Khamis, 7 Oktober 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Soalan-Soalan Parlimen Dato' Kamarul Baharin Abbas

Posted: 06 Oct 2010 09:46 PM PDT

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEDUA BELAS

diterima dan dijawab mengikut tarikh


Hari Selasa, 19 Oktober 2010

1. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

a) tindakan kerajaan terhadap peguam yang gagal menghadirkan diri di mahkamah yang menyebabkan Felda disabitkan kesalahan oleh mahkamah; dan

b) apakan Felda bercadang untuk menaikkan kadar perahan gred (KPG) setelah mahkamah memutuskan memihak terhadap peneroka Felda Kemahang, kelantan


Hari Khamis, 21 Oktober 2010

2. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

a) status pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala; dan

b) nyatakan bilakah kerja penyambungan projek tersebut akan dimulakan dan jumlah penalti yang dikenakan kepada kontraktor berkenaan sehingga kini.


Hari Selasa, 2 November 2010

3. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

a) adakah wang KWSP digunakan oleh kerajaan bagi menampung kos tambahan kepada setiap projek yang mengalami kerugian; dan

b) senaraikan projek-projek tersebut serta jumlah suntikan kewangan dari KWSP dan berapakah jumlah pinjaman telah dibayar mengikut jadual kepada KWSP.


Hari Rabu, 10 November 2010

4. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

a) alasan perancangan projek lebuh raya (Central Spine Expressway) dari Seremban-Karak-Gua Musang-Kota Bharu dibatalkan pembinaannya; dan

b) apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf laluan yang sedia ada.


Hari Rabu, 24 November 2010

5. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

a) berapakah jumlah dana yang telah diberikan kepada Value CAP dari mula ditubuhkan sehingga sekarang untuk melabur dipasaran saham; dan

b) prestasi kedudukan untung rugi pelaburan itu sehingga masa kini.


Hari Isnin, 29 November 2010

6. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

a) berapakan jumlah jaminan yang diberikan kepada pinjaman yang diambil oleh syarikat milik kerajaan (GLC) yang berbentuk pinjaman langsung atau pengeluaran bon-bon dari 2005 hingga 2009; dan

b) baki tertunggak dan perlu dijelaskan dari sekarang hingga tahun 2020.


Hari Khamis, 2 Disember 2010

7. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan

adakah kerajaan mempunyai dasar mengenai kegunaan tenaga nuklear memandangkan beberapa negara telah menunjuk minat untuk beralih kepada tenaga atom seperti jangkaan International Atomic Agency (IAEA) bahawa 10.4% tenaga global akan dihasilkan oleh loji nuklear (nuclear reactor) pada tahun 2030.


Hari Isnin, 6 Disember 2010

8. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-

rasionalnya mengadakan kursus berasingan untuk mendapatkan sijil NIOSH OIL & GAS SAFETY PASSPORT (NIOSH) dengan yuran RM250 bagi tiap-tiap sijil untuk pekerja bagi beberapa sektor-sektor industri yang mewajibkannya dan kenapa tidak satu kursus untuk semua industri.


Hari Khamis, 9 Disember 2010

9. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

a) jumlah sebenar pinjaman 'UK Malaysia Aids' oleh Perbadanan Aset Keretapi (PAK) sehingga kini; dan

b) kenapakan pinjaman tersebut tidak dibayar mengikut jadual dan baki hutang tertunggak sehingga kini.


Hari Isnin, 13 Disember 2010

10. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

a) jumlah pengagihan zakat yang telah dikeluarkan mengikut negeri dan data terperinci pada tahun 2005 hingga 2009; dan

b) cara mana pihak pengurusan dan jumlah pegawai yang ditugaskan supaya dapat mengenal pasti mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.


note:-

kesemua 15 soalan yang dikemukakan telah diterima termasuk 5 soalan untuk jawapan bertulis


JAWAPAN BERTULIS


Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:-

Setakat mana kerajaan membantu sumbangan dana untuk penyelidikan intensif cara pembiakan MICRO-ALGAE yang berpotensi besar mengatasi dan sebagai penganti (replacement) kepada beberapa bahan mentah yang diperlukan dalam industri tenaga, makanan, minyak dan gas, bio-diesel dan lain-lain.


Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

Berapakah jumlah keseluruhan (statistik) pendatang asing yang memegang VISA dan VOA yang telah melakukan kesalahan didakwa ataupun tidak dan jumlah mereka yang telah dihantar balik sesudah tamat menjalani hukuman.


Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

Nyatakan nama syarikat-syarikat mengikut jumlah yang diperuntukan Permit Import (AP) sejak 2008 sehingga kini .


Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

Jumlah projek pembangunan yang melibatkan beberapa unit rumah mampu milik diseluruh negara yang dilaksakankan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada masa kini dan berapa yang telah siap serta dijual.


Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:-

Jumlah dana digunakan daripada RM5 bilion yang telah diperuntukkan untuk bantuan dan pembangunan orang asli mengikut negeri setakat ini.

Tiada ulasan: