Jumaat, 15 Oktober 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


200 lebih calon MPP, untuk dipilih 20 orang sahaja

Posted: 14 Oct 2010 11:27 PM PDT

Esuk 16hb Oktober 2010, kita akan dapat tahu jumlah sebenar calon-calon MPP. Ada yang mempertahankan kerusi, ada yang buat kali pertama bertanding.
Kali ini tiada siapa yang dapat menduga siapakah yang boleh memenangi pertandingan itu kerana inilah buat kali pertama PKR melaksanakan dasar 1 angota 1 undi, dan tidak mudah untuk mendapat perhatian 400,000 anggota untuk mengundi calon-calon tertentu.
Advantage adalah kepada pemimpin-pemimpin yang aktif dan dari masa ke masa berada di kawasan-kawasan dan cabang-cabang bagi menjalankan aktiviti parti termasuk menerima jemputan ceramah. Mereka tentu mendapat kemudahan melebihi dari yang lain.
Pemimpin-pemimpin di peringkat Cabang yang menawarkan diri agak susah untuk mendapat undi kerana mereka hanya terkenal di Cabang masing-masing, bahkan pemimpin-pemimpin diperingkat Negeri yang hanya bergerak di Negerinya sendiri sahaja juga sukar mendapat sokongan kerana mereka tidak mengenali anggota-anggota dan tidak dikenali oleh anggota-anggota.
Bagaimana pun, oleh kerana begitu ramai yang akan bertanding, peluang bagi seseorang calon hanyalah sekadar 10% sahaja kecuali mereka yang mempunyai rekod aktiviti yang hebat.
Namun begitu calon-calon akan mempunyai peluang untuk memperolehi 10% undi, untuk sekadar kalah didalam pertandingan ini. Kalah atau menang, marilah kita semua anggap bahawa Parti kita telah melaksanakan program yang hebat untuk demokrasi yang luas dan untuk penerimaan bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua, dan pemilihan ini tetap menjadi pertandingan sesama anggota secara sehat yang tidak akan merosakkan perpaduan.
Parti akan menjadi lebih kuat dan kukuh selepas pemilihan ini.
Pemilihan ini berbeza dengan pemilihan diperingkat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Calon-calonnya tidak ramai dan calon-calonnya kesemuanya mempunyai kewibawaan yang tinggi, dan pertandingan dikalangan lapisan itu adalah lebih sengit dan lebih diberikan perhatian.

Tiada ulasan: