Rabu, 6 Oktober 2010

AMK KLGT

AMK KLGT


Posted: 06 Oct 2010 11:32 AM PDT




AMK KLGT CABAR SUA PKR Dlm Kes ABDUL RAZAK HALIDI

Posted: 06 Oct 2010 10:59 AM PDT

Hari ini Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata kekecihan yg berlaku di MATC KLGT berpunca dari seorang yg bernama Abdul Razak Halidi dan Saifuddin juga melabelkan Razak sebagai pengecut yg klur dari PKR semasa parti kalah teruk dlm PRU2004 ,

Saya sebagai Ketua Peneranggan AMK Kuala Langat CABAR Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution datang ke Kuala Langat dan tnya rakyat disekitar tentang Razak adakah beliau seorang ahli UMNO -BN atau keADILan dan pandangan rakyat terhadap beliau , apa yg beliau lakukan utk rakyat disekitar dan pada setiap PRU adakah beliau berkerja utk UMNO-BN .

Saudara Saifuddin Nasution Ismail berkata bahawa RAZAK tulis surat untuk keluar parti dan beliau mempunyai smua maklumat tentang Razak .

Saya nak tnya satu soalan je kpd saudara Saifuddin adakah surat itu dihantar oleh Razak atau org lain , JAWAP?????

Klu pun betul surat itu dihantar oleh RAZAK knp Parti tidak bertindak menggikut

PERLEMBAGAAN PKR



KP AMK KLGT ( William Padavatan )

AMK KLGT Kpd SUA PKR , siasat dulu

Posted: 06 Oct 2010 09:58 AM PDT

AMK KLGT sungguh kecewa dgn kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana beliau membuat keputusan tanpa menyiasat perkara sebenar yg berlaku di MATC KLGT tempoh hari , beliau sepatutnya mengadakan pertemuan atau perbincangan dgn AJK Cabang KLGT , AJK AMK Cabang KLGT dan dgn Calon2 yg bertanding di MATC KLGT utk menggetahui perkara yg sebenar berlaku pada MATC KLGT yg lalu . Tetapi beliau hanya berpandukan klip video dan mendengar sebelah pihak ( pengawas JPP dan seorang Calon Ketua Cabang ) , Saifuddin Nasution membuat keputusan bahawa kekecohan yg berlaku adalah provokasi dari org luar .


Saifuddin Nasution menyalahkan Abdul Razak Halidi yg menimbulkan kekecohan , smua AJK AMK KLGT terlibat dlm kekecohan itu knp Saifuddin tidak menamakan kami ?

Saifuddin Nasution perlu faham knp kami bertindak sebegitu KENAPA dan MENGAPA utk mendapatkan jawapan ini beliau (SUA) perlu mengadakan satu mesyuarat dgn smua AJK AMK KLGT dan Cabang KLGT

Nasihat dari AMK KLGT janganlah mudah percaya kepada berita, perkhabaran dan maklumat, tapis dan siasatlah dulu .


KP AMK KLGT ( William Padavatan )

Penerangan Dari Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail Tentang Kekecohan MATC KLGT

Posted: 06 Oct 2010 09:42 AM PDT





Dari FMT ,

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenalpasti individu yang didakwa mendalangi kekecohan dalam mesyuarat cabang Kuala Langat.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui penelitian rakaman video, pihaknya mengenalpasti individu itu di kenali sebagai Abdul Razak Halidi.

PKR, katanya turut mengenalpasti beberapa individu lain yang bukan ahli parti yang turut menganggu proses pemilihan di tiga cabang lain iaitu Kapar, Klang dan Sabak Bernam.

"Kita kenal pasti watak Abdul Razak yang merupakan bekas PKR. Beliau meruapakan bekas ahli Umno selepas itu masuk Keadilan.


Dari Suara Keadilan

"Selepas siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menerusi rakaman video yang diberikan, pihaknya mendapati kekecohan di Kuala Langat telah dicetuskan oleh seorang yang dikenali sebagai Abdul Razak Halidi, bekas anggota KEADILAN yang menyertai parti dari Umno dan kemudiannya mengisytihar keluar dari KEADILAN pada 5 Julai 2007.

"Dalam mesyuarat cabang Kuala Langat beliau hadir," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Di cabang Kuala Langat menyaksikan insiden kekecohan apabila peti undi serta kertas undi ditabur di luar dewan.

Dari Malaysian Insider

"Hari ini saja saya sebutkan nama Razak, bekas ahli Umno, masuk Keadilan dan keluar Keadilan... sama ada dia masuk Umno, yang itu Muhyiddin kena semaklah... boleh jadi...," katanya lagi.

Saifuddin juga berkata Razak pernah memohon untuk kembali menyerati PKR tetapi ditolak.

"Razak asal Umno, kemudian Keadilan. Bila kita kalah teruk tahun 2004, ramai orang tawar hati, dia tulis surat (untuk keluar), saya dapat laporan lengkap, surat... kita ada semua maklumat.

"Kemudian dia pernah memohon masuk parti semula, tetapi parti tidak luluskanlah, kamu keluar ketika parti berada di garis paling rendah tetapi (apabila) parti ada kerajaan, kamu hendak datang balik, jadi ada masalah.

"Jadi bila dalam keadaan begitu, jangan cerai bini senang-senang," katanya sambil menegaskan Razak juga tidak mengundi pada pemilihan cabang Kuala Langat.

"Dia tidak mengundi, tetapi datang berucap dalam tempat mengundi," katanya.


Dari Malaysiakini ,

Menurut Saifuddin, antara yang dikenalpasti ialah Razak Halili yang dianggap orang luar yang menimbulkan kekecohan di pemilihan peringkat cabang Kuala langat.

"Dia pernah menjadi ahli PKR tetapi meninggalkan parti selepas kekalahan pada pemilihan 2004. Dia mungkin menganggotai Umno, selepas itu, saya tidak tahu. Namun dia ada memohon (menyertai PKR) tetapi ditolak," katanya.

Tiada ulasan: