Isnin, 8 November 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kadar pengangguran, Sabah tertinggi, Kelantan terendah

Posted: 08 Nov 2010 12:17 AM PST


Percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.

Sementara itu untuk Negeri Sembilan kadar penganggurannya ialah ke 11 tertinggi di Malaysia , iaitu sebanyak 4.4%.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Sumber asal http://www.melaka.gov.my/userfiles/file/Kadar%20pengangguran%20Q1%202009.pdf

Masjid Baru Jelebu tertangguh 20 tahun? Bajet takde?

Posted: 07 Nov 2010 11:16 PM PST

Betul ke dulu ada cadangan projek pembinaan masjid baru daerah Jelebu dimana tapaknya terletak bersebelahan Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang) telah tertangguh lebih 20 tahun ? Kalau betul , lama tu. Mungkin Jabatan Agama ke, Pejabat Daerah ke boleh sahkan. Tapi paling sedih bila tengok Bajet Jabatan Agama tahun 2009.

Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan tahun 2009 menyatakan perbelanjaan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 hanya RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%. Banyak tu.

Masalah sosial makin banyak, orang Islam makin bertambah, sudah pasti tahun demi tahun memerlukan lebih ramai petugas Jabatan Agama, lebih ramai penguatkuasa, lebih ramai imam, lebih ramai guru KAFA, lebih banyak masjid, lebih banyak rumah perlindungan.

Mana pergi wang zakat semua ?

Isu ini tak dibincangkan ke, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri ?

Baca ke tidak semua wakil rakyat Melayu laporan Ketua Audit Negara ni ?

Artikel Masjid di N.Sembilan tak siap, yang sedia ada nak diroboh pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-di-nsembilan-tak-siap-yang-sedia.html

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (Melayu N.Sembilan) , selagi kaum tersebut (Melayu N.Sembilan) mengubah nasib mereka sendiri.

Terengganu makin parah dengan dadah, menuju kehancuran

Posted: 07 Nov 2010 05:02 PM PST

Masalah dadah semakin parah di Terengganu. Ini diakui dalam laporan Utusan Malaysia pada 8 Nov 2010. Sebelum ini Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus. Mungkin yang paling teruk di Malaysia dan seluruh dunia. Apakan daya, rakyat dilekakan dengan hiburan.

Orang politik sibuk berebut jawatan dan harta. Nasib Terengganu adalah di tangan rakyat Terengganu sendiri. Jadikanlah Terengganu benar-benar negeri Darul Iman.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (rakyat) kalau kaum (rakyat) itu tidak mahu berubah.

Artikel penagih dadah naik 1,366.67 peratus pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/09/penagih-dadah-terengganu-naik-1366.html

KES DADAH SERIUS DI TERENGGANU
Utusan Malaysia 8 November 2010

SETIU 7 Nov. - Kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan ketika pihak polis terus memperhebatkan operasi mereka.

Secara keseluruhannya, ia meningkat sebanyak 14 peratus dengan 7,837 kes melibatkan 8,187 tangkapan sehingga September lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 202 kes pengedaran dikesan melibatkan 277 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini yang mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus.

Dalam tempoh yang sama juga, beliau memberitahu, penagihan dadah meningkat sebanyak 14 peratus membabitkan 7,635 kes dengan 7,910 tangkapan.

"Manakala tangkapan dan tindakan ke atas pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 meningkat sebanyak 44 peratus kepada 75 kes berbanding 52 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi juga terus meningkat dan mencetuskan kebimbangan, daripada 87 orang kepada 126 orang.

"Malah tiga daripada mereka yang ditahan sehingga September lalu itu terbabit dengan pengedaran dadah," katanya kepada pemberita di Lapang Sasar Bukit Bidong di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai operasi pelupusan dadah bernilai RM1.5 juta termasuk heroin, ganja, pil-pil WY (pil kuda, syabu), ubat batuk, daun dan air ketum.

Operasi itu turut dihadiri oleh pengarah atau wakil Jabatan Pelajaran, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dadah yang dilupuskan melibatkan 795 kes dari seluruh daerah di negeri ini yang telah selesai perbicaraan dari tahun 2004 hingga tahun ini.

Pesalah yang terbabit telah dijatuhkan hukuman mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Beliau menarik perhatian, pihaknya telah menumpaskan sebanyak 15 sindiket yang bergerak aktif di seluruh negeri ini manakala harta disita mencecah RM1.7 juta, berbanding RM1.1 juta tahun lalu.

Mohd. Shukri turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang mengerakkan operasi dengan gigih dalam usaha membasmi gejala ini.

"Berikutan begitu banyak kes dan tangkapan, pusat-pusat tahanan dan pemulihan bagi menampung mereka yang terbabit dengan dadah ini telah penuh dan terpaksa dihantar ke Pahang.

"Biarpun sindiket-sindiket telah berjaya ditumpas dan tangkapan terus ditingkatkan setiap tahun namun gejala dadah terus menjadi ancaman dengan kemasukan berterusan dari dalam dan luar negara," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama masyarakat terus dipertingkatkan dan pihaknya berperanan lebih dekat dengan mereka melalui penempatan pegawai perhubungan di semua sekolah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm

Malaysia jadi pusat Coca Cola dan Israel ?

Posted: 07 Nov 2010 04:09 PM PST

Tak lama lagi Malaysia akan mejadi pusat Coca Cola yang terulung, terbesar, tersohor di rantau ini. Coca Cola mempunyai hubung kait rapat dengan Israel. Apakan daya Perdana Menteri dan Menteri Besar Negeri Sembilan telah menjadi ikon Coca Cola. Tak percaya tengok gambar mereka promosi Coca Cola pada pautan dibawah ini.

Sila lihat gambar PM dan MB N.Sembilan yang merestui Coca Cola berpusat di Malaysia pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/04/coca-cola-palestin-israel-malaysia.html

Malaysia penting bagi Coca-Cola untuk kukuhkan jenamanya
KOSMO 8 November 2010

KUALA LUMPUR - Coca-Cola, syarikat minuman terbesar dunia, telah mengesahkan komitmennya terhadap Malaysia dan yakin perniagaannya di sini akan berkembang selari dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang cergas.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola, Muhtar Kent berkata: "Malaysia merupakan negara yang sangat penting untuk kami. Kami membuat pelaburan yang besar di Malaysia.

"Kami sudah mengumumkan program pelaburan bernilai RM1 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang. Kami kini dalam peringkat pembinaan kemudahan yang besar dan saya mahu singgah di Malaysia dan melihat pelaburan kami itu dan berbincang dengan orang kami untuk terus memberikan galakan kepada mereka mengenai masa depan," katanya kepada pemberita mengenai lawatannya ke Malaysia di sini baru-baru ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Masjid di N.Sembilan tak siap, yang sedia ada nak diroboh

Posted: 07 Nov 2010 04:02 PM PST

Apa nak jadilah dengan Islam di Negeri Sembilan ini, semakin terpinggir. Dahlah masjid yang baru tak siap-siap di kawasan padat penduduk. Masjid yang sedia ada pula nak dirobohkan atas alasan pembangunan landasan keretapi berkembar. Salah siapa? Salah kita semua, salah kita yang diam membisu, setidak-tidaknya berdoalah agar Negeri Sembilan diperintah oleh mereka yang sentiasa takutkan azab ALLAH di kubur dan akhirat nanti.

Kisah masjid di Negeri Sembilan tak siap-siap pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html

Kisah masjid Kg Bongek , Rembau mungkin akan dirobohkan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

KEMPUNAN MASJID

Berita Harian 8 November 2010

Penduduk Seremban 2 kecewa tiada petunjuk projek akan dimulakan selepas majlis peletakan batu asas dua tahun lalu

SEREMBAN 2: Walaupun sudah lebih dua tahun majlis peletakan batu asas Masjid Seremban 2, di sini berlangsung, hingga kini hanya papan tanda projek kelihatan tanpa sebarang petunjuk projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat. Tinjauan Berita Harian ke tapak itu di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mendapati, lalang dan pokok liar memenuhi kawasan yang sudah diratakan tanpa kewujudan sebarang cerucuk atau mesin.

Penduduk mendakwa, keadaan tapak terbiar itu seolah-olah memberi gambaran projek pembinaan masjid yang sebelum ini dikhabarkan bernilai RM7.5 juta tidak akan dimulakan dalam waktu terdekat.

Mereka kesal kerana walaupun Seremban 2 kini berkembang pesat dengan banyak kawasan perumahan baru serta pejabat dibuka dan bilangan penduduk dianggarkan puluhan ribuan orang, kemudahan masjid masih terabai.

Lebih dikesalkan, penduduk mendakwa mereka sebelum ini diberitahu peruntukan pembinaan satu-satunya masjid yang dikatakan mampu menempatkan 3,000 jemaah pada satu masa di Seremban 2 itu sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri.

Berikutan ketiadaan masjid itu, penduduk dan pekerja di Seremban 2 serta beberapa kawasan sekitar, termasuk buruh binaan warga asing, terpaksa menggunakan Surau Al-Ikhlas di Garden Homes yang kecil untuk menunaikan solat Jumaat atau pergi ke masjid yang lebih jauh di Mambau atau Taman Bukit Chedang.

Norazam Nayan, 44, berkata penduduk kawasan itu sangat memerlukan sebuah masjid yang selesa untuk menjadi pusat kegiatan komuniti masyarakat Islam yang bersepadu.

"Buat masa ini, tiada satu pun tempat di Seremban 2 yang boleh menjadi pusat kepada semua aktiviti keagamaan atau masyarakat Islam, menyebabkan setiap surau di kawasan perumahan hanya menjalankan aktiviti peringkat taman.

"Bukan kita tidak mahu bersatu padu, tetapi bagaimana hendak bersatu menganjurkan atau bekerjasama dalam aktiviti lebih besar yang dapat merapatkan silaturahim masyarakat Islam di sini jika kita tidak mempunyai masjid," katanya.

Bagi Nor Rahmat Sulaiman, 47, keadaan di Seremban 2 sebenarnya agak janggal kerana amat jarang bagi sesebuah kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam tidak mempunyai masjid.

"Jika kita pergi ke mana-mana sekali pun, terutama kawasan bandar baru seperti ini (Seremban 2), pasti akan menemui masjid. Bagaimanapun, keadaan di sini amat berbeza kerana tiada masjid walaupun dilengkapi segala kemudahan lain termasuk beberapa sekolah dan pasar raya," katanya.

Mahmood Shariff, 57, yakin kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan masjid di kawasan itu tetapi tidak pasti faktor yang menjadi penghalang kepada pembinaannya.

"Dua tahun lalu, kita dijanjikan pembinaannya dengan batu asas serta majlis pecah tanah sudah dilakukan. Itu bermakna kerajaan memang ada perancangan dan tidak meminggirkan keperluan utama masyarakat Islam di sini.

"Namun, projek itu kemudian senyap dan tapak berkenaan langsung tidak terusik, menyebabkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Apa pun, kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya demi kepentingan bersama," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan, berkata projek itu sudah diluluskan pada 2008, tetapi peruntukan pembinaan ditangguhkan atas sebab tertentu.

"Buat masa ini, permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang dijanjikan sebelum ini sedang giat diusahakan kerana kita menyedari keperluan yang mendesak," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Kempunanmasjid/Article

Tiada ulasan: