Selasa, 26 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pesara terima 8 saman , HAPUSKAN SAMAN EKOR

Posted: 26 Oct 2010 02:50 AM PDT

Pesara dakwa terima lapan saman trafik atas kesalahan kereta lain
KLANG, 26 Okt 2010 (Bernama) -- Seorang pesara mendakwa menerima lapan saman trafik atas kesalahan sebuah kenderaan lain yang mempunyai nombor pendaftaran sama dengan kereta Perodua Rusa miliknya sejak enam tahun lepas.

Chew Chor Beng, 64, dari Taman Klang Utama di sini berkata beliau mengetahui perkara itu apabila menerima tiga surat dari Trafik Bukit Aman pada 10 Ogos tahun lepas yang menyatakan beliau belum menjelaskan lapan saman Perodua Rusa miliknya yang menggunakan nombor plat BFG 377.

Beliau berkata saman-saman itu bertarikh 11 Jan 2004, 14 Mei 2009, 19 Mei 2009, 22 Mei 2009, 8 Jun 2009, 9 Jun 2009, 8 Julai 2009 dan 28 Julai 2009 bagi kesalahan di sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam. "Saya tidak pernah disaman seperti tarikh yang tertera dalam surat itu. Saya juga telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Trafik Petaling Jaya untuk bertanyakan masalah itu.

"Selepas disemak ada kenderaan lain yang memakai nombor pendaftaran saya dan kenderaan itu didaftar atas nama kereta jenis Perodua Kancil," katanya semasa membuat aduan kepada Ketua MCA Bahagian Kapar Datuk Song Kee Chai di sini hari ini.

Chew berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 19 Ogos tahun lepas kerana bimbang kemungkinan nombor pendaftaran kenderaannya disalahguna oleh pihak lain untuk melakukan jenayah. "Sehingga kini saya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada mereka (polis) berhubung laporan polis yang saya buat dan surat-surat aduan yang telah saya hantar kepada mereka pada 3 Julai dan 1 Okt lepas," katanya.

Chew berkata selain saman trafik, beliau turut menerima tujuh kompaun dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi kesalahan meletak kereta tetapi MBPJ telah membatalkan kompaun terbabit selepas mendapati kereta yang terlibat ialah Kancil dan bukan Perodua Rusa miliknya.

Sementara itu, Song meminta kerjasama pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya mengenai perkara itu bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada orang lain.

"Kes seperti ini memang banyak berlaku...kita bimbang jika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nombor pendaftaran yang sama untuk melakukan jenayah atau berlaku kemalangan yang boleh menyusahkan pemilik kenderaan sebenar," katanya.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar ketika dihubungi berkata pihaknya bersedia menemui Chew dan menyiasat aduan itu dengan lebih lanjut. "Chew boleh berjumpa saya. Kita akan siasat kesahihan kes itu sebelum membuat keputusan dan jika siasatan mendapati dakwaan beliau (Chew) benar, kami akan membatalkan saman itu tetapi jika sebaliknya, kami akan mengeluarkan saman maksimum," katanya. -- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=538432

Khir Toyo gesa kerajaan hapus Saman Ekor tertunggak

Utusan Malaysia 4 Oktober 2010

Saman ekor: Hapuskan saman tertunggak

ISU 'saman ekor' senyap seketika setelah berantakan begitu hebat beberapa bulan lalu. Surutnya kepanasan isu ini bukanlah bermakna ia telah selesai sepenuhnya. Ia hanya seperti api dalam sekam yang akan muncul lagi pada bulan Februari 2011 nanti. Ini berikutan tindakan kerajaan menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik sehingga Februari 2011.

Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

Difahamkan saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan jalan raya. Sebahagian besar saman ekor tertumpu kepada kenderaan yang melebihi had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguat kuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.

Kita percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan mereka yang disaman.

Ramai yang marah kerana mereka tidak berupaya mempertahankan diri apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul saman atas kesalahan yang kononnya berlaku berbulan malah ada yang bertahun lalu. Ramai yang mempunyai saman tertunggak sehingga mencecah ribuan ringgit akibat saman terkumpul sejak bertahun-tahun yang lalu. Hasilnya mereka disenaraihitamkan secara tiba-tiba.

Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereka yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai. Banyak kes mereka yang tidak bersalah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya.

Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut.

Salah seorang pengunjung blog saya dikenakan saman ekor membabitkan motosikalnya. Apabila beliau meminta bukti bergambar didapati kesalahan tersebut dilakukan oleh sebuah lori yang menggunakan nombor plat motosikalnya. Apakah tiada sistem dalam penguat kuasa untuk menyiasat terlebih dahulu sama ada nombor plat tersebut selari dengan jenis kenderaan yang didaftarkan? Memanglah kes tersebut diselesaikan dengan baik, namun bayangkan kesulitan dan kesusahan mereka yang teraniaya ini memperuntukkan masa dan wang ringgit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh kerana pihak berkuasa mengambil masa yang begitu lama untuk menyerahkan saman ekor ini ia menyebabkan proses mempertahankan diri sukar dilakukan. Tiada siapa lagi dapat mengingat perkara yang berlaku berbulan atau bertahun lalu, apatah lagi untuk menyediakan bukti.

Untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti.

Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguat kuasa saman ekor mempunyai kerja yang senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang.

Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin merayu agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak.

Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya.

Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata.

Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang. Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan.

Memang tidak dinafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan yang memandu terlalu laju. Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat sehingga 50 km sejam lebih dari had laju yang ditetapkan.

Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan.

Kerajaan harus melakukan perubahan dan penstrukturan semula yang radikal dalam isu saman ekor ini. Perubahan ini harus dimulai dengan penghapusan saman ekor tertunggak, mewujudkan kaedah pelaksanaan saman ekor yang telus, penentuan jumlah kompaun yang lebih realistik dan kajian semula ke atas had laju di setiap jalan raya di negara ini.

Antara langkah yang perlu dilakukan ialah melupuskan semua saman ekor tertunggak sebelum ini yang gagal diserahkan kepada pesalah dalam masa lebih setahun. Ini sangat wajar kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini sehingga mereka yang disaman rasa teraniaya dan menjadi benci kepada kerajaan.

DR. MOHAMAD KHIR TOYO

Presiden Gabungan Rakyat Malaysia Prihatin (Malaysia Prihatin) dan ADUN Sungai Panjang, Selangor.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

370 Guru Pengajar Asing, Muhyiddin dikecam hebat

Posted: 26 Oct 2010 02:30 AM PDT

Ambil rakyat tempatan pantau tenaga pengajar asing, kata Page
Bernama
KUALA LUMPUR, 26 Okt 2010 – Cadangan Kementerian Pelajaran untuk mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah-sekolah menerima reaksi bercampur-campur daripada pelbagai pihak.

Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) menyarankan rakyat tempatan seperti pesara, yang fasih berbahasa Inggeris, diambil sebagai "kumpulan pemantau" terhadap pelaksanaan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

"Kita bimbang mereka (tenaga pengajar asing) bukan datang untuk mengajar sebaliknya datang untuk bercuti dan sebagainya," kata Presiden Page Noor Azimah Abdul Rahim, yang menyokong inisiatif itu.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah.

Bagaimanapun, tokoh sejarah Tan Sri Prof Dr Emeritius Khoo Kay Khim berpendapat langkah pengambilan tenaga pengajar asing kurang sesuai kerana dialek Bahasa Inggeris yang dituturkan mereka agak berbeza selain terpaksa berhadapan dengan pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

"Kita buat andaian bahawa mereka (tenaga asing) bertutur dalam telor (dialek) yang sama tetapi kalau kita pergi ke wilayah di negara mereka, dialek yang dituturkan amat berbeza.

"Selain itu, mereka berhadapan dengan pelajar pelbagai bangsa seperti Melayu dan Cina. Mereka mungkin tidak faham budaya tempatan seterusnya akan menyukarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas."

Khoo sebaliknya mencadangkan supaya kerajaan mengambil orang tempatan seperti warga emas dan pesara kerajaaan yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris dengan baik kerana mereka lebih jelas dengan budaya di negara ini berbanding warga asing.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=538449

Harian Metro 25 Okt 2010
370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara akan diambil mulai tahun depan

MELAKA: Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilan pakar itu selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk pelajar tahun satu sekolah rendah yang akan bermula tahun depan.

Lebih banyak Kelab Malam akan dibuka di Malaysia, TAKZIAH

Posted: 26 Oct 2010 12:31 AM PDT

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina
Malaysiakini
Okt 26, 10 3:03pm

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Tindakan itu dijangka mendapat bantahan daripada golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali mengadakan demonstrasi bagi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
- Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu.
- menarik 2,500 penonton bagi setiap acara dan
- telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal mereka bakal tertakluk kepada "garis panduan yang lebih fleksibel", perlepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

http://malaysiakini.com/news/146435

Tidak boleh bercium di Singapura, di Malaysia ?

Posted: 25 Oct 2010 07:50 PM PDT

Singapura negara bukan Islam telah ada tempat awam tidak dibenarkan pasangan kekasih bercumbu. Tak ada pula dengar NGO Hak Asasi Manusia membantah. Kenapa tak boleh dibuat di Malaysia ? PBT tampallah banyak-banyak papan tanda tak boleh bercumbu di tempat awam, ada berani ke macam Singapura ?

Tuesday October 26, 2010
No kissing or heavy petting in the mall, please

A SHOPPING mall in Singapore has put up notices barring couples from kissing and heavy petting in the rest area, Nanyang Siang Pau and Sin Chew Daily reported.

The dailies said the notices were placed on the second to fourth levels of the rest area in Mandarin Gallery, urging shoppers not to eat, sleep or engage in intimate acts.

The mall management took action following complaints from shop owners on shoppers occupying the sofa in the rest area for a long time and couples behaving intimately.

A salesperson for female apparel, who only wished to be known as Yap, said she once saw a girl sitting on her boyfriend's lap and they started caressing one another in the eyes of the public.

"Some couples were also spotted kissing in public and such behaviour will tarnish the image of the mall selling branded goods," she was quoted by Nanyang Siang Pau.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F26%2Fnation%2F7293424

Laporan Audit dedah Hopsital Tentera RM268 Juta Projek Sakit

Posted: 25 Oct 2010 07:49 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2009 sekali lagi menggemparkan. Tapi laporan Audit yang lalu pun banyak yang gempar pun kemudian senyap. Melayu Mudah Lupa. Kali ini kisah projek sakit Hospital Tentera dengan kos RM 268 Juta dan sandwich kosong tanpa sardin, tomato dan timun untuk murid sekolah.

MASUK ANGIN, KELUAR ASAP JE LAH !

'Sandwich tanpa sardin'
Berita Harian
2010/10/26

SANDWICH tanpa sardin, tomato, timun dan salad diberi kepada murid adalah antara kelemahan dikesan Ketua Audit Negara dalam laporannya berhubung Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

Laporan itu juga mendedahkan murid yang menyertai rancangan berkenaan turut diberikan mi segera dan bihun goreng kosong, serta tidak mematuhi menu ditetapkan Kementerian Pelajaran. Malah, makanan disediakan juga tawar atau masin, nasi keras, manakala minuman terlalu manis atau terlalu cair. "Antara kelemahan pelaksanaan RMT ialah kelayakan menerima tidak dipatuhi, makanan disediakan tidak berkualiti dan tidak mematuhi panduan, pengurusan dan penyediaan makanan kurang memuaskan, serta kelemahan dalam pemantauan," kata laporan itu.

Seramai 689,950 murid di 138 daerah di seluruh negara menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.

"Pemeriksaan audit juga mendapati ada makanan seperti kari daging lembu disimpan selama 18 jam, iaitu dimasak pada 16 Julai 2009 sebelum jam 1 tengah hari untuk dihidangkan kepada murid pada keesokannya jam 7.30 pagi," kata Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Seramai 689,950 murid di 138 daerah menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.
Di Sekolah Kebangsaan (SK) Bokah, Lundu, Sarawak, ibu bapa terpaksa bergilir masak di stor yang tidak sesuai, berhabuk, kotor serta terbuka, manakala murid pula makan di kelas.

Selain itu, kantin sedia ada di SK Pagar Besi, Kuala Terengganu, dirobohkan untuk membina bangunan baru bilik darjah, makanan terpaksa dimasak di kuarters dan murid makan di tempat letak kereta yang terdedah kepada habuk serta keadaan berbecak apabila hujan.

"Antara kelemahan pelaksanaan RMT ialah kelayakan menerima tidak dipatuhi, makanan disediakan tidak berkualiti dan tidak mematuhi panduan, pengurusan dan penyediaan makanan kurang memuaskan, serta kelemahan dalam pemantauan," kata laporan itu.

Seramai 689,950 murid di 138 daerah menerima bantuan RMT membabitkan perbelanjaan berjumlah RM249.26 juta pada 2009.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sandwichtanpasardin_/Article

The Star
Tuesday October 26, 2010
RM268mil armed forces hospital is 'sick'

MANY things are ailing the RM268mil armed forces (AF) hospital in Kuala Lumpur – from the reduction of its planned size without approval from the Finance Ministry (MOF), poor design and freezer rooms that did not work.

According to the Auditor-General's 2009 Report, the hospital – called "95 Hospital ATM" – which began operations in 2009 was not fully operational because of poor construction work and a delay in securing the allocation for linen.

It said the hospital had 60% less medical equipment from the initial plan, was without air-conditioning along the corridors, had an intercom system implemented in 15 critical stations instead of the proposed 52 stations, and had lost 7,000sq m of built-up area from the original plan.

Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) was awarded the RM267.89mil design-and-build contract through direct negotiations, while QSC Projects Sdn Bhd (QSCP) was appointed the project management consultant.

Although the contractor had asked for a revision on the scope of development, the report said there was no proof that MOF had approved the amendments.

In its reply, the Defence Ministry (Mindef) said that QSCP had failed to notify MOF that the initial cost projection was inaccurate and that the scope of work would have to be reduced if the price of RM267.89mil was maintained.

"MOF should have been informed that the estimated cost of RM267mil quoted by the project management consultant cannot be based on the contractor's pre-bid documents during the price negotiations."

Mindef added that QSCP's "unprofessional" services had been terminated on Aug 19, 2004. Mindef said it had appealed to MOF to consider a new price of RM341mil, which had been agreed to by it and PPHM.

"However, on July 19, 2002, MOF insisted on maintaining the price of RM267.89mil, saying that if the negotiation price could not be agreed upon, the project would be re-tendered," said Mindef.

Since the contractor was unable to implement the full scope of the project, Mindef said a reduction was agreed upon to complete it.

The report also noted that although the hospital started operations on Sept 28, 2009, only the specialist clinics, primary care department and dental department were operating as on Dec 10, 2009.

According to the report, the project was marred by poor design – there were unsuitable baby bathtubs in the paediatric and maternity wards and a wall separated the nurses' station and patients at the haemodialysis unit.

Also, the cold and freezer rooms in the medical and dental depot were not working, the hospital was using old refrigerators to store medicine and the wards and operating theatre could not be utilised because the allocation for linen had not been applied for.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F26%2Fnation%2F7298260

Seremban Pusat Jenayah, Dadah, Judi Internet?

Posted: 25 Oct 2010 07:30 PM PDT

Kalau Melaka banyak pusat pelancongan. Apakah Seremban nak jadi pusat jenayah, pusat maksiat, pusat dadah, pusat seks, pusat judi internet dan sebagainya ? Para penguatkuasa kerajaan tempatan buat kerja ke tak ? Baca analisis isu ini di Blog NSDaily di http://nsdaily.blogspot.com/2010/10/pusat-dadah-stunt-woman.html

Projek terbengkalai di pusat bandar Melaka Maju 2010

Posted: 25 Oct 2010 07:24 PM PDT


Projek terbengkalai di tengah kawasan bersejarah
Utusan Malaysia
MELAKA 25 Okt. 2010 - Siapa sangka di sebalik kepesatan pembangunan pelbagai produk pelancongan baru termasuk jalan yang sedang dinaik taraf di tengah-tengah pusat bandar ini, terdapat sebuah projek terbengkalai dipercayai terbiar sejak lebih dua bulan lalu.

Agak mengejutkan, projek terbengkalai itu betul-betul terletak di tengah-tengah kawasan bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong seperti Kota A' Famosa, Bangunan St. Paul, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan replika istana Kesultanan Melayu Melaka.

Lebih malang, tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati, kerja-kerja pembinaan yang tertangguh menyebabkan air bertakung sehingga membentuk sebuah kolam berukuran kira-kira lapan meter panjang dan empat meter lebar di dalam kawasan projek itu.

Keadaan tersebut menyebabkan kawasan projek yang berpagarkan zink setinggi dua meter itu tidak ubah seperti kolam pembiakan nyamuk aedes selain kawasan persekitaran yang dipenuhi sisa sampah pembinaan.

Projek terbengkalai dimaksudkan ialah kerja-kerja mengubahsuai Dataran Cahaya dan Bunyi di belakang pusat beli belah Dataran Pahlawan Megamall yang dipercayai terhenti sejak lebih dua bulan yang lalu.

Tinjauan juga mendapati, tiada papan maklumat yang menyatakan jenis projek, nama kontraktor serta tarikh projek tersebut bermula dan dijangka siap diletakkan di kawasan projek terbabit.

Keadaan batu bata yang sudah berlumut, tong minyak yang sudah berkarat, rumput yang panjang melata di lantai termasuk melitupi timbunan pasir di situ sudah cukup untuk menggambarkan projek terbabit terbiar untuk satu tempoh yang lama.

Persekitaran kawasan terbabit yang sunyi sehingga tidak menampakkan seorang pekerja pun, sedangkan tinjauan dilakukan pada pukul 3 petang menguatkan lagi dakwaan ia sebagai projek terbengkalai.

Tinjauan mendapati, hanya bahagian hadapan kapal yang sempat siap manakala beberapa cerucuk besi masih tertanam di dasar 'kolam' terbabit yang dipenuhi lumut dan rumput di tengah-tengahnya.

Pada masa sama, di bahagian hadapan pusat beli belah itu, kerja-kerja menaik taraf jalan raya menjadi lima lorong dan pembinaan sebuah hotel yang mempunyai 1,100 unit pangsapuri dan 250 buah bilik sedang giat dijalankan.

Sebagai sebuah negeri pelancongan yang baru sahaja diisytihar sebagai negeri maju Rabu lalu, keadaan ini tentu sekali akan mencacatkan nama Melaka di mata pelancong dalam dan luar negara.

Apatah lagi, projek terbengkalai itu berlaku di tengah-tengah kesibukan pusat bandar yang menjadi tumpuan ribuan pelancong saban hari.

Sebagai makluman, kali terakhir Dataran Cahaya dan Bunyi itu digunakan ialah pada Ogos 2008 yang menganjurkan pertunjukkan multimedia Api Atas Air (Fire On Water) sepanjang bulan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Wanita Melayu mesti bersatu perangi Arak

Posted: 25 Oct 2010 07:21 PM PDT

Baca tak berita Harian Metro? Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

Inilah perjuangan utama orang Melayu sebenarnya. Dah berapa ramai isteri Melayu, anak perempuan Melayu, ibu Melayu telah dizalimi, diganasi oleh pemabuk-pemabuk arak di kalangan ahli keluarga Melayu mereka sendiri.

Sanggupkah Wanita UMNO, Wanita PKR, Muslimat PAS, Puteri UMNO perangi arak habis-habisan ?

Malulah wanita Melayu semua, wanita kafir di Amerika Syarikat pun dah lama dah ada persatuan Ibu Menentang Pemandu Mabuk MADD - Mothers Against Drunk Driving. The mission of Mothers Against Drunk Driving (MADD) is to stop drunk driving, support the victims of this violent crime and prevent underage drinking.
www.madd.org

Lelaki Melayu macamana pula ? Sanggupkah Pemuda UMNO, Putera UMNO, PEKIDA, Pemuda PAS bersatu perangi arak habis-habisan untuk menyelamatkan generasi Melayu? Bukankah motto PEKIDA Amar Makruf, Nahi Munkar ?

Harian Metro 26 Okt 2010

Cuba Campak Ibu Dari Tingkat 14 Ibu Suruh Bertaubat

KUALA LUMPUR: Seorang anak yang mabuk sanggup bertindak luar batasan apabila mendukung dan cuba mencampakkan ibu kandungnya sendiri dari tingkat 14, sebuah flat di sini, selepas tiba-tiba naik berang mendengar syarahan ibunya agar bertaubat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, wanita berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pekerja pembersihan itu terselamat daripada maut apabila sempat meronta dan melarikan diri sebelum membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan sikap liar anak lelakinya yang berusia 22 tahun itu.

Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam apabila suspek dalam keadaan mabuk pulang ke rumah ibunya di Flat Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Cheras.

"Difahamkan, suspek yang tidak dapat berfikir waras mengamuk tanpa sebab di dalam rumah dengan sengaja menjerit dan membuat bising. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merosakkan perkakas rumah.

"Walaupun diminta ibunya supaya menghentikan perbuatan itu, suspek bertambah ganas apabila mula membaling barang kaca seperti pasu hingga pecah.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan tingkap kaca rumah menyebabkan ibunya hilang sabar dan menjerit mengarahkan anaknya berhenti daripada berkelakuan liar," katanya.

Difahamkan, mangsa cuba menasihatkan anaknya itu supaya berubah dan menjadi anak yang baik, selain menghentikan tabiat buruknya yang gemar pulang mabuk.

Namun, nasihat ibunya itu menyebabkan suspek menjadi bertambah ganas sebelum mengugut mahu membunuh wanita berkenaan dengan mencampakkan mangsa ke bawah.

"Bagaimanapun, mangsa yang cuba ditarik suspek melarikan diri sebelum segera menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan selepas bimbang dibunuh anaknya sendiri.

"Polis yang segera datang sebaik menerima laporan kemudian memberkas suspek yang ketika itu masih berada di rumah," katanya.

Menurutnya, polis menahan reman suspek selama tiga hari sebelum dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun, suspek yang bekerja sebagai penjual tiket wayang dibebaskan pada hari sama selepas ibunya tidak sampai hati dan menarik semula laporan polis yang dibuat.

"Susulan penarikan semula laporan polis terdahulu yang dibuat mangsa, polis melepaskan suspek yang berjanji berkelakuan baik," katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Marahibusuruhtaubat/Article

Orang Melayu pendatang kata Timbalan Mufti Terengganu

Posted: 25 Oct 2010 04:38 PM PDT

Kita adalah merupakan Pendatang. Itu adalah sebahagian daripada kata-kata Timbalan Mufti Terengganu, Ustaz Abdul Halim bin Awang@Sulong dalam rancangan Bicara Mufti yang disiarkan di TV1 RTM pada hari Selasa 26 Oktober 2010 jam 6.30 pagi.

Kalau orang Melayu tak percaya, minta RTM siarkan semula rancangan Bicara Mufti tersebut. Macamana Ustaz Abdul Halim kata kita ini Pendatang ? Kalau boleh RTM siarkan semula waktu perdana (prime time) jam 9 malam. Buat apa siar rancangan Bicara Mufti jam 6.30 pagi, siapa nak tengok?

Kalau tak, inilah jadinya, sampai seorang Timbalan Mufti kata kita ni Pendatang pun , ramai orang Melayu tak sedar.

Kalau sesiapa ada rakam rancangan tersebut, harap sebarkan dalam Youtube, biar orang Melayu sedar betapa tinggi rendahnya langit.

Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu !

Tiada ulasan: