Jumaat, 22 Oktober 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


‘Mendaya’ Atau ‘Memperdaya’ Bangsa?

Posted: 22 Oct 2010 10:23 AM PDT

Dari Harakah
Oleh Dzulfikar Mashoor

Perkataan ‘mendaya’ yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’ dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi ‘mendaya’ adalah ialah “menjalankan tipu daya (muslihat), menipu”.

Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah ‘mendaya’ yang tepat.

“Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan,” dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.

Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, “ucapan bertajuk ‘Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran’ yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)".

Dijangkakan kalimah ‘mendaya’ yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.

Pakatan Rakyat Tetap Junjung Dan Pertahan Perlembagaan

Posted: 22 Oct 2010 10:18 AM PDT

Dari Suara KEADILAN

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub memberi jaminan tegas bahawa semua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan akan dijunjung dan dipertahankan jika rakyat menyerahkan amanah pentadbiran Malaysia kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum

ke-13 kelak.

“Bagi saya, rakyat khususnya orang-orang Melayu perlu percaya bahawasesiapa pun yang bakal memerintah kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semua kepentingan ini tetap akan dipertahankan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Rakyat perlu percaya, bahawa kalau KEADILAN, PAS dan DAP memerintah, semua kepentingan Melayu dan bukan Melayu akan terus dipertahankan kerana Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.

“Maka, kalau pemimpin-pemimpin tertentu Umno mendakwa bahawa Melayu akan hilang kuasa kalau Umno kalah dalam PRU13 nanti, itu semua adalahdakyah Umno untuk membodohkan rakyat semata-mata,” tegas Mustaffa dalam kenyataan medianya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkata kepentingan Melayu tidak akan dipadamkan walaupun dengan majoriti dua
pertiga di Dewan Rakyat.

Hujah Najib, ini kerana untuk mengubah soal kepentingan Melayu dalam Perlembahaan memerlukan persetujuan 9 anggota Majlis Raja-Raja Malaysia.

“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak mampu mengubah apa-apa jua tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai oleh sembilan Orang Raja-Raja Melayu,” ucap Najib di Perhimpunan Agung Umno petang semalam.

“Kalau pemimpin-pemimpin dari Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) mendakwa bahawa kuasa Melayu akan musnah kalau rakyat memberi mandat kepada KEADILAN, PAS dan DAP, itu juga adalah dakyah untuk
mengugut rakyat supaya tidak menolak politik rasis dan kronisme Perkasa dan Umno,” ujar Mustaffa yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak.

Beliau menjelaskan di Parlimen, pemimpin KEADILAN serta Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar
Ibrahim selaku Ketua Oposisi merangkap Ketua Umum bertarung dengan Umno dan Barisan Nasional demi menyelamatkan berbilion-bilion wang rakyat daripada dibazirkan pada dengan beberapa projek mewah dalam Bajet 2011 seperti Menara Warisan Merdeka, Permata, MRT, 1MDB dan sebagainya yang jelas menafikan hak majoriti rakyat.

“Di Dewan Rakyat sekarang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang giat menasihatkan Najib supaya tidak meneruskan projek pencakar langit di atas kemiskinan rakyat yang akhirnya mengundang kebinasaan tamadun.

“Di Dewan Rakyat sekarang, Lim Guang Eng, Setiausaha Agong DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan bertungkus lumus mendesak suatu suruhanjaya ditubuhkan supaya RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang hilang dapat disiasat dan dikembalikan kepada rakyat, khususnya orang Melayu,” ujar beliau.

Mustaffa berkata selaku Naib Presiden KEADILAN beliau mengajak rakyat baik Melayu mahupun bukan Melayu supaya memperkukuh keyakinan masing-masing serta membantu Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya supaya Malaysia mempunyai masa depan yang jauh lebih aman, bermaruah dan sejahtera sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Rakyat mesti membantu Pakatan Rakyat. Saya mahu mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan Pakatan Rakyat tetap mempertahankan ketertinggian Perlembagaan; tidak ada rakyat baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dizalimi sebagaimana ketika era Umno-BN memerintah negara.

Malaysia lebih sejahtera sekiranya rakyat menolak politik rasis, kronisme, pembaziran, adu domba angkara pemimpin-pemimpin tertentu negara,” tegas beliau lagi.

Kenyataan Media: Yuran Tahunan Pemilihan

Posted: 22 Oct 2010 10:15 AM PDT

–KENYATAAN MEDIA:–
22 OKTOBER 2010

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Oktober
2010 telah memutuskan untuk mengenepikan keperluan anggota membayar
yuran tahunan bagi turut serta dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat,
Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN 2010.

Keputusan ini dibuat atas semangat meraikan demokrasi dalam reformasi
satu anggota satu undi yang mula dilihat sewaktu Pemilihan peringkat
Cabang-Cabang KEADILAN baru-baru ini.

Diharapkan dengan keputusan ini, anggota-anggota KEADILAN dapat turut
sama dalam proses Pemilihan KEADILAN 2010.

SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG

Lawatan Kerja DSAI Di Miri,Sarawak Sabtu 23 Okt 2010

Posted: 22 Oct 2010 10:06 AM PDT

Program Lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Miri, Sarawak

23 Oktober 2010 (Sabtu)

12.00 – 3.00 ptg – Jamuan dan Perjumpaan dengan Rakyat Sarawak

Lokasi – Rumah Dr Michael Teo Yu Ken
Ketua Cabang KeADILan Miri
349, Jalan Tanjung, Miri, Sarawak

Ucapan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Nizar Jamaluddin,
YB Wong Hock Leng dan Pimpinan Pakatan Rakyat akan disampaikan.

3.00 – 5.00 ptg – Perjumpaan dengan pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat Sarawak

Lokasi – City Hotel, Miri

7.00 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi – Rumah Dr Michael Teo Yu Ken
349, Jalan Tanjung, Miri, Sarawak

Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Nizar Jamaluddin
4. YB Wong Hock Leng
5. Ybhg Mat Sabu
6. Ybhg Baru Bian

Demi kuasa, Umno Kelantan tergamak hina Nik Aziz

Posted: 21 Oct 2010 10:36 PM PDT

Oleh Ahmad Albab

Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO.

Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:

"Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.”

Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dgn DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V.

Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan.

Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V?

Fikir-fikirkanlah..

Lawatan Kerja Anwar Ibrahim ke Batu Sapi, Sabah – 24 Oktober 2010

Posted: 21 Oct 2010 09:51 PM PDT

24 Oktober 2010 (Ahad)

9.00 pagi – Mesyuarat MPN di Hotel Sabah, Sandakan

11.00 Pagi – Pelancaran Jentera Pilihanraya KeADILan
Lokasi: Pejabat KeADILan, Bandar Ramai-Ramai, Batu Sapi

Ucapan-ucapan akan disampaikan oleh YB Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution, YB Fauziah Salleh, YB Zuraida Kamaruddin, YBhg Tamrin Jailani, YBhg Chua Jui Meng dan lain-lain pimpinan KeADILan.

1.30 tghari – Himpunan Isu Tanah Sabah
Lokasi: Dewan Hakka Batu 5, Jalan Utara Sandakan

Ucaptama oleh:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YB TG Haji Hadi Awang
3. YB Lim Kit Siang

5.00 ptg – Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Batu Sapi
Lokasi: Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan

Pelancaran oleh:
1. YB Anwar Ibrahim
2. YB TG Haji Hadi Awang
3. YB Lim Kit Siang
4. Pimpinan Pakatan Rakyat

Jadual Acara Anwar Ibrahim di Pulau Pinang – 22 Oktober 2010

Posted: 21 Oct 2010 09:31 PM PDT

12.30 tghari – Solat Jumaat di Masjid Jamek Permatang Batu Simpang Empat

5.30 ptg  - Perjumpaan dgn YB ADUN, MP, Ahli Majlis, Ketua Cabang KeADILan Pulau Pinang
Lokasi -  Bayan Room, Hotel Equatorial, Bukit Jambul

7.30-11.00 mlm -  Majlis Makan Malam Tahunan KEADILAN Pulau Pinang 
Lokasi -  Matahari Ballroom, Hotel Equatorial, Bukit  Jambul
 
Penceramah:
1.    YB Anwar Ibrahim
2.    YAB Lim Guan Eng
3.    YB Mansor Othman
4.    YB Khalid Samad
 
 
7.30 – 1100 mlm – Majlis Makan Malam Anjuran DAP Pulau Pinang
Lokasi – Tempat Letak Kereta Pasar Seri Uda, Jalan Raja Uda Butterworth

Penceramah:
1.    YB Anwar Ibrahim
2.    YAB Lim Guan Eng
3.    YB Lim Kit Siang
4.     YBhg Mat Sabu

Tiada ulasan: