Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Orang Asli N.Sembilan nak mesyuarat perlu Permit Polis
- Menteri Pendidikan Seks pertama di Malaysia ?
- Bekas tentera kita tak mampu bayar yuran anak, bantulah
- Khir Toyo gesa kerajaan hapus Saman Ekor tertunggak
- Elaun Guru Agama SAR RM100 sebulan, teruknya
- Lagi kes budak mati lemas di Port Dickson
Orang Asli N.Sembilan nak mesyuarat perlu Permit Polis Posted: 04 Oct 2010 02:25 AM PDT Sejak bila mesyuarat atau perjumpaan adat di kalangan Tok-Tok Batin Orang Asli di Negeri Sembilan ini perlukan permit polis ? Adakah ini salah satu dari tindakan susulan dari artikel Wakil Rakyat PAS N.Sembilan redah hutan bantu orang Asli pada pautan berikut ? http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/09/wakil-rakyat-pas-nsembilan-redah-hutan.html Payahlah macam ni, lepas ni semua mesyuarat persatuan, mesyuarat surau, mesyuarat Mat Rempit, mesyuarat Mat Drift dan lain-lain perlu juga ada permit polis agaknya. Orang Asli ni bangsa bukan Melayu ke, pendatang haram ke, bukan penduduk asal Tanah Melayu ke atau apa-apalah ? Orang Asli di Gua Musang terutama di Galas perlu permit atau kebenaran polis juga ke kalau nak mesyuarat ? **************************** Press Release Stop police harassment of Orang Asli The Malaysian Bar notes with concern the incidents of harassment and intimidation of Orang Asli in Negeri Sembilan, by the police and Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), over the past week. Two days prior to a "customary meeting" (perjumpaan adat) for various villages that was scheduled to be held in Kampung Sebir, Seremban on 30 September 2010, a police officer from Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 questioned the Tok Batin of Kampung Sebir regarding the purpose of the meeting, and the number and identity of the attendees. The officer stated that the Tok Batin was required to provide written notification of the meeting to the police. On 30 September itself, JHEOA officials who went to the village on another matter also raised questions regarding the meeting. Two police officers subsequently arrived during the meeting and stated that advance notification of such meetings must be made to the police in order to obtain approval. The Malaysian Bar is troubled that the authorities see fit to interfere with the basic rights of this Orang Asli community to assemble and discuss issues of concern to them. This constitutes bullying and intimidation of these Orang Asli, and must stop. We also note that the Government proposes to expedite the passage of amendments to the Aboriginal Peoples Act 1954 through Parliament. However, despite several requests, the Ministry of Rural and Regional Development has not disclosed the contents of the proposed amendments, and the Orang Asli are therefore in the dark as to their precise nature. The public disclosure thus far indicates that the proposed amendments will be substantial, and will have serious repercussions upon the culture and life of the Orang Asli, and their rights to their ancestral lands. As such, the Government must ensure that the proposed reform is thoroughly discussed and seriously considered beforehand, taking into account the views of the Orang Asli who will be affected. The Malaysian Bar calls on the Government to immediately make public the proposed amendments and to allow for a comprehensive and frank discussion with all the relevant stakeholders before the proposals are tabled in Parliament. We also urge the authorities to uphold the rights of all persons, including the Orang Asli, to meet to discuss matters of interest and concern. We further call on the Government to fulfil its obligation to accord full respect to the rights of the Orang Asli, and not to act in any manner inconsistent with those rights. Ragunath Kesavan President Malaysian Bar 4 October 2010 Sumber : http://tenaganita.posterous.com/stop-police-harassment-of-orang-asli |
Menteri Pendidikan Seks pertama di Malaysia ? Posted: 04 Oct 2010 12:24 AM PDT Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Menteri Pendidikan Seks yang pertama di Malaysia ? Apakah akan diwujudkan Kementerian Pendidikan Seks Malaysia ? Apakah akan ada Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam Pendidikan Seks di IPTA dan IPTS negara ini ? Untuk membendung masalah pembuangan bayi , persoalan diatas seharusnya dijawab. Orang Asli, duduk dalam hutan, tak belajar pendidikan seks, tak ada pun buang bayi. Kalau monyet boleh cakaplah agaknya, pasti mereka ketawa tengok gelagat manusia di Malaysia ni. Monyet yang buta huruf pun tak buang bayi. Silap haribulan kalau monyet jumpa bayi yang dibuang, monyet pun akan susukan bayi tadi. |
Bekas tentera kita tak mampu bayar yuran anak, bantulah Posted: 03 Oct 2010 06:30 PM PDT Kepada sesiapa yang sudi membantu, no akaun ada pada akhir laporan akhbar di bawah : Derita askar Harian Metro 4 Oktober 2010 KUALA LUMPUR: "Kami perlu melunaskan yuran pengajian anak sulung sebanyak RM2,850 selewat-lewatnya minggu depan, jika tidak dia tidak boleh menduduki peperiksaan akhir. "Malah, notis juga sudah diterima supaya tunggakan tempat penginapannya selama tiga bulan dijelaskan," kata bekas tentera yang runsing memikirkan masa depan anaknya. Azmi Mahmud, 45, berkata tambah membingungkan dia tidak mampu membayar yuran berkenaan kerana hanya isterinya, Fatimah Abdullah, 41, menjadi tulang belakang keluarga bagi menyara mereka enam beranak selepas dia terbabit dengan kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu. Katanya, kemalangan berkenaan menyebabkannya terlantar hampir dua tahun kerana tulang keting kaki kanannya patah dua, selain patah tulang punggung dan mengalami kerosakan tulang belakang. "Bukan saya tidak mahu bekerja namun, kemalangan itu menyebabkan saya tidak mampu berdiri dan berjalan apatah lagi untuk melakukan kerja bagi menyara keluarga. "Pendapatan isteri RM1,000 sebulan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Malah dua daripada empat anak kami kini melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan swasta," katanya ketika ditemui di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, di sini, semalam. Menurutnya, biarpun dia menerima bantuan dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM300 sebulan, namun ia digunakan untuk menyara seorang lagi anaknya yang masih bersekolah dan seorang anaknya yang kurang upaya. Dia yang kini hanya mampu berkerusi roda dan bertongkat berkata, selain memikirkan yuran pengajian anak sulungnya, mereka kini turut berdepan dengan bekalan air dipotong kerana gagal membayar bil dan sewa rumah selama tiga bulan. "Sekurang-kurangnya kami perlu memperuntukkan RM600 sebulan untuk perbelanjaan dua orang anak yang sedang melanjutkan pengajian. Anak saya ada membuat permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun ia masih belum diperoleh. "Saya ada memohon bantuan daripada Baitulmal, namun ia masih dalam proses untuk ditemuduga. Nasib saya baik kerana anak-anak faham keadaan kami, apa juga makanan yang dihidang mereka makan tanpa bersungut," katanya. Tidak hanya sukar bergerak dan menghidap darah tinggi, Azmi turut menghidap penyakit kencing manis sehingga mengakibatkan kakinya menjadi bengkak dan hitam. "Syukur biarpun kami hidup dalam kesusahan, namun anak-anak menunjukkan potensi dalam bidang pendidikan," katanya merayu bantuan orang ramai. Bantuan boleh disalur ke nombor akaun CIMB 14380062817521 milik Azmi Mahmud atau menghubunginya di talian 014-2214270. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Deritaaskar/Article |
Khir Toyo gesa kerajaan hapus Saman Ekor tertunggak Posted: 03 Oct 2010 05:10 PM PDT Utusan Malaysia 4 Oktober 2010 Saman ekor: Hapuskan saman tertunggak ISU 'saman ekor' senyap seketika setelah berantakan begitu hebat beberapa bulan lalu. Surutnya kepanasan isu ini bukanlah bermakna ia telah selesai sepenuhnya. Ia hanya seperti api dalam sekam yang akan muncul lagi pada bulan Februari 2011 nanti. Ini berikutan tindakan kerajaan menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik sehingga Februari 2011. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak? Difahamkan saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan jalan raya. Sebahagian besar saman ekor tertumpu kepada kenderaan yang melebihi had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguat kuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian. Kita percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan mereka yang disaman. Ramai yang marah kerana mereka tidak berupaya mempertahankan diri apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul saman atas kesalahan yang kononnya berlaku berbulan malah ada yang bertahun lalu. Ramai yang mempunyai saman tertunggak sehingga mencecah ribuan ringgit akibat saman terkumpul sejak bertahun-tahun yang lalu. Hasilnya mereka disenaraihitamkan secara tiba-tiba. Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereka yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai. Banyak kes mereka yang tidak bersalah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya. Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut. Salah seorang pengunjung blog saya dikenakan saman ekor membabitkan motosikalnya. Apabila beliau meminta bukti bergambar didapati kesalahan tersebut dilakukan oleh sebuah lori yang menggunakan nombor plat motosikalnya. Apakah tiada sistem dalam penguat kuasa untuk menyiasat terlebih dahulu sama ada nombor plat tersebut selari dengan jenis kenderaan yang didaftarkan? Memanglah kes tersebut diselesaikan dengan baik, namun bayangkan kesulitan dan kesusahan mereka yang teraniaya ini memperuntukkan masa dan wang ringgit untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh kerana pihak berkuasa mengambil masa yang begitu lama untuk menyerahkan saman ekor ini ia menyebabkan proses mempertahankan diri sukar dilakukan. Tiada siapa lagi dapat mengingat perkara yang berlaku berbulan atau bertahun lalu, apatah lagi untuk menyediakan bukti. Untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti. Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguat kuasa saman ekor mempunyai kerja yang senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang. Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin merayu agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak. Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya. Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata. Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang. Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan. Memang tidak dinafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan yang memandu terlalu laju. Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat sehingga 50 km sejam lebih dari had laju yang ditetapkan. Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan. Kerajaan harus melakukan perubahan dan penstrukturan semula yang radikal dalam isu saman ekor ini. Perubahan ini harus dimulai dengan penghapusan saman ekor tertunggak, mewujudkan kaedah pelaksanaan saman ekor yang telus, penentuan jumlah kompaun yang lebih realistik dan kajian semula ke atas had laju di setiap jalan raya di negara ini. Antara langkah yang perlu dilakukan ialah melupuskan semua saman ekor tertunggak sebelum ini yang gagal diserahkan kepada pesalah dalam masa lebih setahun. Ini sangat wajar kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini sehingga mereka yang disaman rasa teraniaya dan menjadi benci kepada kerajaan. DR. MOHAMAD KHIR TOYO Presiden Gabungan Rakyat Malaysia Prihatin (Malaysia Prihatin) dan ADUN Sungai Panjang, Selangor. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm |
Elaun Guru Agama SAR RM100 sebulan, teruknya Posted: 03 Oct 2010 05:10 PM PDT Kerajaan diminta selaras elaun guru SAR Utusan Malaysia 4 Oktober 2010 SIPITANG 3 Okt. - Kerajaan negeri Sabah diminta menyelaraskan elaun guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam usaha memperkasakan lagi sistem pendidikan SAR di negeri ini. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia sudah berlarutan sejak sekian lama. "Apa yang terbaik ialah kerajaan mengambil langkah dengan menetapkan elaun bulanan yang selaras kepada guru terbabit dan bukannya berdasarkan jumlah pelajar yang berdaftar di SAR. "Kita yakin kerajaan mempunyai kemampuan dan masalah seumpama ini perlu diberikan perhatian segera," katanya pada sidang akhbar selepas berdialog dengan guru-guru SAR di Pejabat Perhubungan Parlimen Sipitang di sini hari ini. Menurutnya, masalah tersebut perlu diselesaikan segera kerana menimbulkan masalah kepada guru terbabit seterusnya menghalang usaha memperkasakan SAR. Jelasnya, penyelarasan tersebut akan memberi motivasi dan semangat kepada guru-guru berkenaan seterusnya meningkatkan lagi usaha dan komitmen mereka dalam mendidik pelajar. "Ketika ini elaun guru tersebut dibayar berdasarkan jumlah pelajar yang mendaftar di SAR. "Bayaran itu pula dibuat setahun sekali secara purata menyebabkan ada guru hanya menerima RM100 sebulan," ujarnya. Katanya, kerajaan juga perlu berusaha mengatasi masalah ketiadaan kemudahan pinjaman buku teks dan buku teks percuma di SAR yang membebankan pelajar. Malah katanya, harga buku teks yang mahal juga menyebabkan terdapat ibu bapa gagal menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak mereka. "Pelajar di SAR tidak menikmati kemudahan pinjaman buku dan buku teks tersebut perlu dibeli oleh penjaga dan ibu bapa," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm |
Lagi kes budak mati lemas di Port Dickson Posted: 03 Oct 2010 05:10 PM PDT Lagi kes budak mati lemas di sebuah resort di Port Dickson pada 3 Oktober 2010. Kali ini melibatkan kanak-kanak berusia 6 tahun Mohd Haqfiz Muhaimin. Dad unknowingly finds son's body in pool New Straits Times 4 Oct 2010 PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son. Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it. Norain, however, found the body of his son, Mohd Haqfiz Muhaimin, 6. Norain, who was at the resort to attend a school reunion, said Haqfiz, his second child, had his eyes on the pool as soon as he arrived at the resort. "I wasn't paying attention when my son went to the pool. "I was taking out the bags from the car while my wife and two other children had gone to the chalet," said Norain, a Malaysian Maritime Enforcement Agency officer in Batu Kurau, Perak. "I heard people shouting and I ran and jumped into the pool but I did not expect to find my son lying at the bottom. "God loved him more and we accept the fact that Haqfiz is no longer with us." The incident occurred about 6.30pm on Saturday when the family from Parit Keroma in Muar arrived at the resort. Norain's reunion involved 10 of his former classmates and their families. He said Haqfiz had wanted to go to the pool but his wife, Umni Kelsom Ahmad, 31, insisted that his elder sister go with him. "He, however, did not wait for anyone and ran to the pool. I noticed that there were three or four others in the pool. "I tried in vain to resuscitate him." He said he was disappointed that there was no lifeguard on duty. Umni Kelsum said she went to the pool to look for her son but did not see him there. "I thought he had gone to play with his friends, who are the children of my husband's former classmates," she said crying. http://www.nst.com.my/nst/articles/10pooli/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan