Khamis, 30 September 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Lim: Pendedahan RM5 Juta Beli ADUN Betul

Posted: 30 Sep 2010 02:38 AM PDT

Dari Malaysiakini

Dua tahun sudah berlalu dan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee masih menunggu tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang dibuatnya mendakwa ditawarkan RM5 juta untuk berpaling tadah kepada BN.

Bagaimanapun, Lim berkata beliau tidak akan ‘mengejar’ SPRM supaya bertindak kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghubungi beliau atau bertindak apabila siasatan mereka selesai.

“Saya telah berikan segala butiran dan menyerahkan semua bukti kepada pegawai Suruhanjaya, jadi terpulang untuk mereka bertindak sekarang," katanya.

Lim berkata beliau telah berjumpa beberapa pegawai Suruhanjaya itu, daripada pengarah kepada pegawai penyiasat, tetapi sehingga sekarang belum mendapat sebarang khabar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pegawai yang beliau berhubungan tetapi mendakwa sesetengah daripada mereka telah dipindahkan ke cawangan lain selepas beliau membuat laporan.

Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada SPRM.

Lim juga mengesahkan artikel terbaru oleh penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung beberapa kertas siasatan mengenai laporannya ke SPRM sebagai benar.

Kertas berjudul ‘Laporan Siasatan Awal’ (No. 11/2008) dikeluarkan oleh SPRM cawangan Seberang Perai dan ditandatangani oleh seorang pegawai kanan, Mahani Din bertarikh 10 Disember, 2008.

Menurut laporan itu, siasatan dipercayai tertumpu kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahazir Khalid (kanan) dan ‘orang tengahnya’ Tan Yak Siew.

Menurut laporan itu lagi, pada 9 September 2008, sebuah mesyuarat diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai, antara Lim and Mahazir.

Mahazir didakwa mengesahkan bahawa beliau akan membayar RM5 juta kepada Lim (untuk berpaling tadah) dan sekiranya beliau menuntut bayaran lebih, perkara berkenaan akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan itu, Lim, yang sekarang ini exco kerajaan negeri Kedah dimaklumkan bahawa beliau akan ditawarkan ‘beberapa projek’ jika menyertai BN.

Sebelum ini, timbul ura-ura bahawa Lim, bersama beberapa ADUN PKR yang lain – Tan Show Kang (Sidam), S Manikumar (Bukit Selambau) – dan ADUN DAP Lee Guan Aik (Kota Darulaman), akan berpaling tadah.

Pengumuman Biro Politik: Tindakan Displin

Posted: 30 Sep 2010 02:30 AM PDT

Pengumuman Biropolitik
Parti Keadilan Rakyat
30 September 2010

Biropolitik KEADILAN di dalam mesyuarat pada malam 29hb September, dipengerusikan oleh Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail , telah membuat keputusan berikut:

a) meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat menyiasat dengan berdasarkan klip-klip video, tentang mana-mana anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggari Kod Tatalaku Pemilihan parti bertujuan untuk menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang KEADILAN dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen.

b) mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan Parti serta pimpinan melalui media, selepas kalah dalam pemilihan.

Sementara itu Birpolitik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini.

Harap Maklum.

In Response to Zaid Ibrahim’s Recent Public Criticisms of KEADILAN And its Election

Posted: 30 Sep 2010 02:28 AM PDT

KEADILAN views with bewilderment Zaid Ibrahim's recent incessant complaints to the press about the party and the ongoing party election, including an exclusive interview with Utusan Malaysia which he had once called a Gestapo paper. Has he forgotten that he was once the subject of Utusan's dirty smear campaign during the Hulu Selangor by-election? Has he also forgotten Utusan's relentless and vicious attacks against Pakatan Rakyat which caused Pakatan Rakyat to dismiss the newspaper?

Zaid has also made unkind insinuations that certain leaders including Tian Chua and Gobalakrishnan had been prevented from contesting for divisional posts when they were in fact free to contest and campaign as they like. As a matter of fact, Tian Chua won the divisional chief post of Batu while Gobalakrishnan is contesting for divisional chief post at Padang Serai.

Likewise, no one has prevented Zaid from contesting and campaigning for any post including the Presidency.

We find it astonishing that he has frequently compared KEADILAN to UMNO when there is just no comparison as KEADILAN stands for everything UMNO does not. He should stop playing the victim to gain sympathy at the expense of the party.

Instead of complaining publicly on the election and undermining the party,

he should observe the proper organisational procedure by forwarding the details to the Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), rather than making sweeping statements of underhand tactics and conspiracy.

We are also perplexed by Zaid's assertions that the party is blocking his "reform agenda" when party decisions are always collectively made to enhance the party's progressive and reform-based policies. Zaid should also reveal the so called "reform agenda" and proceed to advocate them through the usual decision making process rather than providing sound bites to the press.

As the KEADILAN Chief for the Federal Territory and also a member of both the Central Leadership Council and Political Bureau, Zaid is at the apex of the party decision making process. He certainly has more than the usual opportunity to express his views. Zaid should also acknowledge that he is part of the party leadership and he cannot avoid the inherent collective responsibility and must respect the party's decision making process.

KEADILAN wishes to advise him to relook at what KEADILAN has achieved as an agent for reform in this country including the landmark direct party election which has empowered individual party members with equal voting right, irrespective of their positions in the party – a testimony of our commitment towards reform.

In the midst of intense party election, let us not forget who are our real adversary – UMNO/BN, and we are confident that KEADILAN can only emerge stronger after the landmark party election.

Lee Boon Chye
Vice President Keadilan

——–

Kenyataan Media
Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan pemilihan parti
30 September 2010

KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.

Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?

Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka. Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.

Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan UMNO. Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang UMNO. Beliau mesti berhenti melakonkan watak "mangsa" untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.

Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.

Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang “agenda reformasinya” sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi. Zaid seharusnya mengemukakan "agenda reformasi" beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.

Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau. Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.

Keadilan ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di Negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.

Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya – UMNO/BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.

Dikeluarkan oleh:

Lee Boon Chye
Naib Presiden
KEADILAN

Tiada ulasan: