Sabtu, 2 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rosmah pergi Belgium belajar buat Pusat Remaja Hamil

Posted: 01 Oct 2010 03:54 PM PDT

Apalah susah-susah membazir duit pergi Belgium Datin Seri Rosmah Mansor nak pergi Belgium. Belajar sajalah dari Ali Rustam. Atau malu nak belajar dari Ali Rustam di Melaka ? Susah-susah baik Ali Rustam jadi Perdana Menteri, dan isteri Ali Rustam jadi First Lady. Dulu Puteri UMNO tak suka cadangan Ali Rustam, sekarang cadangan Rosmah macamana ? Nak jadi Malaysia pembangkang sifar Melayu dari PKR dan PAS pun, Najib kenalah belajar dari Ali Rustam.

******************
Jumaat Oktober 1, 2010

Rosmah Saran Pusat Bersepadu Bantu Remaja Hamil

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin.

Isteri Perdana Menteri berkata pusat itu diperlukan di negara ini berikutan kes pembuangan bayi yang kian meningkat.

Sehubungan itu, katanya beliau akan melawat "Centre of Integrated Family Welfare" di Brussels, Belgium semasa mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)Kelapan di Brussels selama dua hari bermula Isnin ini.

"Lawatan itu akan membolehkan saya mengetahui cara dan langkah sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya pembuangan bayi," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku bertajuk "Perkembangan Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia 1978" yang diterbitkan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengerusi MKKM Tan Sri Zaleha Ismail.

Beliau berkata pusat itu, yang ditubuhkan di bawah kerajaan Belgium, bertujuan untuk mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin ini akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.

"Satu pendekatan saintifik dan sistematik perlu dicontohi dari negara-negara lain bagi menubuhkan pusat seperti ini di Malaysia," katanya.

Rosmah berkata terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan pusat itu, namun pusat itu amat diperlukan bagi melindungi remaja serta anak mereka supaya disemai dengan benih perpaduan, jati diri, akhlak mulia dan nilai agama tinggi.

"Sekiranya dapat ditubuhkan, kita perlu mengolahkan pendekatan itu mengikut budaya dan pemikiran negara kita," katanya.

Selain itu, katanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan penting dalam melengkapkan usaha kerajaan memastikan setiap program membantu kecemerlangan generasi baru.

Terdahulu, ketika berucap beliau berkata buku itu meliputi isu dan permasalahan yang pernah dihadapi oleh MKKM di samping kemajuan dan pencapaian yang telah diperolehi.

"Ia turut memperingati mereka yang telah mengukir nama sebagai anugerah sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia agar jasa dan pencapaian mereka tidak luput dalam ingatan serta menjadi contoh pada generasi masa kini," katanya.

Rosmah meminta agar keutamaan diberikan daripada segi mengasuh, mendidik dan membimbing kanak-kanak sejak kecil supaya mereka menjadi individu yang sempurna apabila dewasa kelak.

"Dengan segala kemudahan terbaik yang disediakan oleh pihak kerajaan khususnya dalam bidang pemdidikan, saya yakin peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk membina kehidupan yang cemerlang di masa hadapan," katanya.

MKMM merupakan sebuah NGO yang berperanan membantu usaha kerajaan ke arah kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak serta turut berusaha ke arah membanteras permasalahan kanak-kanak. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/1/mstar_berita/20101001161249&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: