Suara Sri Andalas |
Pengumuman Keputusan Rasmi Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja 2010 Posted: 29 Sep 2010 05:00 PM PDT Pada Ahad, 26 September 2010, proses pengundian Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) bagi Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja telah berlangsung di Dewan Bukit Naga, Shah Alam, Selangor mulai jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang. Setelah tamat pengundian, bagi tujuan menjamin kelancaran dan kesempurnaan pemilihan tersebut, pengawas pemilihan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat (JPP) membuat keputusan bahawa proses pengiraan dan penjumlahan undi tidak dapat diteruskan di Dewan Bukit Naga, Shah Alam. Sebaliknya urusan-urusan tersebut diserahkan kepada tanggungjawab langsung JPP yang beribu pejabat di A-1-09 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, Selangor. Jawatankuasa Pemilihan Pusat, menurut Fasal 18.15 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat, adalah bertanggungjawab bagi mengawal selia proses pengundian dan pemilihan untuk jawatan dalam parti di peringkat Cabang dan Pusat. Di bawah kuasa menurut peruntukan Fasal tersebut, JPP memutuskan untuk menyempurnakan proses pengiraan dan penjumlahan undi bagi pemilihan Cabang Kota Raja itu di dalam bangunan Ibu Pejabat Parti dalam tempoh seberapa segera yang mungkin. Bagi tujuan melaksanakan keputusan tersebut, JPP telah melantik Timbalan Setiausaha Agung PKR Saudari Sharifah Shahidah sebagai Penyelia yang bertindak mengetuai satu pasukan petugas khas terdiri daripada pengawas-pengawas dan kakitangan Ibu Pejabat untuk menjalankan urusan Penjumlahan dan Pengiraan Undi bagi Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja. Proses pengiraan dan penjumlahan undi itu bermula dari jam 2:30 pagi, Isnin 27 September 2010 dan berakhir pada 4:17 petang, Selasa 28 September 2010. Penjumlahan undi telah dijalankan mengikut satu demi satu kotak-kotak undi yang berjumlah 20 kotak undi semuanya. Sejumlah kertas-kertas undi telah diasingkan ke dalam bekas kiraan mengikut calon-calon yang bertanding atau sebagai undi rosak. Pengiraan undi pula dijalankan mengikut satu demi satu jawatan yang dipertandingkan. Kesemuanya melibatkan 8851 kertas undi terdiri daripada 8481 (95.82%) undi sah dan 370 (4.18%) undi rosak. Pertandingan bagi jawatan-jawatan dalam Cabang Kota Raja telah melibatkan kesemua 12 jawatan bagi pimpinan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Cabang. Setelah selesai urusan pengiraan dan penjumlahan undi, satu inventori dokumentasi urusan pengiraan dan penjumlahan undi bagi Cabang Kota Raja telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat pada jam 5:23 petang, Selasa 28 September 2010 bagi tujuan semakan dan pengesahannya. Setelah disemak, Jawatankuasa Pemilihan Pusat mendapati bahawa proses pengiraan dan penjumlahan tersebut telah dijalankan dengan sempurnanya sejajar dengan kehendak Peraturan Penjumlahan dan Pengiraan Undi Pemilihan Pimpinan Cabang di bawah Tatacara Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat. Seterusnya, Keputusan Rasmi Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja adalah seperti berikut: PROFIL CABANG KOTA RAJA Jumlah Anggota - 7992 Lelaki - 4,835 60.50% Perempuan - 3,154 39.50% AMK - 3,978 49.77% Keturunan Anggota Melayu - 2,212 27.68% Cina - 292 3.65% India - 5,470 68.44% Jumlah Anggota Berdaftar Untuk MATC / Pemilihan - 1264 - 15.82% KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN CABANG 2010 PIMPINAN CABANG KOTA RAJA KETUA CABANG -. DR XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM TIMBALAN KETUA CABANG -. MAT SHUHAIMI BIN SHAFIEI NAIB KETUA - ZAIDI YUSOFF AJK CABANG 1. ABDUL HALIM BIN AMIN 2. ALAGAN A/L VELLASAMY 3. MOHAMMAD BIN HJ ISHAK 4. MANIMARAN A/L MUNICHAMY 5. MD. HUSAIN BIN MOHD SAMURI 6. MOHANA SUNDAR A/L ARUMUGAM 7. MUHAMAD FAUZI BIN MUKHTAR 8. NOR AZMAN BIN BADARUDDIN 9. SAHARUDDIN SHAID 10. SALEHHIN HASSAN 11. SANDRAN A/L VELLASAMY 12. TAN AH KOW 13. TANG ENG GHEE 14. VICKNESVARAN KRISHNAN 15. ZAIDI BIN ZAILANI PIMPINAN WANITA CABANG KOTA RAJA KETUA WANITA - ROZAINA HAMZAH TIMBALAN KETUA WANITA - RUTHIRA A/P K. SURASAN NAIB KETUA WANITA - JAMIAH BINTI ABBAS AJK WANITA 1. ANIDA BINTI ABU BAKAR 2. ANITA BINTI HANAN 3. GAN SIEW LIAN 4. KALAIARASI A/P KRISHNAN 5. SARASWATHY A/P RAMALINGAN 6. SRI MAHALEKSHUMY UMADEVI 7. ZALEHA BTE JALAL PIMPINAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) CABANG KOTA RAJA KETUA AMK - AZMIZAM BIN ZAMAN HURI TIMBALAN KETUA AMK - SATTHIYA SEELAN A/L NAGAMUTTU NAIB KETUA AMK - HANNAFE BIN ZAINI AJK AMK 1. ABDUL HALIM BIN AMIN 2. AHMAND FAHMI BIN HANAPIAH 3. AMIRRUDDIN BIN MD. ARIF 4. AZALI BIN ABD WAHAB 5. IDANIS SURIANI BINTI MOHD JOHANIS 6. JABERI BIN AMI 7. JESTIN RAJ A/L SAVARIMUTHU 8. JEYABALAN A/L SUBRAMANIAM 9.. KHAIRUL BIN MUHIDIN 10. MAGESWARAN / RAJAGOPAL 11. MOHD ARIS B. ZAKARIA 12. MOHD NAZAR BIN SULAIMAN 13. NAGARAJAN A/L KANIAPPAN 14. NAGESWARAN A/L MUNISAMY 15. POOBALAN A/L M. SEENIVASAN Abd Malek Bin Hussin Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan