PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN |
- UMNO-MCA BER-TANGO
- KDN TELITI UNTUK DAKWA 10 ANGGOTA POLIS TERLIBAT CURI DADAH 40 KG DADAH
- UMNO BN MAKIN TENAT
Posted: 13 Oct 2010 03:45 AM PDT Galas dan Batu Api here we come. Bukan William Gallas ataupun Perez Parado. Biar UmNo - MCA-BN bertango. Kita akan terus buat kerja. Dua kematian dalam masa sebulan. Kedua-dua kematian melibatkan tokoh politik. Seorang wakil rakyat PAS/Pakatan Rakyat, manakala seorang lagi, PBS/Barisan Nasional. Ini juga bermakna... telah berlaku dua kekosongan 'kerusi'. Satu bagi kerusi DUN Galas di Kelantan dan satu lagi bagi kerusi Parlimen Batu Api.Oooo la la!! Pesta pilihan raya akan bermula. Pasti meriah punyer!! Apabila ada pilihan raya, maka kempen pun pasti ada. Kempen yang pasti gilerr punyer!! Bagi UMNO/BN, kempen mereka sudah pun bermula. Mukadimah kempen mereka ialah dengan kemunculan si Rahimi. Setelah tiga tahun dia menyepi, kini dia menjelma untuk melancarkan serangan, khusus terhadap Anwar Ibrahim. Aha... tup-tup, kini dia muncul dengan membuat penafian tentang dua SD yang dibuatnya dahulu. Kalau dulu dia mengaitkan Najib dan Rosmah dengan drama Sodomi 11, tetapi kali ini, keluar pulak SD baru. SD yang menafikan pulak pembabitan kedua-dua laki-bini itu dengan drama Sodomi 11. Ini macam punya loqlaq, orang nak percaya?? Rahimi dijadikan peluru dalam serangan ini. Hati-hati... takut serangan 'makan tuan'. Pelik, tak serik-serik... Makin serangan diperhebatkan, makin orang getik!! Makin orang nak termuntah!! makin orang menyampah. Makin orang tak percaya pada kedua laki bini tersebut. Dan, malang bagi kita, FDI negara makin merudum. Pelabur pun hilang kepercayaan kepada negara. Siapa yang rugi?? Kitaaa jugak!! And now, UMNO dan MCA pulak memulakan kempen mereka. Yeehaahh!! Satu persembahan tarian tango bernama 'Attacking Tango'. Senada dan seirama... mereka menari mengikut rentak yang sama.Serangan gergaji dua mata. Satu ditalakan kepada kaum Melayu dan satu lagi buat kaum bukan-Melayu, khususnya kaum Cina. UMNO kata... jika undi Pakatan Rakyat, Melayu akan hilang kuasa. PAS dan PKR akan ditunggang semau-maunya oleh DAP. Kah... kah... kah... Cina akan kuasai Malaysia. MCA pulak kata.... jika undi Pakatan Rakyat, PAS berada di depan mengepalai dan menerajui bahtera pemerintahan. Islam akan diangkat!! Oooooo... manyak bahaya!! Jangan percaya sama itu PAS. Malaysia akan butut-butut jadi negara Islam. Nanti, hidup lu olang susah maa.. Hellooo... lu olang jangan percaya sama itu Soi Lek maa. Lu olang baca sini.Siapa sebenarnya yang akan susah?? Rakyat bukan Melayu?? I doubt that. Yang akan susah ialah MCA Cina punya olang. Susah.... sebab sulah talak power!! Tak boleh ekk maa. Talak kuasa kalu, susah cali makan maa. Whatever ler.... Tapi, itulah persepsi berhantu yang cuba dipsychokan oleh mereka kepada rakyat. Rakyat yang bangang jer yang akan histeria terkena sampukan hantu-hantu ini. But... bukan semua rakyat bangang. BN is still in a state of denial. Mereka masih beranggapan rakyat masih bangang dan senang-senang boleh diperbodohkan dengan momokan tersebut. Sebenarnya, mereka yang bangang!! Yang syiuknya.... Najib siap bersuara dengan mengeluarkan ayat-ayat bodeknya. Ini ayat-ayat bodek daripadanya.... " Rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini."Baca lagi di sini Fuulaaamakk!! Ayat yang power!! Tapi, malangnya... tak der roh!! Tak der semangat di dalamnya!! Bapak Bodek saja yang beriya-iya berkata begitu, tetapi... anak-anak buahnya berkata sebaliknya. Sayap-sayap UMNO pun berkata sebaliknya. Makin menjadi-jadi pulak tu... Boleh percaya ka?? Tipu!! Tipu!! Tipu!! Jangan percaya!! Wa cakap lu olang.... jangan percaya!! Itu semua retorik dia semata-mata!! Sudah manyak kali terkena... lu olang masih mau percaya ka?? Itu BODOH namanya maa. Sebab itu, apabila UMNO-MCA bertango, ada kedengaran cacat pada muzik latarnya dan pada 'step'nya. Macam ada yang tak kena. Lantas.... tarian tango mereka kena booo dengan para penonton. Let us boo them too. Boo panjang..... !! Booooooooooooooooooooooo!!Boo pendek!! Booo!! Booo!! Boooo!!Tango UMNO-MCA..... FAILED!! by A Mum Of Three Mohd |
KDN TELITI UNTUK DAKWA 10 ANGGOTA POLIS TERLIBAT CURI DADAH 40 KG DADAH Posted: 13 Oct 2010 03:40 AM PDT Pesanan kepada Menteri KDN, harap jagan ada campurtangan ke 3 didalam kes ini. Sekadar mengingatkan kembali kenyataan perpisahan drpd bekas KPN yang baru sahaja dibersarakan. KDN Teliti Untuk Dakwa 10 Anggota Polis Terlibat Curi 40Kg Dadah – Hishammuddin KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti kes salah laku 10 anggota polis berhubung kes rampasan dadah seberat 753,539 kilogram bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas, untuk didakwa mengikut Kanun Kesesakan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bersetuju dengan cadangan Majlis Peguam Negara supaya kes itu didakwa di bawah Kanun Keseksaan. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) pun telah membuat kenyataan tegas untuk menyiasat kes itu secara menyeluruh. Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani juga sedang menunggu keputusan penolong pendakwa raya," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri kementerian itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. Hishammuddin berkata perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana jelas ia boleh menjejaskan integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat, yang pastinya mengharapkan ketelusan dalam setiap siasatan. "Perlu sesuatu tindakan diambil, walaupun terhadap pegawai kita sendiri. Ini penting. Kita mahu rakyat yakin, bukan sahaja dengan kemampuan PDRM tetapi juga dapat lihat mereka yang mungkin segelintir, yang tidak jalankan tanggungjawab mereka juga diambil tindakan tegas," katanya. Hishammuddin mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar dadah yang bernilai RM254 juta. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir semasa menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu lepas turut berkata mahkamah dimaklumkan terdapat laporan bahawa beberapa anggota polis mengaku mencuri dadah dirampas yang dianggarkan seberat 40 kilogram daripada dadah yang dirampas itu. Akhtar juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan polis, dan mereka yang melakukan salah laku itu perlu dikenakan hukuman berat daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka oleh PDRM, iaitu hanya dikenakan tindakan tahan kenaikan pangkat dan pergerakan gaji. Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengaitkan isu kes berprofil tinggi yang berlaku di dalam negara ini dengan perkauman kerana ia boleh memecahbelahkan agama, bangsa dan negara. Menyentuh mengenai kes jenayah berprofil tinggi seperti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, dan "Namewee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam posting di You Tube," Hishammuddin berkata: "jangan dipolemik sesuatu yang boleh pecah-belahkan kita." "Tak boleh kata dimonopoli orang Melayu, Cina dan agama-agama tertentu. Dalam hal sebegitu rupa, jangan kita polemikkan sesuatu yang boleh pecah belahkan kita. "Dalam kes berprofil tinggi ini juga, kita cepat dalam tindakan, kita lakukannya secara profesional, (seperti) yang rakyat mahu, dan kita mahu ia disiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih, secara efisien, profesional dan adil," katanya. Beliau juga berkata kadang kala siasatan kes berprofil tinggi melibatkan pelbagai agensi iaitu kesalahan berkaitan dengan teknologi maklumat seperti paparan di You Tube adalah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan memerlukan nasihat teknikal. – BERNAMA |
Posted: 13 Oct 2010 03:23 AM PDT Peringatan dikalangan penyokong PR, khas PKR, jangan complacent dan mengharapkan sesuatu ajaib berlaku. Usaha dipertingkatkan memaksimakan ruang dan peluang yang ada kearah mencapai kejayaan. Agaknya itulah mesej yang cuba disampaikan. PERDANA Menteri, Dato' Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat. Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat. "Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. "Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13," katanya. Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012. Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat. Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen. Najib tahu beliau terpaksa berhati-hati. Harapannya untuk berlaku 'miracle' seperti zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi mula-mula menjadi PM pada tahun 2004 yang lalu, agak sukar. Kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan 'persepsi baik' terhadap Abdullah sebagai PM yang baru, berbanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada waktu ini, tiada persempadanan semula. Belum wujud sebagai persepsi baik terhadap Najib selaku PM yang baru menggantikan Abdullah. Sejak Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, beliau masih terpalit dengan pelbagai persepsi buruk di kalangan rakyat, dengan pelbagai skandal yang diketahui umum. Persepsi buruk ini membentuk sikap Najib, hingga beliau terlalu bimbang bahawa kemungkinan beliau merupakan PM yang terakhir dari BN. Maka kebimbangan yang Najib nyatakan dalam perhimpunan MCA memang ada kewajarannya. Najib sebenarnya sudah meragui kekuatan BN menerajui negara. Najib sedar bahawa asas kekuatan Umno-BN sudah tercabut pada PRU 2008 dan sehingga kini masih belum dapat dipulihkan. Sekarang ini BN yang menguasai Kerajaan Persekutuan,langsung tiada kekuatan. Mereka hanya tegak berdiri sebagai parti pemerintah, dengan sokongan dan dokongan agensi serta jentera kerajaan. Kerajaan Umno-BN hari ini wujud, memerintah dalam negara dengan dokongan kuat media pro kerajaan, dibantu oleh polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, badan kehakiman dan sebagainya. Agensi dan jabatan inilah, sebenarnya yang digembleng siang dan malam bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat. Mereka ini bergerak seperti cawangan Umno, bertugas menggunakan peruntukan besar kerajaan untuk menampung kepincangan Umno-BN. Hakikat sebenarnya, asas kekuatan yang ada pada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, PBS dan sebagainya sudah semakin menghampiri kepupusan. Mengapa pengaruh parti-parti komponen BN ini semakin pupus? Sebabnya ialah ideologi dan kepimpinan mereka sudah ditolak oleh rakyat. Rakyat pada zaman millenium ini adalah rakyat yang matang. Rakyat menolak fahaman rasisme yang melampau, menolak ideologi perkauman yang ditunjangi oleh parti-parti komponen BN. Penolakan rakyat terhadap idealisme perkauman adalah akibat daripada kegagalan pemimpin BN untuk 'deliver' kepada kaum yang mereka wakili. Sehingga hari ini Umno, MCA, MIC dan Gerakan dibelenggu perjuangan rasisme. Dalam setiap ucapan, kenyataan terbuka, malah pada setiap kali perhimpunan agung diadakan, agenda rasisme sentiasa menjadi topik utama mereka. Oleh sebab itu parti-parti ini ditolak. Sebabnya ialah mereka diterajui oleh oportunis yang begitu rakus menjarah harta rakyat bagi kepentingan kroni-kroni mereka. Mereka hanya menggunakan suara rasisme semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Bukan untuk kepentingan bangsa yang mereka wakili. Rakyat tidak mahu parti-parti seperti ini. Rakyat tidak mahu BN lagi. Yang rakyat mahu adalah parti-parti yang diterajui oleh pemimpin yang berkarisme, bersih serta memperjuangkan kepentingan rakyat keseluruhannya. Dalam erti kata lain, ciri-ciri itu wujud pada pemimpin Pakatan Rakyat. Berbanding dengan pemimpin BN yang sudah tercalar dengan najis-najis rasuah yang amat dahsyat. Maka dengan sebab itu, mana mungkin sebuah negara hanya tertegak dengan dokongan agensi serta jabatan kerajaan, jika tidak mendapat sokongan majoriti rakyat? Mereka-mereka yang duduk dalam agensi serta jabatan kerajaan ini sebenar tidak sedar bahawa mereka sedang menunjangi kerajaan yang rapuh. Kerajaan BN rapuh kerana parti-parti yang ditunjanginya sentiasa bergolak. Umno masih gagal berubah walaupun PM sudah bersilih ganti. MCA masih terus bercempera walaupun Dato' Seri Chua Soi Lek menang sebagai Presiden. Begitu juga dengan MIC, masa depan mereka terus kelam walaupun Dato' Seri S Samy Vellu sudah mengumumkan untuk berundur. Sama dengan Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, dalam partinya teruk dipertikaikan. Persoalannya pergolakan dalam parti komponen BN bukannya mainan Pakatan Rakyat. Ia adalah realiti yang berlaku. Pergolakan ini masih terus gagal dipulihkan. Ini yang sebenarnya disuarakan PM Najib. Dalam masa yang sama, sepanjang tempoh 30 bulan ini, usaha-usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terus menemui kegagalan. Pakatan Rakyat semakin kukuh dan diterima rakyat. Justeru pada PRU ke-13 nanti, kemenangan besar akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukan BN. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan