Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- ROSMAH & ISLAMIC FASHION FESTIVAL
- HALAL BAGI UMNO..... HARAM BUAT PR!!!!
- MENARA WARISAN 100 TINGKAT
- 50 kerusi BN dlm bahaya.
- 'Kelab UMNO' Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap 'Anwar Ibrahim' Di Astro Awani
ROSMAH & ISLAMIC FASHION FESTIVAL Posted: 20 Oct 2010 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF). Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu. Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily. Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu. Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. "Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM. "Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'. |
HALAL BAGI UMNO..... HARAM BUAT PR!!!! Posted: 20 Oct 2010 09:15 PM PDT Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu. Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya. Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok. KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM. "Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini. Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang. Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno. Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu. Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya. Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu. Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. "Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya. Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman. Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok. |
Posted: 20 Oct 2010 09:10 PM PDT |
Posted: 20 Oct 2010 08:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, undi orang Melayu telah berpecah dan bermakna tidak ada parti Melayu – baik Umno mahupun PAS - yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu. "Dikebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus disatu pihak dan 50 peratus dipihak yang lain. "Ini bermakna siapa sahaja yang mahu menang mestilah menang dengan sokongan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. "Kalau kita mengharapkan undi Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. "Inilah haikat dan realitinya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Pergerakan Pemuda Umno di PWTC hari ini. Katanya, Umno perlu belajar dari keputusan pilihanraya umum lalu di mana jelas hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu. Khairy berkata, sekiranya Umno masih lagi berkhayal bahawa parti boleh menang tanpa sokongan mereka, 50 kerusi parlimen BN sedia ada berada dalam bahaya. Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamal kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihanraya akan datang. "Sudah tentu tanggungjawab utama untuk menarik sokongan bukan Melayu terletak atas bahu parti-parti komponen tertentu. "Segala kelemahan yang ada perlu diatasi dengan segera dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereak perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. "Tetapi dalam arena politik semasa – apatah lagi dalam gagasan 1Malaysia menjadi pegangan bersama – rakyat Malaysia mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan yang muhibah, adil dan saksama. "Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang," kata Khairy. |
'Kelab UMNO' Dari Luar Negara Beri Pujian Terhadap 'Anwar Ibrahim' Di Astro Awani Posted: 20 Oct 2010 08:23 PM PDT Ini satu berita panas dan pasti menyebabkan puak-puak UMNO marah sebenarnya. Anak muda yang sering mereka didik dengan dakyah dan ideologi parti itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang "menentang arus" dan aspirasi UMNO itu sendiri. Ini berlaku ketika dua mahasiswa yang menjadi wakil kelab UMNO luar negara daripada Moscow dan juga Seoul di undang khas ke rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani baru-baru ini. Ramai yang terkejut apabila salah seorang pemimpin terbabit secara jelas telah memuji pemimpin Pakatan Rakyat, sambil menyebut dengan jelas nama Ketua Umum PKR "Anwar Ibrahim" yang lebih "humble" ketika mengadakan lawatan dan bertemu pelajar di luar negara. Berita panas ini pasti membuatkan pemimpin UMNO BN terkejut sebenarnya. Mereka tidak menyangka, mahasiswa yang telah diberi didikan UMNO itu sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Selama ini, kita menyangkan kelab UMNO luar negara memang merupakan penyokong tegar parti itu. Rupanya kini mereka sudah lebih bijak daripada ahli UMNO itu sendiri. Ini merupakan tamparan hebar terhadap parti tu menjelang pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Jika suara anak muda dari parti sendiri bercakap sedemikian rupa, apatah lagi anak muda yang berada dalam kelompok "atas pagar" sebenarnya. Inilah yang amat menakutkan puak-puak mereka sejak dulu, kini dan selamanya. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan