MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- Marah dipanggil “sakai”: Sudin seru Orang Asli Galas undi PAS
- PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside)
- Kemenangan di Sibu Kejutan, di Batu Sapi Pukulan kepada UMNO-BN
- Gambar-Gambar Aktiviti Calon Kito, Dr Zulkifli Mohamad
- UNDILAH CALON PAS DUN GALAS
- UNDILAH CALON PKR BATU SAPI
- Yang boleh hanya UmNO/BN .. orang lain semua salah ... Piiiirahhh
Marah dipanggil “sakai”: Sudin seru Orang Asli Galas undi PAS Posted: 31 Oct 2010 06:07 AM PDT Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Demikianlah boleh diibarat kemarahan Orang Asli gara-gara panggilan "sakai" terhadap terhadap kaum itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Serentak dengan itu, aktivis Ahli persatuan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Sudin Mahidin, menyeru supaya pengundi berketurunan Orang Asli di Galas menolak BN dan mengundi PAS sebagai satu protes simbolik. Menurut Sudin, perkataan tersebut bagi Orang Asli amat sensitif dan menggambarkan golongan mereka paling bawah, tak pakai baju, lari kalau jumpa orang dan belum berubah. Pesara kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di ibu pejabat Kuala Lumpur yang terkenal dengan panggilan Pak Long di kalangan rakan-rakannya itu, berkata Najib berucap demikian kepada pemimpin Umno tanpa merujuk terlebih dahulu kepada penasihatnya. "Kami Orang Asal berasa amat aib apabila Najib menyebut tentang sakai dan jakun yang dirujuk kepada etnik kami. Mungkin beliau tidak dinasihatkan bahawa perkataan sakai itu amat sensitif iaitu membawa maksud kepada Orang Asli yang paling bawah dan tidak tahu pakai baju pun. Sedangkan pada masa Dr Mahathir (PM) dulu pun sudah dilarang menggelar kami dengan sakai. "Sebab itu saya menyeru suku Temiar yang berada di Gua Musang supaya menolak BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas ini bagi mengajar mereka. Bukan itu saja, selama ini kita sudah kama dipermainkan. Sudah banyak tanah Orang Asli di seluruh negara yang sudah diambil oleh agensi-agensi pembangunan," katanya ketika ditemui semasa meraikan kedatangan calon Timbalan Presiden PKR Zaid Ibrahim di Temerloh baru-baru ini. Dalam PRK Galas, terdapat 11 peratus pengundi Orang Asli daripada 11,553 keseluruhannya. Sudin yang berasal dari Kampung Wawah, Chini, Pekan memberitahu, JOAS juga tidak berpuas hati dengan keengganan kerajaan meminda Akta Orang Asli dalam perlembagaan negara. Sehubungan itu, tambah Sudin, beberapa persatuan Orang Asli juga sedang merancang untuk mengheret kerajaan ke mahkamah. Sumber: http://dupahang.wordpress.com/ |
PANAS Batu Sapi: Ini rasuah atau 'hadiah'?..(video inside) Posted: 31 Oct 2010 05:15 AM PDT Penyokong Umno nk bicara pasal rasuah politik?? tak payah la.. Koleksi artikel/kenyataan Mahathir tentang fenemena RASUAH dlm Umno- Rasuah dalam UMNO: Apa kata Tun Mahathir?..(video inside) Artikel berkaitan:- Umno 'tunjuk taring': Salahguna harta kerajaan di BATU SAPI, rasuah politik di GALAS.. |
Kemenangan di Sibu Kejutan, di Batu Sapi Pukulan kepada UMNO-BN Posted: 31 Oct 2010 05:08 AM PDT Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika kemenangan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat di Sibu, Sarawak boleh dianggap sebagai kejutan kepada 'kubu besi' Barisan Nasional tersebut, kemampuan pengundi Batu Sapi memartabatkan calon KEADILAN ke Parlimen 4 November akan menjadi pukulan kepada Umno-BN. Berucap dihadapan lebih 1,000 penduduk Batu Sapi di Sanbay Hotel dekat sini petang tadi dalam majlis Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat, Anwar menegaskan kemenangan di kawasan parlimen P185 akan menghantar mesej yang amat jelas bahawa pengundi Sabah dan Sarawak bersama-sama rakyat Semenanjung menolak sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Umno-BN. "Di Pulau Pinang semasa BN memerintah belanjawan sentiasa defisit tetapi dua setengah tahun sahaja Pakatan Rakyat memerintah rizab kerajaan negeri mencecah lebih RM1 bilion. |
Gambar-Gambar Aktiviti Calon Kito, Dr Zulkifli Mohamad Posted: 30 Oct 2010 10:00 PM PDT |
Posted: 30 Oct 2010 11:02 AM PDT |
Posted: 30 Oct 2010 10:55 AM PDT |
Yang boleh hanya UmNO/BN .. orang lain semua salah ... Piiiirahhh Posted: 30 Oct 2010 10:44 AM PDT Oleh ARIFFUDDIN ISHAK GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi. "Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja. "Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan. Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka. Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh. "Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya. "Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya. Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan. "Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi." - mStar Sumber: http://mimpi-senja.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan