Jumaat, 24 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


30HB SEPTEMBER RUMAH TERBUKA DI FELDA PALONG 9

Posted: 24 Sep 2010 12:08 AM PDT

Che Hashim bin Che Long dari Palong 9 datang ke Pejabat saya untuk bertemu Surina Suhaimi yang mengendalikan kes beliau.
Semasa beliau sampai, Surina berada di luar untuk makan tengah hari dan sempatlah saya berbincang dengan Hashim sedikit sebanyak akan kesnya dengan Felda.
Beliau memberitahu bahawa program Rumah Terbuka di Felda Palong 9 itu diadakan dirumahnya sendiri iaitu jam 3.00 petang pada 30hb September 2010.
Sempat saya bertanya mengenai kekuatan PKR di sekitar Palong, dan beliau dengan penuh yakin mengatakan bahawa harapan PKR kali ini adalah jauh lebih cerah dari dulu.
Dulu kita masuk dengan tidak banyak persediaan, tapi kini, kita sudah "selongkar" setiap Rancangan Felda di kawasan ini, dan saman 776 peneroka terhadap Felda yang difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban sebelum Ramadhan dulu menaikkan pengaruh parti. Orang-orang UMNO sendiri turut terlibat dengan saman itu dan kini mereka sudah berpaling dari UMNO.
Sdr Rebin Birham bekerja sangat kuat bersama-sama dengan Sdr Kumar. Insya Allah kali ini harapan kita amatlah cerah sekali.
Hashim berharap saya dapat hadir lebih awal dari jam 3.00 petang, Rumah terbuka akan bermula jam 3.00 petang dan saya diminta untuk memberikan ceramah pada Majlis itu.

SELAMATKAN PARTI, TEGAKKAN PERPADUAN, BERSEDIA BERHADAPAN PRU-13

Posted: 23 Sep 2010 11:42 PM PDT

Saya mendapat satu kekuatan baru setelah berbincang dengan Felicia Ling sebelum solat Jumaat tadi. Benarlah kalau saya katakan bahawa Felicia adalah seorang pejuang yang tulin. Saya luahkan perasaan saya kepada Felicia mengenai senario pencalonan untuk pemilihan parti dan lebih khusus untuk pemilihan Timbalan Presiden.
Rupa-rupanya saya tidak keseorangan. Felcia memberitahu bahawa banyak cabang-cabang yang rimas dengan senario ini. Bukan rimas kerana ada pertandingan, tetapi rimas dengan cara kempen yang dijalankan.
Kempen yang dijalankan adalah lebih sesuai untuk PRU kerana perkara-perakara yang dikatakan "persahabatan" sudah hilang rohnya.
Yang wujud adalah Fitnah-Memfitah, Memburukkan Antara Satu dengan Yang Lain, Tuduh-Menuduh, dan Memperkecil-kecilkan lawan.
Mana dia Roh Demokrasi, Mana dia Roh Persahabatan, Mana dia Roh Pertandingan Sihat, Mana dia Roh Kesetiakawanan?
Felicia telah memberikan jalan yang sebaik-baiknya jalan. "Tuan Haji, katanya, kita berjuang untuk parti, kekuatan parti, perpaduan parti, mari kita selamatkan parti ini kerana kita perlu bersatu-padu untuk menghadapi PRU-13 yang sudah begitu hampir," kata Felicia.
Felicia Ling memberitahu saya tentang tarikh yang disebut-sebut untuk PRU-13, satu tarikh yang sudah begitu hampir, satu tarikh yang tidak memberi kesempatan kepada kita untuk membuat persediaan yang rapi dengan cara kempen pemilihan didalam parti ini.
Sama dengan pandangan saya, Felicia pun juga berasa hairan, kenapa jawatan-jawatan perlu direbut dengan cara yang melampau-lampau. Kalau benar kita semua ingin menyumbang kepada parti, kenapa tidak kita bersederhana didalam kempen kita, supaya kekal persahabatan dan perpaduan kita. Dan apa perlu "pertempuran" yang merosakkan perpaduan?
Jawatan hanya perlu untuk membolehkan kita melakukan kerja agar apabila kita melakukan kerja tidaklah kita dipersoalkan dengan soalan-soalan yang tak tentu fasal. Bukan jawatan untuk menunjuk kuasa, bermegah atau untuk persediaan bagi kedudukan yang lebih selesa kalau parti kita berjaya.
Saya memahamkan bahawa PKR adalah membawa wadah perjuangan untuk rakyat, lebih-lebih lagi rakyat marhaen, rakyat yang tertindas dan rakyat yang terpinggir tanpa mengira kaum. Menjadikan parti kita sebagai parti yang datangnya dari rakyat dan untuk rakyat, dan kepentingan peribadi kita tidak menjadi perhetungan melainkan untuk keperluan sahaja.
Kita sepatutnya menjadi katalis mempercepatkan kemenangan rakyat, bukan kemenangan diri kita sendiri.
Sertailah, masuklah menjadi calon. Lagi ramai lagi meriah. Maka akan ada menang dan ada yang kalah. Yang menang tidak meminggirkan yang kalah dan yang kalah tidak membawa diri, dan kita kembali bersatu bagi memperkokohkan parti, dan dengan itu tiada musuh yang boleh menghancurkan perpaduan kita.
Fahamilah dasar dan tujuan parti kita. Kenapa parti kita wujud dan kenapa perlu kita perkokoh dan perkuatkan parti kita. Kalaulah apa yang kita lakukan ini adalah untuk kita, banyak parti lain khususnya didalam BN yang boleh memberikan peluang masa depan yang lebih cerah untuk peribadi kita.
Felicia Ling telah memb berikan jalan untuk perjuangan yang bermakna. Dan marilah kita semua bersatu dengan team ini iaitu: SELAMATKAN PARTI, TEGAKKAN PERPADUAN, BERSEDIA MENGHADAPI PRU-13.

Tiada ulasan: