Jumaat, 15 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tak mampu bayar yuran sekolah, Melaka Maju 2010

Posted: 14 Oct 2010 09:28 PM PDT


Ponteng kelas gagal jelas yuran
Sinar Harian 15 Okt 2010
LIMBONGAN - Gara-gara keluarga tidak mampu membayar yuran, seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah terpaksa ponteng kelas kerana tidak sanggup berdepan guru yang setiap hari menagih bayaran tersebut daripadanya.

Keadaan itu, diluahkan bapanya, Azmi Lim Abdullah, 50, yang kini menderita selepas mengalami masalah ketumbuhan usus sejak Januari lalu dan kini hanya mampu duduk di rumah.

Azmi berkata, dia yang dikurniakan lima anak, berusia antara 5 hingga 13 tahun kini hanya mengharap kepada hasil pendapatan menjual kuih yang diusahakan isterinya, Sahaniah Arshad, 32, di halaman rumah sewanya di Taman Limbongan Permai.

"Sebelum ini, saya menetap di Kluang, Johor dan bekerja sebagai pemandu lori. Sebaik mendapat tahu saya mengalami ketumbuhan usus, saya berpindah ke Melaka pada Januari lalu dan menyewa rumah di taman ini dengan sewa berjumlah RM250 sebulan.

"Punca saya dapat tahu penyakit ini setelah sering mengalami kesakitan di bahagian perut dan kerap membuang air besar setiap hari yang adakalanya bercampur darah, sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan di hospital," katanya.

Azmi berkata, doktor menyarankannya supaya menjalani pembedahan untuk diambil sampel tisu usus tetapi dia enggan berbuat demikian kerana bimbangkan risikonya.

"Sejak itu, saya hanya mengambil ubat-ubatan tradisional berikutan ubat hospital yang dibekalkan sebelum ini mendatangkan kesan pada telinga saya sehingga gagal mendengar dengan sempurna.

"Bagaimanapun untuk membeli ubat berkenaan saya terpaksa mencari wang sekurang-kurangnya RM25 seminggu dan disebabkan saya tidak bekerja, saya tidak mampu sehingga terpaksa meminjam wang seorang rakan baik," katanya.

Azmi berkata, dia pasrah dengan nasib yang menimpanya sekali gus merentap segala impian kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

"Berikutan masalah kewangan yang terus menghimpit, saya tidak mampu bayar bil elektrik, bil air dan bayaran sewa rumah yang sudah lama tertunggak.

"Kami juga masih belum mampu hendak jelaskan bayaran yuran beberapa orang anak yang sepatutnya dibayar pada awal tahun sehingga mereka berasa malu ke sekolah kerana sering ditanya guru," katanya.

Menurutnya, pendapatan bersih daripada hasil menjual kuih isterinya yang secara puratanya hanya sekitar RM10 sehari juga tidak banyak membantu berubah keadaan hidupnya.

"Kesukaran hidup yang dilalui sekarang ini menyebabkan kami hanya makan apa sahaja yang mampu tetapi kami tidak berapa kisah dengan keadaan ini.

"Apa yang membimbangkan kini adalah soal perbelanjaan anak seramai lima orang. Kami makan apa yang termampu sahaja kerana yang penting adalah soal persekolahan lima anak kami ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8292535.asp

Pelajar Sekolah Agama Minum Arak di Sekolah

Posted: 14 Oct 2010 04:55 PM PDT

PELAJAR SEKOLAH AGAMA MINUM MINUMAN KERAS DI SEKOLAH
DI SEBALIK kisah sembilan pelajar sekolah menengah agama di Matang, Kuching ditahan reman tiga hari kerana terbabit mencederakan rakan mereka dalam satu kes buli Ahad lalu, terbuka cerita kononnya mereka yang ditahan turut pernah terbabit meminum minuman keras!

Mangsa buli yang berusia 16 tahun dikatakan pernah mengadu mengenai tingkah laku buruk kumpulan pelajar itu yang dikatakan sering meminum minuman keras kepada salah seorang guru, tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana tindakan yang telah diambil.

Lebih mengaibkan aduan juga dibuat memaklumkan perbuatan meminum minuman keras itu dilakukan di dalanm kawasan sekolah - sebuah sekolah agama yang sepatutnya amat mementingkan nilai-nilai akhlak dan disiplin di kalangan pelajarnya.

Kini kumpulan 9 pelajar itu ditahan reman, selepas mereka didakwa memukul dan menendang mangsa yang juga rakan seasrama dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada sikap membalas dendam. Kumpulan pembuli dipercayai marah, selepas keengananan mereka melaksanakan tugas membersihkan kawasan asrama dilaporkan mangsa kepada guru sekolah.

Berikutan itu, mangsa dibelasah beramai-ramai sehingga cedera di kepala dan di bahagian belakang badan. Ketua Polis Daerah Kucing, ACP Mun Kok Keong, mengesahkan penahanan pelajar terbabit.

Semua pelajar ini direman tiga hari kerana kes buli. Kecil-kecil lagi dah nak tunjuk samseng. Macam mana kita nak maju wahai anak bangsaku?

Menurutnya, mangsa yang cedera dalam kejadian buli itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan laporan perubatan

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/pelajar-sekolah-agama-minum-minuman.html

Tiada ulasan: