Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon
- Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno
- 19 kelongsong peluru di samping Aminurasyid
- Berjaya Kurangkan Kos Selenggara Perkampungan Exco Seksyen 7
- Kerajaan Negeri Selangor Peka Perubahan Iklim Dunia
- Akta Pekerja Ditarik Balik
- Saya Tidak Paksa Rahimi - Latheefa
- Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak
- Tarikh Pengumuman Calon Ditentukan Malam Esok
- JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama
- Dakwaan Kumpulan Samseng Halang Cabutan Undi Bazar Deepavali Di Klang Akan Disiasat
PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon Posted: 12 Oct 2010 12:48 AM PDT Cawangan PKR Batu Sapi telah menyenarai-pendek tiga calon yang berkelayakan untuk diketengahkan bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, kata ketuanya Hassnar Ebrahim. "Tiga nama berkenaan - seorang Bajau, seorang Suluk dan seorang lagi untuk dipertimbang oleh kepimpinan PKR Sabah malam ini. "Biarkan pucuk pimpinan umumkan keputusan itu. Kami akan adakan juga mesyuarat Pakatan Sabah di Kota Kinabalu tidak lama lagi bagi membincang persiapan pilihan raya kecil." Calon ditahan polis "Apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 tidak patut dipersalahkan ke atas PKR. Calon kami, Dr Yusuf Sheikh Ahmad, malangnya ditahan oleh anggota polis cawangan khas untuk disoal-siasat sehingga proses penamaan calon berakhir," dakwa Hassnar. Menurut Hassnar, beliau bukan antara calon PKR meskipun beliau dilantik sebagai ketua cawangan baru-baru ini. Beliau juga menolak spekulasi bahawa PKR akan menyerahkan kerusi itu kepada DAP untuk bertanding. Batu Sapi adalah kawasan majoriti penduduk Islam, manakala bukan Islam yang dikatakan penyokong DAP mewakili kira-kira 40 peratus daripada pengundi. Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada Sabtu lalu. Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu. Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. BN dijangka sekali lagi diwakili oleh PBS untuk kerusi Batu Sapi manakala satu lagi parti pembangkang SAPP, juga dikatakan berminat untuk bertanding. Sumber: Malaysiakini | |||
Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno Posted: 12 Oct 2010 12:42 AM PDT BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan. Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi. Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal. Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang. "Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi. Seorang warga emas, Zainab Mat dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan. "Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya. Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat. "Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya. Bagi Sambasivam pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja. Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng. Sumber: Harakah Daily | |||
19 kelongsong peluru di samping Aminurasyid Posted: 12 Oct 2010 12:35 AM PDT SHAH ALAM, 12 Okt: Seorang saksi kes perbicaraan seorang anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah, 16 tahun, memberitahu mahkamah, ada 19 kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian. Kopral Mokhtar Hussein berkata, dia menjumpai kelongsong peluru itu ketika beliau ke tempat kejadian selepas mendapat laporan tembakan ke atas seorang remaja. Beliau memberikan keterangan sebagai saksi ke atas Kopral Jenain Subi, 48 tahun, yang didakwa menyebabkan kematian ke atas Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam pada awal pagi 26 April lalu. Jenain boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara berikutan dakwaan membunuh tanpa sengaja itu. Perbicaraan ke atas beliau bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan hakim Latifah Mohd Tahar. Jenain diwakili oleh Salim Bashir manakala peguam Karpal Singh menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Aminulrasyid. 15 saksi dijangka akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam kes yang mendapat perhatian pelbagai pihak ini. Pada awal pagi 26 April lalu, Aminulrasyid mati tertembak apabila sebutir peluru menembusi kepalanya dari belakang. Aminurasyid memandu kereta yang dimiliki kakaknya. Turut serta dalam kereta itu adalah rakannya, Azamuddin Omar, 15, yang juga seorang remaja di bawah umur. Saksi pertama yang memberikan keterangan hari ini adalah lans kopral Mohd Sabri Salleh, 30 yang bertugas pada hari kejadian itu. Dia memberikan keterangan bahawa pada jam kira-kira 1.45 pagi, dia menerima panggilan dari kereta peronda untuk membantu menghentikan sebuah kereta Proton Iswara berwarna puteh yang dipandu laju dan tidak berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis. Saksi kedua adalah penyiasat lans kopral Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25. Dia dipanggil untuk mengambil gambar tempat kejadian dan mendapati tayar belakang kereta yang dipandu Aminurasyid itu pancit. Sumber: Harakah Daily | |||
Berjaya Kurangkan Kos Selenggara Perkampungan Exco Seksyen 7 Posted: 12 Oct 2010 12:31 AM PDT SHAH ALAM, 12 Okt – Hasil perancangan teliti dan cermat, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengurangkan kos penyelenggaraan Perkampungan Exco dari RM170,000 sebulan kepada RM70,000 sahaja. Meskipun potensi kompleks rumah-rumah banglo ini belum dimaksimakan sepenuhnya, namun Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad menjelaskan, strategi sedia ada memadai untuk meringankan beban kerajaan negeri menampung projek bernilai RM21 juta itu. Pembinaan Perkampungan Exco di Seksyen 7 Shah Alam oleh pentadbiran lalu mengundang kontroversi dengan pembinaan 10 buah rumah banglo yang dikhususkan untuk kegunaan Exco-Exco kerajaan negeri sahaja. Pakatan Rakyat (Pakatan) berpendapat pembinaannya adalah satu pembaziran yang ketara, kerana ia tidak memberi pulangan langsung kepada pembayar cukai, lantas pentadbiran baru terpaksa menggalas tanggungjawab memastikan perkampungan itu menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor. Kini dikenali sebagai Rumah Rehat Kerajaan Negeri Selangor, enam dari 10 bunglo itu disewa mengikut caj hotel semasa, iaitu RM170 sehari, yang digunakan secara kerap oleh para penjawat awam Selangor yang berkursus. Manakala empat rumah diperuntukkan untuk Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Penerangan Negeri, Presiden Majlis Daerah Petaling dan Penasihat Ekonomi Negeri. Iskandar menjelaskan, kadar sewaan untuk setiap banglo berdasarkan kepada caj bilik standard Hotel De Palma, yang dilantik untuk membantu kerajaan negeri memajukan "Fokus kita sekarang adalah untuk program-program dalaman kerajaan negeri. Sambutan yang diterima daripada para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco, ketua-ketua kampung adalah menggalakkan," jelas Iskandar yang juga merupakan ADUN Cempaka. Pengunjung setia kompleks ini adalah pemimpin-pemimpin setempat seperti ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar, serta peserta-peserta program kemajuan insani SPIES untuk penjawat awam. Dikelilingi oleh taman rimba kehijauan, perkampungan ini digunakan untuk mesyuarat, latihan dan kursus-kursus kerajaan, selain menjadi kediaman tetamu-tetamu kerajaan negeri. Setiap bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi penghawa dingin, manakala sistem air panas disediakan di setiap bilik mandi, bahkan para tetamu juga mempunyai akses kepada kolam mandi beserta jakuzi yang disediakan di setiap rumah. Iskandar menjelaskan, cadangan menggandakan fungsi kompleks rumah rehat ini kepada perhotelan komersil, kampus pendidikan dan pusat rawatan memerlukan input daripada orang ramai serta penukaran status tanah. "Kalau kita mahu usahakan kegiatan komersil di tanah kompleks ini, kita terlebih dahulu perlu mengadakan pendengaran awam jika mahu menukar status tanah berkenaan kepada perniagaan daripada kediaman," ujar Iskandar. "Meskipun ada cadangan untuk menukarkan kompleks ini kepada pusat rawatan, tetapi sehingga sekarang ini tiada lagi kertas cadangan dari mana-mana pihak bagaimana untuk menggunakan kompleks ini," tambah beliau. Sumber: Selangorkini | |||
Kerajaan Negeri Selangor Peka Perubahan Iklim Dunia Posted: 12 Oct 2010 12:30 AM PDT SHAH ALAM, 12 Okt – Bagi tujuan membawa isu perubahan iklim ke semua lapisan masyarakat di negeri ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen kesedaran perubahan iklim '10:10 Selangor' bagi menyambut baik kempen yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa. Tunjang utama kempen '10:10 Selangor' ini tersenarai dalam 10 langkah mudah. Antara langkah-langkah yang disyorkan, mengelak pembaziran makanan, air dan tenaga, menggunakan mentol lampu jimat tenaga, dan menjimatkan tenaga penghawa dingin dengan menetapkan suhu pada paras 25 darjah celsius. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Elizabeth Wong, kerajaan negeri melancarkan kempen '10:10 Selangor' ini sebagai langkah permulaan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor tentang isu-isu perubahan iklim serta tindakan yang boleh diambil. "Perubahan iklim dunia merupakan cabaran penting untuk generasi kini. Saya percaya semua rakyat Selangor bersedia untuk menghadapi cabaran ini, khususnya jika kita sedar hubungan antara cara hidup kita dengan punca fenomena perubahan iklim," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu dalam satu kenyataan media. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kempen '10:10 Selangor' ini hanya merupakan langkah pertama. Orang ramai dijemput untuk membuat deklarasi awam penyokongan terhadap 10 langkah yang disyorkan kempen '10:10 Selangor' ini di www.selangor.gov.my/1010. Sebuah loket edisi terhad yang diperbuat daripada bahan plastik yang dikitarsemula akan dihadiahkan kepada 500 penyertaan yang pertama. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: | |||
Posted: 12 Oct 2010 12:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 OKT: Setelah dikritik hebat oleh kumpulan hak asasi manusia dan kesatuan sekerja, kerajaan Barisan Nasional menarik balik usul pembentangan pindaan Akta Pekerja di Parlimen pagi tadi. Sejurus selepas sesi soal jawap Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan memberitahu dewan bahawa cadangan pembentangan pindaan akta tersebut ditarik balik. Sebelum ini, kerajaan BN menyifatkan pindaan-pindaan berkenaan akan memberikan faedah kepada pekerja kerana ia akan meluaskan lagi undang-undang untuk melindungi pekerja sementara, gangguan seksual di tempat kerja, perlinndungan gaji minima serta merangkumi lebih banyak asal terhadap kebajikan dan cuti tahunan. Bagaimanapun, pelbagai pihak membantah pindaan undang-undang berkenaan dan tidak puashati dengan fasal yang boleh menjejaskan pekerja kontrak tetap dan mereka yang mmasih dalam tempoh percubaan. Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) pada petang ini akan tetap mengadakan perhimpunan pada jam 5 petang ini di seksyen 15, Shah Alam. Sumber: TVSelangor | |||
Saya Tidak Paksa Rahimi - Latheefa Posted: 12 Oct 2010 12:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 OKT: Latheefa Koya dan Saiful Izham bersama dua peguam lain dilihat keluar dari Kompleks Polis Bukit Perdana tepat jam 12 tengahari selepas memberi keterangan kepada polis berhubung aduan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman minggu lalu. Menurut Surendran, akuan bersumpah hanya dijadikan bahan mainan individu tertentu apabila beliau merujuk kes P.I Bala yang menukar akuan bersumpah berhubung pembunuhan kejam Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor. Sumber: TVSelangor | |||
Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak Posted: 11 Oct 2010 11:58 PM PDT BINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun. Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud. Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog www.bintulu.org, tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga. "Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas. "Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan. Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang. "Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali. "Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam air," jelas beliau lagi. Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan. Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap malapetaka yang menimpa Sungai Rejang. "Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya. "Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi. Sumber: Suara Keadilan | |||
Tarikh Pengumuman Calon Ditentukan Malam Esok Posted: 11 Oct 2010 11:57 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Okt - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, 4 November depan akan ditentukan selepas mesyuarat Pakatan Rakyat, malam esok. Abdul Halim yang ditemui di lobi Parlimen pagi tadi berkata setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober. Tarikh tersebut menurut beliau masih belum ditentukan bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut. "PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti. "Kita mahu pastikan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang dapat hadir ketika pengumuman tersebut. "Kita ambil kira kehadiran mereka, kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok," ujar Abdul Halim yang juga merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Tambah beliau, Dewan Harian PAS juga dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura. "Kita sudah ada senarai pendek lebih kurang 5 hingga 6 nama tetapi ianya akan ditentukan dalam mesyuarat itu nanti," ujar beliau. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini. Sumber: Suara Keadilan | |||
JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama Posted: 11 Oct 2010 11:55 PM PDT SHAH ALAM 12 Okt - Tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertam Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu. Malah menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah. Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong". "Nampaknya isu penting ini tidak dipedulikan walaupun telah mendapat pandangan banyak pihak termasuk pakar Perlembagaan, pengamal undang-undang dan sebagainya. "Bahagian Protokol adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidakkah Bahagian Protokol menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'. Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini. "Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pakar Perlembagaan. Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir 13 Oktober dan mengumpulkan 37 delegasi termasuk 16 Wanita Pertama. Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan 'Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok' yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan. Sumber: Suara Keadilan | |||
Dakwaan Kumpulan Samseng Halang Cabutan Undi Bazar Deepavali Di Klang Akan Disiasat Posted: 11 Oct 2010 11:53 PM PDT SHAH ALAM 12 Okt - Kerajaan Selangor mengambil berat dakwaan wujudnya individu dan kumpulan yang menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat kaum India berhubung pengagihan bazaar sempena sambutan Deeepavali di sekitar bandar Klang. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata beliau telah memanggil pihak Majlis Perbandaran Klang untuk berbincang menyelesaikan isu tersebut, petang ini. "Kita telah dimaklumkan oleh beberapa individu yang datang ke pejabat Menteri Besar minggu lalu bahawa mereka tidak puas hati dan mendakwa adanya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan menghalang pihak berkuasa tempatan itu mengadakan cabutan undi secara adil bagi mengagihkan bazar kepada peniaga yang layak. "Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salahlaku dalam mengendalikan tugasan ini dan akan memastikan kepentingan dan hak rakyat kebanyakan dilindungi," ujar beliau. Kerajaan Negeri juga katanya memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci dakwaan ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil demi memberi keadilan kepada peniaga-peniaga kecil dari keturunan India yang mahu mencari rezeki secara halal. "Di sini saya mahu menegaskan bahawa saya tidak pernah dalam sepanjang masa yang material menuduh masyarakat India sebagai samseng atau gangster seperti yang cuba dibangkitkan dan didakwa pihak-pihak tertentu. "Tuduhan tidak berasas ini sengaja direka pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan menyatukan semua kaum," tegas beliau dalam kenyataannya, hari ini. Malahan , Kerajaan Negeri juga sejak lebih dua tahun lalu dibentuk hasil gabungan dan kerjasama jitu pelbagai kaum dan agama. "Kita berjuang untuk menghentikan politik perkauman yang telah diwujudkan Barisan Nasional (BN) dan ternyata tindakan mereka ini telah menimbulkan kesangsian antara kaum. "Jika rakyat Malaysia masih ingat, Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu penah menuduh penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dari keturunan India sebagai samseng kerana cuba menimbulkan kekacauan dalam MIC. "Kita dengan tegas menolak dakwaan tersebut dan menyatakan masyarakat India dengan terang menyokong Pakatan Rakyat kerana setelah sekian lama tertipu dengan corak pentadbiran MIC," tambah Faekah lagi. Sumber: Suara Keadilan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan