Jumaat, 22 Oktober 2010

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Hak Melayu terjamin tanpa Umno, hak Rosmah yang tak terkunci kemas

Posted: 22 Oct 2010 02:50 AM PDT


Dalam ucapan dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bertentangan dengan jerit pekik pak yet-pak yetnya di dalam Umno dan Perkasa, apa yang tersirat dengan begitu terang dan jelas dalam ucapan Najib itu ialah hakikat bahawa Umno tidak lagi relevan dan tak diperlukan sama sekali untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu. Sebab itulah Presiden Umno itu kata, "sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung".

Ucapan Najib itu dengan sendirinya menjelaskan kepada kita bahawa apa yang diperjuangkan oleh Umno kini hakikatnya bukanlah hak-hak istimewa orang Melayu yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi sebenarnya hak istimewa Umno. Hak istimewa Umno tidak terkunci kemas dan sebab itulah parti itu mesti menjadi ganas untuk mempertahankannya.

Antara hak istimewa Umno ialah hak Datin Seri Rosmah Mansor untuk menjadi Perdana Menteri de facto ketika Najib dilihat tidak lebih dari de jure Prime Minister sahaja, hak untuk menjadi parti perasuah, hak untuk membantai kekayaan negara termasuk melalui projek-projek yang tiris sana-sini, hak untuk menyalahgunakan kuasa, hak untuk merampas tanah rezab Melayu sehingga tinggal 1.7 hektar sahaja dalam laporan 2004 berbanding kira-kira tiga juta hektar ketika negara mencapai kemerdekaan, hak untuk mencantas-cantas dan mengkudungkan kuasa politik Melayu seperti yang dilakukannya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, hak untuk merentap bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, hak untuk merembat saham Bumiputera, hak para pemimpin Umno untuk membina istana mewah demi istana mewah untuk diri mereka, hak para pemimpin Umno untuk meneruskan hobi memperbanyakkan koleksi kereta mewah dan pelbagai hak rakyat yang dirampas secara kurang ajar oleh Umno.

Kesemua hak Umno itu tidak terkunci kemas dan sebab itulah Najib menyalak macam orang gila:

Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Tak payah cakap besarlah, Najib. Sejarah di mana-mana pun membuktikan apabila bangkit kuasa rakyat, para pemimpin yang jahat awal-awal lagi cabut lari ke luar negara membawa harta kekayaan yang mereka rompak. Yang tinggal ternganga-nganga ialah pak yet-pak yet mereka yang tak serik-serik ditipu.

Tok sah cakap banyaklah Najib, puak mana yang banyak membawa lari wang ke luar negara sekarang melalui sistem hawala yang sebahagian besarnya dikuasai Mamak-Mamak money changer? Capital flight yang dikatakan mencanak sampai RM11 bilion itu duit siapa yang dibawa keluar sebenarnya?

Tiada ulasan: