Anak Muda Kampung Nak Senang |
- 9370 buah kenderaan terbakar di Malaysia, RON95?
- Polis lawan askar, Malaysia dah huru hara sekarang
- Tebing runtuh dihentam ombak
- Terpaksa bina tembok sendiri
- Seremban dah Jadi Pusat Samseng, PBT tak nampak?
9370 buah kenderaan terbakar di Malaysia, RON95? Posted: 10 Nov 2010 12:08 AM PST Kecoh sekarang banyak kenderaan terbakar apabila berlaku kemalangan. FOMCA pula desak kerajaan kaji keselamatan perol RON95. Tapi rakyat masih ragu-ragu. Senang saja. Apa susah, minta saja Jabatan Bomba dan Penyelamat siarkan statistik terkini kenderaan yang terbakar. Data dari laman web BOMBA menyatakan dari tahun 2004 hingga 2008 sejumlah 9,370 kes kenderaan terbakar. Trendnya meningkat setiap tahun. RON95 mula digunakan sekitar September 2009. Adakah trendnya meningkat mendadak, meningkat exponantial, meningkat sekata sejak September 2009 ? Jangan tunggu lama-lama. Nanti rakyat tertanya-tanya. Statistik BOMBA pada pautan berikut http://www.bomba.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=118%3Astatistik-kebakaran-mengikut-jenis-kebakaran&catid=44%3Astatistik&Itemid=78&lang=bm |
Polis lawan askar, Malaysia dah huru hara sekarang Posted: 09 Nov 2010 08:15 PM PST Memang Malaysia dah huru hara sekarang ni. Macam-macam cerita pelik dilaporkan sekarang ini hampir setiap hari. Kisah yang semakin membimbangkan dari Blog Singalautmetro 10 Nov 2010. Musibah atau bala? Jalan penyelesaian ? Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, padatkan masjid dengan solat jemaah dan majlis ilmu. ASKAR CURI SELUAR DALAM ISTERI JIRAN SEPASANG suami isteri tinggal berjiran dengan seorang anggota tentera. Suami wanita itu pula bertugas sebagai seorang anggota polis. Hubungan kejiranan di antara mereka baik asalnya, tetapi bertukar menjadi sebaliknya apabila lelaki yang bertugas sebagai anggota tentera itu tiba-tiba membuat onar. Kejadian berlaku kelmarin di Kampung Batu Kawah, Kuching kira-kira jam 11 malam apabila isteri anggota polis berkenaan mandi. Oleh kerana berjiran dan tinggal berdekatan, anggota tentera itu pun menyedari isteri polis berkenaan mandi. Dia kemudian masuk ke rumah anggota polis itu dan tanpa disangka telah mengambil seluar dalam yang disidai oleh isteri polis yang sedang mandi itu. Bagaimanapun, perbuatan anggota tentera itu disedari suami wanita berkenaan lalu dia berdepan dengan anggota tentera berkenaan, memarahi sikap buruk mengambil seluar dalam isterinya yang sedang mandi. Namun anggota tentera itu bukan sahaja tidak mahu mengaku bersalah, sebalik mengugut untuk kebali ke rumahnya mengambil parang mahu mencederakan anggota polis terbabit. Bimbang keselamatannya terancam, anggota polis itu membuat laporan polis. Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang gadis 18 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol tiga kali oleh seorang lelaki, selepas lelaki berkenaan membawanya keluar bersama seorang lagi rakan perempuannya. Posted by SINGALAUTMETRO http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/askar-curi-seluar-dalam-isteri-jiran.html |
Posted: 09 Nov 2010 08:15 PM PST Sinar Harian 10 Nov 2010 SUNGAI TUANG, Melaka - Hentaman ombak kuat menyebabkan tebing pejalan kaki sepanjang kira-kira 1,500 meter di pantai peranginan, dekat sini runtuh sehingga membahayakan orang ramai. Runtuhan stuktur konkrit berlaku sejak empat hari lalu turut mendatangkan kebimbangan pengunjung yang datang untuk berehat bersama keluarga. Pengunjung, Yasmin Syafiqah Razali, 18, berkata, dia kerap ke pantai peranginan berkenaan bersama rakan-rakan dan keluarga untuk bersantai di hujung minggu. "Runtuhan ini merbahaya terutama kanak-kanak yang kebiasaannya teruja dan leka bermain. Kita bimbang mereka terjatuh kerana di situ yang boleh mendatangkan kecederaan," katanya. Menurutnya, sebelum ini, dia menyedari tebing pejalan kaki itu sedikit berlubang, bagaimanapun kali ini semakin teruk. "Saya nampak kali ini hentaman ombak menyebabkan runtuhan semakin teruk. Kalau ada yang tak sedar atau terpijak di tempat yang sudah lompong di bahagian bawahnya, bahaya juga," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Razali Jamil, 45, berkata dia pernah menyelamatkan seorang kanak-kanak apabila kakinya tersangkut pada lubang runtuhan tebing berkenaan. "Buat sementara waktu ini, saya berharap pihak berkenaan dapat menyediakan tanda amaran di kawasan runtuh teruk supaya dapat memberi peringatan kepada pengunjung supaya lebih berhati-hati," katanya. Justeru, katanya, dia berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera membaik pulih struktur tebing tempat pejalan kaki berkenaan sebelum sebarang musibah berlaku. "Kita faham dengan faktor cuaca akhir-akhir ini tidak menentu dan berlaku air pasang sehingga ombak kuat, tapi aspek keselamatan perlu dipantau," katanya. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8388528.asp |
Posted: 09 Nov 2010 08:14 PM PST Sinar Harian 10 Nov 2010 BACHANG, Melaka - Masalah air longkang tidak dapat mengalir dengan baik sehingga melimpah ke kawasan rumah menyebabkan seorang penduduk di sini dirundung kekecewaan. Bakar Putih, 51, berkata, dia berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membina longkang baru di kawasan rumahnya supaya air hujan yang bertakung dapat mengalir dengan baik. Menurutnya, masalah itu sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lama da dia tidak pasti sampai bila boleh bertahan lagi. "Setiap kali hujan air akan melimpah masuk ke dalam rumah saya kerana saluran longkang di sini tidak sistematik. "Masalah ini bukan sahaja menyebabkan saya rugi, tetapi memenatkan saya kerana terpaksa mencuci rumah setiap kali ia berlaku," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Bakar berkata, buat sementara waktu dia, mengambil inisiatif membina tembok sendiri supaya air yang melimpah tidak dapat masuk ke dalam rumah. "Sekiranya air bertakung rendah, bolehlah tembok ini menghalang air masuk. "Tetapi, jika hujan sampai dua jam, saya terpaksa bersedia kerana air berkenaan tetap masuk dan memenuhi rumah,'katanya. Malah, katanya, dia terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk memastikan air kering untuk menimba air keluar. "Sekarang saya tidak dapat tidur lena kerana hujan sering turun. Saya percaya sekiranya longkang dibina pasti ia dapat mengatasi masalah ini. "Biarpun tidak sebaik mana, namun diharapkan dapat mengurangkan bebanan penduduk. Setidak-tidaknya dapatlah saya hidup dengan lebih selesa,'katanya. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8388132.asp |
Seremban dah Jadi Pusat Samseng, PBT tak nampak? Posted: 09 Nov 2010 04:05 PM PST Nampaknya Seremban dah jadi pusat samseng dan vandalisma, juga pusat judi internet dan macam-macam ada. Apa PBT tak nampak ka ? Kalau nampak, ambil sajalah cat putih padam grafiti tersebut. Inilah jadinya bila PBT macam Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai dok sibuk turunkan banner ucapan raya wakil rakyat Melayu PAS dan PKR. Akhirnya samseng bermaharajalela. Yang polis pula sibuk cari maklumat Majlis Makan Malam PASTI pada 22 November 2010 ini diadakan di mana. Majlis Makan Malam PASTI pun polis sibuk nak tahu di mana. Majlis Makan Malam Amal PASTI di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/11/makan-malam-amal-pasti-n9-22-nov-2010.html Senawang Pusat E Judi, MPS, Jabatan Agama tak kerja ke ? Cerita lanjut di http://amkns.blogspot.com/2010/11/senawang-pusat-e-judi-mps-jabatan-agama.html Banner Hari Raya PAS dan PKR dicabut oleh Majlis Perbandaran Seremban. Kisahnya di http://pasns.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html ANGKARA SAMSENG Berita Harian 10 Nov 2010 CONTENGAN angka misteri semakin berleluasa di Kampung Dato' Mansor, Rasah.Rumah, tokong di Kampung Dato' Mansor, Rasah kena conteng nombor, disimbah cat RASAH: Semakin melampau. Kumpulan misteri yang sering melakukan kegiatan vandalisme menconteng dinding di kawasan perumahan, kini turut menjadikan dinding tokong Cina, di Kampung Dato' Mansor, Rasah di sini, sebagai sasaran. Mereka menconteng dinding pintu pagar masuk utama ke tokong berkenaan dengan perkataan '24 Top' yang dipercayai membawa maksud tertentu mengenai pergerakan kumpulan terbabit, menggunakan cat sembur. Berita Harian sebelum ini pernah melaporkan perbuatan vandalisme membabitkan tulisan angka misteri pada papan tanda hingga menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk kerana dikhuatiri membabitkan kumpulan samseng atau kongsi gelap. Dalam laporan itu, contengan tulisan '18 Top' dan '36 Top' ditemui di beberapa taman perumahan sekitar Rasah seperti Taman Rasah Jaya serta Rumah Pangsa Senawang 2 dan Taman Sri Mawar di Senawang. Penjaga tokong, Yap Lam Sang, 68, berkata perbuatan kumpulan tidak bertanggungjawab itu mengecewakan pihaknya kerana mereka sanggup melakukan kerosakan pada tempat yang tidak sepatutnya termasuk rumah ibadat awam. "Contengan ini disedari beberapa minggu lalu dan perkara ini amat dikesalkan kerana kawasan tokong adalah tempat kami bersembahyang, bukan tempat melepaskan geram hingga tergamak menconteng sesuka hati," katanya. Yap berkata, dia pernah menemui sekumpulan lelaki menjadikan jalan masuk utama tokong sebagai lokasi untuk mereka minum minuman keras hingga mengotori kawasan itu dengan botol ditinggalkan begitu saja. "Kami khuatir tempat ini turut menjadi 'port' penagih dadah kerana sebelum ini, saya pernah terserempak sekumpulan lelaki melepaskan gian di kawasan semak yang kini menjadi kawasan lapang tokong," katanya. Selain itu, katanya, tokong berkenaan pernah dipecah masuk Julai lalu hingga mengakibatkan wang dalam tabung derma hilang, manakala pintu bilik stor terbuka dipercayai dimasuki kumpulan berkenaan. "Saya melaporkan kepada polis sejurus selepas tiba di tokong pada keesokan paginya dan didapati wang yang dicuri bernilai lebih RM100,000. Sejak kejadian itu berlaku, kami lebih bimbang dan sentiasa berhati-hati," katanya. Sementara itu, penduduk, Kamaruddin Samad 35, berkata kawasan lain di perumahan berhampiran tokong itu termasuk papan tanda jalan turut menjadi sasaran kumpulan misteri terbabit yang menyembur cat berwarna. Berikutan itu, beliau berharap penguatkuasaan tegas dapat dijalankan bukan saja oleh pihak berkuasa, malah jawatankuasa penduduk supaya kerjasama yang terjalin mampu menghentikan perbuatan itu. "Pemantauan ini tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa saja kerana maklumat hanya boleh diperoleh daripada penduduk. Cara terbaik adalah melalui rondaan secara kerap terutama waktu malam serta intipan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan yang sering menjadi sasaran vandalisme. "Saya tidak mahu menegur kumpulan itu secara berseorangan kerana bimbang akan dicederakan kerana kita tidak tahu sama ada perbuatan ini hanya dilakukan oleh remaja nakal atau kumpulan gangster," katanya. Kamaruddin berkata, pihaknya berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau persatuan penduduk yang berdepan masalah ini dapat menyelesaikan secara lebih serius termasuk mengadakan gotong-royong membersihkan papan tanda yang diconteng. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Angkarasamseng/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan