Ahad, 17 Oktober 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ha...ha... jangan ingat kartun tak bisa berbicara

Posted: 17 Oct 2010 07:34 PM PDT
















Jawatankuasa Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 17 Oct 2010 07:15 PM PDT

Penasihat:
Suhaimi bin Said
Pengerusi
Ramli Lugan
Timbalan Pengerusi
Daud Busu
Naib Pengerusi
Basri Hok
Setiausaha
Kin Kasim
Ketua Penerangan
Wan Kisam Daud
Ketua Wanita
Nyah Kasim
Anggota Jawatankuasa
Ramli Harun
Chim Ni
Ahmad Dagu
Bibah Kin
Atan Daud
Badol Embong
Bahari Ngan
Suzilah Yaakob
Osman Hijau
Mustafa Sik
Majid Sulaiman
Peter anak Mudam
Zainal Cok
Jaafar
Hazani Eng
Sarimah Yusof
Jahidin Husin
Jamil Yak
Noriah Hasan
Ahmad Abu
Ali Namah
Hassan Majid
Rosli Panjang
Azmi Kahar
Bueh Abdullah
Manan Acan
Awang Indad
Basri Osman
Samah Atil
In bt Hok
Kun
Syafei Deris
Ramli Lugan telah menggariskan tugas untuk Jawatankuasa ini seperti berikut:
(a) mengrezabkan Sabtu dan Ahad untuk menjalankan kerja-kerja sosial dan parti mengziarahi rumah ke rumah dengan jadual yang akan disiapkan;
(b) menambah keanggotaan parti hingga melebihi 60% dari semua kampong;
(c) kerja-kerja gotong-royong dan kebajikan untuk anggota-anggota
(d) mengadakan Majlis Ceramah di semua kampong sekurang-kurang sebulan sekali.
(e) menyiapkan Markas PKR di Kg Pian secara gotong royong, barang-barang binaan sudah disediakan dan menunggu arahan untuk menjalankan gotong royong.
(f) mengadakan kursus-kursus untuk kefahaman anggota-anggota didalam bidang politik, organisasi dan kepimpinan.

JK Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau sedia memberi khidmat

Posted: 17 Oct 2010 06:38 PM PDT

Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas
Chim Ni, AJK dari Kg Penderas, Jahidin Husin dari Kg Paya Mendoi, dan Bakar Panjang dari Kg Seboi.

Nazmi Majid dari Kg Lubok Wong, Wan Kisam Daud dari Kg Pian dan Roslan Nong dari Kg Penderas
Nyah Kasim dari Kg Penderas selaku Ketua Wanita dan Ehoh bt Boas
Chim Ni (kiri) Tuan Rumah
Shafei Deris mewakili Kg Paya Pelong
Ramli Lugan, Pengerusi Biro Orang Asal Cabang Kuala Krau dan Daud Busu selaku Timbalan Pengerusi


===
Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasanya yang pertama pada 17hb Oktober 2010 di Kg Penderas dipengerusikan oleh Sdr Daud Busu yang terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau.
Seramai 33 orang telah dilantik menduduki Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sdr Ramli Lugan, yang juga Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau.
Didalam ucapannya yang bersemangat Ramli mengajak semua Orang Asal di Kuala Krau supaya menyedari dan menginsafi kedudukan mereka sebagai Orang Asal yang semakin terpinggir dari arus pembangunan dan mereka telah tertipu dengan manipulasi UMNO memperdayakan mereka selama lebih 50 tahun.
Sdr Ramli mengingatkan bahawa perjuangan Orang Asal menuntut keadilan akan hanya berjaya jika PR berjaya mentadbirkan Negara ini dan mengambil alih kuasa dari UMNO/BN.
Beliau mengajak supaya Jawatankuasa yang terpilih pada mesyuarat pertama Biro Orang Asal Kuala Krau supaya merezabkan setiap hari Sabtu dan Ahad untuk menjalankan kerja-kerja massa dan sosial untuk Orang Asal di perkampongan Orang Asal di Kuala Krau.
Sdr Ramli mengatakan bahawa disesetengah kampong Orang Asal Kuala Krau lebih 60% dari penduduk sudah menyertai keanggotaan PKR dan ada beberapa buah kampong lagi keanggotaan PKR hanya sampai ke tahap 30-40% sahaja. "Kita akan ubah keadaan ini, dan kita akan jadikan PKR sebagai parti utama didalam perkampongan Orang Asal di Kuala Krau, dan kita mulakan kerja ini secara bergotong royong dengan menziarahi setiap buah rumah didalam perkampongan kita. Kita tentukan masa depan penduduk Orang Asal dengan gerak kerja kita sendiri melalui Parti Keadilan Rakyat." kata Ramli.
Mengenai DUN Galas, JK Biro Orang Asal Kuala Krau sanggup memberikan khidmatnya seperti yang telah diberikan semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dahulu jika khidmat Biro ini diperlukan.
Mengenai pemilihan PKR Pusat, Orang Asal Kuala Krau akan menyokong YB Azmin Ali sebagai Timbalan Pengerusi dan untuk MPP pula mereka akan menyokong calon-calon dari Pahang dan selain itu rakan-rakan pimpinan Pusat yang sentiasa memberikan khidmat mereka kepada Orang Asal Kuala Krau khususnya Felicia Ling, Elizabeth Wong, YB Zuraidah, YB Fuziah Salleh, dan lain-lain, manakala untuk AMK, Orang Asal Kuala Krau berterima kasih kepada CheguBard yang sentiasa hadir ke kampong-kampong kami, dan kami akan balas khidmatnya, kata Ramli Lugan lagi.



Tiada ulasan: