Rabu, 8 September 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


BILA AZAN BERKUMANDANG

Posted: 08 Sep 2010 07:59 AM PDT

Salam 2 all.

Saya menerima email ini dari sahabat saya Tuan Haji Mohd. Noor yang saya ingin kongsi bersama, moga-moga ianya memberi menafaat kepada kita semua insyallah.

"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...Allahu Akbar!!".

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras. Dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'. Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematianyang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin yarobbala'lamin'.

Sekian buat renungan kita bersama dibulan Ramadhan al mubarak ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
29 Ramadhan 1431
08 Sept 2010

SIASAT SEGERA!

Posted: 08 Sep 2010 05:20 AM PDT

Salam 2 all.

Saya khuatir membaca kenyataan YBhg Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang dijadualkan bersara Ahad ini. Pendedahan beliau mengenai adanya "campurtangan pihak ketiga" dalam urusan kepolisian negara adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Apa yang lebih mengejutkan ialah pendedahan beliau menyebut antara pihak ketiga tersebut adalah Kementerian Dalam Negeri sendiri!! Saya meminta YBhg Tan Sri KPN supaya menamakan siapakah pihak-pihak ketiga yang beliau maksudkan itu dan apakah jenis campurtangan yang membabitkan pihak ketiga tersebut?

Saya sendiri semasa mengendalikan beberapa kes habeas corpus khususnya membabitkan mereka yang dikenakan tahanan daerah (buang daerah) pernah dimaklum bagaimana beberapa "runner" dan "balaci" yang menjalankan kegiatan bagi pihak-pihak tertentu kononnya untuk mendapatkan pembebasan mereka yang ditahan ini. Malahan dikalangan mereka yang biasa mengendalikan kes-kes habeas corpus pasti akan mendengar cerita bagaimana Orang-Orang Kena Tahan ini boleh mendapatkan pelepasan dengan membayar kepada "runner-runner" dan "balaci-balaci" ini, konon ceritanya untuk dibayar kepada "pihak atasan tertentu". Kekadang jumlahnya mencecah sampai RM25,000-00 seorang!! Itu cerita tahun 1980an dan 1990an. Agaknya jumlahnya berapa lah sekarang ini!!

Saya sendiri tidak tahu samada perkara ini benar-benar berlaku atau tidak, kerana mereka yang terlibat akan membuat deal terus dengan pihak berkenaan tanpa melalui peguam. Yang kita tahu bila pergi ke Mahkamah, kadang-kadang dokumen yang difailkan tak cukup atau cacat, atau Afidavit yang difailkan tidak memenuhi kehendak perundangan, dan kerap juga kes-kes habeas corpus ini dimenangi atas-atas sebab teknikal sahaja! Samada kesilapan teknikal itu disengajakan oleh pihak berkenaan atau tidak, atau kerana bayaran yang telah dibuat atau tidak, itu saya tidak dapat nak sahihkan. Apa yang saya tahu, pernah klien saya memberitahu saya "semua sudah setel bos"!

Apa pun, saya berpendapat pendedahan yang dibuat oleh YBhg Tan Sri KPN adalah sangat serius kerana ianya dibuat oleh orang nombor satu PDRM sendiri, oleh itu ianya wajib disiasat. Seingat saya sudah beberapa kali beliau menyebut isu ini secara terbuka. Saya berharap isu ini tidak disapu kebawah karpet, dinafikan dengan kenyataan sahaja! Sebaliknya tindakan yang lebih konkrit dan berintegriti perlu diambil demi menjaga nama baik dan integriti pasukan PDRM yang telah banyak berjasa kepada negara.

Adios amigos.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
29 Ramadhan 1431
08 Sept 2010

SALAM 'EID

Posted: 08 Sep 2010 02:57 AM PDT


SALAM 'EIDUL FITRI 1431 HIJRAH

&

TAQOBBALALLAH MINKUM


SEMOGA SEGALA 'AMAL


DITERIMA ALLAH HENDAKNYA


MA'AF ZAHIR & BATIN


Daripada


ZULKIFLI BIN NOORDIN

EIDUL TAQWA

Posted: 07 Sep 2010 11:36 PM PDT

Letihnya pose...lagi sehari je yop insyallah!!

Salam 2 all.

Hari ni Rabu 29 Ramadhan 1431 (bersamaan 08.09.2010). Kalau takde aral, insyallah Ramadhan tinggal sehari sahaja lagi. Insyallah Jumaat kita menyambut 'eidulfitri.

Dalam kelam kabut kita membuat persiapan menyambut 'eidulfitri, dan mengharungi kesesakan trafik dalam perjalanan balik ke kampung, jom kita imbas kembali 'ibadah puasa yang kita lalui tahun 1431 hijrah ini.

Apa yang penting, kita perlu mengukur apakah kita sudah mencapai matlamat 'ibadah puasa itu sendiri. Selain daripada berlapar dahaga, selain daripada kehilangan beberapa kilo berat kita, selain daripada keletihan yang di alami, selain daripada turunnya kadar kolestrol, selain daripada berkurangannya kadar nikotin tembakau dalam peparu kita..selain daripada itu semua, apakah yang telah kita capai?

Sebab itu kita perlu tahu apakah tujuan dan matlamat 'ibadah puasa. ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 183, "diwajibkan keatas kamu (umat Islam) berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas umat terdahulu, semoga kamu beroleh ketaqwaan".

Yup, matlamat puasa yang difirmankan ALLAH ialah beroleh taqwa. Dan bagaimana kita mahu mengukur kita sudah mencapai taqwa itu. Dimana hendak dicari taqwa itu. Sekali lagi ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 2, "inilah kitab (Al Quran) yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya, menjadi petunjuk menuju ketaqwaan".

Bermakna pencapaian taqwa itu adalah menjalani kehidupan dengan berpandukan Al Quran. Sebab itulah ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 185, "dan dibulan Ramadhan itu diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, berserta keterangan jelas didalamnya, supaya ia menjadi pembeza (bagi kamu)".

Bermakna dengan menjalani kehidupan berdasarkan petunjuk Al Quran, kita akan dapat membezakan diantara yang halal & haram, dosa & pahala, adil & zalim, benar & palsu, hak & batil. Ringkasnya, kita akan dapat membezakan mana satu cara hidup Islam, dan yang mana kufur.

Sebab itu dipenghujung Ramadhan ini, saya menyeru diri saya dan saudara/i semua, kembalilah kepada kehidupan mengikut Al Quran (& sunnah Rasulullah saw). Insyallah kita akan dapat mencapai darjat ketaqwaan tersebut.

Dan kita berdoa kepada ALLAH, agar menerima 'ibadah puasa kita termasuk segala rempahratus yang bersamanya termasuk tarawih, tadarus, qiamulail, sedekah , umrah dan lain-lain. Dan kita mohon kepada ALLAH supaya mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan yang ada, samada yang kecil atau besar, yang kita ketahui atau tidak.

Dan kita berdoa kepada ALLAH mnesyukuri ni'mat dapat menjalani 'ibadah puasa tahun 1431 ini, dan kita berdoa moga ALLAH mnegurniakan kita ni'mat mengerjakan 'ibadah puasa ditahun-tahun akan datang.

Seperkara yang ingin saya peringatkan diri saya dan saudara/i semua, apabila menyambut 'eidulfitri nanti, selain mengucapkan salam raya kepada rakan dan tamu, jangan lupa ucapkan "taqobalallah minkum", iaitu suatu doa yang diamal Nabi diucapkan kepada sahabat dan tamu, dengan maksud semoga ALLAH menerima segala 'amal kamu (dibulan Ramadhan itu). Dan yang menerima doa itu jawablah, "minna waminkum taqobbal ya kareem" (semoga ALLAH menerima 'amal kamu juga.

Saya ambil peluang ini memohon kemaafan atas sebarang kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan, samada sengaja ataupun tidak, samada kecil dan yang besar, samada yang saya ketahui ataupun tidak.

Semoga selamat dalam perjalanan masing-masing pulang ke kampung. Bak kata hadis Melayu, biarlah kepulangan kita dira'ikan, bukan diratapi!!

2 all of you out there, salam 'eidul fitri & taqobbalallah minkum.

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
29 Ramadhan 1431
08 Sept 2010

Tiada ulasan: