Selasa, 26 Oktober 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KETUA AMK MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN IRINGI CALON PAKATAN RAKYAT DI PRK BATU SAPI

Posted: 25 Oct 2010 08:57 PM PDT

Sdr. Shamsul Iskandar bersama Presiden mengiringi calon Pakatan Rakyat dari Keadilan, Hj. Ansari Abdullah untuk piliharaya kecil Parlimen Batu Sapi pagi ini.Turut kelihatan adalah Naib Presiden Keadilan, Sdr.Mustaffa Kamil Ayub serta Hj.Mustaffa Ali dari Pas dan beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat tempatan hadir bersama ratusan penyokong pada hari Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi.
Lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.
Hj. Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan diikuti oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya seminit kemudian.
Penyokong Pakatan Rakyat dilihat lebih bersemangat dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teriakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno. Ada khabar angin mengatakan bahawa calon BN bukan pilihan pengundi Batu Sapi walaupun cuba dinafikan oleh Shafie Afdal. Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.
Setelah tamat waktu bantahan Pegawai SPR mengumumkan bahawa PRK Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Calon BN, SAPP dan Pakatan Rakyat.

Semoga Kemenangan Berpihak Kepada Calon Pakatan Rakyat, Hj. Ansari Abdullah...

MULAKAN GERAKERJA

Posted: 25 Oct 2010 08:00 PM PDT

Pemilihan peringkat Cabang sudah selesai. Hanya tinggal 2 atau 3 Cabang di Johor ini yang belum selesai berikutan ada beberapa masalah teknikal.
Keadilan Cabang Muar, Batu Pahat dan Kulai mula mengorak langkah dengan merancang beberapa program bahkan Muar dan Batu Pahat adalah antara Cabang yang awal mengadakan program2 ilmiah seperti forum, dialog dan beberapa program lagi. Sekalung tahniah untuk Cabang Muar, Batu Pahat dan Kulai.
AMK Cabang Gelang Patah juga mengambil pendekatan dan telahpun menyusun beberapa program kemasyarakatan serta tidak ketinggalan juga program2 yang mendekatkan AMK dengan anak2 muda disekitar Gelang Patah antaranya :-
  • Sambutan Deepavali peringkat Cabang Gelang Patah
  • Program Ibadah Korban
  • Konvoi bermotor
  • Dialog
Justeru mana-mana AJK yang telah dilantik/dipilih sebagai AJK AMK Cabang Gelang Patah diharap dapat memberi komitmen yang terbaik untuk menjayakan program2 yang telah dirancang. AJK2 perlu memberi perhatian yang lebih terhadap gerakerja di cabang dengan tanpa alasan.

Tiada ulasan: