Ahad, 19 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 19 Sep 2010 03:41 AM PDT

Dari kiri: Hamzah Sulaiman, Naib Ketua 2 PKR Cabang Kuala Krau, Mohd Saludin Omar (bekas ADUN UMNO) Pengerusi Tetap yang baru dan Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Bergambart ramai setelah selesai MATC

Dari kiri: Aliayasak Idris, Pengerusi Tetap dan Hafez Harun, Ketua AMK

Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau, kesemuanya menang tanpa bertanding

Barisan hadapan dari kanan: Hjh Hendon Jaafar (Bendahari Cabang), Letchmy Govindasamy (Naib Ketua Wanita Cabang), Anita Karim (Setiausaha Wanita Cabang) Noraini Md Isa (AJK Cabang), Nooryati Abd Ghani (Timbalan Ketua Cabang)


==

Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Kuala Krau berjalan didalam keadaan aman kerana semua jawatan dimenangi tanpa bertanding. Beg Meh Ehek Jinjuong untuk laung Reformasi (Marilah berdiri untuk laungkan Reformasi) adalah penyudah kepada MATC ini, dan laungan bergema dilaungkan 3 kali memenuhi ruang Bilek Gerakan Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Penderas.


Jawatan-jawatan utama adalah Sdr Haji Suhaimi Said sebagai Ketua Cabang, Abd Razak Haji Hussain sebagai Timbalan Ketua Cabang, Sdr Ramli Lugan sebagai Naib Ketua dan 20 orang AJK yang lain.


Sehabis sahaja MATC, majlis dijamukan dengan makan tengah hari dan diikuti dengan Mesyuarat Jawatankuasa yang pertama dengan perlantikan-perlantikan jawatan-jawatan seperti Naib Ketua 2, Ketua Penerangan, Bendahari dan Setiausaha, serta Penyelaras bagi DUN Jenderak, DUN Kerdau dan DUN Jengka.


Semasa ucapan Ketua Cabang beliau menekankan betapa pentingnya amalan demokrasi yang lohor didalam parti. Beliau mengajak anggota-anggota mengamalkan demokrasi itu dengan membukakan seluas-luasnya pemilihan-pemilihan Anggota-Anggota Majlis Pimpinan Pusat.


Beliau menerangkan bahawa setakat ini ada 3 orang pemimpin yang bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua dan beberapa orang lain bertanding untuk Naib-Naib Ketua dan terserah kepada Majlis untuk membuat cadangan dan jika Jawatan Timbalan itu dicalonkan lebih dari satu orang akan dilangsungkan pengundian, begitu juga Jawatan Naib, jika dicalonkan lebih dari 4 orang akan juga dilangsungkan pengundian. Pengundian akan juga dilangsungkan jika lebih dari 20 orang dicalonkan untuk Anggota-Anggota MPP.


Pencalonan telah dibukakan dengan luas dan Majlis mencalonkan YB Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden; YB Fuziah Saleh, YB R.Sivarasa, Dato Chua Jui Meng dan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Naib Presiden.
Jawatan Presiden dicalonkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.
20 orang anggota MPP turut dicalonkan.

Tiada ulasan: