Selasa, 19 Oktober 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Speaker Tolak Usul Iktiraf Orang Asli Semenanjung Sebagai Bumiputera

Posted: 19 Oct 2010 12:54 AM PDT


Speaker Parlimen hari ini menolak usul Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas agar menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) bagi membincangkan pengiktirafan kedudukan peribumi Orang Asli sebagai bumiputera .

Takrifan ini yang termaktub dalam Fasal (2) Perkara 160 serta memaktubkan secara jelas kedudukan istimewa mereka sebagai bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan dalam kamar di parlimen tengahari tadi.Kamarul yang ditemui media di lobi parlimen menyatakan kekesalan terhadap keputusan itu namun berikhtiar akan terus memperjuangkan hak Orang Asli seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kita minta kerajaan mempertimbangkan usul kerana Orang Asli menunggu terlalu lama untuk mendapatkan pengiktirafan dan hak sebagai kaum bumiputera," rayu beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Simpang Suda yang ditemui TV Selangor berkata, perancangan dibuat bersama Datuk Kamarul sejak minggu lalu selain menaruh harapan besar terhadap kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut.

Beliau menambah, kedudukan Orang Asli di Semenanjung Malaysia seolah-olah dipinggirkan walhal golongan ini turut membantu memperjuangkan kemerdekaan negara sejak 53 tahun lalu.

Menurut Simpang, pihaknya sangat mengharapkan usul ini diterima oleh dewan. Kalau tidak terima kami sedih sebab dalam hanya diletakkan dalam perlembagaan orang Melayu, Bumiputera, Sabah dan Sarawak. Habis di mana orang asli ini? Kerana itu lah kita memohon dewan masukkan perkataan dan Orang Asli Semenanjung Malaysia, itu sahaja.

Menurut Simpang lagi, tidak wujud sebarang niat untuk melakukan demostrasi di Parlimen namun sekadar untuk menjadi pemerhati kepada usul yang cuba dibawa ke parlimen.

"Apa yang kita lihat, di mana kedudukan Orang Asli ini. Kalau dalam perlembagaan sudah ditetapkan, jadi itu satu pengitirafan kepada masyarakat Orang Asli bahawa kami dapat keistimewaan seperti apa yang orang lain dapat. Tidak tertindas tapi kami rasa terpinggir kerana pengiktirafan didalam perlembaagan iaitu undang-undang tertinggi di dalam negara seolah-olah tidak mengiktiraf Orang Asli. Terkecil hati juga lah," rintih beliau.

Seramai 18 wakil Orang Asli dari seluruh Malaysia tiba di bangunan Parlimen seawal 9 pagi tadi, namun mereka ditahan pihak polis kerana khuatir akan mewujudnya demostrasi. Namun mereka dibenarkan masuk kemudian.

Tiada ulasan: