Ahad, 17 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jenayah sihir, ahli politik, Melayu akan hilang kuasa

Posted: 16 Oct 2010 05:53 PM PDT

Perlukah digubal peraturan mana-mana ahli politik Melayu yang beragama Islam tidak layak menjadi calon pilihraya, AJK parti peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat sekiranya terlibat dalam sebarang aktiviti sihir ? Melayu harus berfikiran maju, amalan sihir adalah amalan kuno. Melayu akan hilang kuasa jika bergantung kepada sihir barang sedikit pun. Kalau nak menang pilihanraya atau pemilihan parti minta hanya kepada Allah yang Esa.

Lima syarat penentu jenayah sihir
Kosmo 17 Okt 2010

KUALA LUMPUR – Perbuatan sihir boleh dianggap perlakuan jenayah jika turut dilengkapi lima syarat.

Kelima-limanya ialah peralatan yang digunakan, pelaku, perbuatan dan niat seseorang penjenayah sihir berkenaan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail (gambar) berkata, elemen-elemen itu sama seperti yang terdapat pada perbuatan jenayah bukan sihir.

Jika kelima-limanya saling melengkapi ia boleh dijadikan rujukan utama dalam menguatkuasakan Akta Sihir, katanya.

"Dalam jenayah biasa, peralatan bermaksud alat yang digunakan untuk melaksanakan niat jahat seperti pistol, parang atau objek lain.

"Dalam pelaksanaan sihir pula alatnya ialah makhluk halus terdiri daripada jin, syaitan dan iblis yang menjadi 'peluru' yang ditembak ke arah mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Malang si bomoh
Harian Metro 17 Okt 2010

GEMENCHEH: Malang bagi seorang bomoh apabila dibelasah dan dilarikan dari rumahnya, di sini, sebelum ditinggalkan dengan hanya berseluar dalam di tepi jalan di sekitar Tangkak, Johor, semalam.

Harian Metro difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit datang ke rumah bomoh berkenaan di sebuah perkampungan di sini kerana tidak berpuas hati dengan cara rawatan yang dilakukan bomoh terbabit terhadap seorang ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara bomoh terbabit dengan kumpulan lelaki itu menyebabkan mangsa dilarikan dengan sebuah kenderaan selepas dibelasah. Bomoh berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan ditemui orang ramai kira-kira empat jam kemudian, berada dalam keadaan separuh bogel yang kemudian menghubungi Balai Polis Tangkak untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan polis ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

"Polis menerima laporan daripada seorang jiran mangsa yang memberitahu terdengar bunyi bising di rumah bomoh berkenaan dipercayai akibat berlaku pergaduhan dan polis yang bergegas ke rumah mangsa mendapati kediaman itu kosong.

"Kira-kira jam 10.30 pagi, pihak kami menerima laporan daripada Balai Polis Tangkak menyatakan mangsa ditemui di tepi jalan dan dihantar ke Hospital Tangkak," katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang menyiasat punca kejadian serta motif pergaduhan itu.

Berikutan itu, beliau meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat atau mengetahui punca kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411221 atau 06-4411222.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Malangsibomoh/myMA/myArticle/

Kisah Kolonel Jihad Melayu ditahan ISA dibukukan

Posted: 16 Oct 2010 05:50 PM PDT



Dari Blog Lobai Tampin
Kolonel Jihad : kisah benar seorang rakyat Malaysia yang juga bekas anggota ATM yang pernah berkhidmat di Bosnia. Juga bekas Pejuang Bosnia yang memerangi Pengganas Serbia dan juga bekas tahanan ISA yang dituduh menjadi Pejuang Al - Qaeda. Kisah benar Lt. Kol. (B) Abdul Manaf Kasmuri http://coloneljihad.blogspot.com/

PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

" Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Kisah selanjutnya di http://lobaitampin.blogspot.com/2010/10/kolonel-jihad.html

Untuk membeli emel maklumat: Nama, alamat, no telefon ke
abuhamka@gmail.com atau jamesrck@yahoo.com atau sms ke 0162151671, berharga RM26 (termasuk pos) WM dan RM28 (EM).

Pembayaran: Bank-in ke Maybank
162786050509 Fairuza Abdullah

Buku ini juga boleh ditemui di kedai-kedai buku seperti MPH dan lain-lain.

Tiada ulasan: