Selasa, 26 Oktober 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Laman Facebook Anti-Warisan Merdeka Hampiri Aras 200 Ribu Peminat

Posted: 26 Oct 2010 10:39 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Okt - Usaha penganjur kempen Laman Facebook Anti Warisan Merdeka kemungkinan besar akan mencapai sasarannya untuk mendapatkan sejuta tandatangan sokongan membantah cadangan pembinaan Menara 100 tingkat .

Setelah lebih seminggu laman web rangkaian sosial facebook "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" dibangunkan, ia mendapat sambutan yang begitu hangat hingga menyaksikan pukulrata 1,000 tandatangan baru diterima setiap satu jam.

Tinjauan TV Selangor ke laman web Facebook terbabit mendapati setakat jam 10.00 pagi tadi, lebih 181,000 pengunjung memberikan sokongan untuk "kata tidak kepada warisan merdeka".

Laman Facebook berkenaan diilhamkan oleh beberapa individu yang tidak dikenali bertujuan membantah rancangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina bangunan cakera langit setinggi 100 tingkat di kawasan yang menempatkan dua ikon bersejarah, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Kempen yang dilaksanakan melalui laman Facebook berkenaan mendapat sambutan yang begitu mengejutkan dengan menyaksikan dalam tempoh singkat, Najib mengumumkan pembangunan pembinaan menara tersebut dalam pembentangan Bajet 2011 telah mencetuskan reaksi spontan di kalangan pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat dan rakyat jelata pelbagai kaum

Penyelaras laman facebook berkenaan dalam tulisannya berkata," Rakyat Malaysia menyatakan 'Tidak" kepda projek mega pembinaan menara 100 tingkat yang dicadangkan Perdana Menteri Najib dalam pembentangan Bajet 2011. Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang lebih baik dan pengangkutan awam yang lebih baik, persekitaran yang selamat, air bersih tetapi bukan bangunan yang lebih tinggi. Kami tidak perlukan sebuah lagi gajah putih. Adakah anda bersedia untuk bertindak?"

Dalam pada itu, dua laman facebook yang terbitkan bertujuan menyokong pembinaan menara berkenaan, mendapat sambutan yang dingin dan tidak begitu memberangsangkan berbanding laman web facebook "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower".

Kedua-dua laman web Facebook "Kami Sokong Menara Warisan" dan "I see The Benefit Of PNB's 100 Storey Tower" hanya mendapat sokongan dan keahlian berjumlah 2,105 peminat ahli pada waktu yang sama.

Petanda perbezaan antara kedua-dua laman tersebut memberikan petunjuk jelas bahawa pentadbiran Najib kemungkinan bakal menghadapi halangan untuk meraih sokongan kepada apa yang sepatutnya menjadi simbol kejayaan kepada rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, pengendali web anti-warisan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan termasuk menyaksikan Laman Rangkaian Sosial, Facebook bertindak menyekat akses laman berkenaan beberapa hari lalu.

Laman web Facebook tersebut telah menyekat akses kepada pelawat laman tersebut daripada menulis sebarang komen namun masih membenarkan pelawat untuk menjadi ahli kepada laman web berkenaan.

Laman tersebut pada ketika itu sudah mendaftarkan puluhan ribu peminat yang memberikan sokongan.


Sumber: TVSelangor

Hub Hiburan: NGO Islam ucap 'tahniah', tunggu P'raya

Posted: 26 Oct 2010 10:20 PM PDT

Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.

Sumber: Malaysiakini

Kerajaan bayar RM26,000 sehari untuk kediaman Najib dan Muhyiddin

Posted: 26 Oct 2010 10:15 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Okt - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau.

Sumber: TVSelangor

Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut

Posted: 26 Oct 2010 10:10 PM PDT

WawiBatuSapiSANDAKAN 27 Okt - Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Semalam saya lewat, orang Sabah bilang 'limpas' pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

"Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela," kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

"Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

"Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

"Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan," jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

"Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

"Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi 'slum area' atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional," ujar Ansari lagi.

WawiBatuSapi2Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

"Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan," kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai 'penganggu' Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

"Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini.

Sumber: Suara Keadilan

Wan Azizah Bidas Umno-BN Hanya Pentingkan Rakyat Ketika Pilihan Raya

Posted: 26 Oct 2010 10:09 PM PDT

IMG_3516SANDAKAN 27 Okt - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas sikap menindas kerajaan Umno-Barisan Nasional yang hanya memberi sedikit nikmat kepada rakyat apabila terpaksa mengadakan pilihan raya kecil disebabkan kekosongan sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Merujuk kepada PRK Batu Sapi dan Galas yang akan diadakan serentak pada 4 November depan Dr Wan Azizah bagaimanapun yakin rakyat sudah matang dan bijak memikirkan sikap hipokrit BN terhadap kebajikan mereka.

"Adakah wakil rakyat perlu mati dahulu baru rakyat berpeluang merasa sedikit bantuan, kemudahan dan projek yang selama ini dinafikan kepada mereka oleh BN?

"Tanya dada tepuklah selera. Saya datang dari Semenanjung untuk berkempen dan bertemu dengan saudara dan saudari kemudiannya saya akan pulang. Keputusan terletak di tangan saudara, saudari sendiri untuk menentukan masa depan dan nasib yang lebih baik bagi anak-anak dan keluarga," kata Dr Wan Azizah dalam ceramah kelompok yang diadakan di Kampung Karamunting Baru di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting semalam.

Beliau juga menyentuh mengenai konspirasi Umno-BN untuk menghalang kemenangan Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan bagi rakyat dengan melemparkan fitnah liwat terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua.

"Kali pertama ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, mungkin kita faham kerana ada pihak yang hendak jatuhkan beliau. Saya masih ingat anak-anak saya masih kecil masa itu dan mereka tanya, 'apa itu liwat mama' tapi kali ini mereka semua sudah besar dan faham apa yang terjadi.

"Inilah kezaliman Umno-BN yang tidak henti-henti menabur fitnah dan tohmah. Sistem kehakiman dicarikkan tetapi kita mesti lawan dan mengemukakan hujah kita supaya rakayat akan tahu perkara yang sebenar.

"Allah tidak akan beri pertolongan saja-saja, sebab itu di pilihan raya ini kita akan terus berkempen dan berusaha kuat dan mendoakan kejayaan bagi pihak Pakatan Rakyat," jelas beliau pada kira-kira 50 penyokong.

Mengimbas kembali ketika beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004, Dr Wan Azizah berkata BN akan menggunakan apa sahaja untuk mengalahkan KEADILAN termasuk taktik kotor dan jahat.

"Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengaju secara peribadi beliau membuang undi saya teapi alhamdulillah Allah bantu dan saya menang 400 undi. Ketika itu penyokong KEADILAN tidak tidur menjaga peti undi walaupun SPR bertegas mahu mengira semual undi keesokan harinya tapi kita tidak setuju. Berkat kesungguhan kita berjuang akhirnya kita berjaya jua.

"Begitu juga di Batu Sapi, walaupun payah saya berharap rakyat akan sokong kita dan penyokong dan semua petugas bekerja kuat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Saya berharap perubahan di Sabah dan Malaysia bermula di Batu Sapi,"
tegas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Batu Sapi Bakal Robohkan Tanggapan Sabah Simpanan Tetap Undi BN

Posted: 26 Oct 2010 10:08 PM PDT

IMG_6216SANDAKAN 27 Okt - Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan menjadi penentu kepada tanggapan Barisan Nasional bahawa negeri Sabah merupakan simpanan tetap undi baginya.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata perubahan dalam mood pengundi di Batu Sapi yang mahukan perubahan dan pembelaan terhadap kehidupan mereka yang selama ini ditindas dan dipinggirkan BN selama 47 tahun akan menghantar mesej jelas bahawa
rakyat Sabah akan menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Seperti juga di Sibu, saya yakin pengundi di Batu Sapi juga mampu membuat kejutan. Kita tidak hadapi isu undi pos besar seperti di Sibu dan ini membantu peluang kita. Walaupun nampak atas kertas peluang tipis disebabkan faktor pertandingan tiga penjuru tetapi keperitan dan kesusahan rakyat di sini hanya boleh di atasi dengan memenangkan calon Pakatan Rakyat," kata Shamsul ketika di temui semasa penamaan calon di Dewan Masyarakat Sandakan di sini semalam.

Beliau berkata AMK akan menumpukan perhatian kepada golongan pengundi muda melalui program rangsangan dan motivasi bagi mereka keluar mengundi berama-ramai 4 November depan.

Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub pula berkata Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang seimbang dengan BN dan Parti Maju Sabah (Sapp) melihat kepada senario politik Sabah.IMG_3451

"Kita lihat peluang adalah seimbang walaupun pada peringkat awal faktor tiga penjuru nampaknya akan menjejaskan undi Pakatan Rakyat tapi kini kita lihat ia tidak terkesan.

"Ini kerana beberapa faktor yang bergerak dalam senario politik Sabah itu sendiri di mana negeri ini pernah melihat peralihan politik daripada kerajaan Usno kepada Berjaya kemudiannya PBS dan akhirnya Umno.

"Melihat kepada demografi pengundi di Batu Sapi yang mempunyai 60 peratus Bumiputera-Islam dan 40 peratus kaum lain, pemilihan calon BN dan Sapp nampaknya tidak mempengaruhi pilihan rakyat untuk memihak kepada Pakatan Rakyat.

IMG_3453Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpendapat PRK Batu Sapi tidak akan memberi laluan kepada mana-mana parti yang bertanding.

"Kita belum pasti samada Sapp akan jejaskan undi sebab tidak mungkin tidak ada calon yang tidak dapat undi. Semasa kempen pilihan raya baru kita dapat pastikan pola pengundian.

"Lagipun ini pertama kali Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihan raya di Sabah yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat dan ketiga-tiga parti bekerjasama untuk memenangkan calon yang dipilih. KEADILAN tidak pernah diuji di Batu Sapi jadi tetapi setakat ini saya lihat sambutan rakyat adalah menggalakan," jelas Mustafa

Sehubungan itu kata beliau PAS akan turunkan lebih 600 petugas dari seluruh Sabah untuk membantu sepenuhnya jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di Batu Sapi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata PRK Batu Sapi memberi peluang kepada pengundi di kawasan ini untuk menentukan wakil mereka di Dewan Rakyat.

"Pilihan raya kecil ini mereka memilih wakil yang boleh benar-benar mewakili mereka, boleh bersuara untuk mereka berhubung masalah yang dihadapi oleh mereka kerana dua calon yang lain tidak boleh.

"Ini memang peluang bagi semua pengundi di Batu Sapi memilih wakil yang terbaik kerana kita hanya ada 2 1/2 tahun lagi di Dewan Rakyat dan di dalam tempoh ini kita mahu wakil yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk mewakili pengundi di sini," kata Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong.


Sumber: Suara Keadilan

Anwar Mahu CIDB Perjelas Tindakan Terhadap Maya Maju

Posted: 26 Oct 2010 10:06 PM PDT

anwarparlimen261010KUALA LUMPUR 27 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tahap profesionalisme Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap penglibatan kontraktor utama, Maju Jaya (M) Sdn Bhd dalam pembinaan Istana Negara baru.

"CIDB gagal mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor utama pembinaan Istana Negara, Maju Jaya (M) Sdn Bhd yang didapati tidak berdaftar dengan agensi tersebut.

"CIDB bukan sahaja tidak mampu menjalankan siasatan bahkan sehingga kini tidak ada penjelasan tentang syarikat yang tidak berdaftar tetapi telah dianugerahkan kontrak bernilai RM800 juta," tegas Anwar dalam soalan tambahan semasa sesi soal jawab pagi semalam.

Beliau turut mempersoalkan kebergantungan CIDB kepada tenaga pekerja asing yang akhirnya menjurus kepada penindasan terhadap mereka.cidb

"Terlalu banyak laporan tentang penganiayaan kepada pekerja asing.

"Apakah jaminan kerajaan untuk memberikan layanan setimpal terhadap pekerja asing dalam isu upah dan layanan supaya tidak berlaku penganiayaan atau pun penderaan seperti laporan mengenai syarikat tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku dalam projek Istana Negara," kata beliau.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam soalan tambahan bertanya samada CIDB masih berurusan sebagai syarikat penyumber luaran (outsource) bagi mengendalikan pekerja asing dalam sektor pembinaan dan caj yang dikenakan bagi setiap pekerja.

Sumber: Suara Keadilan

Ahli Parlimen Ketawakan Jawapan Bodoh Nazri

Posted: 26 Oct 2010 10:04 PM PDT

IMG_6894KUALA LUMPUR 27 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberi alasan dangkal bahawa kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftarkan 4 juta pengundi disebabkan oleh faktor salah alamat.

Anwar berkata tugas SPR sepatutnya menjamin pilihan raya diadakan dalam keadaan bebas dan adil.

"Kalau SPR betul-betul adil dan bebas kenapa tidak boleh pantau perkara ini.

"Kalau menurut jaminan Menteri, SPR adalah adil dan bebas dan jika ini betul maka tidak akan boleh kalah. Itu merupakan logik yang tidak betul sebab ada kes di mahkamah kadang-kadang perompak pun boleh menang tidak semestinya dia betul," bidas Anwar yang menyebabkan Ahli Parlimen lain ketawa dengan penjelasan Nazri tersebut.

Beliau juga menjelaskan bukan niatnya untuk mengumpamakan SPR sebagai perompak tetapi alasan yang diberikan Menteri tidak langsung masuk akal.

"Sepatutnya SPR mempertimbangkan pendaftaran 4 juta pengundi yang tercicir daripada daftar pemilih. Maknanya ada proses yang harus diperbaiki.

"Ini kata 4 juta tidak berdaftar sebab salah alamat, ini merupakan alasan karut," tegas beliau.spr

Kata beliau lagi, sebab yang diberikan adalah cuma sekadar alasan untuk tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Menteri yang bertanggungjawab mencari jalan supaya sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah itu boleh mengundi. Ini tidak, Menteri pula yang bagi jawapan salah alamat. Mana dia tahu salah alamat?," soalnya ketika bangun meminta Nazri memberi penjelasan berhubung isu sama ada kerajaan bercadang untuk mendaftarkan pengundi yang layak secara automatik.

Sebelum itu, dalam menjawab sesi soal jawab pertanyaan lisan pagi semalam, Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir dalam soalannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan samada kerajaan bercadang mencari kaedah penyelesaian bagi memdaftarkan pengundi secara automatik.

Nazri dalam jawapannya berkata kerajaan tidak ada cadangan untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun dengan alasan sebahagian rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan.


Sumber: Suara Keadilan

Po Kuan Mahu Najib Perjelas Ucapan Bersifat Ugutan

Posted: 26 Oct 2010 10:03 PM PDT

FPKKUALA LUMPUR 27 Okt - Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan maksud kata-kata beliau yang disifatkan sebagai amat menakutkan ketika ucapan pengulungan Perhimpunan Agung Umno minggu lepas.

Beliau berkata Najib sebagai pimpinan tertinggi kerajaan tidak wajar mengeluarkan kenyataan tersebut yang disiarkan secara langsung keseluruh negara.

"Apakah maknanya 'walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya pasti kita pertahankan.

"Saya pohon Perdana Menteri perjelas kenyataan tersebut apabila beliau menggulung perbahasan Bajet 2011 ini," tegasnya ketika membahaskan Bajet 2011, petang semalam.

Katanya, dalam keadaan negara menuju ke arah berpendapatan tinggi yang menjadi kebanggaan negara sepatutnya mempunyai kemantangannajibumno dari segi politik dan menghormati undang-undang negara.

"Kita bukannnya diserang oleh kuasa-kuasa asing, jadi apa mesej yang cuba disampaikan Perdana Menteri. Sementara itu, timbalannya pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan tersebut turut menyentuh berkenaan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang.

"Saya pohon Perdana Menteri memberikan jaminan di dalam Dewan ini, jika wujud peralihan kuasa, bolehkah ia dijalankan suasana aman damai," kata Po Kuan.

Menurutnya, kesemua ini laporan ini telah dipetik daripada lidah Umno, Utusan Malaysia.

Oleh itu, beliau turut menegaskan kenyataan Muhyiddin berhubung PRU adalah amat penting bagi Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan perjalanan pilihan raya kecil yang sedang diadakan sentiasa bersih, telus dan adil.


Sumber: Suara Keadilan

Purata 70 Pesakit Sehari, Klinik 1Malaysia Gagal Capai Objektif

Posted: 26 Oct 2010 10:02 PM PDT

klinik1MalaysiaKUALA LUMPUR 27 Okt - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata klinik 1Malaysia yang diperkenalkan gagal mencapai objektif apabila bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan secara purata hanya 70 orang sehari.

Setakat ini katanya, kerajaan telah memperuntukan RM10 juta untuk 50 klinik seluruh Malaysia.

"Setahu saya, kunjungan pesakit adalah lebih kurang secara purata 70 orang setiap hari dan jika dibandingkan dengan klinik swasta yang menerima kunjungan hampir 100 pesakit sehari.

"Walaupun kerajaan hanya mengenakan caj RM1 sehari tetapi saya tidak nampak ini sebagai satu kejayaan," ujar Dr Lee dalam sesi perbahasan Bajet 2011, petang semalam.

Dalam ucapannya beliau turut meminta kerajaan menyatakan sama ada kerajaan akan melantik doktor secara tetap di setiap klinik 1Malaysia dan berapakah jumlah perbelanjaan bagi 50 buah klinik tersebut setakat ini.

Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: