Anwar Ibrahim |
- Ansari Bawa Harapan Rakyat Batu Sapi
- Usah Gentar Gertakan Najib,Rakyat Terus Mara Tuntut Perubahan
- Pengumuman calon Batu Sapi
Ansari Bawa Harapan Rakyat Batu Sapi Posted: 24 Oct 2010 03:01 AM PDT Dari TV Selangor Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi. Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah. Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya. Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5. 03 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini. Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini. Tegas Anwar calon yang diumumkan akan membawa perjuangan membela rakyat Sabah terutamanya isu tanah ke peringkat lebih tinggi. Hadi dalam ucapannya menegaskan walaupun pilihanraya 4 November di Batu Sapi merupakan satu pilihanraya kecil namun memberi makna besar kepada Sabah dan negara. Tegas Hadi Awang, walaupun pilihanraya ini pilihanraya kecil namun memberikan makna yang besar kepada Sabah dan negara. “Rakyat diberi peluang untuk menjadi hakim siapakah yang akan memimpin kerajaan. Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi merupakan pilihanraya ke-13 sejak Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lepas.,”kata Hadi. Sebelum itu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah memberikan ucapan yang senada dan komitmen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat. Lebih 5,000 orang memenuhi dewan yang terletaknya lebih kurang 10 kilometer daripada pusat bandar Sandakan. Sementara itu, Dewan Masyarakat Sandakan akan dijadikan pusat penamaan calon pada Selasa 26 Oktober dan pusat penjumlahan rasmi 4 November ini. Sebanyak 12 pusat mengundi iaitu enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting dibuka, dan sebuah bot akan disediakan untuk kegunaan petugas ke satu pusat mengundi yang terletak di sebuah pulau, iaitu Pulau Timbang. Pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos. Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas. Pada perkembangan lain,Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) . |
Usah Gentar Gertakan Najib,Rakyat Terus Mara Tuntut Perubahan Posted: 23 Oct 2010 10:52 PM PDT Dari Harakah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya. “Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi. Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah. Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta. “Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara. Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga,” tegas beliau. Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta. |
Posted: 23 Oct 2010 10:26 PM PDT Pengumuman calon PR Batu Sapi akan dibuat hari ni Ahad 24hb Oktober jam 5 petang di Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan pimpinan PKR. Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan