Jumaat, 1 Oktober 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jom ke Seminar Pendidikan Seks 7 Okt 2010 di Putrajaya

Posted: 01 Oct 2010 12:14 AM PDT




WACANA PENDIDIKAN SEKSUALITI - Adakah Ianya Satu Penyelesaian ?

Tarikh : 7 Oktober 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi hingga 1 petang
Tempat : Auditorium 1, Jalan P16G , Pusat Komuniti Presint 16 , Putrajaya

Terbuka kepada umum – Semua dijemput hadir

Untuk pendaftaran atau pertanyaan hubungi Puan Anfaal Shaari 019-2227201

Anjuran : Wanita IKRAM, Wanita JIM dan Persatuan Mawaddah Malaysia

8.30 pg – Pendaftaran dan minum pagi
9 pg – Pelaksanaan Syariah Penyelesaian kepada gejala sosial oleh Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
10 pg – Keberkesanan Pendidikan Seksualiti Dalam Mendepani Seksual oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj, Naib Presiden JIM
10.45 pg – Pelaksanaan Pendidikan Seksualiti dalam Sistem Pendidikan Islam oelh wakil MUSLEH
11.30 pg – Sidang akhbar
11.45 pg – Forum : Pendidikan seksualiti adakah ianya satu penyelesaian ?
1 tgh - Bersurai

Pendidikan seks mungkin diperluaskan kata Muhyiddin

Posted: 30 Sep 2010 11:59 PM PDT

Kerajaan masih mempertimbangkan bagi menggabungkan pendidikan seks ke dalam sistem kebangsaan sekolah, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini satu daripada inisiatif (bagi menghalang gejala pembuangan bayi) bagi memberi pemahaman yang menyeluruh berhubung kesihatan reproduktif di peringkat sekolah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan telah melancarkan beberapa projek perintis pada peringkat sekolah dan mendapati keputusannya amat menggalakan.

"Kita telah membentuk jawatankuasa teknikal yang sedang mengkaji perkara ini dan akan menentukan cara terbaik memperluaskan program ini pada peringkat nasional," katanya

Malaysiakini Okt 1, 10 1:40pm

Sumber : http://malaysiakini.com/news/144133

BURUK BAIK PENDIDIKAN SEKS UNTUK ORANG MELAYU, SILA BACA DI BAWAH INI :

Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil
http://amkns.blogspot.com/2010/08/objektif-utama-pendidikan-seks-ialah.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/jom-ajar-pelajar-kita-berzina-cara.html

Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/muhyiddin-sokong-pendidikan-seks-cegah.html

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-sex-di-sekolah-untuk-kurang.html

Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-seks-untuk-pelatih-plkn.html

Najib kena berguru dgn Ali Rustam utk kalahkan Pakatan

Posted: 30 Sep 2010 09:09 PM PDT

Nampaknya Najib kena berguru dengan Ali Rustam untuk memastikan kemenangan bergaya Umno dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Ianya terbukti apabila laman web pro Pakatan Rakyat sendiri iaitu Tranungkite.net sukar untuk mematikan hujjah kejayaan Ali Rustam mentadbir Melaka hingga menjadikan Melaka satu-satunya negeri yang tiada wakil rakyat Melayu dari PAS dan PKR.

Ali Rustam tak perlu pun slogan 1Malaysia untuk memulihkan keyakinan pengundi di Melaka terutama dari kalangan orang Melayu. Susah sangat suruh saja Ali Rustam jadi Presiden Umno, Terengganu pun baru nak belajar dari Melaka macamana nak majukan sektor pelancongannya.

Cuba baca komen-komen pengunjung laman web Tranungkite.net pada pautan berikut mengenai kejayaan Ali Rustam mentadbir Melaka
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=8187

Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat sekiranya Ali Rustam yang jadi Presiden Umno nanti, atau Najib berguru dengan Ali Rustam.

Kerana Ali Rustam tak perlukan APCO untuk majukan Melaka.

Ada Pusat Maksiat di Taman Paroi Jaya Seremban

Posted: 30 Sep 2010 08:07 PM PDT



Port' memadu kasih dalam kereta
Harian Metro 24 Sep 2010
SEREMBAN : Keadaan bahagian depan Pusat Perniagaan Taman Paroi Jaya, dekat sini, yang gelap pada malam hari kerana tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan kawasan itu menjadi lokasi segelintir remaja melakukan kegiatan tidak sihat.

DI SINI...kawasan tepi jalan di hadapan kedai di Taman Paroi Jaya menjadi tempat remaja memadu kasih dalam kereta. Penduduk mendakwa kegiatan itu berlarutan sejak sekian lama terutama pada malam minggu dan kebiasaannya kegiatan terbabit dilakukan di dalam kereta di kawasan gelap tepi jalan atau di bawah pokok besar.

Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Paroi Jaya, Shahril Tahirul Zainal Abidin, 30, berkata pihaknya pernah terserempak pasangan remaja berpelukan di dalam kereta ketika menjalankan rondaan keselamatan di kawasan itu pada malam hari dan awal pagi.

Menurutnya, ada juga pasangan diserbu Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika mereka memadu kasih dalam kereta di kawasan terbabit.

"Ketiadaan lampu jalan juga menyebabkan jenayah seperti kes pecah kedai. Sehingga kini, tiga kejadian pecah kedai berlaku di situ dengan yang terbaru berlaku pada Ogos lalu membabitkan seorang pengusaha telekomunikasi mengakibatkan kerugian lebih RM4,000 selepas kedainya diceroboh dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.

"Sebelum itu beberapa pengusaha lain mengadu kedai mereka dipecah masuk pada malam hari dan awal pagi membabitkan kerugian antara RM1,000 hingga RM5,000," katanya.

Shahril Tahirul berkata, keadaan kawasan itu yang gelap dipercayai memudahkan penjenayah melakukan kegiatan tidak sihat kerana sebahagian pengusaha terbabit tidak tidur di kedai berkenaan.

Menurutnya, berikutan itu penduduk bimbang keselamatan mereka dan berharap pihak berkuasa memasang lampu jalan bagi memastikan jenayah dibanteras.

Katanya, permohonan bagi mendapatkan lampu jalan di situ pernah dikemukakan kepada pihak berkuasa kira-kira dua tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan.

"Saya mewakili penduduk taman ini berharap pihak berkenaan memberikan perhatian terhadap masalah ini dan memasang lampu jalan," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gedung Lalang, Ampangan yang merangkumi Taman Paroi Jaya, Mohamad Sahimi Ab Rani, 62, berkata pihaknya berharap pihak berkuasa meluluskan cadangan pemasangan lampu jalan di kawasan terbabit.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Port__8217_memadukasihdalamkereta/Article

Orang Melayu nak cari makan di Melaka kena saman PBT

Posted: 30 Sep 2010 07:56 PM PDT

Ni apa cerita ni ? Orang Melayu nak cari makan pun kena saman oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah selama tujuh hari berturut-turut. Gantung kain rentang untuk iklan perniagaan tanpa lesen pun nak disaman sampai 7 saman. Apa jenis manusia macam ni yang nak tutup periuk nasi orang Melayu ? Tak boleh ke bawa berbincang ?

***********************
Curiga terima saman berderet
Sinar Harian 1 Okt 2010

MASJID TANAH - Seorang wanita keliru dengan tindakan dilakukan anggota Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) apabila mengeluarkan kompaun selama tujuh hari berturut-turut atas alasan pemasangan kain rentang tanpa kebenaran di satu kawasan terbuka.

Maziah Mohd (bukan nama sebenar), 41, berkata, timbul keraguan sebaik sahaja menerima kesemua surat saman berkenaan pada setiap hari tanpa diberikan sebarang notis merujuk kepada tempoh diberikan terhadap saman pertama untuk dilunaskan terlebih dahulu.

Dia yang bekerja sebagai agen sebuah syarikat latihan memandu, dekat sini, bertindak memasang kain rentang berkenaan sebagai satu strategi menarik pelanggan dalam menjalankan perniagaan sebelum dikejutkan dengan tindakan saman MPAG.

Dia semakin meragui tindakan diambil apabila surat saman itu dikeluarkan individu sama bertarikh 24 Ogos sehingga 2 September malah masa kompaun terbabit dikeluarkan juga berbeza beberapa minit sahaja dengan masa kompaun lain.

"Saya tengok tandatangan dan cop adalah orang yang sama dari surat saman pertama sehingga ketujuh dan saya rasa ada muslihat di sebalik apa yang mereka (MPAG) lakukan pada saya kerana mereka tidak memberi tempoh langsung untuk membayar saman pertama.

"Tidak sempat hendak bayar dah sampai lagi lima surat saman yang lain, bertarikh setiap hari kecuali pada 29 Ogos (Ahad) dan 31 Ogos (merdeka)," katanya.

Dia menggantungkan kain rentang untuk mencari pelanggan kini terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar saman pula yang dikenakan RM250 pada mulanya namun atas budi bicara pihak berkenaan dia hanya perlu membayar RM30 bagi setiap saman yang dikeluarkan.

"Saya kata saya tidak ada duit hendak bayar sampai banyak macam itu dan dia tanya berapa yang saya boleh bayar, saya kata saya cuma boleh bayar RM10 untuk satu saman tetapi tiba-tiba selepas saya merayu dia boleh turunkan sampai RM30 macam ada sahaja yang tidak kena.

"Kalau betul ia bayaran saman, takkan boleh ubah sesuka hati dan paling saya jadi was-was apabila saman itu dia hantar setiap hari dengan orang yang sama dan saksi yang sama malah nombor siri pada surat saman tu pun tidak jauh beza," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali, gagal dihubungi untuk mengulas lanjut bagi memaklumkan perkara tersebut kerana menghadiri mesyuarat jabatan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8239178.asp

Tak guna ada Taman Rekreasi di Malaysia, tempat mabuk

Posted: 30 Sep 2010 07:56 PM PDT

Memang tak guna ada taman rekreasi kat Malaysia sekarang ni. Rakyat semakin tidak menghargainya. Taman Rekreasi yang tidak dikawal 24 jam hanya akan menjadi tempat lepas gian, tempat pelajar ponteng, tempat mabuk arak, tempat maksiat. Selagi rakyat tidak dididik dengan iman, akhlak dan moral, lebih baik tak payah buat kemudahan macam ni, membazir dan buang duit rakyat saja.

*****************************
Botol arak cemari lokasi riadah
Sinar Harian 1 Okt 2010

TAMPIN – Taman Tasik Tampin yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh Majlis Daerah Tampin (MDT) kini dipenuhi dengan pelbagai jenis botol arak.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, taman rekreasi berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai alatan permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, wakaf, kerusi rehat dan trek berjoging itu sering menjadi tumpuan masyarakat terutamanya bagi kaki pancing menghabiskan masa lapang mereka.

Namun, pengunjung bukan hanya disajikan dengan pemandangan tasik dan kehijauan alam semula jadi di situ bahkan, longgokan sampah sarap terutamanya botol arak pelbagai jenama boleh dilihat di merata-rata tempat.

Menurut salah seorang pengunjung ditemui, Ling Sik Foo, 64, berkata, suasana di Taman Tasik Tampin ini sememangnya sesuai untuk dijadikan lokasi beriadah namun longgokan sampah sarap yang ada menyakitkan mata.

"Malah, ada individu yang memaklumkan kepada saya bahawa sekiranya tasik ini dibersihkan, sekurang-kurangnya lori kecil mampu untuk memuatkan pelbagai jenis botol arak dari pelbagai jenama yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

"Oleh itu, saya berharap agar botol arak ini dapat dibersihkan kerana lokasi ini juga menjadi lokasi kunjungi anak kecil," katanya.

Sementara itu, Ong Chong Hau, 49, berkata, amat berharap agar lokasi berkenaan dapat dibersihkan dan sampah sarap tidak dibiarkan berlonggokan begitu sahaja.

Menurutnya, sekiranya boleh, pengunjung juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi memastikan keindahan taman berkenaan dapat dijaga bersama.

"Saya mahu kawasan ini bersih kerana boleh dikatakan hampir setiap hari lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung termasuk diri saya sendiri," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8238856.asp

Lori lanyak, penduduk Melaka marah

Posted: 30 Sep 2010 07:55 PM PDT

Berita Harian 1 Okt 2010

Penduduk Kampung Sungai Siput marah kenderaan berat rosak jalan utama berturap

MASJID TANAH: Penduduk di Kampung Sungai Siput, Lubok China, dekat sini terpaksa memendam rasa sejak sekian lama apabila jalan utama berturap yang menghubungkan kawasan itu dengan dunia luar masih rosak teruk dan tidak diperbaiki sehingga kini.

Tinjauan Berita Harian mendapati Jalan Kemadak sepanjang lima kilometer itu berkeadaan demikian dipercayai akibat dilalui secara berterusan oleh lori seberat 10 tan selama beberapa tahun untuk mengangkut keluar kayu getah dari situ. Sudah banyak aduan didakwa diajukan kepada pihak berkuasa terbabit, tetapi sehingga kini belum ada tindakan diambil bagi memperbaiki kerosakan berkenaan. Penduduk, Abdul Karim Abdul Rahman, 56, berkata kerosakan jalan berkenaan menyukarkan orang ramai untuk keluar masuk ke situ terutama pada waktu malam atau hujan lebat.

Katanya, sebelum lori pengangkut balak berkenaan memasuki kawasan kampung terbabit pada 2005 dan menghentikan operasi beberapa tahun kemudian, jalan berturap itu berada dalam keadaan baik dan memudahkan penduduk bergerak.

"Memang benar banyak lori dikesan keluar masuk membawa kayu getah melalui jalan ini hingga mengakibatkan Jalan Kemadak rosak teruk dan berlubang di sepanjang jalan.

"Dulu mereka (pemilik lori) berjanji untuk memperbaiki kerosakan ini tetapi sampai sekarang masih tidak ada perubahan. Saya dimaklumkan mereka pernah menurap jalan ini, tetapi ia dilakukan secara ala kadar saja, menjadikan keadaan jalan tetap sama hingga kini.
"Saya minta pemilik lori terbabit segera menunaikan janji demi keselesaan penduduk di sini. Jika boleh, kita juga meminta pihak berkuasa terbabit tampil membantu sebab ini adalah laluan utama penduduk keluar masuk sepanjang masa," katanya.

Rakannya, Rasmi Abu Surah, 35, berkata Kampung Sungai Siput agak mundur berbanding kampung lain termasuk keadaan jalan utama menghubungkan kawasan itu dengan dunia luar yang tidak sempurna.

Katanya, pada masa ini satu jalan alternatif ke kampung itu tetapi belum berturap, sekali gus ia tidak sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan terutama pada waktu hujan.

"Kita harap pihak berkuasa meneliti masalah penduduk di sini yang memerlukan perhatian segera. Saya sudah 35 tahun menetap di sini, tetapi isu pembangunan di kawasan kami nampaknya belum berjaya diselesaikan," katanya.

Rasmi berharap dengan pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju pada 20 Oktober ini, ia sedikit sebanyak akan membuka mata banyak pihak untuk memajukan kawasan berkenaan, sekali gus mampu meningkatkan taraf hidup penduduk di situ.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Lorilanyak/Article

Peniaga Melayu dah hilang kuasa di Putrajaya

Posted: 30 Sep 2010 05:42 PM PDT

Dari Blog Singalautmetro
DUKACITA MELAYU DI TANAH SENDIRI: ALAMANDA KUBUR PENIAGA MELAYU SELEPAS KLCC!!! MALAM tadi satu lagi talkin dibacakan untuk melengkapkan kematian seorang lagi peniaga Melayu yang beroperasi di kompleks beli-belah Alamanda, Putrajaya. Kini semakin sempurnalah pusat perniagaan itu menjadi kubur buat peniaga Melayu!

Selepas membelanjakan lebih RM300,000 untuk kerja ubahsuai premis bagi memulakan perniagaannya pada 2004, Zaida Abd Aziz, terpaksa menerima hakikat hayatnya untuk terus kekal berniaga di Alamanda tidak kesampaian.

Dengan syarat baru pengurusan kompleks beli-belah itu yang menghendaki peniaga membayar sewa sebanyak RM16,000 sebulan jika mahu membaharui kontrak perniagaan di situ, Zaida terpaksa akur dengan kerja-kerja pembunuhan secara halus itu.

Pemilik Zaida's Collection itu akhirnya terpaksa mengemaskan barang-barang dari kedainya malam tadi untuk dipindahkan ke luar selepas dia hanya diberi tempoh akhir 29 September untuk keluar kerana gagal mematuhi syarat baru kontrak perniagaan yang melampau di situ.

Sebelum ini dia menerima notis untuk keluar dari kompleks beli-belah itu sehingga 18 Ogos lalu, tetapi telah merayu sebanyak 6 kali. Dia diberi tempoh sehingga semalam sahaja. Dan syarat baru untuk meneruskan perniagaan ialah bersedia untuk membayar sewa sekali ganda berbanding sebelum ini yang hanya RM8,000 sebulan.

Zaida mengakui kadar sewa yang terlampau tinggi itu amat membebankan selain beberapa syarat seperti membayar peratusan tertentu berdasarkan keuntungan perniagaannya.

Kini semakin basahlah Alamanda dengan air mata peniaga Melayu. Difahamkan ada 28 peniaga lain sedang menerima nasibb serupa. Dan adakah kita akan gembira Alamanda terus menjadi kubur kedua pembunuhan peniaga Melayu selepas KLCC di Kuala Lumpur?

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/dukacita-melayu-di-tanah-sendiri.html

JAMUAN AIDIL FITRI DUN PAROI

Posted: 30 Sep 2010 04:36 PM PDT


Tiada ulasan: