokus utama adalah kos sara hidup.

Justeru, jika kerajaan telah menubuhkan makmal-makmal khas berkaitan dengan ekonomi seperti makmal rasionalisasi subsidi, usaha ini seharusnya dipanjangkan untuk menubuhkan satu makmal khas yang lebih utama lagi bagi meningkatkan kuasa beli rakyat pada kos sara hidup yang rendah.

Makmal ini berperanan untuk mengkaji bagaimana untuk mempertingkatkan kuasa beli rakyat selain daripada meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Di samping itu, makmal ini perlu mencadangkan pelbagai mekanisme untuk memastikan kos sara hidup rakyat pada tahap yang rendah.

Mekanisme-mekanisme ini mestilah realistik dan praktikal, seterusnya dirasai oleh semua pihak terutama majoriti rakyat yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

Dengan penubuhan makmal ini, kerisauan rakyat mengenai kos sara hidup yang sering membelenggu rakyat Malaysia dapat dikurangkan, seterusnya nikmat kemakmuran ekonomi dapat dirasai oleh mereka.

Rohami Shafie
Kolej Perniagaan (COB)
Universiti Utara Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

MB N.Sembilan meriahkan Deepavali, suramkan Idil Adha

Posted: 17 Nov 2010 04:15 PM PST


Dari Blog Singalautmetro - Thursday, November 18, 2010

500 BANNER UCAPAN DEEPAVALI DARIPADA MB N. SEMBILAN MASIH TERGANTUNG. BANNER MB UCAP SELAMAT AIDLADHA SEKEPING PUN TAK ADA! KATA orang seolah-olah mahu mencari salah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan. Kata yang lain pula apa lagi yang tak puas hati terhadap menteri besar itu.

Soalnya bukan mahu mencari salah, tapi salahkah hati kalau muskyil melihat sesuatu yang tidak kena. Pertama, tindakan menggantung banner lebih 500 keping mengandungi gambar Menteri Besar di bandar Port Dickson menyampaikan ucapan Deepavalinya kepada kaum India, adalah satu sifat terpuji. Itu tanda sebagai menteri besar Melayu, beliau tidak melupakan rakyat dari kaum yang lain.

Deepavali dah 12 hari, lebih 500 banner masih tergantung. Untuk Aidiladha sekeping habuk pun tak ada.

Yang muskyilnya kini, sehingga ke hari ini banner itu masih tergantung, sedangkan Deepavali telah lebih 12 hari berlalu. Pada masa yang sama, tak ada sekeping banner pun yang tergantung mengucapkan salam atau selamat menyambut Aidiladha di lokasi serupa - sepanjang jalan dari Lukut, bandar Port Dickson membawalah ke Teluk Kemang. Ini cerita hari ini sehingga jam 12 malam tadi!

Kalau tak ditegur tak boleh, tapi kalau ditegur dikatanya kita mencari salah. Soalan sinis saya ialah, undi orang Melayu di Port Dickson khasnya, tidak bernilai lagikah?

Sumber dan gambar banner Deepavali MB N.Sembilan di http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/500-banner-ucapan-deepavali-daripada-mb.html

Presiden PAS sembelih lembu gergasi

Posted: 17 Nov 2010 04:04 PM PST



'Awang' lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha

Utusan Malaysia 18 Nov 2010

Orang ramai mengerumuni lembu jenis Charolais Mega yang beratnya mencapai 1,500 kilogram sebelum dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Surau Taman Safiah Murni, Bukit Payung Marang, Terenggganu, semalam.
--------------------------------------

MARANG 17 Nov. – Taman Safiah Murni, Bukit Payung dekat sini tiba-tiba gempar diserbu kira-kira 1,500 orang gara-gara 'Awang' dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di kampung itu.

Seawal pukul 9 pagi lagi, perkarangan Surau Taman Safiah Murni dipenuhi orang ramai semata-mata mahu melihat dari dekat lembu dari jenis Charolais Mega itu disembelih.

Ekoran saiznya yang besar berbanding lembu biasa dan dipercayai di antara lembu terbesar dan terberat di negeri ini dengan memiliki berat mencecah 1,500 kilogram, Awang menjadi tarikan orang ramai sejak ia tiba di kampung berkenaan beberapa hari yang lalu.

Awang yang seolah-olah memahami ia bakal disembelih, tidak banyak kerenah walaupun lensa kamera orang ramai tidak putus-putus mengambil gambarnya untuk dibuat kenangan.

Menurut Pengerusi Surau Taman Safiah Murni, Mohd. Zainasir Taid,45, dia tidak menyangka taman perumahan tersebut sesak gara-gara orang ramai ingin melihat lembu gergasi itu.

Katanya, acara penyembelihan tersebut merupakan acara tahunan penduduk di kampung itu bagaimanapun pada tahun ini berbeza dan lebih meriah ekoran kehadiran Awang.

"Sebelum ini saya hanya berbincang dengan pemilik lembu ini yang merupakan rakan saya sejak kecil lagi. Ketika itu dia bertanya sekiranya mahu mengambil bahagian untuk korban lembu tersebut. Jadi tanpa fikir lama saya terus bersetuju.

"Tak sangka begitu ramai orang datang ke sini semata-mata untuk lihat Awang disembelih," katanya kepada Utusan Malaysia ketika di temui di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahli Parlimen Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyempurnakan acara penyembelihan tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang keunikkan lembu berusia tiga tahun 10 bulan itu yang dibela oleh seorang penternak warga emas, Omar Abu Bakar, 68, dari Kampung Paya Datu, Manir pada bulan Februari lalu.

Lembu sepanjang 2.8 meter (m) dengan tingginya pula kira-kira 1.5m itu dibeli oleh Omar pada Januari dua tahun lalu dengan harga RM4,200 dan ketika itu beratnya sekitar 500kg sahaja.

Ketika acara tersebut, Omar yang turut berada dan melihat lembu kesayangannya itu disembelih mengakui terasa hiba memandangkan telah menjaganya sejak dua tahun lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Tiada ulasan: