Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Polis kafir layan penunjuk perasaan berhati perut, polis Melayu?
- Jambatan keretapi di Tampin BAHAYA, boleh roboh
- Melayu di Melaka teraniaya, dapat pampasan RM180 je
Polis kafir layan penunjuk perasaan berhati perut, polis Melayu? Posted: 07 Nov 2010 06:03 AM PST Saksikan sendiri bagaimana polis di negara kafir di Jerman melayan penunjuk perasaan dengan sifat perikemanusian. Penunjuk perasaan telah membantah penghantaran sisa nuclear ke Jerman dengan berbaris duduk di atas landasan keretapi. Polis-polis negara kafir ini telah mengangkat penunjuk perasaan ini dengan berhati-hati. Siap tergelak dan tersenyum bila diangkat oleh anggota polis tanpa kekasaran, tanpa gas pemedih mata, tanpa cota. Bandingkan dengan polis Melayu, polis di negara Islam contoh dunia. Bandingkan polis kafir Jerman dan polis Islam Malaysia. JAKIM, MUFTI, PERKASA, any comment ? TAK PERCAYA ? Tengok sendiri Video di bawah Demonstrasi bantah penghantaran sisa nuklear UTUSAN MALAYSIA 7 Nov 2010 DANNENBERG, Jerman 7 Nov. - Dianggarkan seramai 20,000 orang mengadakan demonstrasi bantahan terhadap penghantaran sisa nuklear ke tempat simpanannya di sebelah utara negara ini semalam. Sebahagian daripada penunjuk perasaan tersebut cuba untuk menyekat laluan kereta api dalam protes mereka terhadap usaha kerajaan yang mahukan perluasan terhadap penggunaan tenaga atom. Penunjuk perasaan berkumpul di sebuah kawasan lapang di luar bandar Dannenberg dengan membawa bendera kuning dan merah bersama slogan "Tenaga nuklear - Tidak, Terima kasih. Sementara itu, pihak aktivis pula menganggarkan kumpulan penunjuk perasaan itu melebihi 40,000 ribu orang. - AP http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm |
Jambatan keretapi di Tampin BAHAYA, boleh roboh Posted: 06 Nov 2010 04:49 PM PDT Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Melaka mendedahkan bahawa kerja-kerja pengambilan pasir di Pulau Sebang , Melaka berhampiran struktur hidraulik landasan jambatan keretapi telah mengakibatkan kesan hakisan yang serius. Mereka yang naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Johor sila baca laporan Ketua Audit Negara betapa seriusnya hakisan akibat kerja perlombongan pasir di Melaka ini. Kisah sepenuhnya pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/pengambilan-pasir-di-melaka-boleh-bawa.html |
Melayu di Melaka teraniaya, dapat pampasan RM180 je Posted: 06 Nov 2010 04:43 PM PDT Kesian, kesian, kesian, Melayu kat Melaka ni. Ada ke tanah dan 40 batang pokok getah diambil kerajaan Barisan Nasional Melaka dengan harga RM180 je. Getah sekarang mahal brader. Apa nak buat MELAKA MAJU 2010 dan Melaka kawasan paling selamat UMNO di muka bumi ini. (Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010) Ye lah , kawasan selamat UMNO lah katakan, sampaikan tanah dan bangunan yang tersergam indah milik Majlis Agama Islam Melaka yang TERJUAL ke BC Lim Enterprise tak ada siapa yang kisah seperti yang dilaporkan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html **************** ENGGAN SERAH TANAH ADAT Harian Metro 7 Nov 2010 ALOR GAJAH: Seorang pesara tentera melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah yang bercadang mengambil alih tanah adat miliknya dan dua adiknya seluas 0.002 hektar di kawasan Mukim Sungai Petai, di sini. Uda Mohd Yasin, 57, dari Kampung Sungai Petai, berkata mereka tidak pernah bersetuju dengan cadangan pengambilan tanah yang dilakukan itu meskipun jumlahnya kecil. "Pada 2 September lalu, saya dan dua adik ada menerima surat daripada pihak berkenaan yang memaklumkan pengambilan tanah milik kami. "Di dalam surat berkenaan, pihak mereka menyatakan tujuan pengambilan tanah berkenaan untuk menyalurkan bekalan air ke Kawasan Perindustrian Rembia yang terletak di kawasan berhampiran. "Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan, kami pergi menemui pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci dan berbincang berhubung hal berkenaan," katanya ketika ditemui, di sini. Menurutnya, pihak berkenaan menjelaskan proses pengambilan tanah mengandungi 40 batang pokok getah dalam dua baris itu bukan hanya dilakukan pada tanah milik mereka tetapi juga membabitkan tanah bersebelahan. "Kami tiga beradik tidak pernah memberi sebarang persetujuan mengenai proses pengambilan tanah berkenaan, lebih-lebih lagi ia dipenuhi tanaman getah berusia kira-kira lima tahun. "Malah, kami sebenarnya diberi masa untuk berfikir bagi membuat keputusan mengenai pengambilan tanah berkenaan meskipun mereka tahu kami tidak bersetuju dari peringkat awal," katanya. Uda berkata, dalam tempoh diberikan, dia dan adik beradiknya sekali lagi menerima surat daripada pihak berkenaan yang turut disertakan dengan cek bernilai RM230 setiap seorang. "Kami sangat terperanjat dan tidak pernah menduga akan menerima cek dengan jumlah itu meskipun kami belum membuat keputusan. "Di dalam surat itu, mereka memaklumkan bayaran RM180 mewakili nilai harga tanah setiap seorang yang diambil manakala baki RM50 pula adalah tambang," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Engganserahtanahadat/Article/index_html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan