Anwar Ibrahim |
- Bajet Najib Punahkan Harapan Marhaen
- Malaysian Opposition Leader Anwar Demands Initial Medical Report To Fight Sodomy Charge
- Islam Batu Sapi Dan Umno Galas Bantah Calon BN
- Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di DUN Galas
- Perlembagaan tidak jamin hak Orang Asal Semenanjung
- Mahkamah Tidak Diberi Laporan Asal Pemeriksaan Saiful
Bajet Najib Punahkan Harapan Marhaen Posted: 25 Oct 2010 12:55 PM PDT Dari Merdeka Review Seperti tahun-tahun yang lampau, setiap kali Belanjawan dibentang, rakyat akan menanti-nantikan gula-gula yang bakal diumumkan bagi manfaat dan meningkatkan taraf hidup. Amat terkejut apabila dikaji dan diteliti Belanjawan tersebut tidak menampakkan ianya memfokuskan keperluan dan kehendak rakyat kebanyakan, malah, ianya kembali ke era Mahathir dan projek meganya. Di sudut yang lain pula, golongan kemiskinan tegar berhempas-pulas mencari sesuap makanan. Melalui temanya dan bibit-bibit ucapan politiknya, sudah tentu Belanjawan 2011 ini akan menjurus ke arah Negara berpendapatan tinggi. Namun sebarang petanda bahawa Belanjawan disediakan selaras dengan tema yang menjadi modal air liur sejak kebelakangan ini. Mereka mendakwa kononnya Belanjawan kali ini Belanjawan untuk rakyat, sedangkan rakyat sendiri menggelar Belanjawan kali ini sebagai “Belanjawan Seluar Dalam”.
Gaji Posmen menjadi kayu ukur Kononnya Belanjawan kali ini memberi pengiktirafan kepada posmen dan pegawai sekuriti (sebut pak guard). Selepas ditanya posmen yang menghantar surat setiap hari ke rumah, rupa-rupanya gaji pokok seorang posmen selama ini adalah sebanyak RM610.00 dan hanya dinaikkan sehingga RM710 sebulan. Sukar juga apabila cuba memahami logik di sebalik meletakkan gaji pokok minimum pegawai sekuriti yang ditetapkan antara RM500 hingga RM700 sebulan, mengikut pemerhatian dan pengetahuan kita, gaji minima pegawai sekuriti sememangnya di sekitar RM700 sebulan. Mengikut Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34% daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Barangkali posmen dengan pendapatan RM700.00 sebulan itu adalah kayu ukur kepada apa yang dimaksudkan dengan Negara berpendapatan tinggi. Sama ada pendapatan sebanyak RM700.00 memadai untuk kadar tol yang sedia ada, harga petrol yang dinaikkan secara diam-diam, harga gula, kopi, teh, susu, dan sebagainya, itu cubalah kita serahkan kepada pengguna sendiri untuk dinilai. Kajian Bank Dunia mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6% setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu. Kita juga yakin Menteri Sumber Manusuia S. Subramaniam mengetahui hal ini, mungkin beliau gagal meyakinkan penasihat fesyen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang segak berbaju Melayu berwarna merah jambu ketika membaca Belanjawan. Pemilikan Rumah Beralih pula kepada ilusi hebat dalam bajet kali ini, pinjaman kepada orang muda untuk memudahkan mereka memiliki rumah. Apa kerajaan mahu menjadikan semua rakyat sebagai penghutang sepanjang hayat? Apa logik di sebalik kemudahan pinjaman ini sedangkan laporan Bank Negara menerangkan bahawa sebanyak 50% daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan muflis adalah mereka yang berusia di bawah 30 tahun. Sedangkan pinjaman PTPTN dan kos menampung hidup pun sudah membebankan, siapa yang mahu membeli rumah? Ilusi yang kedua pula, janji tidak menaikkan tol lebuh raya utara selatan bagi tempoh lima tahun yang akan datang, sedangkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada PLUS yang hampir RM5 bilion ringgit bagi tempoh tersebut. Muslihat yang sama digunakan ketika potongan 20% bagi pengguna Touch & Go diumumkan. Jika disemak syarat-syarat untuk potongan tersebut diberi adalah berasaskan frekuensi penggunaan tol dan bukannya berasaskan nilai tol, dan cara tuntutannya pun tidak otomatik dan memerlukan tuntutan dibuat sebelum potongan diberikan. Ramai yang tidak mengetahui bahawa bajet kali ini merupakan bajet yang paling besar dalam tempoh 12 tahun yang lalu dengan nilai RM213.9 billion. Apa yang ganjil adalah nilai yang diperuntukan bagi pembangunan hanya sebanyak RM23.9 billion manakala kos operasi pula sebanyak RM76.1 billion. Adakah wajar apabila meletakkan kos operasi kerajaan lebih tinggi daripada peruntukan pembangunan? Hina rakyat Persoalan yang lebih menarik adalah penghapusan duti impot terhadap kira-kira 300 barangan yang kononnya kegemaran pelancong dan rakyat tempatan dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga membeli belah. Siapa yang membeli-belah? Rakyat kebanyakan menanggung beban hutang yang pelbagai sehinggakan bil-bil isi rumah pun tidak terbayar. Yang selalu membeli-belah di Malaysia adalah isteri-isteri ahli politik yang disegani. Jika benar bajet kali ini bajet daripada rakyat, kami ingin tahu rakyat mana yang mahukan cukai terhadap beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, dan baju tidur dihapuskan? Tidakkan mereka peka bahawa setiap minggu orang ramai berpusu-pusu dan snggup bersesakan ke pasar-pasar malam mingguan. Adakah mereka mencuci mata? Sudah tentu untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang murah di di pasar malamlah tempat mereka memperolehinya. Sedangkan seluar dalam yang dipakai rakyat kebanyakan pun tidak lebih RM10.00, ini pula mahu menghapuskan cukai terhadap seluar dalam import yang digemari pelancong dan isteri-isteri menteri? Apa kerajaan sudah gila? Pelancong asing, seluar dalam, dan baju tidur menjadi keutamaan, sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang perit mencari wang untuk yuran pendidikan, untuk menyara keluarga, untuk membeli susu bagi bayi mereka. Ini menghina rakyat namanya, sanggup kerajaan mempersenda keperitan yang menimpa golongan kelas bawahan dengan memansuhkan cukai terhadap barangan yang tidak bermakna bagi mereka. Penghinaan yang paling ketara dalam Belanjawan kali ini semestinya projek Warisan Merdeka yang semegah 100 tingkat. Jika ditinjau dalam ruang internet, laman sosial terkemuka Facebook telah mencatatkan lebih 160,000 (setakat ini) penyokong bagi laman Malaysians Reject 100-storey Mega Tower. Kerajaan telah menafikan bahawa kos pembangunan tersebut adalah daripada perbendaharaan Negara, jika begitu mengapa diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan tahunan? Pada 13 Februari 2010 penulis sendiri pernah melawat Dubai dan mengambil peluang untuk ke Burj Khalifah (bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828m). Kos pembinaannya ialah USD1.5 billion (RM4.6 billion) sahaja. Projek tersebut kini menjadi sasaran kemarahan orang ramai yang berpendapat wang sebanyak RM5 billion lebih berbaloi jika digunakan untuk memperbaiki bidang pendidikan, kesihatan dan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan. Kami berasa senang apabila rakyat sudah mula sedar akan tindak-tanduk kerajaan yang tidak masuk akal. Mungkinkah projek tersebut sebenarnya satu muslihat untuk mengikat kerajaan Persekutuan dengan kontrak sebegitu besar sementara menanti kekalahan dalam pilihanraya umum yang akan datang? |
Malaysian Opposition Leader Anwar Demands Initial Medical Report To Fight Sodomy Charge Posted: 25 Oct 2010 03:12 AM PDT From The Canadian Press A doctor acknowledged during Anwar Ibrahim’s sodomy trial Monday that a detailed report he and two colleagues wrote after examining the Malaysian opposition leader’s accuser was never submitted as evidence in court. General surgeon Mohamad Razali Ibrahim, a prosecution witness, made the revelation during cross-examination, bolstering defence claims that it has been repeatedly denied key pieces of evidence in the politically charged trial. Following the disclosure, High Court Judge Mohamad Zabidin Diah immediately ordered the report to be produced as evidence and adjourned the trial until Tuesday. Anwar, 63, claims the government concocted the charge of having sex with Saiful Bukhari Azlan — at that time his 23-year-old aide — to thwart his political career after big election gains in March 2008. Mohamad Razali and his two colleagues have previously testified that there was enough medical evidence to show that Saiful was sodomized. They have told the court that semen traces in swabs taken from Saiful proved that penetration took place despite a lack of physical scarring linked to anal sex. A medical report dated July 13, 2008, and signed by the three doctors has been submitted in court to corroborate their testimony. The surgeon did not say what was written in the first report or why it never made it to the court. But the defence is apparently hoping that it will contradict the observations in the July 13 report. The government has denied there is any conspiracy against Anwar, who is on trial for sodomy for the second time in his career. The first time was in 1998 after he was fired as deputy prime minister in the wake of a power struggle with then-leader Mahathir Mohamad. Anwar was subsequently convicted of corruption and sodomy. He spent six years in jail before the sodomy charge was overturned. Anwar claimed he was framed by Mahathir, which the former leader denies. After being released, Anwar formed an opposition coalition which made unprecedented inroads during general elections in March 2008. |
Islam Batu Sapi Dan Umno Galas Bantah Calon BN Posted: 25 Oct 2010 03:03 AM PDT Dari Harakah Ketika penyokong BN yang mewakili 60.1 peratus pengundi Bumiputra Islam di Batu Sapi membuat bantahan secara terbuka terhadap BN kerana memilih calon bukan di kalangan mereka, penyokong Umno di Galas memprotes dalam diam pemilihan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon di situ. Di Sandakan, 500 ahli PBS dari bahagian Sekong membantah pencalonan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bakas anggota Parlimen, sebagai calon BN di Batu Sapi.
Mereka datang dengan beberapa buah bas yang penuh dengan bendera dan banner mendesak agar calon di kalangan Bumiputra Islam dipilih sebagai calon. Ini kerana, Batu Sapi mempunyai 60.1 peratus pengundi di kalangan Bumiputra Islam. Mereka mendakwa, mendiang Edmund tidak pernah memperdulikan mereka sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi pada tahun 2004 lalu. “Bagaimana mungkin seorang perempuan pula mahu masuk ke kawasan kampung air kami kalau sebelum ini lelaki pun tidak menjenguh kami,” kata salah seorang dari mereka yang membuat bantahan itu. Terdapat 26,000 pengundi di Batu Sapi dengan pecahan pengundi Melayu 32 peratus, Cina 38 peratus India 0.5 peratus, Bumiputera Islam Sabah 26 peratus, Bumiputera Sarawak 0.5 peratus dan lain-lain 2.6 peratus. Umno lawan Ku Li Di Gua Musang, penentangan secara senyap mula berjalan di kalangan Umno Gua Musang yang semakin bimbang dengan beberapa tindakan penyokong Ku Li dari kalangan bekas Semangat 46 itu. Bantahan ini dibuat ekoran pemilihan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof atau lebih dikenali dengan nama Aziz Limau (kerana berasal dari Limau Kasturi) sebagai calon BN. Dalam pemilihan bahagian tahun lepas, bekas Ketua Bahagian Umno Saufi Deraman yang memberikan laluan kepada Ku Li untuk menjadi ketua bahagian selepas menyertai semula Umno, dikalahkan oleh orang kuat Ku Li dalam pertandingan merebut timbalan ketua bahagian. Namun begitu, penyokong asal Umno ini kekal menguasai Wanita dan Pemuda Umno Bahagian. Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. Kedua-duanya penyokong Umno negeri dan pusat serta tidak bersama Ku Li. Di samping kedua-duanya, ada 11 AJK Bahagian yang menjadi penyokong mereka. Pendek kata, terdapat garisan yang jelas dalam Umno Gua Musang antara penyokong Ku Li dan penyokong Umno. “Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih sebagai pengarah, orang dia juga jadi calon, ” kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang. Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno. Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian. Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li. Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti. “Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon,” kata pemimpin Umno berkenaan. Dr Zul kalahkan Ku Li di Galas Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad (gambar) mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang. Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang. Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang. Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus). |
Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di DUN Galas Posted: 25 Oct 2010 02:47 AM PDT Jadual Kempen Dato' Seri Anwar Ibrahim di DUN Galas 26 Oktober 2010 (Rabu) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 Lokasi : Padang Bola Kampong Kerinting, Gua Musang Penceramah: 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 2 Lokasi : Peti Undi Kampong Baru, Gua Musang Penceramah : 1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim |
Perlembagaan tidak jamin hak Orang Asal Semenanjung Posted: 25 Oct 2010 12:36 AM PDT Dari Harakah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menegaskan, kedudukan Orang Asal di Semenanjung Malaysia tidak akan terjamin pada masa akan datang sekiranya hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan. Azmin ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, tiada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kepentingan Orang Asal di Semenanjung walhal mereka merupakan kaum pribumi yang telah lama menetap di negara ini. Menurutnya, Fasal (2) Perkara 160 hanya menafsirkan Orang Asli adalah Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu manakala dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, ianya hanya merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja.
“Perdebatan yang berlaku pada hari ini ialah pengiktirafan Orang Asli sebagai Bumiputera berdasarkan takrifan Orang Asli yang termaktub dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan juga keperluan memaktubkan secara jelas kedudukan istimewa Orang Asli sebagai Bumiputera dalam artikel 153,” kata beliau yang juga Naib Presiden PKR. Sehubungan itu, Azmin meminta kerajaan menyatakan pendirian sama ada bersedia untuk memasukkan hak Orang Asli di Semenanjung ke dalam Perlembagaan. “Adakah kerajaan bersedia untuk mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asli dan sekiranya tidak apakah alasan yang akan diberikan oleh kementerian? “Kalau orang Turki yang duduk di Sembrong boleh dijamin oleh Perlembagaan dan diterima oleh Umno sebagai pemimpin tertinggi, kalau orang Jawa di Bagan Datuk boleh dijamin oleh Perlembagaan, kalau orang lanun di Semporna boleh termaktub dalam Perlembagaan, mengapa Orang Asli ini tidak dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan?" soalnya disambut gelak tawa beberapa ahli Parlimen. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan agung Umno minggu lepas ada menyebut tiga bangsa itu dengan merujuk kepada tiga naib presiden iaitu Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang mempunyai darah bangsa tersebut. Pada 19 Oktober lalu, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar mengenai pengiktirafan kedudukan peribumi Orang Asli sebagai Bumiputera yang dibawa oleh Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) dalam jawapannya bagaimanapun mendakwa Azmin cuba mempolitikkan isu tersebut. Sebelum itu, Azmin dalam soalan asalnya meminta menteri menyatakan jumlah peruntukan bajet yang disalurkan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sepanjang dua tahun lalu. Beliau juga meminta menteri menyenaraikan kesemua program yang telah dijalankan oleh JHEOA berserta pecahan bajet yang digunakan sepanjang dua tahun lepas. |
Mahkamah Tidak Diberi Laporan Asal Pemeriksaan Saiful Posted: 25 Oct 2010 12:31 AM PDT Dari Malaysiakini Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim. Menurut Dr Razali (kiri) beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan. Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama. Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku. Dr Razali Ibrahim juga mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu. Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab "ya". Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaibidin Mohamad Diah kemudian mengarahkan Dr Razali untuk mendapatkan laporan berkenaan. Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali. "Ini kali pertama saya mendengar mengenainya," beliau memberitahu mahkamah. Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah. Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan. Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal. Seorang lagi, peguam Anwar, Sankara Nair berkata Mohd Saiful menjalani pemeriksaan awal pada 28 Jun dan satu laporan awal disiapkan tetapi tidak diketengahkan kepada mahkamah. Apa yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah hanya laporan yang memuatkan hasil pemeriksaan oleh Dr Razali dan dua pakar lain iaitu Dr Khairul Nizam dan Dr Siew Sheue Feng yang dibuat pada 13 Julai. "Pemeriksaan awal telah dijalankan pada 28 Jun dan kami pasti wujud nota-nota mengenai lalar belakang perubatan Saiful dan hasil wawancara dengan beliau, " kata Sankara. Sankara berkata laporan awal itu penting untuk membuat perbandingan mengenai maklumat yang terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan kemudian kepada mahkamah. Beliau menyifatkan maklumat tertentu dalam laporan perubatan yang dibentangkan di mahkamah agak terbatas, contohnya sejarah perubatan Saiful dinyatakan sepintas lalu menerusi dua perenggan. Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan. Dua pakar dari Australia – profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald – juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini. Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom. Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. “Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan