Jumaat, 1 Oktober 2010

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan


Tolong Jangan Bandingkan KEADILAN Dan Umno

Posted: 01 Oct 2010 12:28 PM PDT


Oleh Dr Lee Boon Chye
KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.
Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?
Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka.
Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatan ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.
Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan Umno.
Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang Umno. Beliau mesti berhenti melakonkan watak "mangsa" untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.
Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.
Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang "agenda reformasinya" sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi. Zaid seharusnya mengemukakan "agenda reformasi" beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.
Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau.
Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.
KEADILAN ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.
Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya - Umno-BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.
Penulis ialah Ahli Parlimen Gopeng dan Naib Presiden KEADILAN.

Tiada ulasan: