Rabu, 1 September 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


#links

Posted: 31 Aug 2010 07:31 AM PDT

INGAT TAK...SI TUA APA NAMA (2)

Posted: 29 Aug 2010 10:30 PM PDT

Ya, orang panggil saya Si Tua
Anak Yatim tu juga apa kurangnya
Buat tesis untuk penilaian saja
Dia buat tak seperti dia kata
Jambatan yang dibakar dibina semula
Menggunakan bahan yang dicuri belaka
Nah, sekarang pandai menjilat, merangkak pun berupaya
Terhegeh-hegeh ke sini ke sana
Asalkan kekal jawatan yang ada
Sanggup jadi kuda tunggangan yang setia
Kerana kita tahu kelemahan dia
Seperti lain, sedikit harta, kuasa, bisu lah dia
Sanggup tinggal masternya yang lama
Dan menjadi hamba yang taat dan setia
Kepada Si Tua , yang kamu kata dah GILA

Ya, Si Tua semua kata saya
Tapi tak tahu, tua saya tua kelapa
Lagi tua lagi keras kulit saya
Disepak terajang tak jadi apa-apa
Dimaki hamun tak bawa kemana
Keras kelapa keras lagi kepala saya
Kalau kamu terus mengada-ngada
Saya sumbat kamu semua dalam penjara
Seperti si Anu tu yang kamu semua dok bela
Pernah dipisahkan dari keluarga
Menginap di Sungai Buluh buat seketika
Tinggal kamu semua terpinga-pinga
Peduli apa saya kamu panggil Si Tua

Nah, kamu tahu siapa sebenar berkuasa
Jangan kamu pandai buat angkara
Kononnya aku sudah bersara
Ya, memang aku tak lagi kerja
Semua ini satu drama belaka
Yang duduk di tahta sana
Ingat, kamu ada kuasa sementara
Cukup untuk lagak ke sini ke sana
Sangat lucu gelagat kamu semua
Terhibur juga saya dibuatnya
Yang tak sedar diri jantannya tah ke mana
Dolah, dan sekarang Najib atau isteri-isteri mereka
Kamu ingat aku dah tiada
Bayang-bayang aku tetap bersama
Mengikuri mu sampai bila-bila
Jangan ingat kamu terus berkuasa
Akan musnah impian kamu semua
Harta dikumpul nak letak di mana
Rahsia kamu dalam saku saya
Jangan pandai nak melencong ke sana
Neraka jahanam kamu tahu di mana

Heheh, kamu juga panggil saya mamak yang gila
Kepada dunia saya bolih mengata
Sampai ramai yang sanjung tak terhingga
Sebagai pemimpin dunia ketiga
Siapa kata Si Tua ni dah gila
Yang berjaya menipu seluruh dunia
Kerana dunia tu sama jua
Kepentingan diri mengatasi semua
Kata-kata saya sering menghina
Ulamak UMNO pekakkan telinga
Memang padan pun muka mereka
Konon nak ikut hukum Agama
Kan politik hukum hakam dunia
Kalau tak faham tutup muka kamu semua
Tak malu mengemis dengan sekata dua
Aku hanya jegil fatwa bertukar warna
Itulah aku, Si Tua apa nama..

Tiada ulasan: