Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Program Berkhatan Kuala Pilah 25 Nov 2010
- Curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor
- MB N.Sembilan lebih pro dari Ketua Menteri Melaka
Program Berkhatan Kuala Pilah 25 Nov 2010 Posted: 10 Nov 2010 11:52 PM PST PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI Tarikh : 25 November 2010 (Khamis) Tempat : PASTI Az Zaki, Melang, Kuala Pilah Sunat biasa : RM 100.00, Sunatron : RM 120.00 Doa selamat dan kenduri disediakan. Sila hubungi : Mahmuda Aliman 0197613686 (Kuala Pilah/Pasti) Karim Shahimi 0176019792 (Sri Menanti) Lina Jali 0192135059 (Senaling) Hj Saharudin 0136769492 (Bandar Pilah) Norhayatimah 0136790459 (Juasseh/Pasti) Rosli Mohamad 0196241581 (Johol) KORBAN PERDANA Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu) Tempat : Johol 1 bahagian RM 350.00 CERAMAH UMUM Bersama Ust Taib Azamudin - YB Baling, Kedah Tarikh : 11 November 2010 (Khamis) Masa : 9.00 malam Tempat :Kepis Baru, Johol Maklumat lanjut di Blog Muslimat PAS Kuala Pilah http://muslimatpaskualapilah.blogspot.com |
Curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor Posted: 10 Nov 2010 06:36 PM PST Seorang bapa juga suami berumur 39 tahun dari FELDA Aping Barat, Johor yang terdesak telah dikatakan mencuri duit tabung masjid di Kota Tinggi hanya semata-mata untuk membeli susu anak telah ditangkap oleh jemaah masjid. Menurut pihak polis bapa tadi tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan tiada rekod menagih dadah. Kalau benarlah cerita ini, ianya sungguh menyedihkan. Mana pergi wang zakat ? Felda bankrap ke tidak ? Berita ini adalah dari laporan akhbar New Straits Times 11 Nov 2010 'I stole to buy milk for my child' NST 11 Nov 2010 KOTA TINGGI: Desperation led a 39-year-old man to steal money from a mosque's collection box to buy milk for his child. District police chief Superintendent Osman Muhammad Sebot said the man was caught by four members of the Al Mutaqin mosque committee at Sedili Besar, near here on Saturday. A villager was the first to spot the man, at 2.50pm, fishing out notes from the collection box using a thin wire with glue on its tip. Osman said the villager called an assistant muezzin, who happened to be near the neighbourhood at the time. The 19-year-old assistant muezzin sought help from three other mosque committee members, and they waited for the man as the latter rode his motorcycle towards Tanjung Sedili. This led to a 5km-long chase before he was caught and brought to a police station. Osman said RM395 was seized from the man, along with a metre-long wire and a tin of glue. During police interrogation, the man claimed that RM280 of the seized money was his and would be used to pay off debts. He claimed the remaining RM115 was stolen from the mosque. "He told policemen that he wanted to use the money to buy milk for his child," said Osman. The suspect from Felda Aping Barat has no previous criminal records, and tested negative for drug use. http://www.nst.com.my/nst/articles/16stil/Article |
MB N.Sembilan lebih pro dari Ketua Menteri Melaka Posted: 10 Nov 2010 06:35 PM PST Nampaknya Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengambil langkah yang pro aktif diatas laporan Ketua Audit Negara 2009. Sedangkan Ketua Menteri Melaka masih belum lagi memberi kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Antaranya isu Tanah dan Bangunan Majlis Agama Islam Melaka TERJUAL ke BC Lim Enterprise. Masalah perlombongan pasir yang menyebabkan hakisan dan pencemaran. Masalah tapak pelupusan sampah di kawasan Melayu. Kita masih lagi menanti maklum balas Menteri Besar Negeri Sembilan perkara lain yang dilaporkan dalam Audit antaranya enyenggaraan jambatan dan jalan negeri adalah kurang memuaskan. Pengurusan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Laporan penuh di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html Artikel Tanah dan Bangunan Majlis Agama Islam Melaka TERJUAL ke BC Lim Enterprise pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html MB ulas laporan Ketua Audit Negara Utusan Malaysia 11 Nov 2010 SEREMBAN 10 Nov. - Kerajaan negeri hari ini menjelaskan usaha telah dilakukan untuk membuka segera kawasan pelupusan sampah yang baru dekat Sendayan seluas 40.5 hektar bagi menampung lambakan maksimum di dua kawasan sedia ada. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengambilalihan tanah itu melibatkan kawasan estet berhampiran juga di peringkat akhir perbincangan dan ia dibuka segera berikutan kedudukannya berhampiran Kualiti Alam Sdn. Bhd. (Waste Management Center), Bukit Pelanduk, Port Dickson. "Kerajaan negeri membuat keputusan mengambil alih tanah 40.5 hektar, di mana menggantikan pusat pelupusan sampah di Mantin dan Bukit Palong, Port Dickson yang sudah sampai ke tahap maksimum," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini. Beliau yang mengulas Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 juga memberitahu, memang menjadi agenda utama kerajaan negeri menyelesaikan kawasan pelupusan sampah ini dengan segera. "Kita ajukan permohonan melalui Mesyuarat Perumahan Negara supaya diberikan peruntukan untuk mendirikan Pusat Pelupusan Sampah Secara Berteknologi Tinggi sama ada menggunakan insinerator, mahupun teknologi lain. "Sudah sampai masanya, pelupusan cara tradisional tidak lagi digunakan dan berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air segera membuat keputusan bentuk teknologi yang hendak digunakan dalam kaedah pelupusan sampah ini," katanya. Katanya, jika apa juga teknologi yang hendak dipakai itu diputuskan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri sedia menerimanya dan ia dibangunkan di kawasan seluas 40.5 hektar itu. "Memang berlaku pembakaran sampah ini, tetapi apa yang kita hendak lihat adalah apa yang berlaku selepas itu sama ada bahan berkenaan dikitar seperti batu bata, baja mahupun tenaga," katanya. Sementara itu, Mohamad juga mengulas Laporan Ketua Audit Negara berhubung ketidakupayaan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menguruskan bayaran balik pinjaman di kalangan pelajar. "Saya ingin menegaskan tidak berlaku pengurusan yang tidak baik dalam YNS terutama dalam aspek dapatkan balik pinjaman kepada pemohon sebelum ini. "Kita melantik 10 panel peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang liat ini. Saya minta ibu bapa mahupun pelajar yang sudah tamat belajar dan bekerja, bayarlah balik pinjaman ini. "YNS melakukan pelbagai cara untuk memburu peminjam ini, apatah lagi wang tersebut penting kerana ia merupakan dana pusingan yang membantu mereka memerlukannya," katanya. Mengenai Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water) sebagaimana yang dilaporkan Ketua Audit Negara terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Mohamad berkata, kerajaan negeri meletakkan sasaran pengurangan sebanyak 35 peratus menjelang 2015. "Paip air banyak yang pecah dan lama kerana berusia lebih 40 tahun. Selain itu, berlaku kecurian air dan bacaan meter tidak tepat. Ini antara berlakunya NRW," katanya. Kata Mohamad, program penggantian paip dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah RM56 juta, sedangkan keperluan keseluruhan bagi tujuan berkenaan adalah melebihi RM800 juta. "Selain itu, penggunaan meter lama turut menyumbang kepada NRW dan kerajaan menggantikan 25,000 unit meter baru. Kerajaan meluluskan tender terbuka bagi menggantikan 55,000 lagi meter air berkenaan. Terdapat 500,000 meter lama yang perlu diganti segera. "Meter lama menunjukkan bacaan kurang tepat dan sebab itulah perolehan komersial tidak dapat dibuat. Tidak berlaku kenaikan tarif air, sebaliknya meter baru yang digunakan itu menunjukkan bacaan tepat, selepas sekian lama meter lama berfungsi secara tidak betul,'' katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan