Rabu, 6 Oktober 2010

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


KEMPEN UMNO DAH BERMULA DI DUN GALAS - SIAPA RAHIMI?

Posted: 06 Oct 2010 06:24 AM PDT

SIAPA RAHIMI?ADAKAH INI PERMULAAN KEMPEN UMNO/BN DI DUN GALAS?

Saya petik:

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

...Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu.Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam...-

Sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/10/panas-siapa-rahimi-ikuti-pendedahan-ini.html

Bukti: Kekecohan Yang Sengaja Di Perbesarkan Oleh Puak-Puak UMNO Terhadap PKR Rupanya Juga Berlaku Dalam Mesyuarat Agung Parti Itu !

Posted: 05 Oct 2010 10:56 AM PDT

Mungkin, kita merasa terkejut bila media arus perdana memaparkan kekecohan yang berlaku di beberapa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Kekecohan yang berlaku akibat sikap tidak puas hati sesetengah pihak berhubung dengan beberapa isu kecil itu sengaja diperbesarkan, bagi membuktikan kepada rakyat kononnya PKR tidak layak untuk memerintah negara ini. Mereka menjaja cerita tentang kekecohan tersebut sehingga ramai dikalangan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat "tergamam" dan "tidak dapat berkata" apa-apa bila diajukan soalan berhubung insiden itu. Maka, ramailah rakan-rakan mereka yang merupakan penyokong kuat UMNO BN mengutuk dan mengatakan PKR "macam budak-budak" dan "ganas". Pendek kata puak-puak UMNO ini memperli dan memperlekehkan PKR, seolah-olah perkara kekecohan itu satu masalah besar yang tidak mewajarkan rakyat menyokong parti berkenaan. Lantaran itulah disini, kami paparkan semula beberapa video panas tentang kekecohan yang berlaku dalam Mesyuarat Agung di beberapa bahagian UMNO sebelum ini. Ia sebagai bukti bahawa kekecohan seperti itu juga berlaku dalam parti mereka. Malah lebih teruk lagi hingga menyebabkan pihak polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memantau keadaan itu, seperti yang berlaku dalam Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Rantau Panjang. Sila klik video di bawah :-










[Dengan bukti-bukti ini, maka mudahlah untuk penyokong Pakatan Rakyat menjawab segala tohmahan yang dibuat oleh puak-puak UMNO, kononnya PKR tidak layak memerintah negara ini kerana kekecohan yang berlaku itu. Sebenarnya, kekecohan adalah perkara biasa dalam mana-mana persatuan, pertubuhan atau parti politik di negara kita. Kecoh akan timbul apabila ada yang tidak bersetuju dengan pihak yang lain. Terkadang, mereka yang tidak bersetuju itu jumlahnya kecil. Namun, jika media menfokuskan kepada ruang tersebut maka jadilah ia sebagai isu besar yang dihebohkan. Jangankan mesyuarat parti, mesyuarat surau atau masjid pun boleh berlaku kecoh apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan laporan kewangan dan sebagainya. Justeru itu, kita perlu terima hakikat bahawa ia bukanlah mencerminkan parti secara keseluruhannya. Cuma yang menjadi masalah, apabila media arus perdana pula menemubual individu yang tidak berpuas hati berkenaan. Jadilah ia isu besar, seolah-olah wujud perpecahan dan perbalahan antara sesama ahli parti tersebut].

Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: