Rabu, 15 September 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


16 SEPT!!

Posted: 15 Sep 2010 07:31 AM PDT

Bendera asal Persekutuan Tanah Melayu

Salam 2 all.
Hari ini Khamis 16 Sept 2010 (bersamaan 07 Syawal 1431), seluruh negara meraikannya sebagai peringatan tertubuhnya negara yang hari ini dikenali sebagai Malaysia. Gabungan diantara empat negara ia itu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak. Ianya berlaku pada 16 September 1963, 47 tahun yang lalu.

Mengapa negara ini dipanggil Malaysia selepas penggabungan teman pun tak pasti yop. Teman dah cuba buat research tapi tak jumpa jawapan. Siapa sebenarnya yang memberi nama Malaysia itu? Apa makna "Malaysia" teman pun tak tahu! Dan mengapa Malaysia namanya..entah ler. Kot mike diluar sana ada jawapannya boleh lah berkongsi maklumat.

Macam juga bendera Malaysia. Siapa yang menciptanya? Yang teman tau, bendera Malaysia ni sebijik rupa bendera Amerika, cuma beza Amerika ada 54 bintang, kita ada satu bulan sabit satu bintang. Yang lain semua sama. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan langsung, malah kekadang mengelirukan. Malah masa teman di Gaza baru-baru ini pun ada bebudak Falastin tanya soalan yang sama, "ente Amarikan"?!

Itu yang terjadi kepada pasukan konvoi bantuan kemanusiaan kita di Afghanistan tidak lama dulu. Pihak mujahiddin Afghanistan menyangka ianya konvoi Amerika kerana bendera yang terpacak atas jeep,. lalu ditembaknya. Sampai ada yang mati. Nasib baik kekawan kita menjerit ALLAH huakbar, kalau tak dah sampai alam barzakh dah dema yop!!

Mungkinkah sudah tiba masanya kita menimbang membuat bendera baru Malaysia? Bendera yang benar-benar menggambarkan negara Malaysia yang berdaulat, berteraskan Melayu/ Islam, dengan agama & bangsa lain turut bernaung dibawahnya; merangkumkan Perekutuan Tanah Melayu, Sabah & Sarawak. Apa kata kita buat satu pertandingan merekacipta bendera Malaysia yang baru, ori dan tulin..piaw-piaw Malaysia punya tanpa perlu "cut & paste" orang lain punya?

Aik, takkan cadangan macam ni pun dianggap menderhaka kepada negara kot yop! Ni sebenarnya satu cadangan untuk penambahbaikan kualiti negara, kalu tak malu kita yop. Kita pi kat United Nation bendera seluruh negara didunia ini terpacak, jelas satu dunia akan kata kita dengan Amerika memang sedara kembar..sepusat sepusing, mak lain-lain, bapak asing-asing! Alangkan Israel anak menakan Amerika pun ada bendera sendiri yang ori takde copy-copy punya!!

Berbalik pada 16 Sept, teman dok buat research pasal apa tarikh 16 Sept yang dipilih, kenapa tak disamakan dengan 31 Ogos, tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Kan senang, tak payah gaduh-gaduh macam sekarang. Ni tak pasal-pasal kita kena cuti dua hari yop. Maka negara kehilangan 24 jam waktu produktiviti. Dah lah negara kita paling banyak cuti. Raya Melayu cuti, raya Cina cuti, raya India cuti, raya Islam cuti, raya kristian cuti, raya hindu cuti, raya budha cuti, raya dayak cuti, raya iban cuti, raya kadazan cuti, segala macam raya dan perayaan. Betoi-betoi kita ni kerja setahun entah berapa hari tak tau. Tolak Sabtu-Ahad, tolak cuti raya sana-sini, tolak cuti wajib lain, memang mewah cuti kita yop!

Balik pada cerita tarikh 16 Sept, korek punya korek, research punya research, teman terbaca buku "The Singapore Story-Memoir of Lee Kuan Yew". Ni pun satu punya kayu. Negara yang satu ketika dulu tanah umat Islam bangsa Melayu, dikenali dengan nama sejarahnya Singapura, hari ni dah lenyap nama itu. Yang ada "Singapore" - nama yang omputeh bagi. Bagi teman, kita umat Islam bangsa Melayu tidak sepatutnya terikut-ikut menggunakan nama omputeh ini; tidak ada makna dan sejarahnya langsung. Kita sepatutnya menggunakan nama asalnya Singapura. Macam Pulau Pinang; kita tak perlu ikut omputeh atau puak pelat ni dok panggil Penang. Nama orinya Pulau Pinang, pulau yang penuh dengan pokok pinang, pulau dimana mamak-mamak dulu kuat makan sireh berpinang. Nama "Penang" tu apa sejarahnya; paling dekat pun "pening". Dan memang orang Melayu Pulau Pinang dok pening dengan perangai cauvinis anak laki kitsiang dan juak-juak dia disana!!

Dalam bukunya, Lee Kuan Yew menulis dimuka surat 504-505 "The Tunku was not aware that it (16.09.1963) was my 40th birthday! If he had known, he might well have changed the date - my birthday could not be his lucky day!!".

[Terjemahan: "Tunku (Abdul Rahman) tidak menyedari bahawa tarikh itu (16.09.1963) adalah harijadi saya yang ke 40. Kalau beliau tahu, sudah pasti beliau akan menukar tarikh tersebut - kerana harijadi saya tidak mungkin boleh menjadi hari yang baik bagi Tunku!!".

Yup..tarikh 16 September adalah harijadi Lee Kuan Yew!! Lee Kuan Yew beranak pada 16 Sept 1923 yop!! Nampak gaya kita kena kencing dah yop. Empat puluh tujuh tahun lamanya kita dok sambut harijadi Lee Kuan Yew. Dan kita akan terus menyambutnya sehingga dunia kiamat, atau bila Melayu hilang negaranya (yang mana dulu). Dan kita Melayu lurus bendul ni main terima aje cadangan tarikh 16 Sept itu tanpa usul periksa. Akhirnya tak pasal-pasal kita kena sambut harijadi Lew Kuan Yew tiap tahun, sekarang siap jadi public holiday lagi. Macam tu lah bangsa Melayu kena kencing.

Selepas mendapat kemerdekaan melalui gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dibawah kepimpinan Lee Kuan Yew tak habis-habis cari pasal. Akhirnya menyebabkan Tunku tiada pilihan selain daripada menendang Singapura keluar pada tahun 1965 daripada gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Maka dalam tempoh 2 tahun, Melayu kena kencing sekali lagi. Dan ini bukan kecik punya kencing. Ini kencing hilang negara yop. Negara yang asalnya milik umat Islam bangsa Melayu, dengan sejarah Sang Nila Utama dan Hang Nadim yang makin pudar; hari ni bulu singa pun dah tak nampak!! Bangsa Melayu menjadi kaum merempat dalam negara sendiri, akibat mainan politik yang orang Melayu memang bendul!!

Dan jangan lupa kita semua kena kencing 16 Sept dua tahun lepas. Satu dunia kena kelentong bagaimana sandiwara politik dimainkan yang Putrajaya akan bertukar tangan pada 16 Sept 2008. Satu dunia yop..termasuk teman ler kena kelentong yop. Siap tunggu kat Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru yop. Siap berangan nak salam dengan Tuanku Agong!! Losyen baby Johnson dengan spray Calvin-Klein "The One" siap dalam beg yop..isyk-isyk..isyk. Dengar cerita Tuanku dok tunggu kat Istana. Teman dah siap dok menghafal nak angkat sumpah, macam pengantin menghafal lafaz nikah!! Berpeluh jantan yop! Tau-tau kena kencing jugak!! Hampeh!!

Itulah sejarah 16 Sept yang teman tau. Teman harap janganlah kita umat Islam bangsa Melayu kena kencing lagi yop. Kalau dok tengok cara kita dok berpolitik sekarang ni, teman rase memang kita orang Melayu rela diperkencingkan. Pak Jangoat dok sibuk mengembik mengurat si kapior, Pak Keris dok giler mengejar limau maruku. Yang terkedu esok bangsa Melayu jugak!!

Ni pun teman dok dengar cerita ada satu konspirasi besar nak dibuat tak lama lagi, yang teman rase kalau berjaya dilaksanakan memang bangsa Melayu tinggal kepiah dengan songkok ajelah! Apa konspirasi tu, nanti teman akan dedahkan. Sementara tu, holiday 16 Sept ni teman nak gi beraya rumah kekawan. Harap-harap ketupat rendang ado laie yop!

Selamat Hari Malaysia yop..eh..dema dah tukar jadi Selamat Hari 1 Malaysia pulak dah.. selamat..selamat :))

Adios amigos..grasias senor & senorita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Syawal 1431
16 September 2010

Huraian gambar-gambar
1. Gambar atas adalah bendera asal Persekutuan Tanah Melayu;
2. Gambar bendera Malaysia dipanggil Jalur Gemilang;
3. Gambar bendera Amerika dipanggil Union Jack;
4. Gambar pokok pinang yang bertanduk yang menggemparkan negara sebelum tumbangnya Pulau Pinang ke tangan Kalipah Omar Guan Eng a/l Kitsiang;
5. Gambar sang singa dudok bersimpuh penuh sopan santun bersama anak Pak Jangoat!

Tiada ulasan: