anjung setiawangsa |
- Zulkifli Noordin "Anjing yang Menyalak" - Azmin Ali
- KENAPA UMNO MASIH TAK PULANGKAN DUIT WARGA EMAS PP? - LIM GUAN ENG
- PSM WAKILI MP PEMBANGKANG AKAN SAMAN KERAJAAN BN
- TERAS PULAK TIBAI NAJIB : KERAJAAN HILANG PERTIMBANGAN AKHLAQ UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA.
Zulkifli Noordin "Anjing yang Menyalak" - Azmin Ali Posted: 29 Oct 2010 02:12 AM PDT Pemimpin Keadilan dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya. Sebaliknya kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zulkifli Noordin, yang keluar keadilan awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN). "Tiada pakatan atau perjanjian rahsia sama sekali. Ini cerita mengarut Zulkifli yang hanya berminat untuk memecahbelahkan anggota Pakatan Rakyat. "Dia ahli politik yang sudah bankrup, yang digunakan oleh BN untuk membangkitkan dakwaan-dakwaan seperti ini ke atas kami," kata Azmin Ali "Kami bukan macam B-end," kata Azmin yang menyifatkan Zulkifli sebagai "anjing yang menyalak." Azmin juga berkata, serangan bertubi-tubi B-end terhadap mereka membuktikan bahawa perikatan diterajui Datuk Seri Najib Razak terganggu dengan perpaduan kukuh di kalangan pemimpin DAP, Keadilan dan PAS. "Kami berada dalam kedudukan mantap sekarang. Kami akan terus kuat, bersatu dan akan membuktikan untuk muncul barisan yang menggerunkan dalam pilihan raya umum akan datang. "Kekuatan Pakatan Rakyat ialah menerusi (pendekatan) perbincangan sepanjang masa dan datang dengan (keputusan) konsensus," kata Azmin lagi. Semalam, Zulkifli mendakwa DAP dan Keadilan membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13. Zulkifli mendakwa hubungan rapat antara DAP dan Keadilan adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut. "Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika Keadilan menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang. "Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan. Penasihat DAP Lim Kit Siang yang senada dengan pandangan Azmin pula mempertikaikan waktu wakil rakyat itu membuat "pendedahan" itu. "Tiada perkara sedemikian, ia tidak benar. Ke mana dia hendak pergi dengan ini (kenyataan)," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini. "Apa yang dia katakan itu cerita dongeng. Parlimen tidak harus dijadikan tempat untuk membuat cerita-cerita dongeng," kata beliau Bagaimanapun pemimpin veteran ini enggan mengulas lanjut atas alasan tidak mahu memberi tumpuan kepada bekas pemimpin PR itu. Pengarah Pilihan Raya Keadilan Fuziah Salleh juga mengetepikan dakwaan Zulkifli sambil berkata, beliau melihatnya sebagai perkara "normal" memandangkan PR berhadapan dengan dua pilihan raya kecil sekarang. "Ini perkara biasa bagi Zulkifli Noordin, ini helah untuk dia berkhidmat bagi pemimpin-pemimpin politik (dari BN). "Biasalah, hari pengundian semakin dekat, kami memang telah menjangkakan yang dia akan muncul dengan perkara-perkara macam ini," kata Fuziah lagi. "Zul, berhentilah daripada bercakap cerita dongeng... bertanggungjawab dengan tindakan-tindakan kamu," kata Fuziah yang menyelia jentera pilihan raya Keadilan di Batu Sapi sekarang. Malah Fuziah menegaskan, Keadilan sama sekali tidak akan membuat pakatan berasingan bersama DAP dengan mengetepikan PAS. "Kami menafikan dakwaan ini. Ia tidak benar. Jika anda melihat, kesemua PAS, DAP, Keadilan, kami bersatu," kata beliau sambil menambah, "mengapa kami perlu buat macam ini?" "Ia bukan ciri politik dalam Pakatan Rakyat. Dia pembohong," kata Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan. |
KENAPA UMNO MASIH TAK PULANGKAN DUIT WARGA EMAS PP? - LIM GUAN ENG Posted: 28 Oct 2010 06:44 PM PDT Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa. Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini. Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan. "Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan. "Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri," ujarnya lagi. Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang. "Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan. "Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal. |
PSM WAKILI MP PEMBANGKANG AKAN SAMAN KERAJAAN BN Posted: 28 Oct 2010 06:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Okt - Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan melaksanakan saman secara berkumpulan (Class Action Suit) terhadap Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok. Tindakan saman itu dibuat berikutan kegagalan kerajaan persekutuan Barisan Nasional menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah RM1 juta kepada setiap 74 ahli parlimen pembangkang sejak tiga tahun lalu. Ahli Parlimen PSM Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata, beliau masih belum menerima peruntukan terbabit sejak memenangi pilihanraya kawasan parlimen Sungai Siput menewaskan presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu 2008 lalu. Dalam saman yang dikemukakan esok, Jeyakumar mahu Mahkamah Tinggi membuat penghakiman bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab terhadap penyaluran peruntukan tahunan ahli parlimen kerana ia membabitkan wang rakyat. Beliau juga akan meminta mahkamah menggunakan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam samannya yang menyebut setiap individu adalah saksama mengikut undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang saksama sekaligus peruntukan terbabit tidak sepatutnya hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja. Menurutnya lagi, peruntukan untuk ahli parlimen adalah bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat di kawasan parlimen yang diwakili. Terdapat 222 kerusi parlimen di Parlimen dimana BN memegang 140 kerusi dan ahli Pakatan Rakyat 74 kerusi manakala lapan lagi dipegang oleh ahlli parlimen bebas. Jeyakumar mendakwa, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat menghadapi masalah kewangan memberikan perkhidmatan di kawasan parlimen masing-masing berbeza dengan ahli parlimen BN yang diberikan peruntukan terbabit. Beliau seterusnya menyelar BN kerana menggunakan langkah menafikan hak ahli parlimen pembangkang mendapat peruntukan sehingga mereka menghadapi kesulitan untuk berkhidmat kepadda rakyat di kawasan parlimen masing-masing sebagai alat untuk mencemarkan imej ahli parlimen Pakatan Rakyat. "Majoriti pengundi di kawasan parlimen pembangkang tidak menyedari bahawa perutukan kewangan bagi kawasan parlimmen mereka disekat," katanya lagi. Menurutnya lagi, beliau telah berusaha untuk mencari penyelesaiian masalah ini sejak tiga tahun lalu dengan usaha mendapatkan jawapan dari Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Negeri Perak yang bertanggungjawab menyalurkan peruntukan kepada ahli parlimen tetapi sehinngga kini masih gagal.- tvs |
TERAS PULAK TIBAI NAJIB : KERAJAAN HILANG PERTIMBANGAN AKHLAQ UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA. Posted: 28 Oct 2010 06:25 PM PDT Kenyataan Media TERAS 28hb Oktober 2010 HUB HIBURAN MALAM DAN INDUSTRI SPA DALAM ETP, KERAJAAN HILANG PERTIMBANGAN AKHLAQ DALAM KEGHAIRAHAN UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA. TERAS membantah keras pelan ETP untuk menjadikan hiburan malam sebagi pendekatan meningkatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mengikut yang tercatat dalam dokumen Program Transformasi Ekonomi. Kami kecewa dan membantah rancangan kerajaan untuk memperbanyakan pusat hiburan malam bagi menganjur acara-acara konsert antarabangsa dengan mengendurkan peraturan yang ada. . Dalam dokumen ETP didedahkan akan ada 12 projek hiburan untuk meningkatkan pendapatan melalui pelancongan. Soalnya apakah ini yang ingin ditonjolkan oleh ETP untuk meningkatkan pendapatan dikalangan rakyat di negara ini.? Dimanakah pertimbangan nilai dan budaya tempatan yang sepatutnya ditonjol dan dipertahankan? Adakah ini caranya kerajaan mengutamakan keperluan rakyat? Kami kesal bila mendapat tahu bahawa peraturan yang sedia ada akan dikendurkan bagi memudahkan pertunjukkan antarabangsa di bawa masuk ke Malaysia.. Bagi kami ini adalah benar-benar tindakan mengadai maruah negara dan nilai akhlaq rakyat diketepikan hanya kerana mahu melayan kehendak pelancong dan mengutamakan komersialisasi kebudayaan hedonistik. Jelas sekali peraturan yang ada didalam PUSPAL yang menjaga syarat penganjuran pertunjukan dari artis luar akan dikorban kerana mahukan Malaysia lebih mudah menarik persembahan artis dunia. Melihat kepada kriteria yang ditetapkan untuk mengecualikan mereka dari peraturan PUSPAL akan menjejaskan akhlaq dan budaya kebangsaan. Malah syarat imigresyen juga akan dilonggarkan untuk memudahkan artis luar masuk ke Malaysia. TERAS membantah keras perbelanjaan RM467 juta yang akan dibelanjakan oleh kerajaan yang diperuntukan untuk tujuan ini. Kononya program ini akan menjana pendapatan RM427 juta dan menyediakan 8,000 pekerjaan. TERAS berpendirian bahawa ETP yang mahu menetapkan kawasan hiburan khas iaitu di lima zon iaitu Lembah Kuala Lumpur/Klang , Genting Highlands, Penang, Langkawi and Kota Kinabalu melalui kegiatan hiburan malam adalah sangat bertentangan dengan budaya hidup timur dan Islam. Dalam dokumen ETP dinyatakan 6 kelab malam baru berkapasiti 900 orang pada hujung minggu akan beroperasi pada awal 2012 dan dua lagi akan dibuka pada 2013 dan 2014. Kerajaan nampaknya sudah hilang pertimbangan akhlaq dalam keghairahan untuk meningkatkan pendapatan negara. Kami sangat terkejut industry spa juga dilihat menjadi sektor yang akan dibangunkan secara lebih meluas di negara ini mengikut pelan dalam ETP. TERAS mengesa dan mendesak kerajaan menarik balik pelan ini dan mengubahkan hala tuju pembangunan ekonomi negara kepada kegiatan yang lebih sihat berteraskan budaya dan nilai agama . Haji Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS 019-4744856 |
You are subscribed to email updates from anjung setiawangsa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan