PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN |
DR.ASRI : BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG TIDAK HARAM Posted: 29 Sep 2010 05:16 AM PDT Satu pukulan maut ke muka TPM, Reezal Merican & Zul Nordin. LGE pun telah jawab apa yg mereka minta & tuduh. Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram. "Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China. Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. "Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan. "Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Judi hendaklah dicegah Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi. "Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber," katanya. Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat. Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya. "Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang," kata Lim dalam satu kenyataan. Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.A da juga bukan Islam miskin tegar "Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?" soal Lim. Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan. Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. "Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. "Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit," katanya lagi. |
DPM AGREES SODOMY II TRIAL BAD FOR BUSINESS Posted: 29 Sep 2010 05:07 AM PDT Ini komen yg dipetik daripada blog Kopitiam Bang Nan dan cuba baca komen beliau tentang TPM yang di berikan gelaran nama manja sebagai MAT SEMBAB oleh Hishamuddin Rais. MAKIN LAMA AKU TENGOK .......... MAKIN BANGGANG MAHYUDIN NI..!! Hello Din...aku nak bagitau kau macam ni lah... 1. Kes buat2 macam ni memang tak baik. Bukan sebab mat saleh ni cakap tak baik ... baru benda ni jadi tak baik. Memang benda fitnah ni Allah dah larang. Kau kata kau anak kiai... bior bebeno?? 2. Masuk pulak dalam court yang macam kanggaroo...beruk mat yeh pun termenung...apa lagi mat saleh? 3. Kalau court dah macam sial sapa nak melabur dalam negara ni Din oiii??? 4. Kalau kau tak faham jugak....kau berhenti jadi TPMlah...baik kau berniaga mini cooper lama macam kawan2. Dapat juga beli banglo kat Country Height...he he 5. Jangan marah...nanti kena jual!! DPM agrees Sodomy II trial bad for business By Yow Hong ChiehSeptember 28, 2010 Muhyiddin: If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn't like this case to be in the Malaysian court. KUALA LUMPUR, Sept 28 — Tan Sri Muhyiddin Yassin today admitted that Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy trial was bad for the country's image and said that the sooner the case was disposed of, the better. "If you ask me, personally, would you like this case to be in the Malaysian court? I wouldn't like this case to be in the Malaysian court," the Deputy Prime Minister said. "Of course, it's true that... if there's no any cases of such that is high profile, then Malaysia will be much better positioned. "The sooner this matter is resolved, the better for us. "Virgin Group founder Sir Richard Branson yesterday said the ongoing Sodomy II trial was "a thorn" in Malaysia's otherwise good reputation, and urged the prime minister to intervene in the matter. "If you're a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation," he had said. Despite Branson's outspoken remarks, Muhyiddin said he did not think the British entrepreneur was intervening in the country's internal affairs but rather making a "genuine" comment in the best interest of Malaysia. "His remarks are in the context of how to help Malaysia further move forward and draw the bigger investment that we need," the deputy prime minister said. "His comment is taken in light of how to support Malaysia's initiative, and I want to take that sort of angle as to what he is saying. "Muhyiddin also stressed that Anwar's trial was not a government conspiracy, as alleged by some, pointing out that the case did not fall under the jurisdiction of the government but Malaysia's "very established" judicial system. "It is a case which is... not being brought by any parties except [an] individual who felt that he has the right to be... judged and, of course, the right to be protected by whatever law in the country, as far as the sodomy case is concerned," he said. Anwar, the 62-year-old PKR de facto leader, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008. The former deputy prime minister has denied the charge, describing it as "evil, frivolous lies by those in power" when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years' jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008. Anwar was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences. He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife. He had earlier led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008. Anwar's Sodomy II trial will resume on October 14. Posted by Firdaus Omar |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan