Rabu, 20 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tawaran Sertai Ibadah Korban DUN Paroi 1431H

Posted: 19 Oct 2010 11:45 PM PDT

PROGRAM IBADAH KORBAN DUN PAROI 1431H
Anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi , Negeri Sembilan

Objektif Program
- Mengagihkan bahagian korban kepada golongan yang layak serta memerlukan
- Memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk menyertai ibadah korban

Maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942 atau e-mel mtdparoi@yahoo.com

1 Bahagian RM 350.00 (Lembu)

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)

Berdosa besar mohon bantuan daripada syaitan

Posted: 19 Oct 2010 09:37 PM PDT

Harian Metro 20Okt 2010

KULAIJAYA: "Amalan menggunakan ilmu hitam termasuk dalam sembilan jenis dosa besar kerana memohon bantuan daripada syaitan," kata Pegawai Fala' Syarie, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak ketika mengulas kejadian dialami Ila.

Katanya, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud, Allah melarang keras penggunaan ilmu sihir kerana ia menggunakan syaitan dan termasuk dalam tujuh dosa besar.

Tegas Hanafiah, perbuatan menggunakan ilmu hitam bukan saja merosakkan tauhid, malah boleh mengakibatkan manusia terpesong daripada landasan agama yang sebenar.

"Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, manusia yang menggunakan khidmat syaitan untuk memohon bantuan akan merasa kemaruk dan ketagih hingga sukar meninggalkan perbuatan itu.

"Kita dapat lihat dalam kes ini bagaimana seorang pengamal ilmu hitam berasa ketagih melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali tanpa mengira azab yang bakal diterima di akhirat kelak," katanya.

Jelasnya, pintu taubat sentiasa terbuka kerana Allah sentiasa menerima taubat daripada hambanya yang ikhlas memohon pengampunan daripada-Nya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berdosabesarmohonbantuandaripadasyaitan/Article/index_html

Tahu tak Malaysia ada lahar Gunung Berapi ?

Posted: 19 Oct 2010 09:14 PM PDT

Tahukah kita bahawa ada kawasan di Malaysia yang mempunyai lahar gunung berapi ? Ianya terletak di Pulau Bilean Kecil , Sabah. Kenapa kita tidak didedahkan dengan fenomena alam ciptaan Allah yang luarbiasa ini yang terdapat di Malaysia ? Nak tunggu National Geographic buat liputan, lepas tu jual balik ke Malaysia rencana tersebut ?

Alahai, TV dan akhbar pula sibuk dengan PAU 2010 sekarang ni.

Gambar dan cerita satu-satunya tempat di Malaysia yang ada lahar gunung berapi pada pautan berikut http://celoreng.blogspot.com/2010/10/lahar-gunung-berapi-di-malaysia.html

Sila minta kebenaran pemilik blog berkenaan kalau hendak sebar gambar atau cerita penuh.

Jerebu teruk di Muar 415 IPU, TERLALU BAHAYA, BALA ?

Posted: 19 Oct 2010 06:47 PM PDT

Jerebu semakin teruk di Malaysia. Muar pada jam 7 pagi Rabu 20 Okt 2010 mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU 415, jauh melebihi tahap bahaya 300. Adakah darurat perlu diisytiharkan di Muar ? Tutup sekolah ? Melaka kedua teruk pada masa ini dengan IPU 106. BALA ? Bertaubatlah Sebelum Terlambat.

Indek IPU dari laman web Jabatan Alam Sekitar di http://www.doe.gov.my/apims/index.php

Sihir pecah belah Melayu, hilang kuasa, UMNO

Posted: 19 Oct 2010 04:54 PM PDT

Sihir semakin berleluasa. Sihir memecah belah orang Melayu. UMNO sebagai parti yang memperjuangkan perpaduan Melayu, harus memerangi sihir habis-habisan. Kerana sihir orang Melayu berpecah belah, keluarga porak peranda. Sanggupkah UMNO memerangi sihir, musuh No 1 orang Melayu ?


Sihir pecah belah institusi keluarga, masyarakat
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
Berita Harian 20 Okt 2010

Tiada peruntukan undang-undang untuk dakwa pihak pelaku punca aktiviti semakin berleluasa

SIHIR ataupun ilmu hitam bukan perkara yang baru dalam dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Sihir wujud sejak zaman berzaman seperti mana kisah Nabi Musa, ahli sihir menukarkan tali temali menjadi ular untuk berlawan dengan Baginda.

Walaupun kita berada pada zaman moden dan menuju era globalisasi, amalan sihir masih diamalkan sesetengah pihak yang ingin memuaskan hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya terhadap akidah diri dan orang yang disihirkan, asalkan tujuan pihak yang menyihir tercapai.

Ahli sihir biasanya melakukan apa saja yang diminta pelanggan bagi memuaskan hati serta melunaskan dendam kesumat mereka. Asalkan bayaran diberikan lumayan, maka permintaan pelanggan tertunai.

Oleh itu, berlakulah perbuatan sihir yang mengakibatkan mangsa jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab jelas, gila, bermusuhan, runsing yang kronik, bercerai-berai malah paling menakutkan sehingga boleh membawa maut.

Sihir secara langsung akan memberi kesan kepada akidah pengamalnya kerana amalan sihir berkait rapat dengan pemujaan syaitan. Maksud sihir seperti mana ditafsirkan oleh Al-Laits, adalah perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Akan tetapi syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia ilmu sihir." (Surah al-Baqarah, ayat 102)
Jelas di sini amalan sihir sememangnya berkait rapat dengan syaitan sekali gus memesongkan akidah pengamalnya dan berlaku syirik terhadap Allah.

Melihat situasi sihir di negara ini, sedar atau tidak amalan itu sememangnya wujud. Walaupun sering kali kita dengar orang yang disihir atau terkena 'buatan orang', tetapi tidak ada tindakan boleh dikenakan terhadap yang menyihir selain mengubati orang disihir itu.

Ada kala kita mengetahui orang yang menyebabkan sihir tetapi tiada sebarang peruntukan undang-undang untuk mendakwa orang yang menyihir dan ini menyebabkan ketidakadilan serta penganiayaan terhadap orang yang kena sihir, kerana yang menyihir terlepas begitu saja.

Selain kesan sihir daripada sudut akidah, amalan sihir turut memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan yang akan menyebabkan perpecahan keluarga.
Kesan atau pengaruh sihir boleh dilihat dalam kes Mustafa Batcha lawan Habeeba Abd Rahman (1990). Perayu dalam kes itu telah melafazkan talak sebanyak tiga kali. Perayu pada ketika itu mendakwa bahawa dia tidak berniat menceraikan isterinya tetapi melafazkan talak di bawah pengaruh sihir.

Perayu kemudian mendakwa selepas pergi ke kantin sebuah kilang, fikirannya tidak tenteram. Perayu menyatakan dia selalu bergaduh dan sering memarahi serta memukul isterinya tanpa dia sendiri menyedarinya.

Dalam keadaan tidak sedar, perayu bertindak membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk menceraikan isterinya. Pada masa sama, perayu mendapati bungkusan kain putih di dalam kantin itu dan berusaha berubat secara tradisional berjumpa seorang dukun. Menurut dukun, perayu telah disihir kerana berjaya mendapatkan tender kantin itu.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Rendah, hakim memutuskan jatuh talak tiga terhadap isterinya berdasarkan ikrar yang dibuat perayu tanpa memanggil saksi dan melihat pada keterangan lain.

Perayu kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah dan memutuskan talak itu dikira sebagai talak satu kerana semasa perayu melafazkan ikrar, beliau dikatakan di bawah pengaruh sihir.

Oleh itu, ikrar tadi berkait perkara lain sedangkan ikrar hendaklah dipastikan tidak berkait perkara lain. Selain itu, hakim Mahkamah Rendah juga tidak menyiasat dakwaan perayu bahawa semasa melafazkan talak, dia berada di bawah pengaruh sihir.

Di sini, dapat dilihat kesan sihir boleh menyebabkan perpecahan sehingga membawa kepada perceraian terhadap orang yang tidak bersalah. Jika amalan sihir tidak dikekang, dikhuatiri kesan itu akan merebak dan berlarutan tanpa diketahui penghujungnya.

Bagi mengatasi masalah ini, cadangan penggubalan undang-undang bagi mengheret pengamal sihir serta pengupahnya ke muka pengadilan adalah relevan. Kewujudan undang-undang sekali gus mengekang pengamalannya secara sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan.

Walaupun dikatakan pembuktian mungkin sukar kerana sihir adalah bersifat spiritual dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, namun penghuraian setiap kategori sihir perlu dilaksanakan secara profesional dan metodologi pembuktian perlu mengikut kaedah diiktiraf syariah dan sains.

Selain itu, kita perlu melihat kesan sihir terhadap pesakit dengan kehadiran pakar dalam rawatan sihir atau perawat yang merawat mangsa sihir. Mereka ini akan memberi keterangan pakar seperti terkandung dalam undang-undang keterangan. Jadi, tidak mustahil dakwaan dapat dibuktikan.

Pada masa sama, penubuhan satu institusi atau badan dianggotai pakar perubatan daripada bidang sihir diperlukan. Badan itu akan menjadi tempat rujukan mengenai perkara sihir seperti benar atau tidak jika ada pendakwaan sihir dilakukan.

Bagaimana peruntukan undang-undang berkenaan sihir ingin diwujudkan, apa hukuman jika sabit kesalahan dan siapa boleh memperakui seseorang itu pakar? Penelitian dan perbincangan bersama pihak berkaitan seperti pengamal undang-undang, ahli agama dan pakar berkaitan diperlukan.

Kewujudan peruntukan jenayah sihir perlu bagi mengekang pengamalan sekali gus menjaga akidah dan membuka mata masyarakat bahawa pengamalan sihir salah satu kesalahan jenayah dalam Islam dan pelakunya tidak boleh terlepas begitu saja.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeguamSyarieMenulis_Sihirpecahbelahinstitusikeluarga_masyarakat/Article

Tabung Haji tidak adil, kuota masuk syurga, nak untung?

Posted: 19 Oct 2010 04:53 PM PDT

TH didesak ubah sistem kuota pilih bakal haji
Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 19 Okt. 2010 - Seorang anggota Dewan Rakyat hari ini mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana di'control' oleh kerajaan... siapa yang mahu tanggung dosa?

"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji... mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya TH mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah TH dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Tiada ulasan: