Selasa, 21 September 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dr Syed Husin Ali

Posted: 21 Sep 2010 05:44 PM PDT

Dr Syed Husin Ali tatkala menyingkap pengalaman dalam Dua Wajah menzahirkan sikap tegas menentang kezaliman dan kepedulian jitu terhadap perjuangan rakyat.
Kesibukan pemimpin dan penyokong KEADILAN; kalangan veteran dan pimpinan muda harus tawakuf sejenak dari keghairahan bertarung dan menelaah wawancara terkini sdr Syed Husin dengan Merdeka Review.
Dalam kemelut sekarang, amat sukar sekali tokoh seperti beliau diberikan ruang bukan sahaja dalam media milik Umno; malah juga dalam apa yang dilonggokkan sebagai media alternatif. Ini justeru kerana pendirian tegas beliau tidak memenuhi selera atau agenda mereka.
Namun buat pejuang dan penggerak setia KEADILAN, saranan malah teguran beliau betapa pun menyengat harus dihadham. Hikmah nasihat dan peringatan beliau amat bernilai bagi perjuangan.
Saya yakin demi kesinambungan  dan kemurnian perjuangan suara dhamir dan conscience suara sdr Syed Husin harus terus bergema.

ANWAR IBRAHIM

DSAI’s Application to Strike Out Proceedings – (Saiful & DPP Farah Affair)

Posted: 21 Sep 2010 03:40 AM PDT

We have today filed a Notice of Appeal at the Registry of the Federal Court at Putrajaya at 11.30 am. This is to appeal against yesterday’s absurd decision of the Court of Appeal.

In view of the time constraint – given that the main trial is set to begin on 14th October – we will write to the Federal Court for a early hearing date.
Regards

Nair

Tian Chua:Anwar Ibrahim Yang Sering Bersangka baik

Posted: 20 Sep 2010 09:44 PM PDT

Dari Merdeka Review

Menawan Putrajaya – satu misi yang mungkin terlalu mencabar untuk sebuah parti politik yang hanya berusia 11 tahun. Lebih-lebih lagi, parti ini mula dibebani dengan pelbagai masalah sebelum ia sempat menjejak langkahnya ke Putrajaya – perbezaan pendirian sehingga tercetusnya perbalahan terbuka,

arus “keluar parti” yang menderas, perebutan kuasa dalaman dan sebagainya.

Sementara Anwar Ibrahim menjulang harapan anggota parti dan penyokong di luar parti untuk merampas kuasa kerajaan persekutuan daripada regim Barisan Nasional (BN), Ketua Umum PKR ini juga tidak terelak daripada menjadi sasaran pertama yang dituding jari, apabila situasi parti menjadi

seolah-olah di luar kawalannya.

Bermula daripada pertikaian isu agama Islam yang dicungkil Zulkifli Noordin, disusuli pula pemimpin yang keluar parti seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Wee Choo Keong dan sebagainya; sehinggalah apa yang berlaku di

Selangor antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Kongres Nasional Tahunan pada Mei 2010, PKR memberi persepsi yang semakin tercalar di khalayak ramai.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian

Chua, salah seorang “veteran” yang masih tinggal dalam PKR, memberi gambaran dari kaca matanya di sebalik “kekecohan” ini.

Kelemahan, juga keistimewaan Anwar

Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008.

Namun demikian, isu ini dikendalikan secara “berhati-hati”, malah lebih tepat secara “senyap-senyap”, memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan “kembalinya Anwar secara rasmi” ke dalam parlimen.

Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap

bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

“Adakah ini kelemahan, atau keistimewaan Anwar? Pada dasarnya Anwar seorang demokrat. Jadi beliau selalu menyimpan ‘sangka baik’ terhadap kritikan yang dilontarkan terhadapnya. ‘Dia kritik saya, ok-lah, sabarlah, saya bincang dengannya kemudian selesai’ (sikap Anwar).” Tian Chua membela Ketua Umumnya, sambil memberi contoh bagaimana Anwar mempertemukan Zulkifli Noordin dengan tokoh agama, Yusof Al-Qaradawi, untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah.

Tian Chua berkata, ramai orang yang menganggap bahawa Anwar (gambar kiri) mempunyai kedudukan yang tidak tercabar dalam parti, tetapi pada hakikatnya, Anwar jarang menggunakan kewibawaan ini untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya beliau tetap dengan “sangka baiknya”, dan beliau tidak percaya, seandainya diberitahu, misalnya “Wee Choo Keong telah bertemu dengan pemimpin UMNO”.

“Semestinya ia (sikap Anwar ini) ada baik dan buruknya. Ini bermakna apabila berdepan dengan masalah, maka orang di sisi Anwar perlu memikirkan cara untuk mengurangkan bahaya dan ancaman masalah tersebut,” katanya.

Antara disiplin dengan perbezaan pandangan

Ketika mengulas siri kejadian yang berlaku, sehingga PKR dilihat “kecoh”, Tian Chua mengakui bahawa partinya masih dalam proses untuk mengimbangkan diri, antara “disiplin” dengan “ruang perbezaan pendapat”. “Adakah kami perlu mengetatkan disiplin ke satu tahap, di mana kesemua daripada kami mencapai muafakat, ‘tiada masalah’ (no problem), ataupun kami dibenarkan untuk mengakui bahawa kami mempunyai pendapat yang berbeza?”

Tian Chua (gambar kanan) menyedari bahawa “demokrasi yang membenarkan ruang perbezaan pendapat kadang-kala menimbulkan riuh-rendah yang membingitkan, sehingga rakyat hilang yakin terhadap parti”, tetapi menganggap situasi ini tidak semestinya sesuatu yang buruk seandainya PKR-Pakatan Rakyat telah mengambil alih kuasa kerajaan.

Lantaran daripada itu, Tian Chua menafikan tuduhan bahawa Anwar mempunyai kedudukan tertinggi yang tidak boleh dicabar dalam parti. “Jikalau semuanya diputuskan Anwar, maka kami tidak akan mempunyai katak, tidak ada riuh-rendah, tiada lagi orang yang kata ‘saya nak ikut halatuju ini dan ada pula yang mahu ikut halatuju itu di Selangor’.”

Bagaimanapun, Tian Chua mengakui kelemahan PKR yang selama ini beroperasi berdasarkan “idealisme”. Mekanisme ‘puji dan hukum’ (power of reward and punishment) dalam PKR masih lemah, dan perlu diperkasa untuk kepentingan jangka panjang parti, katanya.

Keluar parti: Pengaruh budaya UMNO?

Kebangkitan semula PKR selepas 8 Mac 2008 mungkin cukup memberangsangkan buat reformis yang lebih satu dekad bergelut dalam perjuangan ini. Namun, keghairahan ini surut tidak lama kemudian, lebih-lebih lagi selepas kegagalan rampasan kuasa pada 16 September 2008.

Ada yang menuduh bahawa arus keluar parti ini dibayangi “pengaruh budaya UMNO” yang masih kuat di kalangan anggota, malah pemimpin PKR. Tian Chua menyangkal analisa sedemikian, “padahal PAS mempunyai lebih ramai bekas anggota UMNO daripada PKR”.

Tian Chua meminjam istilah Marxisme, untuk menjelaskan bahawa kebangkitan sesebuah parti yang menganjurkan revolusi (perubahan) biasanya dimulakan dengan golongan “Lumpenproletariat”, iaitu mereka yang tidak memiliki apa-apa untuk dihilangkan (nothing to lose). Golongan pertengahan seperti peguam, ahli korporat biasanya hanya menyusul di belakang.

Menurut Tian Chua, PKR mempunyai ramai anggota seperti itu (golongan Lumpenproletariat), yang tidak semestinya bekas ahli UMNO. Bukan semua daripada mereka mempunyai “agenda reformasi” untuk dimainkan dalam otak. Jadi, apabila PKR memegang kuasa (kerajaan negeri), orang yang tidak mempunyai idealisme reformasi mula merungut.

“Sesetengah akan berkata, untuk 10 tahun saya berkorban, kini tibalah masa saya mengecapi kekayaan dan kemewahan.” Golongan ini akan meninggalkan PKR dengan penuh kekecewaan, apabila parti ini gagal memenuhi kemahuan mereka, jelas Tian Chua.

Golongan kedua pula, dilambung ke atas kerana ombak tsunami politik PRU ke-12, biarpun tidak masak dengan dasar mahupun selok-belok pentadbiran kerajaan negeri. Mereka menyedari bahawa diri mereka tidak layak untuk tempat itu, malah tidak mungkin dipilih semula untuk menyandang jawatan tersebut. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan PKR, memandangkan orang yang baru masuk PKR memiliki kelebihan daripada diri.

Tian Chua mengambil ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim (gambar kiri) sebagai contoh untuk golongan ketiga, iaitu ahli korporat proksi UMNO. Golongan ini dipinggirkan semasa perbalahan dalam UMNO, kerana “tersilap” pilih sekta. Oleh itu, mereka pun menyertai PKR. Selepas PKR menguasai kerajaan negeri, maka mereka pun mendesak agar mereka dilantik sebagai pengarah syarikat tertentu, untuk mengembalikan kemegahan mereka seketika dahulu.

Selain tiga golongan di atas, Tian Chua menganggap suara berbeza yang muncul dalam parti disebabkan corak pimpinan yang berbeza. Tian Chua selanjutnya mengulas perbezaan yang timbul antara Menteri Besar Selangor, dengan Azmin Ali, Naib Presiden yang baru-baru mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor dari Khalid Ibrahim.

Khalid vs Azmin

“Saya tidak boleh secara ringkasnya, melabelkan Khalid sebagai golongan progresif, dan Azmin sebagai golongan konservatif. Untuk saya, perbezaannya sebegini, langkah pembaharuan dalam sistem kakitangan awam dan korporat terlalu perlahan. Dasar parti gagal diterapkan sepenuhnya. Ini kerana kami terlalu beri muka kepada kakitangan kerajaan ini, dan kami terlalu ikut prosedur. Tapi prosedur ini ditetapkan UMNO. Tan Sri (Khalid) tidak mahu menyentuhnya pada kebanyakan masa,” kata Tian Chua.

Tian Chua menjelaskan, Khalid Ibrahim (gambar kanan) enggan mengubah model yang lama kerana khuatir menyinggung pegawai kerajaan ini. Inilah punca kekecewaan anggota parti. Bagaimanapun, Tian Chua menganggap niat Khalid mungkin baik, iaitu orang yang melaksanakan dasar bukan datang dari parti.

“Masalahnya apabila kami berdepan dengan tekanan, anda menyerahkan jawatan ini kepada ahli profesional dan pegawai kerajaan. Ia menyebabkan satu situasi tersekat (jam), dan menjadi rintangan kepada diri kita.” Tian Chua bersambung, maka orang dalam parti tertanya-tanya, “mengapa orang ini bekas penyokong BN, dan kini hanya dengan menukar topinya (sokong BN), dia masih memegang jawatan dalam kerajaan kami?”

“Caranya mengolah isu ini, atau penyampaiannya memberi gambaran seakan-akan dialah yang mahukan jawatan tersebut, tetapi pada hakikatnya bukan semestinya begitu,” jelas Tian Chua.

Tian Chua seterusnya memberi contoh masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim, yang akhirnya menjurus kepada penyerahan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor kepada Azmin Ali.

“Dalam mesyuarat, seorang Ketua Cabang mengetengahkan masalahnya. Hutang bil air dan elektrik pejabat cabang telah tertunggak untuk tiga bulan, dan akan dipotong jika tidak dijelaskan. Khalid tidak mungkin memberi satu projek kepadanya, dan berkata ‘nah, kamu pergi selesaikan masalah ini’. Maka ketua cabang pun mencadangkan jamuan kutipan derma, dan meminta agar Tan Sri (Khalid) hadir.”

“Sudah tentu Tan Sri (Khalid) bosan dengan perkara remeh temeh ini, kerana beliau sebagai Menteri Besar nak uruskan hal pentadbiran negeri. Jadi, beliau akan mengambil sikap ‘jangan kamu bangkitkan isu ini kepada saya, kamu cakap dengan orang lain’… Masalahnya, Tan Sri ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pemimpin akar umbi akan tertanya-tanya, siapa lagi yang harus selesaikan masalah bil bekalan air dan elektrik, kalau bukan beliau?”

Tian Chua (gambar kanan) menambah, “Ini masalah yang benar wujud, dan bukan soal Ketua Cabang tamakkan wang, merungut kerana tidak mendapat projek. Parti pada peringkat pusat kini memberi arahan, menggariskan matlamat pendaftaran pemilih pada 6000 orang setiap cabang. Tetapi ketua cabang berkata, bil air dan elektrik belum dijelaskan, saya gagal mencapai matlamat yang digariskan.”

Dalam situasi sedemikian, Tian Chua tidak menolak bahawa timbulnya rungutan daripada segelintir anggota parti, yang mahukan Khalid Ibrahim dijatuhkan, tetapi agak keterlaluan untuk dikatakan bahawa wujud satu komplot yang terancang agar Khalid digulingkan.

Tian Chua, yang mengakui dirinya bukan menyetujui Azmin Ali (gambar kiri) dalam semua isu, bagaimanapun sanggup membela Azmin Ali dalam isu ini. Pada tanggapan Tian Chua, adalah kurang adil untuk Azmin Ali apabila ditonjolkan dengan imej negatif dalam media.

Tian Chua, pemimpin yang sama taraf dari segi senioritinya dengan Azmin Ali, berkata “veteran” seperti mereka akan menerima arahan bos, Anwar untuk menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya di Sabah. “Tetapi untuk sesetengah orang, kami akan dianggap sebagai ‘wakil dari pusat untuk campur tangan’ dalam isu tempatan, atau negeri,” katanya.

Malaysia’s Appeals Court Refuses to Throw Out Sodomy Charge Against Opposition Leader Anwar

Posted: 20 Sep 2010 09:21 PM PDT

From Canadian Press

Malaysia’s Appeals Court rejected Monday a bid by opposition leader Anwar Ibrahim to have a sodomy charge against him dropped, amid allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the key witness.

Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing Saiful Bukhari Azlan. Anwar insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar.

Anwar has insisted the sodomy charge be dropped after allegations surfaced that a young female prosecution attorney involved in the trial had an affair with Anwar’s accuser, the 25-year-old male former aide Saiful.

Neither the female attorney, nor Saiful responded to the affair allegations.
Anwar’s defence team has argued that attorney Farah Azlina Latif might have leaked confidential information to Saiful, tainting the case against Anwar. The prosecution has dropped Farah Azlina from its team, and said she was a junior member who played a minor role in the case.

The High Court last month ruled the alleged affair may be true because the prosecution did not directly confirm or deny the accusation, but it said it didn’t compromise the prosecution’s integrity.

The Appeals Court upheld that ruling Monday, said defence lawyer Sankara Nair.

“Justice was not served … the right to be heard was not there. It was an absurd judgment,” Anwar said.

The defence team will now take its argument to the country’s top court, the Federal Court, Nair said. That move will further delay Anwar’s sodomy trial, which has been deferred since Aug. 16.

It is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned.

Posted: 20 Sep 2010 09:06 PM PDT

SOALAN-SOALAN PARLIMEN
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KE-12, DEWAN RAKYAT 2010
11 OKTOBER – 15 DISEMBER 2010

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan langkah jangka pendek dan panjang kerajaan bagi menangani kemerosotan daya saing Negara yang kini jatuh ke tangga 26 menurut laporan World Economic Report tahun 2009 dan di kategori sebagai pasaran paling kurang di minati pelabur menurut laporan Bank of America dan Merill Lynch terbaru.

2. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan kewajaran kerajaan menyuntik RM15 bilion (sehingga tahun 2013) kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang melaburkan kira-kira 70% daripada modal kerjanya dalam sebuah syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International Limited (PSI). Apakah peranan Low Taek Jho atau Jho Low dalam 1MDB dan projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi?

3. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan akan mengambil kesempatan terbaik sekarang untuk memperbetul pengurusan polis yang baru dengan melaksana cadangan-cadangan  Suruhanan Pembaikan Pengurusan Polis termasuk penubuhan IPMC memandangkan meningkatnya kes-kes jenayah berat dan kematian dalam tahanan.

4. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan cadangan-cadangan yang telah dihasilkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berhubung keperluan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Lembah Kelang dan Bandar2 utama memandangkan kesesakan jalanraya yang semakin meruncing dan kemalangan jalanraya yang semakin meningkat.

5. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan samaada kerajaan akan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat dakwaan mantan Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pihak ketiga dalam urusan PDRM.

6. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan butiran sumbangan negeri-negeri di Semanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kepada pertumbuhan ekonomi Negara bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan unjuran 2011.

7. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan diambil keatas media, pertubuhan NGO dan kakitangan kerajaan yang mengapikan sentiment perkauman.

8. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan akan meneruskan siasatan dan pendakwaan keatas tokoh-tokoh UMNO dan MCA lain yang terlibat dalam skandal PKFZ selepas pendakwaan keatas mantan Menteri Pengangkutan Tun Ling Liong Sik.

9. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan jaringan keselamatan social yang telah dilaksanakan untuk menangani tekanan kesempitan hidup golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan harga barangan keperluan asas kerana penarikan subsidi petrol dan barangan asas lainnya. Berapa jumlah peningkatan pendapatan Negara hasil penarikan subsidi ini.

10. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Pengangkutan  menyatakan kenapa tanah-tanah KTMB dijual dengan harga yang begitu rendah  dan tidak pula menjamin kemudahan perumahan kepada penghuni miskin yang telah menghuni begitu lama di tapak-tapak tanah tersebut. Apa kewajaran KTMB menjual tanah di Bangsar yang bernilai lebih RM300 juta dengan harga RM50 juta sahaja.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB BERTULIS

11. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan dasar kerajaan berhubung hak mengundi warganegara yang bekerja dan belajar di luar Negara. Apakah kerajaan bersedia menyedia kemudahan mengundi di kedutaan-kedutaan Malaysia di luar Negara untuk melaksanakan hak mengundi mereka yang terjamin dalam Perlembagaan.

12. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan status pembangunan koridor-koridor yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri. Sila nyatakan pembangunan-pembangunan yang telah dilaksanakan di koridor-koridor tersebut dan jumlah pelaburan yang terlibat.

13. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Pembangunan Tanah dan Wilayah menyatakan kenapa FELDA tidak mengembalikan wang caruman Dana Tanam Semula kepada mereka yang menanam sendiri dan terus menghendaki mereka menyumbang RM100 sebulan kepada Dana ini.

14. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan pendekatan baru kerajaan dalam mengawalselia pengurusan GLC bagi memasti prestasi burok yang dialami oleh Sime Darby Bhd, Terengganu Investment Fund, PKFZ, Perwaja dan sebagainya tidak berterusan berulang. Apakah kerajaan akan membuat siasatan bebas bagi mencari punca sebenar kerugian yang begitu besar berlaku dalam Sime Darby Bhd.

15. Dato' Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan  menyatakan status sebenar model ekonomi baru yang diwar-warkan kerajaan. Apakah ia sudah dilancar dan sedang dilaksanakan atau masih dalam peringkat kajian.

Tiada ulasan: